AYAT-AYAT MELAYU HIPOKRIT
>> 31 July 2013
Berdegar-degar kutuk kerajaan, tapi bila dapat masuk UiTM, berebut juga isi borang kemasukan. Hak mereka katanya.
Melayu hipokrit 2:
Berbakul bakul mengutuk kerajaan, serba serbi haram. Tapi bila kerajaan beri bonus mereka dulu yang berbaris dekat bank.
Tanpa malu, hak mereka katanya.
Melayu Hipokrit 3:
Setelah melemparkan fitnah yang telahpun dibalas dengan hujah yang penuh, terus mereka akan senyap, tanpa sebarang penjelasan pun.
Melayu Hipokrit 4:
"Kerajaan BN zalim! Menindas rakyat! Kami semua hidup sengsara, rakyat semua miskin! Kami mahukan keadilan!" - 'status update' Zamri (bukan nama sebenar), seorang eksekutif Petronas dalam FB Mobilenya, selepas baru sahaja 'check-in' di Kafe Starbucks.
Melayu Hipokrit 5:
Kaum bukan Melayu yang hina Islam boleh lepas macam tu jer, bila orang Melayu yang hilang sabar mula bertindak, maka hukum matilah jawabnya.
Melayu hipokrit 6:
"Kami mahukan hak sama rata bagi semua rakyat Malaysia"... "negara ni bukan milik bumiputera sahaja", kata mereka.
Bila nak beli rumah, depa tanya dulu pulak.. "ada bumiputera discount tak...?"
Melayu Hipokrit 7:
"Kerajaan yang ada sekarang tak Islamik.Kita nak hudud,nak undang-undang Islam"
Dekat wall FB penuh 'likes' page blue.Solat tunggang langgang. Fardhu Ain pun fail.
Melayu Hipokrit 8:
"Aku tak bangga jadi Melayu, aku bangga lahir Islam"
Sambil bergambar peluk awek untuk upload di FB.Pakai seluar pendek berjalan di bandar dengan asap rokok berkepul-kepul di mulut, padahal masjid terdekat dah azan Maghrib.
Melayu Hipokrit 9:
"Kerajaan kita korup,banyak projek bagi pada kroni,rasuah sana-sini"
Bila nak minta kerja kerajaan habis segala orang ditelefonnya minta surat sokongan. Siap buah tangan bagai.
Melayu Hipokrit 10:
"Polis anjing kerajaan.Depa ni kerja bela kerajaan je.Puii!!!"
Keesokan harinya....di sebuah balai polis di daerah yang dirahsiakan lokasinya
"Encik,tolonglah,motor saya kena curi"
Melayu hipokrit 11:
PTPTN percuma. PTPTN hak rakyat. Tak perlu bayar balik. Pendidikan rakyat memang tanggungjawab kerajaan. Rakyat tak mampu nak bayar pendidikan, nanti kerja tanggung hutang.
Itu dia kata student Melayu kita, sambil update wall facebook membara-bara dengan IPhone 5 yang baru beli dengan duit PTPTN.
Melayu Hipokrit 12:
"Kita akan pertahankan hak-hak orang Melayu,kita berjuang demi Alif Ba Ta!"
Depan mata orang Melayu kena aniaya dia buat tak nampak saja.Hmmmm.....
Melayu hipokrit edisi KHAS:
BN jahat dan jatuh kafir sebab bekerjasama dengan bukan muslim, kata depa la...
Bila PR terbentuk, dengan siapa pula mereka bekerjasama ? Siap boleh janji dapat masuk syurga lagi....
Melayu hipokrit edisi 'bumper' KHAS:
Bila orang cakap pasal agenda Melayu, depa menyibuk kata apa pentingnya Melayu... Islam patut ditegakkan dahulu.
Bila islam kena hina, depa kata: tak apa... Bukan niat penghina tu nak hina Islam... Depa jadi lagu tu sebab depa tak faham Islam lagi... Belum dapat hidayah... Katanya.
Melayu Hipokrit Edisi Lelaki Melayu:
"Aku ni berhajat nak nikah 4,nak ikut sunnah"
Bang,dekat hujung kampung tu ada ibu tunggal anak enam,sanggup tak nikah dengan dia? Tolong jaga anak dia?
"Err...."
Melayu Hipokrit Edisi Ustaz Cakap Senanglah!:
"Saya lihat masalah anak muda sekarang ini berpelesiran ke sana ke mari dengan pasangan mengundang masalah perzinaan dan buang anak.Solusinya ialah kita permudahkan urusan perkahwinan anak-anak muda ini"
Ustaz,anak ustaz tu saya dah lama berkenan,saya ni berhajat nak masuk meminang,saya dah ada kerja,tapi gaji taklah seberapa...
"Kalau tak ada Rm 20K dalam tangan jangan nak berangan"
Melayu Hipokrit Versi alahai Ustazah!:
"Lelaki sekarang ramai yang poligami ikut nafsu,nak menikah dengan anak dara muda je,cubalah nikah dengan balu-balu askar,ibu tunggal,bela nasib mereka....ikut contoh Nabi!"
Ustazah,saya ni dah dua tahun menjanda,anak-anak kecik lagi,suami ustazah pun baik orangnya, izinkan saya jadi madu ustazah?