DAP SUDAH MULA MEMALU GENDANG RASIS MELALUI PENDIDIKAN
>> 06 November 2011
DAP sudah mula memacu perjuangan rasis melalui pendidikan apabila melancarkan buku "DAP akan Memperjuangkan Hak Pendidikan Cina". Buku ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebagai kempen politik mereka berasaskan kepada fahaman rasis.
Di waktu ini, kebiadapan DAP dalam mempolitikkan hal yang tidak sepatutnya telah pun berlaku seperti penggunaan bahasa kebangsaan dalam majlis-majlis rasmi dan etika berpakaian untuk Sidang Dewan Undangan Negeri. Kini, pendidikan pula menjadi sasaran mereka supaya lebih ramai golongan rasis akan dilahirkan melalui sekolah rasis mereka iaitu sekolah vernakular.
Di waktu ini, paling dikesalkan apabila Kementerian Pendidikan gagal membuka mata dalam hal ini dan sepatutnya barisan kepimpinan kerajaan perlu menangani hal ini dari dipolitikkan oleh barua-barua murahan politik seperti DAP.
Pendidikan yang dipolitikkan ialah sesuatu yang memualkan. Pada tahun ini sahaja, sudah berapa banyak permintaan masyarakat cina yang telah ditunaikan oleh kerajaan. Ini menandakan kesediaan kerajaan dalam memberi bantuan kepada masyarakat cina tanpa mengira jurang politik. Tetapi, bagaimana pula cara-cara golongan rasis ini menunjukkan tanda terima kasih mereka kepada kerajaan?
Pesanan saya kepada golongan rasis ini,
"Ask not what your country can do for you, ask what you can do for your country"
7 comments:
salam mohon dilinkkan blog saya ke blog tuan.. saya dah linkkan blog tuan kedalam blog saya... sekian
www.headbomb.blogspot.com
Salam ...
Posting yang berkesan sekali ...
Salam ...
Posting yang berkesan sekali ...
Inilah yang dikatakan bagi betis nak peha. DAP memang tidak tahu bersyukur..Selepas ini akan banyak lagi agenda dan propaganda yang dorang rencanakan. DAP akan memastikan yang mereka akan mndapat hak keistimewaan sama seperti kaum melayu..Memang dasar tak tahu diuntung..Fikir-fikirkanlah sekiranya DAP yang akan memerintah negara, memang nasib org melayu akan terpinggir sama seperti nasib org melayu di Penang.
Salam Tuan,
Posting Tuan saya link kan di blog saya ...
www.politicianissuck.blogspot.com
Bukan hanya diberi betis hendak peha, malah hendakkan keseluruhan badannya sekali.
Dasar tak kenang diuntung, begitulah adanya.
Mengharap DAP bersyukur ? Peliklah sesetengah Melayu ni.
Dengan DAP semakin kuat menonjol rasisnya, rasanya DAP/PR akan menarik 80 % pengundi Cina. Orang Cina lebih mudah percaya DAP dari UMNO/BN. 50 % pengundi Melayu pula akan mengundi PR kerana benci perangai pemimpin UMNO/BN( benci kerana perangai betul hodoh atau kerana telah di brainwash oleh PR).
Rasanya ramai pemimpin UMNO/BN sedar hal ini.
Post a Comment