SANKARA MENGELUARKAN KENYATAAN KURANG AJAR TERHADAP PM

>> 13 December 2011


Semasa perbicaraan semalam, Sankara Nair mengeluarkan sebaris ayat yang berbunyi begini,

"Cap jari beliau kelihatan dimana-mana sahaja di dalam kes ini"

"Beliau" yang dirujuk ialah PM dan kenyataan kurang ajar ini merujuk kepada penglibatan PM di dalam kes ini. Akhbar pembangkang iaitu Keldaian Daily turut mengesahkan Sankara mengeluarkan kenyataan ini semasa perbicaraan berlangsung. Ternyata bahawa kenyataan kurang ajar ini sengaja dikeluarkan oleh Sankara untuk menyerang PM walaupun pihak pembelaan gagal memberikan apa-apa hujah untuk membabitkan PM dalam hal ini. Malah sepina Anwar terhadap PM juga ditolak mahkamah kerana tidak berkait dengan kes.

Permainan terdesak barisan pembelaan sudah mula menampakkan kucar-kacir. Tiada harapan untuk mereka memenangi kes ini. Jadi segala bentuk serangan terpaksa dilakukan untuk mengekalkan sokongan terhadap parti. Ini kerana kegagalan barisan pembelaan akan memberikan tindak balas yang terus kepada parti. Ahli akan hilang kepercayaan kepada Anwar dan akan berlakulah adegan lompat-melompat.

Seharusnya Sankara perlu waras dalam memberikan hujah. Jika sekadar mengeluarkan fitnah, Mat Sabu dan Mahfuz Bean pun boleh. Kegagalan Sankara memberikan apa-apa bukti kaitan di antara PM dalam kes ini bersamaan dengan fitnah! Dan ingatlah fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh!



0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP