DARI DEWAN RAKYAT: FUZIAH REAKTOR YANG PERASAN DIRINYA MEWAKILI RAKYAT MALAYSIA LALU TERSEMBAM. WAKAKAKA....

>> 20 March 2012


Debat mengenai isu Lynas agak damat di Dewan Rakyat. Wakil kedua-dua pihak antara BN dan PR ialah peguam. Maka pastinya debat seperti ini agak sensasi. Dalam debat ini terdengar juga selitan dari Fuziah Reaktor yang menyatakan bahawa dia mewakili suara rakyat Malaysia dan menolak projek Lynas. Wakakaka...

Apa yang kelakarnya benarkah Fuziah Raektor mewakili rakyat Malaysia? Cuba bandingkan gambar Himpunan Hijau yang lepas dengan kenyataan Fuziah.


Kalau setakat dalam gambar pun ada dua tiga kerat bolehkah dikatakan ini suara rakyat Malaysia? Tambahan pula Himpunan Hijau itu hanya disertai tidak sampai 0.01% rakyat Malaysia. Jadi, Fuziah Reaktor tolong jangan perasan lebih atau syok sendiri.

MP Kota Belud pula mengeluarkan satu kenyataan bernas melalui twitter mengenai isu Lynas yang cuba diputarbelit oleh Fuziah Reaktor.


Sebenarnya orang yang paling layak untuk berdebat dengan PR ialah wakil pembangkang sendiri iaitu Dr. Che Rosli yang merupakan salah seorang panel keselamatan Lynas. Jawapan yang munasabah dan bernas sudah pun dikeluarkan oleh Dr. Che Rosli tetapi agak menghairankan apabila pembangkang tidak mahu memahami apa yang cuba disampaikan demi kesinambungan politik mereka.

Apalah kelulusan Fuziah Reaktor jika hendak dibandingkan dengan Dr Che Rosli...



Malah PAS menunjukkan sikap tawar dalam isu Lynas. Haji Hadi Awang juga menyuruh ahli PAS supaya merujuk kepada Dr. Che Rosli. Jadi dapat dilihat disini bahawa sekiranya ahli PAS itu menyokong sepenuh hati mengenai isu Lynas maka mereka tergolong dalam kumpulan Anwarinas! Bukankah begitu?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP