MALAYSIAKINI MASIH MENGHASUT RAKYAT MEMBENCI POLIS WALAUPUN DENGAN PENIPUAN

>> 04 May 2012



Isu polis trafik mengacukan pistol ke arah pendemo masih dibelit Malaysiakini. Malaysiakini menyatakan bahawa tindakan polis adalah ganas dan ini adalah buktinya. Tetapi untuk pengetahuan, kisah polis mengacukan pistol ke arah pendemo hanya diceritakan separuh oleh Malaysiakini.

Kisah yang tidak diceritakan Malaysiakini sebenarnya polis tersebut telah diserang hingga jatuh dari motosikal yang ditunggangnya.


Kemudiannya polis tersebut telah dipukul oleh pendemo dengan ganas. Polis tersebut menerima kecederaan dan terdapat 7 jahitan ditangan. Dan aksi yang dilakukan polis tersebut sebenarnya adalah untuk mempertahankan diri sendiri.

Jadi adakah salah untuk polis tersebut mempertahankan diri? Adakah salah tindakan polis tersebut? Adakah Malaysiakini mahu polis itu mati dipukul oleh pendemo?

Agak senang bagi Malaysiakini untuk menceritakan keganasan polis kerana bukan keluarga mereka yang bertugas sewaktu itu. Jika keluarga mereka yang dikasari seperti polis ini pastinya mereka akan menulis artikel mempertahankan polis pula.

Terlalu mudah mereka mencipta penipuan.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP