SUHAKAM MENYOROK KEBENARAN DEMI KESINAMBUNGAN POLITIK ANWAR

>> 08 May 2012



Dalam satu esidang media, Timbalan Pengerusi Suhakam Datuk Dr Khaw Lake Tee mempertikaikan tindakan polis melepaskan gas pemedih mata semasa BERSIH 3.0. Dr Khaw mengatakan tindakan tersebut tidak wajar kerana kawasan tersebut adalah kawasan awam.

Perkara utama yang tidak dinyatakan ialah perhimpunan tersebut telah bertukat menjadi rusuhan apabila pendemo bertindak melanggar benteng polis dan kawat duri yang dipasang sekitar Dataran Merdeka. Jadi cara bagaimana sesuai yang diguna pakai untuk menghadapi rusuhan?

Video di bawah menunjukkan bagaimana negara maju seperti Perancis menangani rusuhan Paris pada tahun lepas.



Dapat disaksikan polis Perancis juga melepaskan gas pemedih mata di tempat awam bagi menangani perusuh yang melampau. Adakah ini juga dikatakan keganasan sedangkan cara ini merupakan piawaian polis dunia untuk menangani perusuh?

Sentimen kebencian kepada polis yang cuba diterapkan Suhakam ini sebenarnya tidak lebih dari mainan politik kotor pembangkang.

1 comments:

Anonymous,  May 8, 2012 at 2:51 PM  

kenapa tak pertikai Bersih 3.0..kenapa mesti gak nak gi Dataran Merdeka sedangkan kerajaan dah tawarkan stadium? bukan 1 tapi beberapa stadium..

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP