AKHIRNYA HAJI HADI TERKAFIRKAN DIRI SENDIRI!

>> 09 May 2012


Kenyataan Haji Hadi di Sinar Harian,
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara. 
Menurutnya, hudud akan dilaksanakan terlebih dahulu kepada umat Islam sementara bukan Islam diberi pilihan (untuk menerimanya atau tidak)
Jika diperhatikan kepada kenyataan Haji Had, Hudud yang dikatakan Haji Hadi bukanlah lagi keutamaan. Dan perkara ini pastinya amat mengembirakan parti rasis DAP yang memperoleh kemenangan tanpa berperang.

Sebelum ini Haji Hadi pernah menggelarkan UMNO kufur dan kafir kerana tidak melaksanakan hudud. Malah UMNO dituduh sesat dan sebagainya walaupun secara realitinya UMNO tidak mampu melaksanakan perkara tersebut kerana persediaan yang rapi perlu dilakukan.

Tetapi berdasarkan kepada kenyataan Haji Hadi pada hari ini yang menyatakan hudud bukan keutamaan, secara tidak langsung Haji Hadi mengkufur dan mengkafirkan diri sendiri kerana menolak hudud. Ini juga mungkin balasan kepada perkara yang dituduh kepada UMNO lalu jatuh ke muka sendiri tanpa disedarinya.


1 comments:

Anonymous,  May 9, 2012 at 8:58 PM  

kalo hadi kata orang umno kafir,..itu hak dia, aku pun nak cakap, nak kata hadi tu kafir,,, ini hak aku.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP