ORANG ISLAM PERLU MENGUNDI UNTUK MENYELAMATKAN UMAT ISLAM DARI 14 TUNTUTAN IFC

>> 19 March 2013


IFC (Inter Faith Council) ialah sebuah pertubuhan bebas yang berorentasikan kepada kebebasan agama tanpa sempadan. Ini dengan meletakkan kesemua agama pada satu tahap yang sama atau liberal. IFC didalangi oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Tian Chua, Ronnie Liu dan Elizabeth Wong.

IFC telah menyatakan 14 tuntutan kepada kerajaan berhubung dengan isu yang berkaitan dengan perlembagaan. Tujuannya supaya meletakkan kebebasan kepada umat Islam dengan melangkau sempadan agama yang telah ditetapkan.

14 tuntutan IFC:
  1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa orang Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
  2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
  4. Tidak perlu dicatatkan didalm kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
  5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menagnut agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
  6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
  7. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
  8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
  9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
  10. Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
  11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agam itu hendaklah diajar disemua sekolah.
  12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
  13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
  14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Di waktu ini IFC sedang giat menyebarkan dakyah mereka melalui platform politik Pakatan Rakyat. Malah pemimpin-pemimpin Islam dalam Pakatan Rakyat boleh mengiktiraf peranan mereka untuk menjahanamkan sebuah kerajaan Islam yang sedia ada.

Untuk menyelamatkan agama Islam dari diperkotak-katikkan, maka seharusnya wajib kita mengundi pada pilihanraya umum nanti untuk menidakkan tuntutan mereka. Wajib kita menolak pemimpin-pemimpin yang bersekongkol dengan mereka yang sanggup menggadaikan maruah agama kepada kafir demi kuasa.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP