PEMILIHAN SEMULA CEC PASTI AKAN MENYEBABKAN DAP HURU-HARA

>> 02 August 2013


Lim Guan Eng berdegil untuk mematuhi arahan ROS agar pemilihan CEC diadakan semula. Lim Guan Eng juga enggan mengulas sebab kedegilannya itu. Keputusan pemilihan CEC DAP yang diseleweng pada tahun lepas adalah seperti berikut:

Lim Kit Siang - 1607
Lim Guan Eng - 1576
Karpal - 1411
Chong Cheing Jen - 1211
Anthony Loke - 1202
Wu Him Ven - 1202
Tan Kok Wai - 1199
Gobind Singh - 1197
Tony Pua - 1162
Teng Chang Khim - 1152
Fong Kui Lun - 1137
Nga Kor Ming - 1075
Chong Eng - 1006
Chow Kon Yeow - 986
Liew Chin Tong - 984
M.Kula - 984
Boo Cheng Hau - 958
Teresa Kok - 925
Teo Nie Ching - 903
Ngeh Koo Ham - 824

Tiada wakil Melayu dan hanya dua orang wakil India yang memenangi jawatan tertinggi DAP. Jika dilihat dari struktur kemenangan, mereka ini terdiri dari satu kumpulan (kroni?) yang sama. Tiada nama-nama baru yang diketengahkan.

Dua minggu selepas pemilihan diadakan, Lim Guan Eng secara tiba-tiba mengumumkan seorang lagi pemenang iaitu Zairil Khir @ Melayu celup sebagai salah seorang ahli jawatankuasa yang memenangi pemilihan tersebut.

Andainya pemilihan CEC diadakan sekali lagi, pastinya DAP akan huru-hara dan bercelaru. Mengapa?

Ini kerana pasti akan ada calon yang telah menang akan kalah teruk. Tetapi siapakah orang itu? Tunggu sehingga pemilihan CEC diadakan semula.

Tambahan lagi tembelang DAP selama ini yang menipu pemilihan CEC pasti akan pecah. Ianya pasti akan membawa aib yang paling besar dalam sejarah DAP. Contohnya, andainya pemilihan yang baru diadakan secara tiba-tiba undi Ng Sue Lim yang tewas semasa pemilihan 2012  lebih tinggi dari Anthony Loke dan Tony Pua, apa akan terjadi? Pastinya ramai ahli mula mempersoalkan ketelusan DAP yang selama ini konon-kononnya sangat telus dan cekap.

Cuma pastinya kita tertanya-tanya, andainya DAP masih berdegil untuk tidak mengadakan semula pemilihan CEC, apakah tindakan selanjutnya yang akan dilakukan oleh ROS? Adakah tindakan tersebut akan benar-benar dikuatkuasakan atau sekadar "amaran"?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP