SEORANG PEMIMPIN DAP KURANG AJAR MEMPERTIKAIKAN TENDER MAKANAN HALAL DI SEKOLAH

>> 11 July 2012


Seorang pemimpin DAP Sarawak iaitu Dr John Brian Anthony mempertikaikan syarat tender penjualan makanan halal di sekolah-sekolah di Sarawak yang mewajibkan setiap peniaga memerlukan sijil halal. Kenyataannya menjelaskan syarat sijil halal yang dikeluarkan kerajaan akan mengakibatkan peniaga-peniaga bukan Islam tidak akan boleh mendapat tender tersebut kerana syarat-syarat yang termaktub.
There was NO discussion held with the non-Muslim community in Sarawak over this program. The immediate impact would be no Dayak or non-Muslim would be able to participate in supply of food to school as it is only reserved for Muslim. Supply of food to schools is BIG business and BN is awre of this and actually encourage that school food business is only for Muslim. All school canteen must be operated by Muslim and by the same token all cooks must be Muslim. 
The Government insist that the companies that are involved in food supplies must have a “halal certificate” which mean that the non-muslim must have a Muslim as a partner that hold majority. That sound unreasonable but that is what UMNO controlled Ministry of education is implementing next year. Dayak Baru
Perkara ini dibangkitkan oleh Dr Anthony dengan mengatakan bahawa kerajaan menggalakkan perindustrian makanan hanya untuk orang Islam sahaja dengan memperkenalkan sijil halal dikantin sekolah. Secara realitinya,  perkara ini diperkenalkan kerajaan untuk memastikan pelajar Islam di Sarawak tidak kebuluran semasa ke sekolah.

Dan untuk pengetahuan juga, makanan halal turut boleh dimakan oleh bukan Islam tetapi makanan tidak halal sama sekali tidak boleh dimakan oleh orang Islam. Jadi, adakah dengan syarat mewajibkan sijil halal di sekolah ini akan merugikan peniaga? Bukankah ianya menambah keuntungan dengan penambahan pelanggan iaitu pelajar Islam?

Malah Dr Anthony mempertikaikan syarat bahawa seorang Islam perlu menjadi pemegang saham terbesar untuk mendapat sijil tersebut. Perkara ini sangat tidak munasabah untuk dipertikaikan kerana hanya orang Islam yang memahami kriteria halal yang sebenar dan paling layak untuk memegang sijil halal. Jadi biarlah orang yang arif mendapat sijil tersebut sedangkan Dr Anthony sendiri pun tidak tahu apa makna halal!

Malah tujuan syarat ini juga memastikan tidak akan ada penyelewengan dalam penyediaan makanan halal nanti. Ini untuk mengelakkan terjadinya seperti penggunaan lemak haiwan tidak halal dari luar negara dan penyembelihan ayam oleh bukan Islam. Jadi secara tidak langusung pemegang saham itu sendiri menjadi penguatkuasa kepada operasi penyediaan makanan tersebut.

Sekiranya seorang bukan Islam memegang saham terbesar, jadi kemungkinan untuk melakukan penyelewengan agak tinggi kerana suara majoriti terpaksa dituruti manoriti. Jadi apa-apa boleh berlaku kerana seperti yang diketahui, peniaga-peniaga bukan Islam ini berlandarkan kepada wang, halal tak halal belakang cerita. 

Saya ingin bertanya pula Dr Anthony. Adakah Dr Anthony yang beragama Kristian boleh menerima syarikat pengurusan mayat orang Kristian diselenggarakan dan dipunyai seorang Islam? Saya percaya Dr Anthony sendiri memandang perkara ini sebagai penghinaan kepada agama Kristian. Perkara ini sebenarnya hampir serupa dengan isu sijil halal yang dibangkitkan Dr Anthony. Jadi sebelum perkara ini menimbulkan kemarahan umat Islam, ada baiknya Dr Anthony mengeluarkan permohonan maaf.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP