MIMPI NGERI PAS KEDAH KEMBALI APABILA MAT SABU BERTANDING DI PENDANG

>> 31 July 2012


Mengikut sejarah PRU, Mat Sabu tidak pernah menang bertanding di halaman sendiri melainkan hanya menang di kawasan selamat di negeri lain. Ini kerana berdasarkan faktor protes masyarakat setempat yang sememangnya kenal benar dengan kelakuan Mat Sabu di Pulau Pinang.

Pada PRU ke 10, kenyataan Mat Sabu untuk bertanding di luar negeri sendiri disambut gembira oleh ahli PAS Pulau Pinang sendiri dan bukannya mana-mana ahli UMNO. Ini kerana menurut mereka membiarkan Mat Sabu bertanding di Kedah sama seperti membela anjing yang tersepit.

Manakan tidak, dari kisah berbukti pun sudah jelas menunjukkan bagaimana masalah moral Mat Sabu yang mempunyai skandal dengan rakan baik sendiri. Itu pun belum dikira kisah tabung memali yang sampai ke hari ini satu sen pun tidak dijumpai.

Semasa menjadi ahli Parlimen Kuala Kedah pada PRU 11, pelbagai kisah mengenai Mat Sabu mula tersebar. Yang menjadi tanda tanya, kisah tersebut bukannya datang dari ahli UMNO tetapi datang dari ahli PAS Kedah sendiri.

Malah ahli PAS veteran juga menyatakan bahawa Mat Sabu mengamalkan kronisme tahap kronik. Sesiapa yang tidak sehaluan dengannya akan dipecat. Tidak cukup dengan itu wang parti selalunya lesap begitu sahaja. Tetapi kisah ini hanya disamapaikan dari mulut orang PAS sendiri tetapi tidak beserta bukti.

Keputusan Ustaz Azizan membenarkan Mat Sabu bertanding di Pendang merupakan satu kesilapan besar. Mungkin Ustaz Azizan terlupa bahawa Mat Sabu ini salah seorang Anwarinas yang bermuka-muka yang boleh berubah dalam bentuk apa sahaja. Hari ini dia akan kata Anwar seorang yang hebat tetapi jangan lupa pada lepas Mat sabu pernah menentang Anwar di Permatang Pauh satu lawan satu.


0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP