AZMIN AISKRIM TERSEPIT. PADAN MUKA!

>> 03 May 2012

Mungkin selepas ini Azmin aiskrim akan benar-benar menjadi penjual air mineral
Pendedahan mengenai skandal Azmin aiskrim sejak beberapa hari lepas benar-benar menggemparkan. Bukan sahaja di kem kerajaan malah di kem pembangkang menyaksikan sesuatu yang di luar jangkaan!

Pendedahan gambar-gambar ini masih gagal dijawab Azmin aiskrim dengan baik. Jawapannya telah diduga "semuanya salah UMNO!".

Ini pun salah UMNO?!
Berbeza dengan mana-mana video skandal seks pemimpin pembangkang, kali ini pemimpin pembangkang yang tampil untuk membela Azmin aiskrim boleh dikira dengan jari sahaja. Ini bukti jelas bahawa pemimpin pembangkang tidak mahu mengambil risiko untuk mempertahankan Azmin aiskrim. Ini juga menjelaskan bahawa Azmin aiskrim akan berdepan masalah ini keseorangan.

Tambahan pula, blogger pro pembangkang menyerang Azmin aiskrim bertubi-tubi. Ini mengukuhkan lagi bahawa video tersebut sememang pelakunya Azmin aiskrim.
Seingat penulis, jarang atau tidak pernah Pakatan Rakyat ketinggalan dalam menjawab sesuatu isu, terutama sekali dilihat dari cara jentera kita bergerak dalam melawan fitnah video seks yang dikaitkan dengan Anwar dahulu. 
Berlainan dengan kes yang ini. 
Justeru, bagi menutup kelemahan dan kekurangan yang ada, penulis suka nak mencadangkan agar Azmin dihadapkan ke Jawatankuasa Displin parti untuk kesnya didengari dan diputuskan. Sekurang-kurangnya rakyat melihat parti ada berbuat sesuatu dalam menangani kes Azmin ini. 
Walaupun kes ini bersifat peribadi tapi ia membabitkan maruah dan imej parti dalam masa yang sama kerana jawatan Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR adalah jawatan sepenuh masa, tidak terikat dengan batasan masa seperti golongan pekerja kolar putih yag lain. 
Penulis mendesak, pihak kepimpinan tertinggi PKR mengambil tindakan dengan segera dalam isu ini sebelum ianya melarat dan mengurangkan lagi peluang kita untuk mencapai kejayaan yang lebih besar di Putrajaya. - Suara Pakatan Rakyat
Jadi memang bodohlah Azmin aiskrim masih cuba menafikan dirinya sebagai bukan pelaku video tersebut. Walau pun video penuh belum dikeluarkan tetapi rakyat sudah dapat meramal bahawa pelakonnya sememangnya Azmin aiskrim!

Tambah menghairankan Azmin aiskrim sekadar mampu menyaman Utusan Malaysia RM 100 juta sedangkan blogger yang mengeluarkan video tersebut tidak disaman (sampai mati pun takkan berani saman).

Jadi Azmin aiskrim hanya mempunyai beberapa pilihan samada mengakui dirinya adalah pelaku di dalam video tersebut atau terus dimalukan dan dibogelkan satu persatu.



0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP