SEKIRANYA PR MENANG, NEGERI SEMBILAN BAKAL ADA 2 MB

>> 10 April 2012

Sedar tak sedar rupa-rupanya ramai calon Pakatan sudah mengidam untuk menjadi MB Negeri Sembilan. Ini berdasarkan kepada ceramah-ceramah mereka yang beriya-iya berjanji sana-sini dengan menyatakan secara jelas tentang angan-angan mereka. Buat masa ini calon MB Negeri Sembilan yang diketahui hanyalah dua orang dari dua parti yang berbeza.

Pertamanya orang tersebut ialah Chegu Bard dari PKR yang bersungguh-sungguh menabur fitnah sana sini. Pernah sekali Chegu Bard menyatakan kesediaan menjadi MB di ceramah di Taman Angsamas sekiranya menang pada PRU. Tetapi adakah Chegu Bard akan bertanding DUN pada kali ini? Jika masih ingat Chegu Bard kalah pada PRU 12 lalu di tangan KJ di Rembau. Jadi masih mampukah Chegu Bard yang suka cakap besar menang?


Calon kedua pula ialah Aspan Alias yang dari DAP yang beriya-iya melobi untuk menjadi MB sekiranya menang. Tetapi agak menghairankan kerana Aspan Alias sendiri tidak pernah bertanding dalam mana-mana PRU. Tambahan pula segala temberang Aspan Alias semuanya telah lama dihidu rakyat Negeri Sembilan.


Buat masa ini hanya PAS yang masih belum menampilkan calon bakal MB. Tetapi agak kelakar kerana belum pun PRU tetapi puak-puak Pakatan sudah memasang angan-angan untuk menjadi MB. Walau apa pun perkara ini amat bertuah bagi Negeri Sembilan kerana bakal mendapat 2 MB sekiranya Pakatan memang (kalau boleh menang la...).

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP