BARUA ANTI MELAYU DI INTERNET

>> 21 October 2011


Gambar di atas ialah sebuah laman web yang menggelarkan diri mereka Anti Malay Club yang dipelopori oleh  rakyat Malaysia sendiri. Komen-komen dari laman web ini yang diulas oleh para pelayar amat menyakitkan hati. Mereka ini sesuka hati mencerca dan menghina kaum Melayu.



Kebiadapan kaum lain terhadap kaum Melayu dilihat semakin hari semakin melampau. Sudah tentu sekiranya anda yang berbangsa Melayu yang membaca artikel ini juga akan berasa marah dengan kebiadapan kaum-kaum ini.

Orang Melayu di waktu ini seolah-olah seperti hilang tempat bergantung. Kepada siapakah seharusnya kita mahu mengadukan perkara ini? Sekiranya aduan dibuat, tiada tindakan akan diambil oleh pihak-pihak berwajib dalam perkara seperti ini.

Lihat sahaja seperti isu yang melibatkan si haramjadah dari Ipoh yang mengeluarkan video klip menghina Islam dan Melayu. Adakah si haramjadah ini pernah dikenakan apa-apa tindakan?

Jika pemimpin Melayu sendiri gagal untuk menjaga dan melindungi kaumnya sendiri, jadi kepada siapa kami harus bergantung? Kepada pemimpin rasis DAP? Kepada MCA dan MIC? Silalah jawab wahai para pemimpin Melayu.

Semakin orang Melayu bertolak ansur, semakin banyak orang Melayu ditindas dan dihina. Sekiranya hari ini kita menerima nasib yang seperti ini, bagaimana pula dengan nasib anak-anak kita di masa hadapan?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP