NASRUDIN MENIPU. ULAMA' TIDAK BOLEH JADI PEMIMPIN?!

>> 23 January 2012


Agak mengejutkan apabila Nasrudin menempelak BN kerana tidak mengikttiraf golongan ulama' menjadi pemimpin di Haprakah.
Sebelum ini, menurutnya, rakyat negara ini telah sekian lama dimomokkan oleh Umno BN kononnya golongan ulama tidak boleh menjadi pemimpin bagi sesebuah kerajaan.

Katanya, momokan itu menjadikan golongan ulama di tanah air terasa rendah diri walaupun hakikat sebenarnya golongan ulamalah yang lebih layak menjadi pemimpin.

"Tetapi kemenangan parti-parti Islam di Mesir dan di negara-negara lain sekarang jelas menafikan pandangan negatif Umno BN itu, sebaliknya orang ramai di seluruh dunia ternyata lebih meyakini kemampuan golongan ulama menjadi pemimpin berbanding bukan golongan ulama," tegasnya.
Pertamanya, Nasrudin menunjukkan kebodohannya dalam mengeluarkan kenyataan. Tidak benar sama sekali BN tidak mengiktiraf ulama sebagai pemimpin. Sedangkan diketahui bahawa mantan PM sendiri dari golongan ulama'. Cuma perbezaannya ulama' BN bukanlah 24 jam memakai serban dan memaki hamun orang sesuka hati sebaliknya lebih lembut dan berketerampilan. Lihat sahaja peranan Ustaz Fathul Bari dan Ustaz kamal Saidin. Adakah mereka ini bukan golongan ulama'?

Dan yang keduanya, kenyataan Nasrudin seolah-olah mengatakan hanya PAS sahaja yang parti Islam sedangkan parti lain semuanya kafir belaka. Ini tidak benar sama sekali kerana BN yang dipelopori UMNO sentiasa menerapkan nilai Islam dalam pemerintahan. Kerana itu kerajaan BN membina lebih banyak masjid dari kerajaan PAS Kelantan yang hanya membina sebuah masjid selama 20 tahun memerintah. Ini adalah fakta!

Sedangkan sejak bersama Pakatan Rakyat, dapat dilihat betapa umat Islam diperkotak-katikkan oleh DAP. Adakah Nasrudin sedar betapa hukumnya bersahabat dengan kafir harbi? Jadi PAS ini parti Islam yang bagaimana? Bukankah sekadar Pak Turut DAP? Dan sedarkah Nasrudin dengan perkara ini?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP