350 AHLI PR BANTING SERTAI BN

>> 08 April 2013


BANTING 7 April - Seramai 350 orang ahli Pakatan Rakyat (PR) terdiri daripada 11 cawangan yang berbeza hari ini telah menyertai MIC sekaligus memberi sokongan yang kuat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri Selangor.

Ketua MIC Cawangan Sungai Manggis M. Kunasikan berkata, faktor janji yang tidak ditepati oleh parti PKR 4 tahun lalu menyebabkan bekas ahli PKR itu mengambil keputusan untuk memilih menjadi ahli BN yang dilihat lebih menepati janji.

"PKR pada 2008 pernah berjanji dalam masa 3 bulan akan menunaikan janjinya kepada penduduk Kg. Fatimah di Sungai Manggis tetapi janji itu tidak ditunaikan sehingga hari ini.

"Salah satu janji ialah membina tempat pembakaran mayat untuk kaum india tetapi sehingga kini janji mereka tidak dilaksanakan. Mereka hanya pandai berjanji tetapi tidak pandai melaksanakan janji itu," tegasnya ketika ditemui pemberita selepas menerima borang keahlian bersama bekas ahli PR di Majlis Kembali Sokongan Kepada BN di sini, hari ini.


Beliau turut menegaskan ahli-ahli yang menyertai BN itu sudah tahu akan tipu helah yang telah dikemukankan oleh pemimpin PKR.

"Sebab itu hari ini, 11 cawangan yang mempunyai ahli-ahli Pakatan Rakyat sudah tahu dengan selok belok penipuan PKR telah mengambil keputusan untuk keluar parti dan menyertai BN.

Sementara itu, Pengerusi BN Kuala Langat, Datuk Sulaiman Karli berkata semua 350 orang merangkumi 11 cawangan yang memasuki parti MIC itu merupakan ahli PR telah bersetuju akan mengadakan sokongan yang kuat bersama BN.

"Mereka telah menyatakan sokongan yang jelas kerana program ini mereka yang bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya dan menjemput saya untuk hadir bagi memberi sokongan terhadap mereka.

"Jadi saya rasa ini merupakan ikhlas dari hati mereka untuk menyokong BN," katanya.


Beliau turut yakin bahawa sokongan yang kuat di Kuala Langat sudah memihak kepada BN selepas kerajaan banyak kesilapan pembangkang telah dilakukan.

"Saya jangka 70 peratus penduduk Kuala Langat memberi sokongan terhadap kerajaan BN menunjukkan mereka sudah kembali memberi sokongan terhadap BN.

"Kuala Langat dari dahulu merupakan kubu kuat BN dan baru sekali kita tumpas selepas apa yang dikatakan tsunami PRU. Saya yakin kali ini BN akan merampas kembali," katanya. - klpos

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP