KETUA PEMUDA MAHU BERTANDING TIMBALAN KETUA BAHAGIAN? WAKAKAKKA........

>> 28 August 2013


1. Shahrul Ekhsan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban tidak habis-habis menimbulkan masalah. Sebelum ini blog ini pernah mendedahkan mengenai pelbagai kepincangan dan kesalahan Ketua Pemuda ini tetapi nampaknya Ketua Pemuda ini masih tidak serik-serik menimbulkan masalah.

2. Pada PRU lepas, Pemuda UMNO Pusat telah menyalurkan dana berjumlah RM 80,000 kepada setiap Pemuda Bahagian di seluruh Malaysia. Wang ini disalurkan untuk membantu jentera kempen pilihanraya UMNO. Wang ini diberikan secara tunai kepada mana-mana wakil Pemuda Bahagian samada Ketua Pemuda, Bendahari atau sesiapa sahaja yang diamanahkan menerima.

3. Ketua Pemuda Bahagian Seremban telah menerima RM 80,000 itu tetapi persoalan yang timbul, dimanakah wang RM 80,000 tersebut?

4. Bendahari Pemuda Bahagian telah mengesahkan bahawa tiada di dalam penyata kira-kira wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun Pemuda Bahagian. Semakin hari Bendahari Pemuda diajukan soalan yang sama dimanakah wang RM 80,000 tersebut oleh ahli-ahli Pemuda Bahagian.

5. Wang tersebut telah masuk ke dalam poket Shahrul Ekhsan sendiri. Dan akibatnya, Bendahari Pemuda Bahagian akan menjadi kambing hitam. Dimaklumkan, laporan SPRM akan menyusul pada bila-bila masa dan pastinya Bendahari Pemuda Bahagian yang tidak tahu apa-apa akan dipersalahkan.

6. Pada Pemilihan akan datang nanti, Shahrul Ekhsan ini tidak segan silu menawarkan diri untuk bertanding Timbalan Ketua Bahagian. Malah Shahrul Ekhsan telah berjumpa dengan MB untuk meminta dana untuk bertanding.

7. Inilah contoh orang-orang kesayangan Tok Mat yang gemar menikam parti dari dalam. Sebelum ini pelbagai pendedahan mengenai perangai Shahrul Ekhsan telah didedahkan seperti sabotaj parti, mesyuarat tidak sah dan pelbagai lagi tetapi sehingga ke hari ini tiada satu pun tindakan dikenakan ke atas Shahrul Ekhsan. Malah Shahrul Eksan dilihat semakin naik lemak seolah-olah diberikan lesen besar oleh MB untuk melakukan apa sahaja atas perjuangan "menggulingkan Ketua Bahagian".

8. Mengapa UMNO perlu menyimpan orang-orang seperti Shahrul Ekhsan ini lagi di dalam parti? Sudah sampai masanya kita menyingkirkan orang-orang seperti ini keluar dari bermaharajalela dan memburukkan imej UMNO.

Read more...

SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN, JANGAN DILUPA PERKARA YANG PERNAH BERLAKU

>> 21 August 2013




Inilah tahap patritotisme yang pernah ditonjolkan mereka kepada negara. Tahniah kepada bangsa cinabeng kerana benar-benar "cintakan" negara sehingga sanggup melakukan perkara seperti ini.


Read more...

PESAN ZULKIFLI NORDIN

>> 20 August 2013



Read more...

2 CALON NAIB KETUA PEMUDA UMNO SUDAH MULA BERSUARA

>> 19 August 2013



Read more...

PEMILIHAN UMNO BAHAGIAN SEREMBAN PERLUKAN TRANSFORMASI


Pemilihan Bahagian Seremban akan pasti panas seperti biasa. Bahagian Seremban pernah menjadi Bahagian UMNO paling panas di Malaysia akibat insiden pergaduhan dan baling kerusi semasa pemilihan.



Untuk pengetahuan, kekecohan di Pemilihan Bahagian Seremban telah pun berlangsung selama lebih 10 tahun tetapi hanya kecoh di media massa hanya beberapa tahun lepas.

Apabila dikaji kembali, insiden yang berlaku setiap kali pemilihan ini bukanlah berpunca dari banyak sebab. Insiden ini sebenarnya berpunca dari satu sebab iaitu Ketua UMNO Bahagian Seremban sendiri yang membawa terlalu banyak masalah.

Masalah sabotaj telah lama berlaku di dalam Bahagian Seremban. Ketua Bahagian sendiri pernah dihadapkan ke Lembaga Disiplin atas sebab sabotaj parti pada PRU 12 dan dilepaskan dengan amaran keras. Malah semasa PRU 13 juga menyaksikan kerusi Lenggeng yang ditandingi Ketua UMNO Bahagian Seremban ditentang oleh seorang calon bebas yang merupakan seseorang yang berpengaruh dalam UMNO Bahagian Seremban. Penentangan ini dilihat sebagai pembelotan tetapi dari satu sudut lain, ianya disebabkan ketidakpuasan hati seorang ahli UMNO sehingga penentangan dilakukan di peringkat PRU, bukannya di peringkat Bahagian lagi.

Inilah insiden-insiden hitam yang terbaharu dibawah "transformasi" Ketua UMNO Bahagian Seremban yang telah memegang jawatan selama lebih 20 tahun. Adakan perkara-perkara ini dilihat sebagai satu perkara yang sihat untuk memajukan UMNO Bahagian Seremban?

Selama ini Ketua Bahagian menang kerana undi dari cawangan-cawangan ghaib yang langsung tidak diketahui kewujudannya. Jika dibaca dalam akhbar pula, berapa ramai pemimpin-pemimpin UMNO di Bahagian Seremban yang disabitkan rasuah?

1. Seorang exco disabitkan kes rasuah kerana menghantar cek bernilai RM 1,000 kepada seorang Ketua Cawangan.
2. Mustapa Salim bekas ADUN Lenggeng disabitkan kes rasuah bernilai RM 3,000.
3. Mohd. Nor Awang bekas calon Ampangan disabitkan kes rasuah yang menyaksikan beliau tidak dibenarkan bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian.

Jika dilihat satu-persatu, kesemua kes rasuah ini muncul sebelum Pemilihan Bahagian Seremban. Bukankah ini seolah-olah satu konspirasi terancang yang dilakukan untuk menjatuhkan kredibiliti seseorang bagi mengekalkan seseorang dalam satu-satu jawatan?

Selama memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Seremban, pernahkah Ketua UMNO Bahagian Seremban ini yang sentiasa memusuhi Menteri Besar iaitu Tok Mat dan bekas Menteri Besar Tan Sri Isa Samad mencari jalan perdamaian atas dasar satu payung parti? Mengapa perlu memusuhi tanpa sebarang alasan yang kukuh?

Tidak hairan sekiranya Ketua Bahagian Seremban dikekalkan, akan wujud lebih ramai puak-puak penentang dalam UMNO dan calon-calon bebas yang berasal dari UMNO Bahagian Seremban sendiri. Adakah ini yang kita mahu lihat dari parti yang kita junjungi?

Sudah lebih 20 tahun memegang jawatan, masih tidak cukup lagikah?

Read more...

BANDAR TASIK PERMAISURI, RM 80 000?

>> 18 August 2013


Apa sudah terjadi dengan RM 80 000? Siapa termakan cili kali ini? Siapa yang akan disiasat SPRM sebelum Pemilihan Bahagian nanti? Tunggu....

Read more...

TINDAKAN TEGAS UNTUK PENGHINA RAKYAT MALAYSIA TIMUR

>> 14 August 2013


KOTA KINABALU: Sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah mahu tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang bertanggungjawab mewujudkan halaman di laman sosial Facebook yang didakwa membenarkan orang ramai untuk menghina rakyat Sabah dan Sarawak.

Timbalan Ketua Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) bahagian Ranau, Datuk Siringan Gubat membuat gesaan itu diikuti dengan satu laporan polis yang dibuat mengenai mereka yang mewujudkan halaman Facebook bertajuk "Semenanjung Malaysia Anti Sabah and Sarawak" pada 7 Ogos.

Halaman Facebook itu didakwa mengandungi komen-komen daripada orang ramai yang menghina rakyat Sabah dan Sarawak, dan juga penganut Kristian di negara ini.

Laporan polis yang dibuat oleh anggota Pemuda Upko Tuaran, yang menggesa supaya tidak dikenakan terhadap pentadbir bagi halaman di laman sosial itu.

Siringan, yang juga Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri berkata, halaman itu menghina mereka di Malaysia Timur juga menyinggung perasaan penganut Kristian di negara ini.

"Kita tidak boleh hanya duduk dan berdiam diri apabila seseorang berbuat sesuatu yang begitu serius seperti ini," katanya sambil menambah bahawa perkara itu hanya akan membahayakan perpaduan dan hubungan berbilang agama, dan antara Malaysia Barat dan Timur.

"Kita juga tidak mahu melihat sebarang perbezaan atau pilih kasih dalam layanan atau tindakan terhadap sesiap yang menghina agama lain, tidak kira siapa dia atau dari mana latar belakang agama seseornag itu," tegas Siringan.

Beliau berkata, ia tidak bertepatan dengan imej Kerajaan yang secara agresif mempromosikan semangat 1Malaysia dan hubungan integrasi antara Malaysia Barat dan Timur, sekiranya mengambil ringan berhubung perkara ini. - The Star

Read more...

PERGOLAKAN MESIR: MENGAPA PAS YANG MELOMPAT?

>> 03 August 2013


Sejak kebelakangan ini setiap hari Haprakah akan menyiarkan berita mengenai pergolakan di Mesir. Satu-persatu tokoh PAS membicarakan mengenai pergolakan tersebut. Mereka membantah pergolakan yang tersebut dan mengeluarkan berbagai-bagai kenyataan.

Keadaan ini menyebabkan kita tertanya-tanya, apakah hubungan PAS dengan Mesir? Mengapa sehingga begitu prihatin sekali PAS kepada setiap kronologi dan insiden di Mesir? Mengapa peristiwa membabitkan dunia Islam di negara lain seperti penggulingan Ghadafi dan etnik Islam Rohingya yang dizalimi penganut Buddha tidak langsung diberikan fokus oleh PAS?

Apakah PAS sebenarnya ada apa-apa kepentingan dengan parti Ikhwan Muslimin yang kini mengalami proses penggulingan?

Read more...

HARAKAH TANYA HARI INI, SEMALAM KEMENTERIAN SUDAH JAWAB

>> 02 August 2013


Petikan dari Haprakah,
PAS menuntut penjelasan daripada pihak kerajaan berhubung surat pekeliling yang memaklumkan berlakunya kenaikan harga gas memasak berkuatkuasa hari ini. 
Surat pekeliling tersebut kini diedarkan melalui laman Facebook dan ditujukan kepada pemborong, penjual dan pelanggan gas Petronas turut memberitahu alasan mengapa kenaikan itu berlaku.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah pun menjawab isu ini semalam di Utusan Malaysia,
KUALA LUMPUR 1 Ogos - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan berlakunya kenaikan harga gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi seperti didakwa oleh beberapa laman blog dan laman sosial. 
Pengarah Bahagian Perdagangan Dalam Negeri KPDNKK, Dr. Noor Zari Hamat berkata, tidak berlaku sebarang kenaikan harga untuk gas memasak kerana ia merupakan barangan kawalan. 
"Perkara sebenar yang berlaku ialah apabila kadar bayaran dikenakan ke atas perkhidmatan penghantaran tong gas LPG dari kedai ke rumah pengguna.
"Walau bagaimanapun, kadar bayaran ini adalah hak individu dan pengguna boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan tersebut atau tidak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 
Kelmarin, beberapa laman blog dikesan menyebarkan surat notis daripada Potensi Cerah Sdn. Bhd. iaitu stokis gas Petronas Perak tentang harga baharu jualan gas Petronas. 
Kandungan surat itu jelas menyatakan bahawa harga gas memasak adalah harga kawalan kerajaan dan hanya upah penghantaran sahaja dikenakan. 
Sementara itu, Pengurus Jualan Stokis Gas Petronas Perak, Khor Kien Hua berkata, dakwaan beberapa buah blog yang mengatakan kenaikan harga gas bermula hari ini adalah tidak benar. 
"Gas memasak yang dijual pada harga RM1.90 bagi setiap kilogram adalah kekal sama seperti harga gas memasak di negeri lain. 
"Hanya kos upah penghantaran sahaja dinaikkan oleh pihak kami dan negeri Perak adalah negeri terakhir yang menguatkuasakan kos upah ini," katanya. 
Kien Hua berkata, kenaikan harga itu adalah disebabkan pelaksanaan gaji minimum RM900 untuk setiap pekerja swasta seperti diumumkan pihak kerajaan. 

Read more...

HARUN TAIB MELENTING BILA DITEGUR


SHAH ALAM: Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak layak bercakap hal-hal berkaitan PAS, lebih-lebih lagi yang mengaitkan pemimpin-pemimpin parti itu dengan ajaran Syiah, kata Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib.

Ini katanya, Asri bukan ahli PAS dan tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di dalam parti itu.

"Jangan ambil kira apa yang dia cakap, dia bukan ahli politik. Dia tak tahu. Sepanjang pengetahuan saya tidak ada orang PAS menganut Syiah. Sebab syarat nak masuk PAS mesti Ahli Sunnah Wal Jamaah, " katanya ketika dihubungi Antarapos, di sini, hari ini.

Pandangan yang sama turut disuarakan oleh Setiausaha Majlis Syura PAS, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.

Malah, menurutnya, beliau yakin tiada seorang pun ahli PAS yang cenderung terhadap ajaran Syiah, seperti yang dilaporkan media masa kini.

"Itu masalah orang lain, kalau nak tahu masalah PAS, kena tanya orang PAS. Mufti atau sesiapa, mereka tidak berkelayakan bercakap hal (mengenai) PAS.

"Setakat ini saya yakin seratus peratus kecuali jika ada bukti-bukti yang dibawa kita akan lihat kembali. Setakat ini memang ada peraturan sesiapa yang sertai PAS mesti Ahli Sunnah Wal Jamaah," kata Nik Zawawi ketika dihubungi di sini.

Rabu lalu, melalui laporan Antarapos, Dr Asri mengakui terdapat pengikut-Syiah di kalangan pemimpin PAS, malah menurut beliau perkara itu tidak dinafikan pemimpin PAS sendiri.

Dua nama besar PAS yang sering dikaitkan sebagai pengikut Syiah adalah Timbalan dan Naib Presiden PAS, Mohamed Sabu dan Datuk Mahfuz Omar.

Namun pembabitan kedua-dua pemimpin kanan parti berkenaan dinafikan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mengulas lanjut hal ini, Nik Zawawi menegaskan tiada sebarang bukti yang boleh menunjukkan terdapat ahli-ahli PAS menyimpang dengan ajaran sesat berkenaan kerana telah termaktub di dalam perlembagaan parti yang mana ahli-ahlinya perlulah menjadi pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Tidak semestinya yang dikaitkan itu betul terlibat. Dalam suasana politik sekarang yang saya sifatkan tidak matang, saya minta pihak kerajaan mempunyai kuasa sekiranya mereka rasa mereka ini Syiah, mereka boleh tangkap dan ambil tindakan. Tidak perlu dakwa itu ini. 

"Kita mahu bukti dari kerajaan jika ada. Sekiranya kerajaan Umno BN dapat membuktikan kedua-dua pemimpin PAS ini terlibat dengan ajaran Syiah dan benar-benar terbukti, maka Majlis Syura Ulama tidak teragak-agak menggugurkan mana-mana pihak.

"Dan bagi pihak Majlis Syura Ulama kita sangat bertegas dalam perkara ini. Apabila kita dapati ada ahli PAS yang mengikut fahaman Syiah dan lain-lain, maka kita akan buang dan pecat daripada menjadi ahli PAS," katanya lagi.

Khalid dalam wawancaranya dengan Antarapos sebelum ini tidak menolak hubungan baik beberapa pemimpin PAS dengan tokoh utama Syiah di luar negara memungkinkan parti itu dikaitkan dengan gerakan Syiah di negara ini.

Namun katanya, PAS bertegas untuk menentang sebarang usaha membawa fahaman Syiah ke negara ini kerana boleh menimbulkan pelbagai polemik dan pertembungan masyarakat, sekaligus mendedahkan negara kepada perpecahan dalam kalangan umat Islam. - antarapos

Read more...

PEMILIHAN SEMULA CEC PASTI AKAN MENYEBABKAN DAP HURU-HARA


Lim Guan Eng berdegil untuk mematuhi arahan ROS agar pemilihan CEC diadakan semula. Lim Guan Eng juga enggan mengulas sebab kedegilannya itu. Keputusan pemilihan CEC DAP yang diseleweng pada tahun lepas adalah seperti berikut:

Lim Kit Siang - 1607
Lim Guan Eng - 1576
Karpal - 1411
Chong Cheing Jen - 1211
Anthony Loke - 1202
Wu Him Ven - 1202
Tan Kok Wai - 1199
Gobind Singh - 1197
Tony Pua - 1162
Teng Chang Khim - 1152
Fong Kui Lun - 1137
Nga Kor Ming - 1075
Chong Eng - 1006
Chow Kon Yeow - 986
Liew Chin Tong - 984
M.Kula - 984
Boo Cheng Hau - 958
Teresa Kok - 925
Teo Nie Ching - 903
Ngeh Koo Ham - 824

Tiada wakil Melayu dan hanya dua orang wakil India yang memenangi jawatan tertinggi DAP. Jika dilihat dari struktur kemenangan, mereka ini terdiri dari satu kumpulan (kroni?) yang sama. Tiada nama-nama baru yang diketengahkan.

Dua minggu selepas pemilihan diadakan, Lim Guan Eng secara tiba-tiba mengumumkan seorang lagi pemenang iaitu Zairil Khir @ Melayu celup sebagai salah seorang ahli jawatankuasa yang memenangi pemilihan tersebut.

Andainya pemilihan CEC diadakan sekali lagi, pastinya DAP akan huru-hara dan bercelaru. Mengapa?

Ini kerana pasti akan ada calon yang telah menang akan kalah teruk. Tetapi siapakah orang itu? Tunggu sehingga pemilihan CEC diadakan semula.

Tambahan lagi tembelang DAP selama ini yang menipu pemilihan CEC pasti akan pecah. Ianya pasti akan membawa aib yang paling besar dalam sejarah DAP. Contohnya, andainya pemilihan yang baru diadakan secara tiba-tiba undi Ng Sue Lim yang tewas semasa pemilihan 2012  lebih tinggi dari Anthony Loke dan Tony Pua, apa akan terjadi? Pastinya ramai ahli mula mempersoalkan ketelusan DAP yang selama ini konon-kononnya sangat telus dan cekap.

Cuma pastinya kita tertanya-tanya, andainya DAP masih berdegil untuk tidak mengadakan semula pemilihan CEC, apakah tindakan selanjutnya yang akan dilakukan oleh ROS? Adakah tindakan tersebut akan benar-benar dikuatkuasakan atau sekadar "amaran"?

Read more...

CHUA SOI LEK AKAN DIGULINGKAN?

>> 01 August 2013



Read more...

KEMENTERIAN PENDIDIKAN BERTEGAS TOLAK BANTAHAN DONG ZONG


Kerajaan akan tetap melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) pada September ini walaupun mendapat tentangan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak ada sebab badan itu harus menentang langkah kerajaan untuk transformasikan sistem pendidikan negara menerusi PPPM kerana ia langsung tidak menggugat kedudukan bahasa Cina.

"Dong Zong baru-baru ini buat konvensyen bantah pelaksanaan PPPM kerana katanya pelan ini nak hapus bahasa Cina. Saya cabar mereka untuk baca setiap inci ayat dalam PPPM, jika ada perkataan kita nak hapuskan bahasa Cina, biar saya jawab... tidak ada.

"Tetapi entah macam mana agaknya ia menghantui mereka kononnya pelan ini suatu hari nanti akan menghapuskan bahasa Cina hanya kerana kerajaan mahu tingkat prestasi bahasa Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan.

"Kerajaan hendak tingkatkan mutu pelajaran di sekolah kebangsaan kerana memang sekolah kebangsaan bahasa pengantarnya Bahasa Melayu, jadi salah ke tindakan kerajaan itu," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan.

Bernama melaporkan beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan zakat kepada golongan asnaf di Surau Saadiah, Batu Satu Bakri di Muar Rabu.

Majlis turut dihadiri isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Pengarah Urusan Uda Holding Ahmad Abu Bakar.

Muhyiddin berkata pelan itu juga tidak mempunyai niat terselindung terhadap pengajaran bahasa lain dalam sistem pendidikan negara walaupun ada yang menganggapnya demikian.

Sehubungan itu, katanya sebagai kerajaan bertanggungjawab terhadap usaha membela perjuangan bahasa Melayu, pelan tersebut akan tetap dilaksanakan tanpa rasa terganggu, tergugat dan takut sedikitpun.

Kerajaan mahu semua kaum tidak kira Melayu, Cina, India, Orang Asli dan kaum pribumi Sabah dan Sarawak masuk ke sekolah kebangsaan demi perpaduan kaum selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama di negara ini, tegasnya.

Timbalan Perdana Menteri berkata jika Malaysia tidak memberikan tumpuan kepada bidang ilmu, negara akan terus mundur dan tidak mampu bersaing dengan negara-negara maju yang lain di dunia. - AgendaDaily

Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP