TUN M: TSUNAMI CINA DISEBABKAN SENTIMEN BENCI MELAYU DITANAM KIT SIANG

>> 07 May 2013


PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap 'tsunami Cina' yang melanda pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) disebabkan sentimen kebencian terhadap Melayu yang disebarkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Katanya, pemimpin pembangkang itu berjaya menyuntik kebencian kaum Cina terhadap kaum Melayu yang mempunyai segala-galanya selepas mencapai kemerdekaan. 

"Ketika berkempen di kubu kuat yang memperjuangkan konsep antara Melayu, Cina dan India, beliau (Kit Siang) berjaya hasut rakyat supaya benci kepada Melayu dan memberi sokongan kepada DAP, dan sentimen ini merebak ke seluruh negara menyebabkan kebanyakan kaum Cina menolak tangan persahabatan kaum Melayu. 

"Maka berlakulah 'tsunami Cina' pada pilihan raya kali ini," katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, sebentar tadi. - Berita Harian

1 comments:

Anonymous,  May 7, 2013 at 9:08 PM  

Mengapa polis tak tahan LKS? Apa beza dengan Papa Gomo???? Kalau pun ada buat laporan tetang LKS, ada ke tindakan yang diambil pak polisi kita???

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP