PEMILIHAN UMNO BAHAGIAN SEREMBAN PERLUKAN TRANSFORMASI

>> 19 August 2013


Pemilihan Bahagian Seremban akan pasti panas seperti biasa. Bahagian Seremban pernah menjadi Bahagian UMNO paling panas di Malaysia akibat insiden pergaduhan dan baling kerusi semasa pemilihan.



Untuk pengetahuan, kekecohan di Pemilihan Bahagian Seremban telah pun berlangsung selama lebih 10 tahun tetapi hanya kecoh di media massa hanya beberapa tahun lepas.

Apabila dikaji kembali, insiden yang berlaku setiap kali pemilihan ini bukanlah berpunca dari banyak sebab. Insiden ini sebenarnya berpunca dari satu sebab iaitu Ketua UMNO Bahagian Seremban sendiri yang membawa terlalu banyak masalah.

Masalah sabotaj telah lama berlaku di dalam Bahagian Seremban. Ketua Bahagian sendiri pernah dihadapkan ke Lembaga Disiplin atas sebab sabotaj parti pada PRU 12 dan dilepaskan dengan amaran keras. Malah semasa PRU 13 juga menyaksikan kerusi Lenggeng yang ditandingi Ketua UMNO Bahagian Seremban ditentang oleh seorang calon bebas yang merupakan seseorang yang berpengaruh dalam UMNO Bahagian Seremban. Penentangan ini dilihat sebagai pembelotan tetapi dari satu sudut lain, ianya disebabkan ketidakpuasan hati seorang ahli UMNO sehingga penentangan dilakukan di peringkat PRU, bukannya di peringkat Bahagian lagi.

Inilah insiden-insiden hitam yang terbaharu dibawah "transformasi" Ketua UMNO Bahagian Seremban yang telah memegang jawatan selama lebih 20 tahun. Adakan perkara-perkara ini dilihat sebagai satu perkara yang sihat untuk memajukan UMNO Bahagian Seremban?

Selama ini Ketua Bahagian menang kerana undi dari cawangan-cawangan ghaib yang langsung tidak diketahui kewujudannya. Jika dibaca dalam akhbar pula, berapa ramai pemimpin-pemimpin UMNO di Bahagian Seremban yang disabitkan rasuah?

1. Seorang exco disabitkan kes rasuah kerana menghantar cek bernilai RM 1,000 kepada seorang Ketua Cawangan.
2. Mustapa Salim bekas ADUN Lenggeng disabitkan kes rasuah bernilai RM 3,000.
3. Mohd. Nor Awang bekas calon Ampangan disabitkan kes rasuah yang menyaksikan beliau tidak dibenarkan bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian.

Jika dilihat satu-persatu, kesemua kes rasuah ini muncul sebelum Pemilihan Bahagian Seremban. Bukankah ini seolah-olah satu konspirasi terancang yang dilakukan untuk menjatuhkan kredibiliti seseorang bagi mengekalkan seseorang dalam satu-satu jawatan?

Selama memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Seremban, pernahkah Ketua UMNO Bahagian Seremban ini yang sentiasa memusuhi Menteri Besar iaitu Tok Mat dan bekas Menteri Besar Tan Sri Isa Samad mencari jalan perdamaian atas dasar satu payung parti? Mengapa perlu memusuhi tanpa sebarang alasan yang kukuh?

Tidak hairan sekiranya Ketua Bahagian Seremban dikekalkan, akan wujud lebih ramai puak-puak penentang dalam UMNO dan calon-calon bebas yang berasal dari UMNO Bahagian Seremban sendiri. Adakah ini yang kita mahu lihat dari parti yang kita junjungi?

Sudah lebih 20 tahun memegang jawatan, masih tidak cukup lagikah?

2 comments:

Anonymous,  September 24, 2013 at 1:03 PM  

memang si botak kutuk tu gilo koso. menyusahkan semuo orang.Kes rasuah Mohd Nor Awang dan Bekas Adun Lenggeng Mustafa Salim itu adalah contohnya. Si botak tuo ni tak pueh hati. Dio tak suko orang lawan kehondak dio. Dalam ucapan sejak 20 tahun lopeh samo semuo ei. Pakai kali pelikat sobab omak dio suruh. Apo punyo orang lah ni. Tak dapek jadi Montori bosar NS. Dio buek macam-macam nak jatuhkan Tok Mat. Dalam PRU12, dia hasut supayo jgn undi BN. Dio lopeh Tindakan Dispin tu sobab Tengku Adnan Kawan baik dio. Ontahlah.. Korang Pikir lah sendri.. Macam ni ko nak jadi kan pemimpin. Omak ayah sendri pun tak konal. Cuba poie selidik latar belakang Si Botak ni haa di Pantai tu.. Anak HAram.

Anonymous,  January 30, 2014 at 2:37 PM  

Apo la kau ni buek doso yo nuduh macam2 sampai ko mak abah eh. Bodoso bang, kok oghang baco nanti de pocayo.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP