KERAJAAN PULAU PINANG SAHKAN MEMUSUHI PERKASA

>> 29 May 2012



Kerajaan Pulau Pinang memberi tindak balas dengan meminta polis dengan demonstrasi yang diadakan pada minggu lepas. Walaupun begitu Kerajaan Pulau Pinang sebenarnya berat sebelah dalam mengeluarkan pertimbangan.

Malah tindak balas dari demo ini sehinggakan ada pemimpin pembangkang meminta agar PERKASA diharamkan kerana bersifat perkauman. Mengapa pula Dong Jiao Zhong yang terang-terangan membawa sifat perkauman sejak puluhan tahun dahulu tidak pula dicadangkan pembangkang agar diharamkan?

Sebelum ini mengapa apabila setiap demo dibelakangi pembangkang distatuskan "halal" seperti Himpunan Hijau sedangkan segala demo diadakan pihak yang tidak sehaluan dengan mereka tidak diiktiraf dan diserang? Adakah ini bentuk ketelusan yang hanya menguntungkan satu pihak sahaja?

Malah seperti diketahui umum budaya demo dan rusuhan jalanan sememangnya diperkenalkan oleh pembangkang sejak dahulu lagi. Dan sekarang ini apabila mereka memegang tampuk pemerintahan di Pulau Pinang baru mereka tahu kesusahan kerajaan selama ini mengawal budaya samseng pembangkang melalui demonstrasi.


Malah pihak polis diminta untuk menghentikan demo yang diadakan PERKASA yang membantah Kerajaan Pulau Pinang. Mengapa sewaktu BERSIH 3.0 Kerajaan Pulau Pinang tidak sama sekali menyokong tindakan polis untuk menghentikan rusuhan? Teluskah ini?

Jadi ada baiknya rejim Lim Guan Eng cermin dahulu muka sebelum mengeluarkan kenyataan!

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP