PAKATAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI

>> 05 May 2012


Sebuah blog Pakatan Rakyat Negeri Sembilan menceritakan mengenai ramalan kerusi di Negeri Sembilan yang akhirnya memihak kepada pembangkang pada PRU 13. Berdasarkan kajian oleh blog tersebut, Negeri Sembilan pastinya dimenangi Pakatan Rakyat dengan majoriti PR 20 dan BN 16.

Tetapi berdasarkan kajian tersebut, blog itu hanya mengharapkan kemenangan PR dari kawasan majoriti cina dan melupakan banyak faktor penting.

Faktor pertamanya program-program PR di Negeri Sembilan setakat ini tidak mampu menarik pengunjung lebih dari 4,000 orang. Malah jika dikira pun, yang meramaikan majlis-majlis PR seperti ceramah dan karnival adalah pengunjung-pengunjung yang diimport dari luar. Jika program PR tidak menjemput pengunjung luar maka secara puratanya jumlahnya di bawah angka 500 orang.

Program Pakatan yang pengunjungnya terlalu ramai
Malah kekalahan calon BN di beberapa kawasan hanyalah di bawah kiraan seribu undi.

BAHAU 
TEO KOK SEONG DAP 6,188 MNG
LIM FUI MING BN 5,351
majoriti 837

SIKAMAT 
AMINUDDIN BIN HARUN PKR 6,036 MNG
MD YUSOP BIN HARMAIN SHAH BN 5,537 
majoriti 499

AMPANGAN 
MOHD NOR BIN AWANG BN 5,514 
RASHID BIN LATIFF PKR 5,679
majoriti 165

PORT DICKSON 
JEEVA KUMAR A/L MARIMUTHU BEBAS 196 
RAJAGOPALU A/L THAMOTHARAPILLAY BN 3,742 
RAVI A/L MUNUSAMY PKR 4,475 MNG
majoriti 733

REPAH
VEERAPAN A/L SUPERAMANIAM DAP 5,977 MNG
YAP SEONG FOOK BN 5,424
majoriti 533

Jadi blog tersebut terlepas pandang kekuatan Barisan Nasional pada masa ini. Persoalan yang paling besar, mampukah Pakatan Rakyat mengekalkan kerusi yang dimenangi di bawah majoriti seribu ini?

Buat masa ini kerusi Negeri Sembilan dimenangi BN 21 dan pembangkang 15. Tetapi berdasarkan kepada statistik PRN Sarawak dan PRK Bagan Pinang, BN tidak mempunyai masalah untuk merampas kembali kerusi-kerusi ini sekiranya usaha dan ketekunan jentera parti ditunjukkan.

Cuma disini pembangkang perlu lebih realistik dalam mengeluarkan penilaian dan ramalan kerana bak kata orang tua-tua, hari tak selalunya cerah. Kemungkinan pembangkang merampas Negeri Sembilan hanyalah omong kosong.

Malah Ruslan Kassim bekas kawan baik Anwar juga menyatakan Negeri Sembilan tidak mampu dimenangi Pakatan Rakyat. Hanya Anwar Ibrahim sahaja yang terus menerus menipu jentera parti pembangkang dengan mengatakan Negeri Sembilan akan ke tangan Pakatan.

Klik sini untuk membaca ramalan tersebut.

2 comments:

Anonymous,  May 6, 2012 at 10:00 PM  

rasa selangor kmbali pd bn

tp n.9 mybe jatuh ke pkr.. n.9 ada mcm2 problem mb x agrsif selesaikan masalah rkyat..

Anonymous,  May 10, 2012 at 1:10 AM  

Isu Sekolah Tamil St.Helier http://princeofpilah.blogspot.com/2012/05/isu-sjkt-sthelier-1.html

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP