UNIVERSITI BEIJING YANG MENYIBUK DENGAN URUSAN UNIVERSITI MALAYSIA

>> 17 May 2012



Akhbar cina melaporkan bahawa Universiti Beijing mempersoalkan tindakan Universiti Utara Malaysia dan PDRM yang menyiasat pelajar yang menyertai BERSIH 3.0. Presiden Universiti Beijing menyifatkan bahawa universiti tiada hak dalam menahan pelajar dari menyertai acara sepeti itu.

Isu ini dibangkitkan akhbar cina dalam usaha menghasut bahawa BERSIH 3.0 adalah perbuatan yang betul sedangkan terang-terangan ianya melanggar undang-undang negara. Universiti Beijing mungkin terlupa mengenai peristiwa berdarah Dataran Tianhem dimana Universiti Beijing antara universiti-universiti awal di China yang mengharamkan para pelajar menyertai demo tersebut.

Malah jika hendak dibandingkan di antara prosedur polis Malaysia dan China pada ketika itu pastinya polis Malaysia melakukan dengan lebih baik. Ini kerana polis China menggunakan khidmat tentera dengan memrempuh pendemo menggunakan kereta kebal dan tembakan dilepaskan sesuka hati sehingga pendemo yang mati berjumlah ratusan orang.

Dibandingkan pula dengan polis Malaysia, prosedur yang digunakan lebih lembut terhadap pendemo BERSIH 3.0 dengan hanya melepaskan gas pemedih mata untuk menghentikan keganasan yang dilakukan pendemo. Malah pelajar yang menyertai demo BERSIh 3.0 hanya disoal siasat untuk membantu siasatan sedangkan pelajar yang menyertai demo Dataran Tianhem akan dikurung tanpa belas kasihan oleh pihak polis China.

Adakah dengan mengambil contoh ini Universiti Beijing layak untuk mempertikaikan prosedur Universtiti Utara Malaysia dan PDRM? Ada baiknya Universiti Beijing cermin muka dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.

2 comments:

Anonymous,  May 17, 2012 at 6:32 PM  

Kalau dah makan babi 2...babi la perangainya.wasalam.

Anonymous,  May 17, 2012 at 9:28 PM  

Suruh mereka cerminkan diri mereka dulu sebelum tegur hak org lain...

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP