AHLI PAS BERLAGAK SEPERTI PENGAWAL KESELAMATAN KUIN

>> 20 March 2013


ALOR SETAR 20 Mac - Kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) kesal dengan tindakan kira-kira 50 orang dipercayai ahli Pas yang 'berlagak' dan bertindak seperti pengawal keselamatan sepanjang Majlis Anugerah dan Jasamu Dikenang di kampus baharunya di Kuala Ketil dekat sini semalam.

Kumpulan berkenaan yang memakai baju rasmi Unit Amal berwarna merah dan jaket tertera tulisan Unit Keselamatan Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Kuala Ketil mempunyai logo Pas bertindak mengawal lalu lintas, pergerakan kakitangan Kuin dan keselamatan di kampus tersebut sehingga menimbulkan beberapa insiden yang amat dikesalkan oleh kakitangan Kuin.

Pensyarah Kuliah Muamalat Kuin, Sajiah Yakob berkata, tindakan tidak profesional yang ditunjukkan oleh kumpulan petugas Pas itu membuktikan campurtangan luar dalam menyelesaikan kemelut kolej universiti berkenaan.

Katanya, kehadiran kumpulan berkenaan membolehkan rakyat menilai siapa sebenarnya yang berpolitik dan menjadi ejen politik di dalam Kuin.

''Persoalannya siapakah yang membawa mereka masuk, apakah hak mereka menahan kakitangan Kuin dalam kampus, siapakah yang memberi kuasa kepada mereka dan siapakah yang membenarkan mereka mengusir serta melakukan kekerasan kepada beberapa kakitangan Kuin?,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan 10 kakitangan kolej universiti itu yang dikenakan surat tunjuk sebab pada bulan lepas dihalang daripada memasuki kampus Kuin di Kuala Ketil bagi menghadiri Majlis Anugerah dan Jasamu Dikenang di Dewan Besar Kuin petang semalam. - UTUSAN

1 comments:

Malaysian Cybertrooper March 20, 2013 at 5:04 PM  

Biasa la tu nak cari publisiti murahan. Nak pergi sama-sama mempertahankan negara di Sabah takut plak mati nanti. Jadi setakat jaga majlis pun jadi lah... Hehehe


http://mycybertrooper.net.ms

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP