INI YANG DIKATAKAN PAKATAN AKAN MEMBELA NASIB PENJAWAT AWAM?! PIGIDAH!

>> 23 March 2012


Sememangnya menjadi tabiat kepada Pakatan Rakyat untuk sentiasa menyerang institusi awam demi kepentingan politik mereka. Malah dalam pada itu kelemahan institusi ini akan sentiasa dikaitkan dengan BN walaupun pada hakikatnya BN hanya pembuat dasar dan pelaksana tetap kepada institusi tersebut.

Isu terbaru yang cuba dimainkan oleh Pakatan Rakyat apabila seorang lelaki veteran India yang masih memegang kad pengenalan merah. Lelaki India ini dikatakan lahir di Sungai Petani dan seorang warganegara.

Isu ini menjadi hangat apabila seorang pemimpin mangkuk PKR cuba menyalahkan JPN kerana lelaki tersebut memegang kad pengenalan merah yang secara formal diberikan kepada rakyat yang memegang status penduduk tetap.

Perkara ini mempunyai jalan penyelesaian yang mudah sekiranya tidak dipolitikkan. Jika benar lelaki tersebut seorang warganegara, pastinya lelaki tersebut mempunyai sijil kelahiran dan perkara ini akan selesai. Sekiranya lelaki tersebut tidak mempunyai sijil kelahiran, pastinya perkara ini agak sedikit rumit untuk mengesahkan adakah lelaki ini sememangnya seorang warganegara atau bukan. Walau bagaimanapun perkara ini hanya mampu dilaksanakan oleh JPN kerana JPN yang lebih arif berbanding kita sebagai seorang rakyat biasa.

Tetapi kenyataan Twitter N Surendran ini seolah-olah meletakkan BN di atas segala kesalahan intitusi awam sedangkan institusi ini tidak berkait dengan politik. Malah institusi ini memberikan perkhidmatan tanpa mengira aliran politik. Jadi adakah segala permasalahan institusi awam adalah kesalahan BN? 

Malah tindakan N Surendran yang ini juga seolah-olah menyerang JPN. Sebelum ini pun sudah menjadi tabiat Pakatan Rakyat yang menyerang institusi awam seperti ATM, PDRM dan SPR. Adakah ini yang dimaksudkan Pakatan Rakyat akan membela nasib penjawat awam sekiranya dapat memegang tampuk kuasa?

Anda sendiri boleh nilai bagaimana sebenarnya dengan nasib penjawat awam sekiranya Pakatan Rakyat memegang kuasa. Malah sebelum ini pun Tony Pua telah menyatakan untuk mengurangkan jumlah penjawat awam. Jadi sememangnya bodohlah sekiranya masih ada penjawat awam yang masih percaya dengan janji-janji manis Pakatan.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP