KERAJAAN NEGERI SELANGOR SUMBANG TOKONG RM 50,000. MASJID DAPAT BERAPA?

>> 08 April 2012


Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran rejim Khalid Gagap sememangnya sentiasa menganaktirikan bangsa Melayu Islam di negeri tersebut. Hari ini dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor menyumbang sejumlah RM 50,000 kepada sebuah tokong di Selangor. Sumbangan itu disampaikan Ronnie Liu yang merupakan seorang exco dalam kerajaan negeri.

Sebelum ini pun Khalid Gagap pernah menyumbangkang sejumlah besar wang kepada rumah ibadat bukan Islam di Selangor. Walau pun dikatakan bukan Islam, tetapi dalam gambar jelas menunjukkan hanya satu kaum sahaja yang menerima sedangkan apabila perkataan bukan Islam digunakan maka ianya mestilah merujuk kepada semua agama lain.


Manakala nasib orang Islam di Negeri Selangor terus terbiar walaupun mereka adalah majoriti. Sebelum ini rejim Khalid Gagap pernah berusaha untuk merobohkan surau dan perkara ini masih tergantung sehingga ke hari ini.


Malah isu murtad yang cuba diperjuangkan oleh Hasan Ali dipandang enteng oleh kerajaan negeri. Usaha Hasan Ali diperlekehkan oleh beberapa barua kafir harbi seperti Khalid Gereja dan Dr Rani. Malah tidak cukup dengan itu, isu murtad di DUMC juga sehingga kini masih tidak mendapat apa-apa khabar berita. Malah semasa peristiwa tersebut Khalid Gagap pernah menyatakan supaya kesemua exco tutup mulut sedangkan rakyat terpinga-pinga dengan situasi sebenar masalah murtad di Selangor. Dan baru beberapa hari lepas baru Khalid Gagap terhegeh-hegeh untuk menubuhkan satu badan untuk memperkasakan JAIS sedangkan perkara tersebut sudah lama berlarutan.

Malah isu penjualan arak juga menyaksikan betapa Kerajaan Negeri berat sebelah dalam membuat pertimbangan. Mengapa penjualan arak diluluskan di Shah Alam sedangkan penduduk Islam dikawasan tersebut menjangkaui 80%? Adakah Kerajaan Negeri Selangor berusaha bersubahat dalam menggalakkan maksiat? Bukankah rampasan arak oleh Hasan Ali itu satu bentuk jihad untuk mengurangkan maksiat? Kenapa kerajaan negeri menidakkan segala usaha murni ini?

Jika disebut satu persatu sehingga besok pun belum tentu habis dengan masalah Kerajaan Negeri Selangor menganaktirikan Melayu Islam di negeri tersebut.  Jadi persoalannya, berapa banyakkah pula sumbangan Kerajaan Negeri Selangor untuk sebuah masjid pada hari ini?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP