MENGKORPORATKAN UMNO: KE ARAH MENJAHANAMKAN PARTI SIASAH

>> 23 January 2014


Dalam satu mesyuarat UMNO Perhubungan Negeri Sembilan, MB Negeri Sembilan Tok Mat mencadangkan agar UMNO dikorporatkan untuk menjana ketelusan dan keberkesanan yang lebih baik untuk menghadapi PRU akan datang. Maksudnya di sini satu badan lantikan yang dibayar gaji ala-ala konsetan akan mengambilalih semua perjalanan program, strategi dan gerak kerja UMNO perhubungan.

Perkara ini sama sekali tidak diperlukan oleh UMNO memandangkan UMNO itu sendiri sebagai satu parti siasah dan bukannya satu pasukan bola sepak yang tahan pakai lutut tendang pakai keting bak kata Tok Mat.

Perkara ini amat mencelarukan pentadbiran UMNO sendiri kerana arahan-arahan yang dikeluarkan pastinya sukar dilaksanakan oleh akar umbi kerana percanggahan dari segi keutamaan ketua (authority).

Selama ini pun fungsi UMNO perhubungan tidak pernah dikorporatkan tetapi masih berjalan dengan baik. Cuma perjalanan dan fungsi itu masih banyak perlu diperbaiki. Tetapi mengambil satu rangka kerja baru dengan membuang rangka kerja lama adalah sama sekali tidak wajar kerana ianya melibatkan kos yang tinggi (tenaga dan idea).

Dimaklumkan Tok Mat sedang heboh mencari blogger dan facebook yang akan diserapkan ke dalam pasukan UMNO yang dikorporatkan ini. Ini bermaksud gaji mereka akan dibayar dan peralatan berblog akan disediakan. Untuk makluman blogger-blogger otai Negeri Sembilan telah menolak jemputan tersebut. Jemputan tersebut ditolak bukannya kerana blogger-blogger ini menolak wang tetapi penolakan ini bermaksud penolakan kepada usaha mengkorporatkan UMNO.

Dimaklumkan apabila fungsi perhubungan dikorporatkan, dana dari kerajaan negeri akan disuntik untuk melaksanakan aktiviti. Andai kata pada PRU 14 UMNO Negeri Sembilan tewas dan menjadi parti pembangkang seperti di Selangor, dari manakah sumber yang akan disuntik untuk menjana badan perhubungan yang dikorporatkan ini? Dan akhirnya badan korporat ini akan menjadi konsetan yang telah kenyang dan ahli parti dan penyokong yang merana.

Mungkin Tok Mat masih tidak faham dengan mesej yang cuba disampaikan oleh akar umbi. Di waktu dahulu Tok Mat pernah melantik kroni-kroninya untuk mengisi jawatan-jawatan penting di UMNO Perhubungan. Akar umbi bersuara dan menolak tindakan tersebut. Hari ini Tok Mat masih cuba melakukan perkara yang sama dengan cara yang berbeza. Adakah kami di akar umbi ini hanya mahu berdiam diri?

Read more...




  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP