HIPOKRASI: PERKASA JANGAN PERASAN JADI JAGUH

>> 14 October 2014


Agak memualkan sejak akhir-akhir ini Perkasa terlalu perasan bahawa mereka adalah jaguh Melayu sedangkan hakikatnya mereka tidak berbuat apa-apa. Mereka perasan mereka adalah pejuang sejati walhal mereka tidak pernah amil kira apa sebenarnya perjuangan Melayu tulen dalam politik.

Kepala-kepala Perkasa di peringkat negeri dan kebangsaan dikhabarkan tanpa malu meminta wang dari Menteri-menteri Besar dan pak-pak Menteri dengan menjaja konon-kononnya mereka akan mengadakan program untuk membantu Barisan Nasional. Hakikatnya mereka hanya mengadakan program syok sendiri dan di dalam program itu sendiri akan diisi slot-slot mengutuk kerajaan sedia ada sebagai lembik dan tidak mampu mempertahankan hak Melayu.

Paling menyedihkan Perkasa tidak segan silu menjaja bahawa mereka sedang mendesak kerajaan agar mengembalikan akta ISA. Hakikatnya seperti sedia maklum bahawa mustahil untuk menggubal akta ISA kerana kerajaan sedia ada tidak mempunyai dua pertiga untuk menggubal akta tersebut. Tetapi cerita ini sentiasa dijaja. Apakah motifnya Perkasa masih mengharapkan kerusi ehsan dari PM untuk bertanding di PRU nanti? Bukankah mereka telah diberi peluang dan akhirnya mereka telah gagal? Jika ini keadaannya maka eloklah Perkasa didaftarkan sebagai pertubuhan politik dan bukannya NGO.

Agak menyedihkan kerana di waktu ini ketika UMNO sedaya upaya untuk menyatukan rumpun parti ada golongan-golongan yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan yang tiada makna. Perkasa harus sedar bahawa jika mereka benar-benar ikhlas dalam perjuangan maka mereka akan bersatu dengan UMNO dan bukannya menjaja cerita bahawa mereka sedia menjadi orang tengah untuk menyatukan parti-parti Melayu yang berbalah. Tambahan hakikat yang paling tinggi, kebanyakan ahli Perkasa adalah ahli UMNO. Sedarlah!

2 comments:

Anonymous,  October 14, 2014 at 11:27 AM  

Sekurang-kurangnya hanya PERKASA sekarang yang mempertahankan melayu,islam dan raja2. UMNO dibawah Najib tak peduli orang melayu dan hanya sibuk menjaga tokong dan kuil cina.Aku rasa penulis ini baru balik dari Oktoberfest.

Anonymous,  October 14, 2014 at 12:31 PM  

kalau setakat tulis tapi muka menyorok tu namanya dayus...tunjuk muka la baru anak jantan

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP