BLOGGER PEMBANGKANG KATA POPULARITI PR JATUH KERANA ROSMAH?! WAKAKAKA...

>> 20 November 2011


Mungkin perkara ini agak kelakar bunyinya tetapi ianya adalah perkara benar yang dibawa pembangkang. Nampaknya usaha pembangkang untuk memburukkan Datin Sri Rosmah Mansur akan berterusan kerana mereka melihat isteri PM sebagai punca kejatuhan populariti pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim, Nik Aziz dan Lim Guan Eng.

Apakah ini secara tidak langsung untuk menunjukkan usaha mereka memburuk-burukkan Datin Seri Rosmah sebagai makan tuan? Sememangnya diketahui segala isu berkaitan isteri PM seperti kes Altantuya, beg tangan Birikins, cincin RM 24 juta dan menunaikan haji secara ekspress hanya isu propoganda murahan untuk meraih simpati pembangkang tetapi rakyat mulai celik kerana satu-persatu kebenaran ditunjukkan.

Jadi sememangnya benar, di waktu ini pembangkang sanggup berbuat apa sahaja untuk menaikkan populariti mereka termasuk mengeluarkan hasil kajian bodoh seperti di atas. Mungkin isyaratnya sudah jelas di mana pembangkang akan kalah teruk sekiranya PRU diadakan.

Rakyat telah bersuara. Ini masanya untuk menolak rejim Anwar Ibrahim dan segala politik fitnah!

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP