CHEGU BARD BODOH MEMANG SUKA SEBAR FITNAH

>> 01 November 2011

Chegu Bard mengeluarkan fitnah terbaru mengenai anak PM. Sebelum ini Chegu Bard menjaja fitnah ke seluruh Malaya mengenai isu cincin Rosmah yang memang terang-terangan fitnah. Walaupun isu ini sudah lama ditunjukkan kebenarannya tetapi si bodoh seorang ini masih lagi menjadikan ia sebagai satu modal kempen untuk dirinya.

Kini, satu lagi modal kempen berasaskan fitnah dikeluarkan. Anak PM dituduh berbelanja RM 200 000 semasa PM menghadiri sidang CHOGM di Australia. Kenyataan ini terang-terangan fitnah kerana anak PM tidak mengikuti PM menghadiri sidang tersebut.

Petikan Agenda daily,
“Memamg tidak ada...baik anak lelaki atau perempuan PM yang ikut ke Perth...ini penipuan dan fitnah serta bukti ada laporan akhbar negara itu tidak boleh dipercayai ,” katanya.
Sudah terang lagi bersuluh. Sememangnya isu ini dibawa dalam usaha untuk memburukkan nama PM di mata dunia. 

Sila lihat keratan akhbar dari West Australian Newspaper,



"...while Prime Minister Najib Razak's daughter is believed to have spent $60,000 in David Jones."
Sememangnya ini hanyalah isu yang ditimbulkan untuk memburukkan nama baik Malaysia di mata dunia. Sebelum ini juga memang diketahui bahawa akhbar-akhbar Australia sememangnya gemar memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin Malaysia. Nama Tun Mahathir dahulu dijaja sehingga menjadi busuk oleh akhbar-akhbar Australia.

Tambahan pula akhbar ini tidak langsung menyatakan sumber berita tersebut. Jadi, pembangkang tidak perlu terpekik sana sini seperti Chegu Bard terlalu gembira kerana sememangnya akhbar ini hanya membawa cerita kosong. Melainkan terdapat bukti seperti yang ditulis oleh Agenda Daily, maka segala tohmahan adalah fitnah belaka dan Chegu Bard pula ialah ejen penyebar fitnah dalam isu ini. Mungkin esok, MalaysiaKini raja fitnah baru terhegeh-hegeh hendak mengeluarkan berita yang tidak sahih ini dalam bahasa Cina.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP