MANA FAKTA PENGUNDI HANTU? HANYA PERSEPSI?

>> 12 May 2013


Pembangkang masih memainkan isu pengundi hantu di media massa. Ini menunjukkan seolah-olah segala percakapan mereka adalah benar belaka sedangkan para penyokong mereka keliru antara fakta dan penipuan.

Dikatakan 40,000 pengundi hantu telah dibawa masuk dari Bangladesh untuk memberikan undi kepada Barisan Nasional. Persoalannya, berapakah peratusan 40,000 dari sejumlah 8 juta lebih rakyat Malaysia yang mengundi? Adakah peratusan yang terlalu kecil ini mampu memberikan impak yang besar kepada PRU 13?

BN mendapat 133 kerusi dan PR mendapat 89. Logikkah BN menang 44 kerusi lebih daripada PR dengan hanya bantuan 40,000 pengundi hantu?

 Persoalannya seterusnya, mengapa sehingga ke hari ini PR masih gagal menampilkan sejumlah pengundi hantu untuk dibawa ke muka pengadilan? Terlalu sukarkah untuk menampilkan 40 orang iaitu 0.1% dari 40,000 pengundi hantu yang didakwa wujud? Adakah secara tiba-tiba mereka boleh lenyap dengan menggunakan ilmu ghaib setelah selesai proses PRU 13?

Di waktu ini masih tiada kesahihan kedatangan gerombolan besar pengundi hantu dari Bangladesh ke negara ini. Saya pernah terbaca bahawa sebuah kapal terbang mampu memuatkan 400 orang penumpang. Ini bermakna untuk mengangkut 40,000 pengundi hantu warga Bangladesh, 100 buah kapal terbang diperlukan.

Jadual penerbangan Air Asia menunjukkan hanya satu penerbangan ke Bangladesh untuk satu hari. Ini bermakna untuk mengangkut pengundi hantu dari Bangladesh memerlukan masa 100 hari atau 3 bulan lebih untuk memastikan mereka semua sampai ke Malaysia untuk membantu kemenangan BN. Dalam tempoh tersebut, logikkah kebanjiran warga Bangladesh di lapangan terbang di Malaysia gagal dipantau oleh mana-mana pihak pembangkang?

Persoalan lagi, di DUN dan Parlimen manakah pengundi-pengundi hantu ini mengundi? Mengapa di setiap kawasan mengundi tiada sebarang tangkapan yang betul dibuat oleh unit anal PAS dan samseng-samseng DAP semasa hari pengundian melainkan hanya tangkapan serkap jarang yang terbukti adalah warga Malaysia?

Adakah alasan pengundi hantu ini boleh diterima akal yang logik?

Mungkin ada yang ketawa melihat kebodohan kira-kira di atas tetapi masalahnya penyokong-penyokong pembangkang terlalu taksub sehingga gagal membezakan perkara yang logik dan tidak logik. Terlalu jelas bahawa dakwaan 40,000 pengundi hantu itu adalah satu alasan bodoh dari PR tetapi golongan-golongan cerdik pandai dari PR yang berjawatan profesional seperti doktor, peguam dan jurutera boleh menerima alasan bodoh ini bulat-bulat. Adakah mereka sudah terlalu taksub sehingga hilang akal fikiran yang waras?

1 comments:

Unknown May 12, 2013 at 9:52 AM  

Jokiden selalu cakap hanya Nuar anak Brahim sahaja yang masih mampu memperbodohkan pengikutnya.

Akhirnya nanti apabila sudah sinonim dengan penipuan, maka tidak akan ada lagi yang mempercayai dia walaupun ketika itu dia berkata benar.

Kisah penggembala kambing dengan serigala akan terjadi kepadanya.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP