MASIH TIADA MELAYU....

>> 30 September 2013


Keputusan CEC DAP yang baru,

1. Liew Chin Tong (1,438)
2. Lim Kit Siang (1,436)
3. Karpal Singh (1,421)
4. Gobind Singh Deo (1,409)
5. Lim Guang Eng (1,304)
6. Chong Chien Jen ( 1,294)
7. Anthony Loke Siew Fook (1,263)
8. Chow Kon Yeow (1,203)
9. Fong Kui Lun (1,193)
10. Teng Chang Khim (1,164)
11. Tony Pua Kiam Wee (1,158)
12. Zairil Khir Johari (1,132)
13. Teresa Koh Suh Kim (1,127)
14. Chong Eng (1,111)
15. M Kulasegaran (1,088)
16. Tan Kok Wai (1,088)
17 Teo Nie Ching (1,081)
18. Boo Cheng Hau (961)
19. Nga Kor Ming (956)
20. Ngeh Koo Ham (809)

Yang pastinya masih tiada wakil Melayu... (Melayu celup ada la). Terbuktilah bahawa DAP sememangnya pasti yang tidak mengamalkan perkauman (asalkan orang Melayu diketepikan).

Read more...

PEMIMPIN MELAYU KOYAK KAD KEAHLIAN DAP, KELUAR PARTI

>> 28 September 2013


SHAH ALAM: Sehari sebelum DAP mengadakan kongres khas untuk melantik semula pimpinan tertingginya, seorang pemimpin Melayu parti itu mengoyakkan kad keahlian, kerana menyifatkan DAP rasis.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Ishak mengesahkan ura-ura beliau akan keluar daripada parti itu pada sidang media di Pulau Pinang sebentar tadi.

Beliau menuduh parti itu memperalatkan orang Melayu untuk agenda politik sempit dengan berselindung di sebalik istilah 'berbilang kaum.'

Rahmad menyelar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai pemimpin ala-Hitler yang memimpin parti itu secara kuku besi bersama bapanya Kit Siang.

"Parti DAP bukanlah tempat orang Melayu berlindung, tetapi sebaliknya dipergunakan secara senyap dan halus untuk memuaskan hawa nafsu pemimpin mereka.

"Malah penggunaan istilah amar makhruf nahi mungkar hanyalah diperdagangkan oleh Lim Guan Eng dengan niat untuk mendapatkan sokongan orang Melayu," kata beliau.

Rahmad berharap perwakilan DAP akan memilih barisan pemimpin yang berwibawa esok demi membela perjuangan pelbagai kaum parti itu.

Beliau kemudian mengoyak kad keahliannya.

Semalam, Rahmad memberitahu Antarapos bahawa beliau amat kecewa melihat DAP semakin bongkak dan meminggirkan ahli Melayunya.

"Selepas PRU13, kita tengok DAP di Pulau Pinang terutamanya melampau tidak dapat menjaga ahli Melayu dalam parti yang bilangannya berapa kerat sahaja,” katanya.

“Jadi macam mana nak jaga orang Melayu di Pulau Pinang kalau macam itu?’ tambah Rahmad.

"(Perjuangan) pelbagai kaum hanya di mulut … tapi mana dia pemimpin Melayu daripada 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi oleh DAP di Pulau Pinang," katanya.

"Bukan tidak ada pemimpin Melayu yang layak tetapi mereka lebih gemar kepada (calon yang) ada kena mengena dengan keluarga Lim Guan Eng," ujarnya.

Setiausaha Politik Guan Eng, Zairil Khir Johari adalah satu-satunya Ahli Parlimen Melayu daripada DAP di Pulau Pinang sungguhpun status Zairil sebagai anak Melayu dipertikaikan oleh pelbagai pihak di dalam dan luar parti itu.

Pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Disember lalu, semua lapan calon Melayu tewas dalam pemilihan parti, sekali gus menempelak cubaan Guan Eng untuk memaparkan DAP sebagai parti pelbagai kaum.

Beberapa minggu selepas itu, Guan Eng mendakwa berlaku kesilapan dalam pengiraan undi dan Zairil kemudian diisytiharkan sebagai memenangi kerusi CEC.

Susulan itu, Pendaftar Pertubuhan (ROS) enggan mengiktiraf CEC DAP dan mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula yang akan diadakan esok di Petaling Jaya.

Bagaimanapun pemilihan semula itu turut dibelit kontroversi apabila ROS mendedahkan bahawa DAP melanggar pelembagaannya kerana tidak memberikan notis 10 minggu kepada ahlinya mengenai pemilihan itu.

Rahmad menjangkakan lebih ramai ahli DAP yang bakal meninggalkan parti rasis itu dalam masa terdekat ini.

Beliau menyertai DAP pada bulan Jun tahun lalu. - antarapos 

Read more...

ADUN DAP KELUAR PARTI

>> 27 September 2013


SABAH: Pergolakan dalaman DAP Sabah telah mendorong ADUN Luyang, Hiew King Cheu bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Bekas pengerusi DAP Sabah itu memberitahu bahawa beliau membuat keputusan itu selepas mengadakan perjumpaan dengan penyokong dan rakan-rakan.


Hiew berkata beliau akan menghantar kepada ibu pejabat DAP surat rasminya keluar dari parti itu lewat hari ini.

Read more...

KENALI CALON KETUA WANITA: DATUK MAZNAH MAZLAN

>> 26 September 2013


Read more...

PEMILIHAN UMNO: 269 TARIK DIRI



Read more...

TAKZIAH: TAN SRI AZIZAN RAZAK TELAH PULANG KE RAHMATULLAH


Al-Fatihah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Read more...

PAS AKAN TABUR ABU MAYAT CHIN PENG?

>> 24 September 2013


Tindakan PAS yang menempelak keengganan kerajaan membawa abu mayat Chin Peng ke Malaysia mula dipersoalkan. Ini jelas satu tindakan bermotif politik dan cubaan membawa fahaman serong kepada masyarakat Islam.

Pertamanya, orang Islam harus sedar apakah perjuangan Chin Peng selari dengan syiar Islam sehinggakan nama Chin Peng boleh dimartabatkan tinggi oleh pemimpin PAS. Jika ada antara kita yang mengangkat tinggi perjuangan Chin Peng, maka mereka ini tergolong di kalangan orang yang menghina perjuangan orang-orang terdahulu seperti ASP Zabry yang mati di medan perang untuk menentang komunis.

Membawa masuk abu mayat Chin Peng ke Malaysia adalah satu cara untuk memartabatkan perjuangan Chin Peng. Jadi jangan ada dikalangan kita tertipu dengan muslihat halus yang cuba dimainkan oleh pemimpin PAS.

Tindakan membawa masuk abu mayat Chin Peng ini juga merupakan satu tindakan yang selari dengan fahaman liberal yang dibawa oleh barat. Ini adalah contoh dimana batas-batas agama tidak lagi digunapakai. Ketua Komunis dan pemimpin PAS yang konon-kononnya memperjuangkan Islam sudah boleh duduk semeja.

Jika usung keranda kafir pemimpin PAS sanggup, tidak hairan pemimpin PAS merupakan orang pertama yang akan menabur abu mayat Chin Peng nanti

Jelas perbuatan PAS ini amat mengguris hati orang Islam. Tetapi demi perjuangan sahabat-sahabat mereka yang memperjuangkan fahaman songsang dalam Pakatan Rakyat maka perkara seperti ini sudah dihalalkan.

Tidak hairan dimasa akan datang perkara yang lebih dahsyat dari ini akan diperjuangkan PAS. Oleh itu kita saharusnya berwaspada dengan segala fahaman dan muslihat politik yang cuba dimainkan PAS.

Read more...

BAHAGIAN SEREMBAN PEREBUTAN 3 PENJURU

>> 23 September 2013

Seperti yang diduga, perebutan kerusi Ketua UMNO Bahagian Seremban sememangnya panas apabila Datuk Yusuf Hermainshah dan Haji Abu Ubaidah menawarkan diri untuk bertanding menyaingi penyandang kerusi tersebut iaitu Datuk Ishak Ismail.

Datuk Ishak Ismail (penyandang)
Haji Abu Ubaidah
Datuk Yusuf Hermainshah
Siapakah di antara mereka ini yang akan menang? Tunggu dan saksikan sehingga hari pemilihan  pada 19 Oktober nanti.

Read more...

MUKHRIZ: BERANI BERUBAH

>> 20 September 2013



Read more...

MESYUARAT EXCO NEGERI SELANGOR DI BANGKOK?

>> 19 September 2013


SHAH ALAM: Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadakan mesyuarat Exco negeri di Bangkok dibidas kerana dianggap membazirkan wang rakyat. 

Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Selangor (PERKASA), Abu Bakar Yahya, berkata Abdul Khalid perlu memberi penjelasan mengenai maksud tersirat program ‘retreat’ yang bermula semalam dan hari ini.

“Penjelasan itu penting bagi menafikan dakwaan mereka pergi ke sana juga bertujuan menziarahi mendiang Chin Peng, yang mati, Isnin lalu.

“PERKASA Selangor berharap pemergian mereka ini tiada helah lain. Apapun, biar rakyat menilai sama ada benar-benar untuk rakyat negeri ini atau sebaliknya,” katanya. 

Semalam penulis sebuah laman blog mendakwa 18 Exco Selangor termasuk pegawai kerajaan negeri berlepas ke Bangkok dari KLIA kira-kira jam 10 pagi semalam. 

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan, berkata tindakan itu langsung tiada keperluan. 

“Tujuan mesyuarat Exco untuk mendapatkan hasil dan tidak semestinya diadakan di luar negara. Apa keperluan untuk bermesyuarat di sana. 

“Abdul Khalid perlu jelaskan kerana sebelum ini beliau mendabik dada kononnya menguruskan belanjawan berhemat. 

“Lawatan seperti ini pasti membabitkan implikasi kewangan kerana pegawai kerajaan negeri juga turut dibawa. Di mana punca kewangan untuk lawatan itu kerana jika tidak, ia pasti dianggap membazirkan wang rakyat,” katanya. 

Sementara itu, sumber di pejabat Menteri Besar Selangor menyatakan, program retreat berkenaan sudah diatur lebih dua minggu lalu dan menafikan lawatan berkenaan mempunyai kaitan dengan kematian Chin Peng. 

“Ia sudah dirancang pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN). Selain Menteri Besar dan Exco, Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi, Penasihat Undang-undang negeri, Datin Paduka Zauyah T Loth Khan dan Pegawai Kewangan, Datuk Noordin Sulaiman turut menyertai program itu di sana. 

“Mesyuarat MMKN serta Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) juga diadakan di sana hari ini (semalam) dan esok (hari ini). Abdul Khalid dijangka pulang ke tanah air esok,” katanya. - antarapos

Read more...

MAT SABU MERAJUK?

>> 18 September 2013


Sudah kedengaran desas-desus Mat Sabu tidak akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS yang disandangnya pada hari ini. Ini berikutan tekanan yang diberikan oleh akar umbi PAS bahawa pengaruh Mat Sabu benar-benar memburukkan hala tuju politik PAS yang dilihat semakin longlai dan semakin sukar diterima oleh majoriti orang Melayu.

Dalam satu kenyataan, Nik Aziz menggesa agar kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat dikaji untuk menambahbaik kedudukan PAS yang dilihat semakin disisihkan oleh DAP dan PKR. Ini seolah-olah satu isyarat bahawa Mat Sabu gagal menjulang PAS di dalam Pakatan Rakyat kerana seperti diketahui Mat Sabu adalah orang kuat Anwar di dalam PAS.

Suara akar umbi PAS di Negeri Sembilan pula sudah berpecah dua. Satu mahukan Mat Sabu kekal dan satu lagi mahukan Mat Sabu segera meninggalkan jawatan. Suara mahukan Mat Sabu beredar lebih banyak kedengaran kerana reputasi buruk Mat Sabu sendiri yang gagal menang di kubu kuat PAS di Pendang pada PRU lepas.

Malah akar umbi PAS mempertikaikan mengapa Mat Sabu seringkali membawa anasir dan pengaruh PKR ke dalam PAS. Antaranya himpunan Balckout yang lalu dimana majoriti ulama PAS tidak merestui ahli PAS menyertai himpunan tersebut tetapi Mat Sabu menyeru agar ahli PAS menyertai dengan alasan dan skrip yang disediakan oleh Anwar dengan menyakinkan bahawa perhimpunan tersebut adalah perlu untuk survival politik PAS walaupun hingga ke hari ini masih tiada satu pun faedah yang diperolehi PAS dari perhimpunan tersebut.

Walau apa sekalipun masih terlalu awal untuk menduga arah tuju politik Mat Sabu. Yang pastinya akan ada campurtangan Anwar Ibrahim sendiri bagi memastikan ejen-ejen Anwar di dalam PAS akan terus dapat dikekalkan untuk terus menjadikan PAS kuda tunggangan di dalam Pakatan Rakyat.

Read more...

DIALOG ISLAM-KRISTIAN KECOH

>> 17 September 2013

 
BUTTERWORTH 17 Sept. - Majlis dialog antara Islam dan Kristian anjuran Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas, Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa di sebuah restoran di Jalan Kampung Benggali di sini malam tadi kecoh apabila pemiliknya menghalau penganjur dan para peserta program berkenaan.

Pemilik premis makanan itu yang merupakan seorang wanita mendakwa dirinya ditipu kerana tidak dimaklumkan tujuan sebenar orang ramai berkumpul di situ.

Dialog tersebut pada mulanya dijadual berlangsung di sebuah gereja yang terletak kira-kira satu kilometer dari situ tetapi diubah lokasi pada saat-saat akhir oleh penganjur bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Ketika Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar dan isterinya, Datin Zuraida Husin tiba pada kira-kira pukul 9 malam, wanita berkenaan dilihat meninggikan suara dan meminta penganjur mengosongkan tempat berkenaan menyebabkan beberapa peserta berang dan menyifatkan tindakannya sebagai biadap.

Keadaan itu memaksa penganjur kembali ke lokasi asal penganjuran iaitu Gereja St. Mark.

Di luar gereja pula, kira-kira 40 anggota polis dilihat berkawal bagi mengawal keselamatan.

Sebelum ini, majlis berkenaan mendapat bantahan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negeri ini yang membuat laporan polis kerana bimbang ada pihak tertentu menggunakan dialog tersebut untuk agenda politik sehingga sanggup menggadaikan maruah Islam. - UTUSAN ONLINE
 

Read more...

13 PENYOKONG PAS DIPENJARA DUA TAHUN

>> 13 September 2013


Kejadian memalukan ini terjadi awal tahun 2009, ketika penyokong PAS cuba menghalang pemimpin BN mengangkat sumpah membentuk kerajaan di Perak selepas tiga ADUN pembangkang bertindak jadi bebas dan sokong BN.

Bagi menghalang proses peralihan kuasa yang sah dari segi undang-undang itu berlaku, segelintir penyokong yang taksub sanggup menyertai perhimpunan haram selain cuba menghalang kereta Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah dari menghadiri upacara mengangkat sumpah bakal MB Perak yang baru.

Berikutan itu, selepas dibicarakan Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini menjatuhkan hukuman dua tahun penjara dan denda RM5,000 ke atas setiap 13 individu, termasuk seorang wanita yang terbabit dalam perhimpunan haram di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada 6 Februari 2009.

Hukuman tambahan lima bulan penjara turut dikenakan jika setiap tertuduh gagal membayar denda berkenaan.

Hakim Norsalha Hamzah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi semua tertuduh.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau meneliti hujah dan keterangan saksi serta rayuan hukuman daripada kesemua tertuduh sekaligus pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap kes itu. - agendadaily

Read more...

8 KETUA BAHAGIAN DI JOHOR BAKAL DICABAR

>> 12 September 2013

 
JOHOR BAHRU 12 Sept. - Mesyuarat UMNO Bahagian di Johor yang akan bermula tidak lama lagi dijangka menyaksikan sekurang-kurangnya lapan ketua bahagian dicabar oleh pesaing masing-masing bagi jawatan berkenaan.

Selain itu, tujuh UMNO Bahagian di negeri kubu kuat parti itu juga akan mempunyai ketua bahagian yang baharu berikutan keputusan penyandang jawatan untuk tidak bertanding pada pemilihan kali ini.

Bagi UMNO Bahagian Pagoh yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin, Semberong (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) dan Pasir Gudang (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin), dijangka tidak akan ada persaingan bagi jawatan ketua bahagian.

Di antara ketua UMNO Bahagian yang berkemungkinan besar dicabar pada pemilihan kali ini adalah bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO.

Beliau dijangka dicabar bekas Ketua UMNO Bahagian itu dan bekas Ahli Parlimen Batu Pahat, Siam Kasrin yang 'kembali' ke arena politik UMNO bahagian selepas menyepi buat seketika.

Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed pula bakal dicabar buat kali kedua oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian pada pemilihan bahagian kali ini.

Osman yang dihubungi mengesahkan sedang mempertimbangkan untuk mencabar Ahli Parlimen Pulai itu yang juga anak kepada bekas Setiausaha Agung UMNO, Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kluang, Radzali Mohd Noor pula telah mengumumkan secara terbuka akan mencabar penyandang ketua bahagian, Mohd. Jais Sarday yang juga ahli Exco Pelajaran dan Pembangunan Usahawan Negeri.

Bagi UMNO Bahagian Simpang Renggam pula, pemilihan ketua bahagian kali ini adalah paling sengit dalam sejarah dengan empat calon dijangka mencabar Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman, yang kini menyandang jawatan itu.

Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah Datuk Abdul Aziz Sapian pula akan dicabar timbalannya Dr. Zaini Abu Bakar yang juga ADUN Nusajaya serta Setiausaha Politik Menteri Besar Johor, Khairy Malik pada pemilihan kali ini.

Ketua-ketua UMNO Bahagian di Bakri dan Sekijang juga diberitakan bakal dicabar pada pemilihan bahagian kali ini bagi merebut jawatan ketua bahagian.

Kedua-dua mereka, Datuk Saipolbahari Suib dan Datuk Baharum Mohamed bakal menerima tentangan sengit daripada timbalan masing-masing, Datuk Mazlan Sabari dan Datuk Ayub Rahmat.

Bagi persaingan merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Segamat pula, Datuk Othman Jais berkemungkinan akan dicabar Ketua Puteri bahagian, Norshida Ibrahim yang juga ADUN Buloh Kasap.

Sementara itu, beberapa Ketua UMNO Bahagian telah mengumumkan keputusan mereka untuk tidak bertanding kali ini termasuk Tan Sri Syed Hamid Albar (Kota Tinggi), Datuk Baderi Dasuki (Tenggara) dan Datuk Mohd. Ismail Mohd. Shah (Muar).

Ketua UMNO Bahagian Ledang dan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Datuk Ahmad Zahri Jamil (Parit Sulong) juga tidak akan mempertahankan jawatan mereka kali ini.

UMNO Bahagian Sri Gading pula berkemungkinan akan mempunyai ketua Bahagian yang baharu kerana Datuk Mohamad Aziz dikatakan akan memberi laluan kepada timbalannya, Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan. Umno Negeri Johor mempunyai 26 bahagian. - BERNAMA

Read more...

SELAMATKAN KALIMAH ALLAH

>> 11 September 2013

Read more...

PAS DAN SYIAH

>> 10 September 2013



Read more...

SPEKULASI KU LI?

>> 07 September 2013



Read more...

APABILA FANATIK KETUA BAHAGIAN MENGAMUK

>> 06 September 2013


Ini sebahagian dari e-mail yang diterima,

apehal kau nak kempen lawan tok sahak? kau sape? kalau setakat dalam blog je berani tak payah la. kalau berani cakap depan-depan la. macam la orang tak tau kau berpakat dengan mb nak jatuhkan tok sahak. ko tengok la pemilihan nanti. tok sahak tetap akan menang.

Nampaknya fanatik-fanatik Ketua Bahagian melenting apabila pemimpin mereka dikritik di blog ini pada beberapa minggu lepas (KLIK). Ini hanya sebahagian dari e-mail. E-mail penuh tak perlulah dipaparkan kerana terdapat kata-kata kesat yang kurang enak untuk tatapan pembaca.

Ingin saya katakan di sini, selama lebih 20 tahun Ketua Bahagian memegang jawatan, apakah sumbangan dan penambahbaikan yang pernah dilakukan beliau dari menyelamatkan UMNO Bahagian Seremban yang semakin berpuak-puak? Bukankah Ketua Bahagian sendiri turut terlibat dalam memecah-belahkan UMNO Bahagian Seremban dengan menanam rasa kebencian terhadap individu-individu tertentu yang merupakan musuhnya dalam politik? 

Ini tidak lagi dikira melalui keputusan PRU yang lepas. Lihatlah di seluruh Negeri Sembilan, satu-satunya kerusi UMNO yang tewas terdapat di dalam Bahagian Seremban. Tetapi Ketua Bahagian masih tidak mengakui bahawa beliau harus memikul tanggung jawab dengan berundur apabila gagal menyelamatkan kerusi UMNO di Sikamat yang tewas dengan undi yang terlalu kecil.

Sepatutnya selepas PRU 12 lagi Ketua Bahagian telah berundur dari jawatan apabila UMNO hanya mampu menang 1 kerusi sahaja dari 3 kerusi yang ditandingi di dalam Bahagian Seremban. Tetapi ternyata Ketua Bahagian ini seorang yang bermuka tebal dan langsung tidak mahu mengakui bahawa beliau juga harus memikul beban kekalahan ini dengan berundur dari jawatan, bukannya sibuk menjatuhkan musuh-musuhnya dalam UMNO.

Bukannya ahli UMNO Seremban tidak tahu akan segala kejahatan dan permainan kotor yang dilakukan Ketua Bahagian. Boleh sahaja didedahkah di blog ini mengenai kejahatan Ketua Bahagian menyalahgunakan kuasa untuk menggantung mesyuarat cawangan yang tidak menyokongnya pada pemilihan yang lepas- lepas, kisah orang-orang kepercayaannya yang dianugerahkan tanah berekar-ekar hanya kerana jadi pak hangguk kepadanya, kisah orang-orang kepercayaannya melarikan duit KEMAS berpuluh-puluh ribu, dan perlbagai lagi. Bukannya tidak boleh didedahkan, cuma khuatir jika didedahkan akan mendatangkan kesan kebencian melampau terhadap UMNO Bahagian Seremban kerana menyimpan orang seperti Ketua Bahagian ini sebagai ketua.

Jadi kepada puak-puak fanatik Ketua Bahagian, fikir-fikirlah sendiri adakah UMNO Bahagian Seremban menuju ke arah yang positif selama Ketua Bahagian memegang jawatan. Jangan hanya kerana anda diberikan pelbagai inisiatif dari Ketua Bahagian anda terlupa yang manakah baik yang manakah buruk.

Untuk pengetahuan fanatik-fanatik Ketua Bahagian juga, blog ini sama sekali tidak pernah berkompromi dan ditaja mana-mana pihak samada MB, musuh-musuh Ketua Bahagian atau mana-mana pihak. Jadi puak-puak fanatik Ketua Bahagian jangan suka main tuduh sebarangan.

Read more...

ALI RUSTAM MAHU KASINO GENTING HIGHLANDS DITUTUP

>> 04 September 2013


MELAKA: Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Datuk Mohd Ali Rustam menggesa kerajaan menutup resort kasino Genting Highlands.

Laporan Nanyang Siang Pau hari ini menyebut, Ali mendakwa kasino berkenaan mewujudkan pelbagai masalah sosial dan jenayah.

Beliau juga mendakwa menerima banyak aduan berhubung isu tersebut.

Ali dalam sidang media selepas satu taklimat bersama usahawan Bumiputera di Melaka semalam berkata Genting Group tidak memberi sebarang sumbangan kepada ekonomi Melaka walau dengan pendapatan tinggi dari kasinonya.

Bekas ketua menteri Melaka itu berkata kerajaan masih boleh mengenakan levi cukai ke atas resortlain dan tidak perlu bergantung kepada kasino Genting Highlands.

Gesaan itu dengan tangkas disanggah oleh setiausaha agung Pemuda MCA Chai Kim Sen yang mendakwa kenyataan Mohd Ali itu sebagai usaha untuk memperbodohkan rakyat dengan mempermudahkan masalah terbabit.

Beliau juga mendakwa Mohd Ali membuat kenyataan tersebut bagi menghadapi pemilihan dalam parti Umno.

Chai berkata keputusan mengenai Genting Highlands perlu dibuat oleh kerajaan. - antarapos

Read more...

SISTEM PENERANGAN KERAJAAN TERUK

>> 03 September 2013


1. Semalam telah diumumkan harga minyak naik sebanyak 20 sen seliter dari RM 1.90/liter harga asal kepada RM 2.10/liter.

2. Rata-rata rakyat tidak berpuas hati kepada kenaikan tersebut. Ini kerana tiada penjelasan dan penerangan yang baik yang mampu dikemukakan kerajaan berhubung kenaikan harga tersebut.

3. Dalam satu sidang media, PM mengatakan bahawa punca kenaikan harga minyak tersebut bertujuan untuk mengukuhkan ekonomi negara. Tetapi sudah hampir 24 jam, tiada langsung penjelasan secara terperinci dikemukakan bagaimana kenaikan 20 sen ini mampu mengukuhkan sektor ekonomi dikala harga minyak dunia telah turun sejak minggu lepas.

4. Sistem penerangan kerajaan dilihat teramat teruk dalam mengemukakan idea dan penerangan yang baik kepada rakyat. Maklumat yang benar gagal disampaikan dengan baik. Malah kegagalan ini seringkali dieksploitasi pembangkang untuk dijadikan isu untuk menyerang kerajaan.

5. Bukan sahaja berhubung dengan kenaikan harga minyak, malah dalam isu-isu terdahulu seperti kenaikan harga terpung, gula dan ayam juga menunjukkan betapa lemahnya sistem penerangan kerajaan kepada rakyat. Jika tidak, masakan seorang menteri mampu mengatakan kita jangan makan ayam sekiranya harga ayam naik.

6. Tidak diketahui adakah kelemahan sistem penerangan ini disebabkan oleh PM atau punahsihat-punahsihat beliau kerana sejak zaman Pak Lah, masih tiada satu pun penjelasan yang baik yang mampu diberikan kerajaan berkaitan isu harga kenaikan barang.

7. Jadi sekiranya PM sayang akan jawatan beliau, sila cari penyelesaian kepada masalah penerangan kerajaan yang dilihat semakin lama semakin merapu.

Read more...

AHLI UMNO TOLONG JAGA IMEJ PARTI!

>> 02 September 2013


1. Sekarang tengah heboh mengenai mesyuarat cawangan UMNO. Semua tengah sibuk berkempen sebelum Pemilihan Bahagian dan Pemilihan Agung UMNO.

2. Tetapi dalam pada itu ada beberapa berita yang tidak sedap didengar apabila terdapat cawangan-cawangan yang gagal mesyuarat apabila tidak memenuhi kuota mesyuarat iaitu 1/4 daripada kesuluruhan jumlah ahli cawangan.

3. Ini perkara yang memalukan apabila UMNO yang mewakili BNsebagai parti pemerintah gagal untuk melakukan mesyuarat dan pemilihan di peringkat cawangan. Tidak perlu disebut cawangan yang mana tetapi di Bahagian Seremban ini sahaja yang diketahui sudah 4 cawangan gagal melakukan mesyuarat dan pemilihan atas sebab tidak cukup kuota mesyuarat.

4. Seharusnya ketua-ketua cawangan dan ahli UMNO sendiri harus mempunyai rasa tanggung jawab dan dedikasi kepada parti. Cukup sekadar datang mesyuarat sebagai asas untuk mengukuhkan parti dan bukannya datang mesyuarat sekadar untuk merebut jawatan dan melobi sesama sendiri.

5. Harap dapat disampaikan sesama kita supaya UMNO terus gah menegakkan ketuanan Melayu  dan bukannya dikenali sebagai parti yang gagal melakukan mesyuarat.

Read more...




  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP