MAIS BERANG DENGAN TUDUHAN ANWAR

>> 07 November 2012


SHAH ALAM: Ahli Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Aidit Ghazali membidas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menuduh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bertindak atas arahan Umno, supaya mensensasikan isu kenyataan anaknya, Nurul Izzah.

Beliau sebaliknya berkata, Jais hanya menjalankan tugasnya mengikut peruntukan yang diberikan kepada badan itu dan mengatasi pengaruh mana-mana parti politik.

Aidit juga berkata, Jais sebelum ini memberitahu, tindakan memanggil Izzah hanya akan dibuat jika ucapan Naib Presiden PKR itu didapati melanggar dan bertentangan dengan Majlis Fatwa.

"Sesiapa pun yang kata, dia (Anwar) telah buat dosa kering dan fitnah besar. Setahu saya Mais dan Jais tak buat atas arahan sesiapa tetapi berdasarkan apa-apa (kesalahan) yang melanggar enakmen pentadbiran dan undang-undang Islam negeri Selangor dan perkara yang telah ditetapkan dalam mana-mana peraturan bersabit perlindungan agama Islam," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Justeru beliau menyifatkan dakwaan Anwar ibarat menegakkan 'benang yang basah' meskipun kenyataan Izzah itu bertentangan dengan prinsip ajaran Islam kebebasan beragama hanya terpakai kepada orang bukan Islam. 

"(Berhubung) kenyataan ini datang dari orang yang sudah kekeringan modal nak mempertahankan sesuatu yang salah. Sedangkan jelas apa yang dikatakan Izzah itu salah, jadi kalau salah mengaku sahaja. Sebab sifat seorang pemimpin yang mulia kalau salah, mereka mengaku.

"Selagi orang itu taksub kepada satu hajat yang bersifat peribadi, taksub pada diri sendiri, selagi itulah kalau keluarkan bukti apa sekalipun dia akan tolak.

Izzah pada Sabtu lalu ketika menjadi panel sebuah forum yang membincangkan topik, 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?" menyatakan pandangannya tentang kebebasan memilih agama.

“Tidak harus ada paksaan di dalam agama. Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.. ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum),” katanya ketika menjawab pertanyaan lanjut dari hadirin yang datang.

Semalam Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Pengerusi Mais Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata baginda juga menolak sama sekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar agama Islam.

"Sebagai penasihat kepada Sultan Selangor, Mais akan terus bertegas dalam membantu baginda untuk bersikap waspada, peka dan tegas terhadap mana-mana pihak yang sama ada secara langsung atau tidak langsung mencabar kemurnian agama Islam baik dari segi fahaman mahupun amalan, khususnya di Selangor," katanya dalam satu kenyataan lewat petang semalam. - antarapos

3 comments:

Anonymous,  November 7, 2012 at 10:01 PM  

Tak kan nak ambil hati atas komen Anwar. Kita semua dah biasa dengan kata2 seumpama itu. Kita tunjuk kebenaran kita dalam peti undi. Singkir PR, semudah itu.

Anonymous,  November 7, 2012 at 10:29 PM  

ko nurul izzah telah membangkitkan kemarahan kami.

Anonymous,  November 11, 2012 at 11:57 PM  

aku dah buka mata.. semakin pincang Pas dgn Pkr ni.. aku dah tak sanggup lagi melihat agama aku diperkotak katik

tq nurul sbb PRU nanti aku dah tau mana aku nak pilih nanti...

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP