LAYAKKAH FANATIK EVANGELIS MEMEGANG JAWATAN SPEAKER?

>> 30 May 2013


Kontroversi pasti semakin mencelarukan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Ini berikutan dengan pelantikan Hannah Yeoh sebagai Speaker dalan Dewan Undangan Negeri Selangor.

Hannah Yeoh sendiri diselubungi dengan pelbagai kontroversi seperti permohonan status anak berbangsa Malaysia dan isu twitter yang menyerang tanpa fakta.

Persoalannya disini, layakkah seseorang seperti Hannah Yeoh memegang jawatan Speaker di Dewan tersebut? Bolehkah Hannah Yeoh yang cetek ilmu politik ini diberikan tugasan yang besar?

Read more...

PAS BERGOLAK. ADA MENYOKONG, ADA MEMBANTAH

>> 29 May 2013


Beberapa pemimpin PAS melahirkan rasa tidak senang dengan tindakan Anwar agar mengarahkan PAS menyertai protes Blackout 505. Sehubungan itu mereka telah bertindak dengan memulaukan perhimpunan tersebut sebagai tanda protes kepada Anwar yang menjaja cerita dongeng kepada rakyat konon-kononnya SPR tidak telus dalam proses pengiraan undi di beberapa kawasan panas semasa PRU 13.

Tetapi ada pula beberapa pemimpin-pemimpin PAS bukan sahaja sanggup menyertai malah diberikan peluang untuk berceramah di pentas Blackout 505. Antaranya Mat Sabu, Nizar Komunis dan Din Pudu yang tewas semasa PRU 13.

Dari satu perspektif, kita dapat melihat pihak yang mana yang sebenarnya pro Anwar dan pihak mana yang menyebelahi pendirian Majlis Syura PAS. Ini kepincangan yang jelas menunjukkan betapa PAS sendiri masih gagal mencapai kata sepakat sesama sendiri.

Kadang-kadang terfikir juga. Adakah ini sekadar muslihat PAS yang mahu menarik kembali sokongan orang Melayu yang kebanyakannya menolak demo haram Blackout 505?

Ada berapa peratus anak Melayu dalam demo Blackout 505?

Read more...

HISHAM RAIS DITAHAN



KUALA LUMPUR: Seorang lagi aktivis pro-pembangkang, Hishamuddin Rais didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan untuk menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan dalam satu ceramah, 13 Mei lalu.

Menurut Utusan Malaysia Online, dia turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.

Dia didakwa berbuat demikian dengan menyebut kata-kata menghasut yang cenderung untuk membangkitkan rakyat negara ini untuk mengubah kerajaan yang tertubuh menurut undang-undang, dengan cara yang tidak sah.

Perbuatan itu didakwa berlaku ketika berceramah di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di No. 1, Jalan Maharajalela di sini antara pukul 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Hishamuddin turut dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 2 Julai. - antarapos

Read more...

RESEPI KEJAYAAN BN PERAK

>> 28 May 2013



Read more...

WARGA EMAS CINA MENOLAK LIM KIT SIANG DAN DAP

>> 26 May 2013


Generasi muda cina sudah jelas menolak kerajaan harmoni BN. DAP begitu giat melatih para askar-askar muda untuk dijadikan pelapis kepada perjuangan DAP yang dilihat akan berjaya sekiranya orang-orang Melayu berkiblatkan kepada Pakatan Rakyat. Alhamdulillah, perkara tersebut tidak terjadi dan orang-orang Melayu dan India masih menerima BN sebagai kerajaan.

Usaha menghasut sudah kerap dilakukan. Skrip puluhan tahun dahulu diulang. Cuma bezanya kali ini DAP mendapat tentera yang lebih baik dan besar jumlahnya yang dipanggil DAPSY.

Warga Emas Cina

Rata-rata warga emas berketurunan cina menolak sekeran-kerasnya perjuangan Lim Kit Siang dan DAP. Ini kerana mereka telah belajar dari sejarah bahawa DAP tidak mampu membawa keamanan dan Lim Kit Siang sanggup melakukan apa sahaja untuk berkuasa.

Pengajaran yang paling sukar dilupakan tentunya mengenai peristiwa 13 Mei 1969. Warga emas cina yang masih hidup diwaktu ini pastinya pernah melalui sejarah hitam yang dicipta oleh seorang insan bernama Lim Kit Siang. Mereka telah belajar mengenai kesilapan mereka memberi kepercayaan kepada orang yang salah. Mereka juga tahu akibatnya pasti buruk jika DAP berkuasa.

Malu yang Tidak Dapat Ditutup

Hari ini DAPSY mengajar warga muda cina melupakan sahaja peristiwa 13 Mei 1969 demi meraih undi dari mereka. Dalam satu seminar yang diadakan DAPSY di Subang Jaya pada 2 tahun lepas, seorang peserta pernah bertanya mengenai peristiwa 13 Mei dan mengapa DAP perlu melakukan perkara tersebut. Jawapan yang diberikan oleh panel hanyalah "perisitwa tersebut sengaja diheboh-hebohkan oleh UMNO untuk menakut-nakutkan masyarakat cina yang membawa arus perubahan". Pada satu seminar yang lain yang diadakan di Sabah, soalan yang sama diajukan tetapi jawapan yang diberikan kepada oleh panel yang sama sudah bertukar iaitu "sejarah ditulis oleh orang-orang UMNO dan peristiwa 13 Mei terlalu banyak penipuan".

Apakah yang dimaksudkan arus perubahan? Adakah dengan kekacauan dan huru-hara di jalanan dikatakan arus perubahan? Adakah laporan Mageran itu satu penipuan sedangkan ianya bukannya ditulis oleh tangan-tangan politik?

Terlalu Sukar Memaafkan

Warga emas cina tidak mampu memaafkan Lim Kit Siang atas perbuatannya yang lepas. Peristiwa 13 Mei tercetus kerana Lim Kit Siang mengapi-apikan sentimen perkauman. Akhirnya pertempuran berlaku di jalanan. Orang Cina dan Melayu bergaduh hanya kerana perbezaan fahaman politik. Nyawa sudah menjadi terlalu murah.


Akhirnya masyarakat cina di waktu itu sedar bahawa mereka hanya dipermainkan Lim Kit Siang demi kemahuannya menjadi Perdana Menteri. Mereka sedar ditipu dan diperbodoh-bodohkan Lim Kit Siang dengan pelbagai kata-kata manis seperti yang dijanjikan DAPSY pada hari ini. Kerana peristiwa ini, mereka telah belajar bahawa DAP hanyalah parti yang penuh kepalsuan dan Lim Kit Siang adalah parasit yang terlalu sukar dimaafkan. Tambahan pula Lim Kit Siang sendiri masih ego kerana enggan meminta maaf kepada mana-mana pihak kerana mencetuskan peristiwa berdarah 13 Mei 1969.



Kita yang Terlupa

Hari ini skrip yang dimainkan Lim Kit Siang masih sama. Cuma kali ini rakan sepermainannya sudah berubah. Kali ini terdapat anak-anak Melayu yang tidak mahu belajar dari sejarah sanggup mengangkat Lim Kit Siang sebagai rakan perjuangan dan pemimpin.

Masyarakat muda cina sudah dilupakan dengan peristiwa 13 Mei. Tahniah kepada DAPSY kerana berjaya memperbodoh-bodohkan mereka dengan angan-angan Mat Jenin dan menutup peristiwa tersebut dari pengetahuan mereka.

Mengapa kita tidak pernah belajar dari sejarah yang dengan jelas menunjukkan bahawa akhirnya rakan-rakan seperjuangan Lim Kit Siang satu-persatu meninggalkan DAP? Mengapa dengan hanya sentimen kebencian, emosi sudah menutup akal fikiran?

Read more...

PAK HAJI MAKAN DUIT YAHUDI

>> 25 May 2013


Haji Zunar seorang kartunis yang menentang kerajaan secara terbuka melalui karikatur yang dimuatkan di media cetak dan media baru pembangkang. Lakaran Haji Zunar dilihat agak melampau. Mungkin ini disebabkan oleh ketaksuban yang melampau akibat termakan terlalu banyak duit yahudi.

Karya Zunar tetap disebarkan walaupun terbukti fitnah
Malaysiakini yang merupakan majikan kepada Haji Zunar menerima dana daripada tangan-tangan asing yang didalangi oleh yahudi. Antara pertubuhan asing yang memberi dana kepada Malaysiakini adalah NED (National Endowment Democracy) yang didalangi yahudi seperti Norm Coleman dan pejuang LGBT seperti Azar Nafisi

Laporan NED menunjukkan dengan jelas jumlah wang yang diperuntukkan kepada Malaysiakini untuk membawa arus perubahan berorentiasikan yahudi untuk mengawal Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi. Perkara seperti ini telah pun dilakukan di negara-negara arab seperti Mesir dah Syria dimana pemimpin Islam ditumbangkan dan digantikan dengan pemimpin boneka penjilat yahudi.

Laporan yang dikeluarkan NED mengenai saluran dana ke Malaysia
Jadi tidak hairanlah kerana wang makan duit yahudi pun sanggup. Bukan kata pak Haji, Ikhwan Muslimin yang dibangga-banggakan PAS dan Dr. Maza itu pun sama juga mengtekedarah duit yahudi, apatah lagi hanya seorang haji penjilat tegar kaki Anwar Ibrahim!

Laporan agihan dana dari NED di Mesir

Read more...

SUSPEK HINA SULTAN TERENGGANU DI LAMAN SOSIAL DITAHAN


CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah berjaya mengesan suspek yang menghina DYMM Sultan Terengganu di laman Facebook-nya. Dengan kerjasama Polis, suspek berkenaan telah ditahan untuk disoalsiasat.

Jika didapati bersalah, dia boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau satu tahunpenjara atau kedua-duanya sekali.

SKMM memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuatnaikkandungan yang berunsur menghina terutamanya institusi DiRaja Malaysia.

"Undang-undang negara berkuatkuasa tidak kira di mana-mana, baik di luar mahupundi dalam talian. Jenayah tetap jenayah, walaupun di dalam media sosial," kataPengerusi SKMM, Dato' Mohamed Sharil Tarmizi.

"Pengguna media sosial perlu sedar bahawa mereka tidak sekebal seperti yang disangkakan. Oleh itu, kami menyeru kepada orang ramai supaya berhati-hati danbersikap lebih bertanggungjawab semasa berkomunikasi di alam maya. Sesiapa yangmelanggar lunas undang-undang akan dibawa ke muka pengadilan," tambah Dato'Sharil. - BERNAMA

Read more...

SPR TAK MAHU LAYAN KERENAH PEMBANGKANG

>> 24 May 2013


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan melayan gesaan parti pembangkang untuk berdebat mengenai proses pilihan raya umum ke-13 yang lepas.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana tiada keperluan untuk berdebat memandangkan mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya boleh memfailkan petisyen.

"Sebenarnya kami tidak takut untuk berdebat dengan sesiapa kerana kami melaksanakan kerja bersandarkan pada undang-undang dan peraturan tetapi untuk apa SPR perlu bagi publisiti murahan kepada mereka?

"Jika tidak puas hati failkan petisyen pilihan raya melalui saluran yang sahih, bukan dengan ke medan debat atau ke jalanan...SPR punya segala bukti tetapi kami perlu menghormati tempoh 21 hari petisyen," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata, debat juga akan menyebabkan subjudis berlaku kerana pihak masing-masing tentunya akan berdebat perkara yang terkandung dalam hujah-hujah petisyen pilihan raya.

"Pembangkang hendak sangat tunjukkan pada penyokong mereka kononnya mereka menang debat...dia berdebat nak cari publisiti, nak hujahkan perkara yang dia duk debat di jalan raya tu, walhal sekarang ini waktu petisyen pilihan raya, kita kena hormat undang-undang," katanya.

Dalam pada itu, tindakan seorang pemuda dari Kuantan yang cuba memperlekeh sistem pilihan raya dengan keluar mengundi dua kali, memakan diri apabila lelaki itu boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Pilihan Raya.

Wan Ahmad berkata, pemuda itu jelas melanggar dua kesalahan iaitu cubaanmengundi dua kali dan membawa keluar kertas undi yang boleh membawa hukuman penjara, denda dan hilang hak mengundi selama lima tahun, jika disabit kesalahan.

"Saya cukup kasihan dengan budak itu, dia rasa perbuatan dia begitu berani dan seronok sedangkan dia tidak sedar dia diperalatkan oleh orang politik.

"Kalaupun dia menyesal sudah tidak berguna, dia tidak boleh nafikan lagi kerana pengakuannya telah tercatit di bawah aduan polis...inilah akibatnya apabila hendak cuba menipu sistem pilihan raya," katanya.

Beliau berkata, polis perlu menyiasat tuduhan pemuda berkenaan kerana banyakperkara yang diceritakannya adalah tidak masuk akal, wujud persoalan dan bolehdipertikaikan kebenarannya.

"Bagaimana dia boleh masuk untuk mengundi dua kali sedangkan nama telah dipotong dan bagaimana dia dapat bawa kertas undi itu keluar sedangkan banyak mata yang melihat dan proses yang ketat dijalankan bagi memastikan tiada kertas dibawa keluar...ini perkara yang perlu disiasat.

"Ini kes yang menarik, adakah dia berbohong?...SPR cukup berminat hendaklihat apa hasil siasatan polis dan kami akan beri kerjasama pada polis untukmemberikan penjelasan yang diperlukan," katanya.

Sementara itu, Wan Ahmad berkata SPR akan membuat 'post mortem' dalaman yang terperinci untuk melihat kelemahan, penambahbaikan dan perkara-perkara lain yangperlu dikaji.

Beliau berkata, beberapa perkara teknikal yang terlepas pandang seperti teknik menggunakan dakwat kekal yang perlu digoncang setiap dua jam akan turut dijadikan pengajaran.

"Insiden dakwat telah berlaku jadi kami belajar dari kesilapan...kami terlalu fokus kepada menyimpan dakwat di lokasi selamat iaitu di lokap polis dan merahsiakan warna dakwat kerana hendak mengelakkan sabotaj pilihan raya hingga terlupa hendak baca dengan teliti cara penggunaan dakwat itu.

"Kami mungkin juga akan menambah lagi bilik-bilik darjah bagi mengatasi masalah beratur panjang ketika hari mengundi," katanya. - BERNAMA

Read more...

TAUFEK MAKIN PANAS, AKAR UMBI PAS SUDAH MULA BERSUARA

>> 23 May 2013


Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mohd Taufek sudah semakin kepanasan dengan kekalahan teruk PAS di Negeri Sembilan. Ini berikutan suara akar umbi yang semakin lantang meminta Taufek berundur kerana gagal membawa perubahan dan juga kegagalan untuk menawan Negeri Sembilan.

Terlalu banyak insiden menimpa PAS semasa PRU 13. Antaranya calon PAS yang sudah tewas 4 kali berturut-turut masih dicalonkan, pertukaran calon di Tampin di saat akhir, kisah boikot calon di beberapa kerusi panas dan calon PAS Labu yang tidak mendapat mandat dari sekutu mereka iaitu PKR.

Segala ini menunjukkan kegagalan Taufek yang tidak mampu membuat keputusan dengan bijak dan berdasarkan kepada permintaan akar umbi parti. Sebaliknya Taufek gemar membuat keputusan tanpa berfikir panjang dan seringkali keputusan tersebut condong ke arah PKR dan DAP yang membelakangkan parti sendiri.

Akibatnya PAS bukan sahaja gagal menambah kerusi, PAS turut gagal mengekalkan satu-satunya kerusi yang sedia ada yang dimenangi di DUN Paroi semasa PRU 2008.

Jadi mungkin sudah sampai masanya Taufek meninggalkan jawatannya sementara masih ada rasa hormat dikalangan akar umbi PAS Negeri Sembilan kepadanya.

Read more...

HARIS IBRAHIM, TIAN CHUA DITAHAN POLIS


SHAH ALAM: Polis hari ini dilaporkan menahan Ahli Parlimen Batu Tian Chua dan seorang aktivis Haris M Ibrahim dalam dua operasi berasingan.

Penahanan mereka dipercayai berhubung kait dengan perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini.

Tian Chua dalam tulisannya di Twitter dipetik sebagai berkata beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang LCCT kira-kira tengahari.

"Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," katanya.

Menurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.

Sementara itu, Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan dalam satu mesej di Facebook pula berkata Haris, yang mengetuai pertubuhan bukan kerajaan Asalkan Bukan Umno, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.

Haris pagi ini hadir di bangunan kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ke atas aktivis siswa Adam Adli yang dituduh mengikut Akta Hasutan sebentar tadi

Read more...

AKAR UMBI PAS CURIGA PELANTIKAN MB KELANTAN


KOTA BHARU: Sekumpulan penyokong PAS semalam berkata mencurigai tindakan tergesa-gesa untuk melantik menteri besar baru selepas parti itu memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.

Kumpulan yang diketuai oleh Zakaria Salleh berkata keraguan timbul selepas pelantikan itu kerana ia memberi gambaran bahawa terdapat unsur-unsur percanggahan dalam proses membentuk kerajaan negeri yang baru.

"Kami juga kecewa bahawa kepimpinan ulama yang juga bekas menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelihatan telah diketepikan di bawah kerajaan negeri yang baru," katanya.

Zakaria berkata pembentukan kepimpinan kerajaan negeri yang baru tidak mematuhi prosedur yang betul, seperti memanggil dewan mesyuarat PAS negeri sebelum membuat keputusan itu.

"Selain itu, kita tahu bahawa Menteri Besar baru Datuk Ahmad Yakob mengangkat sumpah dalam masa sehari selepas tarikh pilihan raya dan ini seolah-olah bukan amalan untuk kedudukan yang penting," kata beliau lagi.

Zakaria berkata, mereka boleh menerima pelantikan baru tetapi perlu melalui proses sehingga memuaskan hati ahli parti yang telah banyak menyumbang dalam tempoh kempen.

Beliau berkata kira-kira 4,000 anggota akar umbi PAS di sini kecewa apabila Nik Aziz meletakkan jawatan kerana mereka menganggapnya sebagai pemimpin yang dapat menyatukan rakyat.

"Kami berharap Nik Aziz boleh datang ke hadapan untuk menjelaskan mengenai mengapa pembentukan kerajaan negeri yang baru telah dijalankan dengan tergesa-gesa."

Zakaria berkata menteri besar baru akan mengalami kesukaran mencontohi kepimpinan Nik Aziz yang telah meninggalkan kesan besar kepada rakyat Kelantan dan seluruh negara. - antarapos

Read more...

ADAM ADLI HERO?

>> 22 May 2013


Ah So atas ni bukan main bangga dengan Adam Adli. Ah So ni harap semua anak-anak dia dapat jadi macam Adam Adli (mangsa main belakang Anwar Ibrahim?!). Cuma satu je persoalan. Puak-puak yang mengangkat Adam Adli sebagai hero tu boleh tak terangkan apa jasa Adam Adli kat Malaysia ni? Cuba cerita sikit apa pembangunan yang dah dibuat si Adam Adli ni yang boleh digunapakai oleh masyarakat hari ni?

Terus-terang saya katakan, Adam Adli is rubbish! Takde langsung perkara yang membanggakan pernah dibuat oleh Adam Adli. Malaysia bukanlah tempat untuk individu seperti Adam Adli.

Puak-puak Pakatan tak habis-habis bermain taktik simpati untuk mempermainkan keadilan. Adakah kerana Adam Adli di pihak pembangkang bermakna polis tiada hak untuk menangkap Adam Adli jika dia melakukan kesalahan? Kalau pembangkang gemar mengatakan mahkamah Malaysia mengamalkan undang-undang kangaroo, undang-undang apa pula yang cuba dipraktikan pembangkang untuk melepaskan Adam Adli dari segala kesalahannya?

Read more...

SAMM RANCANG PROTES DI BALAI POLIS JINJANG

>> 19 May 2013


KUALA LUMPUR 18 Mei - Satu demonstrasi dilaporkan bakal dianjurkan dari sekumpulan mahasiswa pro Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) di hadapan Balai Polis Jinjang malam ini sebagai tanda protes terhadap penahanan Adam Adli.

Menerusi laman Twitter, salah seorang ahli kumpulan itu, Mandeep Singh berkata, mereka akan mula berkumpul di hadapan balai polis tersebut pada jam 8 malam dengan memakai pakaian bewarna hitam.

Adam Adli ditahan di bawah Seksyen 124 Akta Hasutan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan penahanan Adam Adli di Balai Polis tersebut sekitar jam 3:10 petang.

Beliau turut menasihatkan mana-mana pihak tidak menganjurkan sebarang demonstrasi yang bakal menggugat keselamatan Negara.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang cuba menimbulkan pecah keamanan dan mencetuskan insiden-insiden yang tidak diingini," katanya pada satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Adam Adli yang digantung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditahan merujuk ucapannya pada Majlis forum selepas pilihan raya anjuran SAMM pada 13 Mei lalu.

Menerusi forum itu, beliau menggesa satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses Pilihan Raya Umum ke 13. - klpos

Read more...

DAP TUNTUT 4 KERUSI EXCO YANG TELAH DIPERSETUJUI


PETALING JAYA: DAP Selangor mempersoalkan pembahagian kerusi exco negeri yang diumumkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam.

Timbalan Pengerusi DAP negeri Tony Pua berkata parti itu seharusnya mendapat empat kerusi exco negeri, bukan tiga sepertimana yang diumumkan oleh Khalid.

Tony menegaskan bahawa Khalid dan Pakatan Rakyat Selangor telah bersetuju dalam mesyuarat pada Khamis bahawa DAP akan mendapat empat kerusi exco, manakala PAS akan mendapat tiga.

Khalid pada majlis di Pelabuhan Klang semalam memaklumkan pakatan pembangkang Selangor menggunapakai 'formula 3:3:4' iaitu PKR dan DAP masing-masing tiga kerusi, manakala PAS empat kerusi. Manakala jawatan Speaker akan dipilih di kalangan DAP.

"Malam tadi, kita dapati senarai nama berlainan," kata Tony kepada pemberita.

"Kita mahu tahu kenapa, hari Khamis tiada masalah," beliau menambah.

Tony berkata, beliau hanya mendapat tahu tentang peruntukan kerusi exco melalui mesej Twitter oleh Khalid malam tadi.

"Kami terkejut dengan Tan Sri (Khalid)," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.

"Apa gunanya mesyuarat itu?" soal beliau lagi.

Tony berkata pemimpin DAP Datuk Teng Chang Khim dan Teresa Kok telah cuba menghubungi Khalid untuk mendapatkan penjelasan, tetapi tidak berhasil.

Malam tadi, Khalid berkata senarai nama untuk exco Selangor, bersama-sama dengan alternatif yang dicadangkan, telah diserahkan kepada pihak istana, Jumaat lepas.

Beliau berkata exco negeri akan mengangkat sumpah dalam tempoh dua minggu akan datang.

Khalid bagaimanapun enggan untuk menamakan barisan exco berkenaan atau mengesahkan jika nama Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dimasukkan ke dalam senarai. - antarapos

Read more...

KEPUTUSAN PERBUATAN SABOTAJ UMNO PADA PRU 13 DIKETAHUI MINGGU DEPAN

>> 18 May 2013


KUALA LUMPUR: Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berkata apa jua keputusan atau bentuk hukuman berhubung perbuatan mensabotaj parti oleh anggota Umno pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dijangka diketahui minggu depan. 

Katanya siasatan mengenai aduan itu masih dijalankan. 

"Lembaga Disiplin menerima 11 aduan sabotaj dan kita telah arahkan pihak penyiasat membuat siasatan rapi supaya kita dapat membuat keputusan dengan adil dan tidak menganiaya mana-mana pihak," katanya ketika dihubungi Bernama bagi mengulas perbuatan sabotaj oleh anggota Umno pada PRU-13. 

Sebelum ini pada 18 April, Lembaga Disiplin Umno memaklumkan telah menerima beberapa aduan sabotaj dalam kalangan anggota parti menjelang pilihan raya. 

Megat Najmuddin berkata perbuatan sabotaj yang dilaporkan itu berlaku di peringkat bahagian di beberapa negeri termasuk Perak, Pahang, Kelantan dan Kedah, dengan kesalahan seperti berkempen untuk pembangkang, menghasut anggota Umno lain dan enggan membuka bilik gerakan pilihan raya. 

"Bagaimanapun ini tidak membabitkan kesalahan anggota bertanding sebagai calon bebas atau menjadi penyokong dan pencadang bagi calon selain Umno. Mereka ini telah kita pecat," jelasnya. 

Katanya, hukuman yang akan diputuskan bergantung kepada keseriusan perbuatan sabotaj yang dibuat. 

Bagi PRU-13, Umno telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas dianggotai empat wakil Majlis Tertinggi Umno dan empat wakil Lembaga Disiplin parti bagi mempercepatkan proses membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman kepada mereka yang didapati bersalah mensabotaj atau melanggar disiplin parti. 

Pada 22 April, Umno memecat 58 anggota serta-merta kerana bertanding sebagai calon Bebas di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU13. 

Pada pilihan raya umum 2008, sebanyak 22 kes dari enam negeri dibawa ke Lembaga Disiplin Umno yang menyaksikan tiga anggota dipecat manakala enam digantung keanggotaan selama tiga tahun, dan seorang anggota diberi amaran keras kerana melanggar disiplin parti. - BERNAMA

Read more...

DAP MENYAMBUT KEKALAHAN PAS DENGAN BERDEMO


Malam tadi berlangsung himpunan orang gila Black 505 di Seremban. Acara ini dipenuhi oleh sebahagian besar penyokong berbayar Pakatan Rakyat yang hampir 90% adalah orang luar. Mereka dibayar khas dengan tujuan memberikan persepsi kepada rakyat kononnya Anwar Ibrahim mempunyai penyokong yang ramai di Negeri Sembilan walaupun hakikatnya Pakatan Rakyat sudah tersungkur di Negeri Sembilan.

Acara ini dipenuhi dengan agenda kutuk-mengutuk dari pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Cuma apa yang ingin dikatakan di sini, adakah pucuk pimpinan DAP Negeri Sembilan seperti Anthony Loke tidak dapat menerima kemenangan DAP di Negeri Sembilan? Adakah protes ini ditujukan kepada DAP sendiri yang menang besar di hampir kesemua tempat yang ditandingi DAP? Jadi maknanya DAP menang di Negeri Sembilan ini pun disebabkan pengundi-pengundi hantu?

Untuk makluman beberapa pemimpin tertinggi PAS Negeri Sembilan tidak merestui perhimpunan ini. Ini kerana mereka boleh menerima kekalahan mereka di semua kerusi di Negeri Sembilan disebabkan takdir tuhan. Inilah yang dipanggil muhasabah diri. Tetapi ada juga penjilat tegar Anwar dari PAS Negeri Sembilan yang menyertai perhimpunan tersebut untuk menunjukkan seolah-olah mereka lebih maha mengetahui  dari tuhan yang satu mengenai keputusan PRU 13 lepas.

Kadang-kadang terfikir juga adakah perhimpunan ini sebenarnya ditujukan kepada PAS oleh DAP kerana kedunguan PAS yang masih gagal menembusi Negeri Sembilan? 

Sampai Seremban abang Mat meroyan sebab kalah. Kah kah kah

Read more...

PERHIMPUNAN BLACK 505 DI PULAU PINANG ADALAH PERHIMPUNAN HARAM

>> 17 May 2013


GEORGE TOWN: Pihak polis menegaskan ceramah Pakatan Rakyat yang dicadang diadakan di Padang Kota Lama di sini malam esok tidak mendapat kelulusan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata pihak polis telah menolak permohonan untuk mengadakan ceramah itu kerana lokasinya merupakan tempat tumpuan awam dan penganjurannya dibimbangi akan mengganggu ketenteraman orang ramai sekaligus mengundang kesesakan lalu lintas yang teruk.

Beliau berkata permohonan untuk menganjurkan majlis itu juga tidak mematuhi tempoh yang sepatutnya.

"Pihak penganjur mengemukakan permohonan sebelum 10 hari berlangsungnya program itu iaitu pada pukul 2.10 petang Rabu lepas. Namun kita masih memberi peluang untuk mereka berbincang dan penjelasan terperinci telah kita berikan.

"Bagaimanapun mereka tetap mahu meneruskan perhimpunan itu," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Gan berkata pihaknya telah mempertimbang semua aspek dengan teliti berhubung perhimpunan itu dan perbincangan telah diatur pada tengah hari ini melibatkan kedua belah pihak bagi mencapai keputusan terbaik.

Beliau turut menegaskan pihak polis tidak akan menahan sesiapa susulan perhimpunan itu dan hanya akan bertindak sekiranya terdapat individu yang melanggar undang-undang dan cuba mencetuskan kekecohan sepanjang program berlangsung.

Bagi mengawal kelancaran lalu lintas, katanya petugas trafik akan ditempatkan di semua simpang laluan menuju Padang Kota Lama termasuk di laluan keluar masuk menuju terminal feri dan Jambatan Pulau Pinang sementara Jalan Tun Syed Sheh Barakbah akan ditutup sepenuhnya.

Gan berkata kenderaan yang diparkir sesuka hati sehingga menganggu kelancaran trafik akan ditunda.

Ceramah dijangka bermula pukul 8 malam sehingga tengah malam. - BERNAMA

Read more...

CALON BEBAS LENGGENG DIDALANGI KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEREMBAN


Calon bebas Lenggeng semasa PRU 13 iaitu Haji Zulkifly merupakan bekas Ketua Penerangan Cawangan Daching. Sebelum PRU 13, cerita-cerita mengenai calon Barisan Nasional Lenggeng sudah kedengaran sejak dua tiga tahun lepas. Maka ramailah nama tokoh-tokoh yang disebut-sebut yang akan menggantikan Mustapa Salim pemenang kerusi DUN Lenggeng pada PRU 12.

Apabila senarai calon diumumkan oleh MB pada kurang seminggu sebelum hari penamaan calon, terdapat pihak yang tidak berpuas hati. Ini terutamanya beberapa pihak yang tersangat mahu menjadi calon di kerusi DUN Lenggeng. Salah seorangnya pastilah Shahrul Ehsan Ketua Pemuda Bahagian Seremban yang tersangat mahu menjadi calon Lenggeng.

Ini kerana sudah sekian lama Shahrul Ehsan giat membeli pengaruh dari cawangan-cawangan di Lenggeng. Beberapa bilik gerakan di sudah ditaja. Orang-orang kuat cawangan di Lenggeng sudah dibeli. Tiba-tiba namanya diketepikan dan diberikan kepada Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail.

Jadi Shahrul Ehsan sudah mula menanam strategi untuk mensabotaj calon Datuk Ishak Ismail. Beberapa rancangan halus dirancang untuk mencapai cita-citanya. Untuk pengetahuan, Shahrul Ehsan juga mengidam untuk menjadi Ketua Bahagian. Jawatan tersebut sudah disandang Datuk Ishak Ismail sudah hampir 20 tahun. Shahrul Ehsan berpendapat inilah masa dan kesempatan yang perlu digunakan untuk menggulingkan Datuk Ishak Ismail kerana sudah semakin ramai suara akar umbi mahukan perubahan Ketua Bahagian.

Shahrul Ehsan mula mencari kambing hitam untuk dijadikan calon untuk menggulingkan Datuk Ishak Ismail. Kebetulan Haji Zulkifly yang merupakan Ketua Penerangan Cawangan Daching sememangnya ada krisis politik dengan Datuk Ishak Ismail. 

Jadi Haji Zulkifly ditaja menjadi calon bebas untuk menumbangkan Datuk Ishak Ismail. Orang-orang kuat Shahrul Ehsan dijadikan jentera untuk membantu kempen Haji Zulkifly. Antara orang kuat Shahrul Ehsan yang terlibat ialah Abdul Halim Shariff Pengerusi Tetap Pemuda Bahagian Seremban dan Zoolamali Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Seremban yang masing-masing bertindak sebagai pencadang dan penyokong kepada Haji Zulkifly semasa penamaan calon.

Siapakah penyebar risalah ini? Shahrul Ehsan atau pembangkang?

Shahrul Ehsan benar-benar bercita-cita mahu menjatuhkan semua musuh dan penghalangnya dalam politik. Jadi PRU 13 digunakan Shahrul Ehsan sebagai platform untuk melaksanakan rancangannya ketika keadaan politik Bahagian Seremban yang semakin bercelaru dan goyah kerana permasalahan dalaman. Rancangannya mudah, mahu menggulingkan Datuk Ishak Ismail sebagai calon Lenggeng yang juga merangkap Ketua UMNO Bahagian Seremban.

Tak pasal-pasal rakan blogger paneh miang dikaitkan dengan Haji Zulkifly

Pada PRU 13 juga, Shahrul Ehsan dilihat semakin kerap membeli cawangan-cawangan di dalam Bahagian Seremban. Ini sudah pastinya untuk strategi pada pemilihan Bahagian Seremban nanti dimana cawangan-cawangan ini akan digunakan untuk menyokongnya ketika menentang Datuk Ishak Ismail nanti untuk jawatan Ketua Bahagian. Cawangan-cawangan dibeli dengan diberikan pelbagai kemudahan alatan kempen seperti kain rentang, poster, topi dan baju yang kesemuanya mempunyai cop "Pemuda Bahagian Seremban". Ini juga strategi Shahrul Ehsan untuk menunjukkan kepada keseluruhan jentera UMNO Bahagian Seremban konon-kononnya Ketua Pemuda buat kerja sedangkan Ketua Pemuda ini hadir mesyuarat Bahagian pun jarang sekali.

Seminggu sebelum hari mengundi, salah seorang jentera calon bebas telah berjumpa dengan seorang wakil UMNO DUN Lenggeng dan menceritakan kesemua kisah ini.

Dari manakah Shahrul Ehsan mendapat begitu banyak wang untuk menaja Haji Zulkifly menjadi calon? Wang tersebut datangnya dari projek pembinaan jalan raya di Jalan Loop bernilai RM 5 juta yang dianugerahkan MB kepada Shahrul Ehsan. Nampaknya MB sekali lagi tersilap kerana membela seorang Pak Karut yang akan mempalitkan aib kembali ke muka MB.

Jadi sudah terdedah sudah tembelang Shahrul Ehsan untuk mempergunakan orang lain untuk memenuhi cita-cita sendiri. Diharap Jawatankuasa Disiplin segera bertindak dengan membuang golongan-golongan pembawa barah ke dalam UMNO seperti Shahrul Ehsan secepat mungkin.

Read more...

BUKTI GERAKAN PENDIDIKAN PERCUMA ADALAH CAMPUR TANGAN ASING

>> 16 May 2013



*klik untuk besarkan imej

DEMA (Malaysia Youth and Democrati Movement) adalah antara pertubuhan yang dibiayai tangan asing untuk menghancurkan kerajaan Malaysia. Mereka melatih kadir-kadir mereka dari kalangan golongan muda untuk menjadikan mereka sebagai ejen penderhaka di Malaysia.

Salah satu proram yang dianjurkan DEMA
DEMA meletakkan golongan muda berbangsa cina sebagai sasaran mereka kerana golongan tersebut dilihat amat mudah terpengaruh dengan segala budaya berhaluan kiri. Fikiran mereka akan diracun dengan segala dakyah-dakyah songsang yang akan menghancurkan semangat nasionalis mereka. Lalu mereka akan dipergunakan untuk memenuhi agenda tangan asing seperti berdemo dan melakukan hasutan kepada rakyat.

Jadi kerajaan perlu segera bertindak untuk menghentikan kegiatan mereka kerana gerakan-gerakan seperti ini dilihat telah berjaya menumbangkan kerajaan seperti di negara-negara timur tengah.

Read more...

TIMBALAN PESURUHJAYA PAS KEDAH LETAK JAWATAN



Read more...

KABINET MALAYSIA 2013

>> 15 May 2013


PERDANA MENTERI - Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI - Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI-MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI:

1. Datuk Seri Jamil Khir Baharom

2. Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Senator)

3. Datuk Seri Idris Jala (Senator)

4. Tan Sri Joseph Kurup

5. Datuk Seri Shahidan Kassim

6. Nancy Shukri

7. Joseph Entulu Anak Belaun

8. Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)

TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI:

1. Datuk Razali Ibrahim

2. P. Waytha Moorthy (Senator)

MENTERI KEWANGAN:

1. Datuk Seri Najib Tun Razak

2. Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

TIMBALAN MENTERI KEWANGAN - Datuk Ahmad Maslan

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:

1. Tan Sri Muhyiddin Yassin

2. Datuk Seri Idris Jusoh

TIMBALAN MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:

1. Datuk Mary Yap Kain Ching

2. P. Kamalanathan

MENTERI PERTAHANAN - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN - Datuk Abdul Rahim Bakri

MENTERI PENGANGKUTAN - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (memangku)

TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN - Datuk Ab. Aziz Kaprawi

MENTERI DALAM NEGERI - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

MENTERI KERJA RAYA - Datuk Fadillah Yusof

TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA - Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI - Datuk Seri Mustapa Mohamed

TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI - Hamim Samuri

MENTERI LUAR - Datuk Seri Anifah Aman

TIMBALAN MENTERI LUAR - Datuk Hamzah Zainuddin

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN - Datuk Hasan Malek

TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN - Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah (Senator)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA - Datuk Jailani Johari

MENTERI SUMBER MANUSIA - Datuk Richard Riot Anak Jaem

TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA - Datuk Ismail Abd. Muttalib

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH - Datuk Seri Shafie Apdal

TIMBALAN MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH - Datuk Alexander Nanta Linggi

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN - Datuk Abdul Rahman Dahlan

TIMBALAN MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN - Datuk Halimah Mohd Saddique

MENTERI BELIA DAN SUKAN - Khairy Jamaluddin Abu Bakar

TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN - Datuk M. Saravanan

MENTERI KESIHATAN - Datuk Seri Dr. S.Subramaniam

TIMBALAN MENTERI KESIHATAN - Datuk Seri Hilmi Yahaya

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

TIMBALAN MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN - Datuk Dr. J.Loga Bala Mohan (Senator)

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI - Datuk Seri Douglas Uggah Embas

TIMBALAN MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI - Datuk Noriah Kasnon

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR - Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili

TIMBALAN MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR - Datuk Seri Mahdzir Khalid

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI - Datuk Tajuddin Abdul Rahman

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN - Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

TIMBALAN MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN - Datuk Joseph Salang Anak Gandum

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI - Datuk Dr. Ewon Ebin

TIMBALAN MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI - Datuk Dr. Abu Bakar Mohd. Diah

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR - Datuk Seri G.Palanivel

TIMBALAN MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR - Datuk Dr. James Dawos Mamit

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT - Datuk Rohani Abdul Karim

TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT - Datuk Azizah Mohd. Dun

Read more...

PAKATAN TOLAK ABU



Read more...

UMNO TEWAS ATAU BN TEWAS?


Banyak pihak sudah mula menggesa agar UMNO melakukan post-mortem kerana kehilangan 7 kerusi pada PRU 13. Pada PRU 12, BN memperolehi 140 kerusi Parlimen manakala pada PRU 13 BN memperolehi 133 kerusi.

Jika UMNO mahu melakukan post-mortem kerana kekalahan BN, ianya keputusan yang tidak tepat. Ini kerana UMNO selaku salah satu komponen dalam Barisan Nasional bukanlah tewas sebaliknya menyumbang lebih banyak kerusi berbanding PRU lepas.

Post-mortem yang perlu dilakukan adalah mengenai kekalahan kerusi oleh Barisan Nasional, bukannya UMNO. Selain itu parti-parti komponen bumiputera Sarawak juga menunjukkan peningkatan yang memberansangkan.

Kekalahan yang paling teruk tentunya MCA dan Gerakan yang mengalami kemerosotan kerusi Parlimen dan DUN yang tinggi. Jadi pemimpin-pemimpin UMNO tidak wajar dipersalahkan kerana kegagalan Barisan Nasional mendapatkan 2/3 kerusi Parlimen. Sebaliknya pemimpin-pemimpin tertinggi Barisan Nasional yang perlu melaksanakan tanggung jawab yang besar untuk menambahbaik parti.

Saya bukanlah bermaksud Najib boleh lepas tangan kerana beliau ketua UMNO. Saya bermaksud tugas Najib lebih berat daripada dahulu kerana beliau ketua Barisan Nasional. Kali ini strategi untuk meraih undi masyarakat cina perlu diperbaharui kerana cara lama seperti membodek masyarakat cina tidak lagi berjaya.

Read more...

STRATEGI PR UNTUK BERDEMO DI PENTAS ANTARABANGSA


Kerajaan di waktu ini perlu lebih berhati-hati dengan idea berdemo pembangkang. Rancangan pembangkang tidak hanya meletakkan acara demo hanya di dalam negera tetapi mereka merancang untuk meletakkannya di pentas antarabangsa pula.

Ini bukan bermaksud mereka berdemo di luar negara secara besar-besaran tetapi mereka akan meletakkan media antarabangsa sebagai kunci mereka. Mereka akan berdemo di waktu negara akan menerima kunjungan dari wakil-wakil antabangsa. Ini bertujuan untuk menarik perhatian media antabangsa yang berkunjung ke Malaysia. Pastinya media antarabangsa akan mempersembahkan satu laporan media mengenai demo tersebut. Ianya pastinya memburukkan nama negara.

Jadi kabinet Najib memerlukan seorang Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang tidak takut untuk melaksanakan undang-undang untuk menjaga nama baik Malaysia. Dan juga Kerajaan perlu sentiasa berhati-hati dan peka kerana setiap kali pembangkang berdemo mereka ada agenda tersendiri.

Read more...

USTAZ NASHA BERHUJAH MENGENAI PAS DAN UMNO

>> 13 May 2013



Read more...

ANWAR MAKIN MENGGILA APABILA TIADA ANWARINAS DALAM EXCO KELANTAN


Anwar menerima tamparan hebat apabila kegagalannya menyusupkan orangnya ke dalam pentadbiran baru negeri Kelantan yang dilantik selepas PRU 13. Ini semakin menyukarkan Anwar untuk membuat sebarang permintaan dari Kerajaan Negeri Kelantan seperti dana dan kerusi tambahan untuk PRU akan datang.

Seperti sedia maklum, Nik Aziz yang selama ini menjadi pak turut Anwar juga sudah bukan lagi MB Kelantan. Malah polisi baru kerajaan PAS Kelantan masih menjadi tanda tanya. Adakah mereka mengamalkan dasar mesra Anwar atau mengamalkan dasar menyendiri dari Pakatan Rakyat seperti yang pernah berlaku di Kedah pada tahun 2008 hingga 2013?

Tamparan paling hebat tentunya mengenai Husam Musa yang merupakan bekas exco tidak dilantik menjadi exco untuk penggal yang baru. Seperti diketahui Husam Musa adalah pengikut setia Anwar di dalam PAS atau pun Anwarinas.

Jika Anwar meroyan pusing satu Malaysia kerana tidak dapat menjadi PM, Husam pula meroyan pusing satu Kelantan kerana tidak dilantik sebagai exco. Percaturan Anwar yang mahukan Husam sebagai MB juga tidak kesampaian. Kata-kata mengenai Husam bakal menggantikan Nik Aziz pada PRU 13 sebagai MB sudah kedengaran sejak 2010 dari mulut puak-puak PKR.

Mungkin mesej yang cuba disampaikan di sini jelas bahawa PAS tidak mahu lagi terikat dengan segala keputusan yang dibuat Anwar. Mungkin ini kerana PAS sudah sedar bahawa kerjasama PAS bersama PKR hanya merugikan PAS.

Read more...

CERITA KABINET: 2 MENTERI CINA TETAP DILANTIK?

>> 12 May 2013


Barisan Kabinet baru Malaysia dijangka dibentuk secara rasmi Rabu ini dengan menteri-menteri yang dilantik akan mengangkat sumpah di Istana Negara di Kuala Lumpur.

Sumber memberitahu Mynewshub, perbincangan akhir mengenai senarai menteri-menteri yang bakal dilantik akan dimuktamad dalam masa terdekat.

“Paling lewat Selasa sudah ada pengumuman siapa yang dilantik untuk penggal seterusnya, mungkin Isnin dah boleh tahu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Antara yang dicadangkan pada peringkat ini ialah perlantikan 2 menteri Cina mewakili MCA dan MIC juga kekal dengan 2 menteri penuh.

“Jawatan untuk wakil MCA tetap akan dibuat memandangkan banyak pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan wakil Cina dalam kabinet dikekalkan walaupun kaum itu hampir tidak mengundi langsung Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) Ahad lalu,” katanya.

Antara yang dijangka ditawarkan jawatan menteri adalah Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau adalah Ahli Parlimen Bentong dan merupakan Menteri Kesihatan.

Sekiranya apa yang dicadangkan itu menjadi realiti, maka jumlah menteri dari MCA berkurangan daripada 4 orang menteri penuh sebelum ini kepada hanya dua orang.

Bagi kuota MIC, Presiden parti, Datuk G Palanivel dan Datuk Dr S. Subramaniam akan kekal dalam kabinet baru.

Selain itu menurutnya, penyertaan wakil dari Sabah dan Sarawak juga dijangka adalah yang terbesar dalam sejarah pembentukan kabinet kali ini.

Menurut sumber berkenaan, tiga menteri akan dilantik dari Sabah dan tiga lagi dari Sarawak.

“Jumlah menteri bagaimanapun dijangka kekal seperti sebelum ini (29 orang),” katanya sambil menambah tidak ada kementerian baru akan dibentuk.

Kata sumber itu, salah satu daripada enam yang bakal dilantik dari Sabah dan Sarawak mungkin wanita.

Beliau bagaimanapun menjelaskan awal-awal lagi bahawa Ketua Puteri UMNO yang juga Ahli Parlimen Papar dicadangkan kekal sebagai Timbalan Menteri.

Ketua Wanita UMNO dan BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil juga berkemungkinan besar tidak akan dilantik lagi.

Antara Menteri yang dijangka gugur pula adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim (kedua-dua tidak bertanding).

Tempat Rais dicadangkan untuk diisi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Manakala Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha; Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang tewas dalam PRU-13 juga dijangka tidak akan dilantik.

Khairy Jamaluddin yang tanpa segan silu menawarkan diri untuk berada dalam Kabinet pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak pula dijangka akan dilantik ke jawatan Timbalan Menteri.

Seorang lagi Timbalan Menteri baru yang dicadangkan adalah Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul rahman.

Najib juga dijangka akan mengurangkan perlantikan Senator untuk mengisi jawatan di peringkat kementerian, kata sumber itu.

“Namun akan ada juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik sebagai senator untuk mengisi jawatan Timbalan Menteri,” katanya.

Selain itu, kejutan mungkin berlaku apabila Kementerian Pembangunan Wanita mungkin diterajui Menteri lelaki menurut sumber berkenaan. - mynewshub

Read more...

9 RAKYAT MALAYSIA BERDEMO DI SINGAPURA DIKENAKAN TINDAKAN


PETALING JAYA: Sembilan rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam protes di Merlion Park, Singapura, telah diberikan amaran bersyarat kerana "mengambil bahagian dalam perhimpunan haram".

'Singapore Straits Times' melaporkan polis republik itu yang dipetik sebagai berkata pihak berkuasa sedang mengkaji pas kerja dan pas lawatan rakyat Malaysia yang terbabit.

"Majikan mereka akan dimaklumkan mengenai ini. Siasatan lanjut sedang dijalankan," lapor akhbar harian itu.

Sembilan orang dipercayai telah memainkan peranan tertentu dalam menganjurkan bantahan yang menyalahi undang-undang di republik itu kerana tidak mempunyai permit polis.

Pada Rabu, kira-kira 100 orang, kebanyakannya rakyat Malaysia, telah berkumpul berhampiran mercu tanda Singapore Marina Bay pada kira-kira pukul 9.30 malam untuk membuat bantahan kerana mendakwa berlaku penipuan dalam pilihan raya umum Malaysia baru-baru ini.

Orang ramai, terutamanya yang berpakaian hitam membawa sepanduk.

Polis Singapura memberi amaran bahawa mana-mana demonstrasi luar sama ada 'flash mob' atau protes di republik itu bagi sebarang tujuan memerlukan permit polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata rakan dari Singapura akan mengendalikan siasatan terhadap perhimpunan haram.

"Kita tidak akan campur tangan kerana rakyat Malaysia telah didakwa melanggar undang-undang Singapura di Singapura. Kita mesti menghormati pihak berkuasa Singapura," katanya.

Sementara itu, AFP melaporkan polis Singapura sebagai berkata bahawa 21 rakyat Malaysia ditahan di Singapura pada Sabtu kerana mengadakan bantahan haram terhadap pilihan raya umum Malaysia.

Rakyat Malaysia ditahan di Merlion Park kerana mengadakan protes "walaupun telah dinasihati polis berulang kali" berhubung perhimpunan itu, polis bandar raya berkata dalam satu kenyataan. - The Star

Read more...

MANA FAKTA PENGUNDI HANTU? HANYA PERSEPSI?


Pembangkang masih memainkan isu pengundi hantu di media massa. Ini menunjukkan seolah-olah segala percakapan mereka adalah benar belaka sedangkan para penyokong mereka keliru antara fakta dan penipuan.

Dikatakan 40,000 pengundi hantu telah dibawa masuk dari Bangladesh untuk memberikan undi kepada Barisan Nasional. Persoalannya, berapakah peratusan 40,000 dari sejumlah 8 juta lebih rakyat Malaysia yang mengundi? Adakah peratusan yang terlalu kecil ini mampu memberikan impak yang besar kepada PRU 13?

BN mendapat 133 kerusi dan PR mendapat 89. Logikkah BN menang 44 kerusi lebih daripada PR dengan hanya bantuan 40,000 pengundi hantu?

 Persoalannya seterusnya, mengapa sehingga ke hari ini PR masih gagal menampilkan sejumlah pengundi hantu untuk dibawa ke muka pengadilan? Terlalu sukarkah untuk menampilkan 40 orang iaitu 0.1% dari 40,000 pengundi hantu yang didakwa wujud? Adakah secara tiba-tiba mereka boleh lenyap dengan menggunakan ilmu ghaib setelah selesai proses PRU 13?

Di waktu ini masih tiada kesahihan kedatangan gerombolan besar pengundi hantu dari Bangladesh ke negara ini. Saya pernah terbaca bahawa sebuah kapal terbang mampu memuatkan 400 orang penumpang. Ini bermakna untuk mengangkut 40,000 pengundi hantu warga Bangladesh, 100 buah kapal terbang diperlukan.

Jadual penerbangan Air Asia menunjukkan hanya satu penerbangan ke Bangladesh untuk satu hari. Ini bermakna untuk mengangkut pengundi hantu dari Bangladesh memerlukan masa 100 hari atau 3 bulan lebih untuk memastikan mereka semua sampai ke Malaysia untuk membantu kemenangan BN. Dalam tempoh tersebut, logikkah kebanjiran warga Bangladesh di lapangan terbang di Malaysia gagal dipantau oleh mana-mana pihak pembangkang?

Persoalan lagi, di DUN dan Parlimen manakah pengundi-pengundi hantu ini mengundi? Mengapa di setiap kawasan mengundi tiada sebarang tangkapan yang betul dibuat oleh unit anal PAS dan samseng-samseng DAP semasa hari pengundian melainkan hanya tangkapan serkap jarang yang terbukti adalah warga Malaysia?

Adakah alasan pengundi hantu ini boleh diterima akal yang logik?

Mungkin ada yang ketawa melihat kebodohan kira-kira di atas tetapi masalahnya penyokong-penyokong pembangkang terlalu taksub sehingga gagal membezakan perkara yang logik dan tidak logik. Terlalu jelas bahawa dakwaan 40,000 pengundi hantu itu adalah satu alasan bodoh dari PR tetapi golongan-golongan cerdik pandai dari PR yang berjawatan profesional seperti doktor, peguam dan jurutera boleh menerima alasan bodoh ini bulat-bulat. Adakah mereka sudah terlalu taksub sehingga hilang akal fikiran yang waras?

Read more...

GAMBAR PM DISIMBAH CAT HITAM DI IPOH

>> 11 May 2013


Sudah makin kasar puak-puak pembangkang ni. Kalau di negara lain, sudah pasti puak-puak yang berani menconteng gambar pemimpin tertinggi akan dikenakan tindakan paling keras.

Agenda Daily

Read more...

TAHNIAH TOK MAT, TAPI....


Tahniah Tok Mat kerana pelantikan penggal ketiga sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan. Cuma selepas ini Tok Mat akan bertambah pening kepala kerana terpaksa melayan kerenah anak-anak buah Tok Mat yang tak sudah-sudah buat kacau sana-sini semasa PRU lepas.

Budak-budak belaan Tok Mat ini jugak dah pandai lawan tauke. Mungkin ini hasil didikan politik yang tak matang yang diajar kepada mereka oleh puak-puak tertentu. Jadi sebelum UMNO Negeri Sembilan bergolak lebih besar, ada baiknya Tok Mat fahami dan siasat apa yang saya maksudkan ini sebelum budak-budak belaan Tok Mat memberi aib kepada Tok Mat.

Read more...

PAPAGOMO MASIH DITAHAN REMAN

>> 10 May 2013


PETALING JAYA: Pemilik blog kontroversi Papagomo dan King Jason masih ditahan reman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata kedua-dua pemilik blog itu akan terus kekal dibawah pengawasan polis sehingga siasatan selesai.

"Orang ramai tahu penahanan pemilik blog, King Jason, Milo Suam dan Papagomo.

"Walaupun Milo Suam dibebaskan dengan jaminan polis, kami masih menahan reman Papagomo dan King Jason sehingga siasatan selesai," katanya kepada The Star pada Jumaat.

Pada 7 Mei lalu, polis menahan dua pemilik blog selepas laporan polis dibuat terhadap mereka kerana menyiarkan entri blog yang didakwa mengapi-apikan sentimen perkauman dalam laman media sosial.

PapaGomo, 33, ditahan di sebuah stesen minyak dekat Danau Kota manakala King Jason, 38, di Kampung Jawa, Klang. - The Star

Read more...

BETAPA SOMBONGNYA DAP



Read more...

POLIS NAFI KELUAR SURAT KEBENARAN PERHIMPUNAN RABU LEPAS


PETALING JAYA: Polis tidak mengeluarkan surat kebenaran untuk perhimpunan di Kelana Jaya pada Rabu lepas, sebaliknya hanya mengeluarkan surat jawapan balas agar penganjur menunda perhimpunan itu ke tarikh lain.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed yang menjelaskan perkara itu pada Jumaat, menafikan dakwaan yang disebar menerusi media sosial bahawa perhimpunan tersebut mendapat kebenaran polis.

"Surat yang tersebar itu adalah surat permohonan mengadakan perhimpunan oleh pihak penganjur yang ditandatangani Adun (Anggota Dewan Undangan Negeri) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.

"Saya tidak menandatangani sebarang surat kebenaran penganjuran perhimpunan berkenaan sebaliknya hanya mengeluarkan surat jawapan balas meminta agar pihak penganjur menunda tarikh perhimpunan.

"Surat jawapan balas itu dikeluarkan memandangkan penganjur memberikan notis singkat iaitu pada 12.20 tengah hari, hari yang sama perhimpunan diadakan," katanya pada sidang media di sini.

Katanya, polis meminta mereka menangguhkan perhimpunan bagi membolehkan polis mempunyai masa yang cukup untuk membuat persediaan termasuk penugasan anggota dan hebahan kepada orang ramai.

"Kegagalan pihak penganjur mengemukakan notis awal 10 hari itu juga menyebabkan pihak saya tidak dapat berbincang dengan penganjur dari segi penggunaan laluan termasuk kawasan parkir. Kita juga tidak dapat memberikan notis makluman awal kepada orang awam dan peniaga untuk mendapatkan maklum balas," katanya.

Walaupun begitu, Arjunaidi berkata, pihaknya masih menugaskan beberapa anggota di kawasan strategik untuk mengawal lalu lintas di sekitar stadium itu.

"Namun kesesakan lalu lintas tetap berlaku memandangkan jumlah kenderaan masuk terlalu banyak melebihi kemampuan infrastruktur yang ada," katanya menambah polis menerima banyak panggilan dan aduan orang awam termasuk menerusi media sosial mengenai kesesakan lalu lintas yang teruk di situ.

Mengenai dakwaan sesetengah pihak yang disebar menerusi media sosial bahawa Stadium MBPJ Kelana Jaya telah digazet sebagai tempat perhimpunan, beliau menegaskan tidak ada lokasi telah digazetkan untuk tujuan itu di negara ini.

"Stadium tersebut tidak digazetkan untuk mengadakan perhimpunan... yang boleh menggazetkan sesuatu tempat hanya menteri dan bukannya kerajaan negeri apatah lagi mana-mana pihak yang lain," katanya.

Arjunaidi berkata, siasatan berhubung laporan polis mengenai perhimpunan itudijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Perhimpunan haram itu yang disertai pemimpin parti pembangkang kononnya bertujuan membantah keputusan pilihan raya umum ke-13, Ahad lepas yang didakwa mereka mempunyai unsur penipuan. -BERNAMA

Read more...

LEPAS INI SEGALA BEBAN TERLETAK DI TANGAN KAKI PENGHASUT ANTHONY LOKE


Satu sumber mendedahkan bahawa Dr Yeow calon BN yang tewas di Parlimen Seremban tempoh hari sudah semakin tawar hati untuk berpolitik dan kerja-kerja kemasyarakatan.

Dr Yeow sebelum ini merupakan ketua pasukan kerja amal di Hospital Mawar Seremban. Dr Yeow banyak berurusan dengan pesakit untuk membantu mereka tanpa sebarang bayaran. Kerja-kerja amal seperti ini banyak dilakukan oleh masyarakat cina dalam masyarakat setempat untuk membantu kaum cina yang kesusahan.

Tetapi sejak kekalahan itu, Dr Yeow "mungkin" akan menarik diri dari melakukan kerja amal seperti itu. Ini mungkin kerana faktor dikhianati oleh bangsa sendiri. Selama ini Dr Yeow meluangkan banyak masa, tenaga dan wang untuk membantu kaum cina tetapi kaum cina membalasnya dengan menikam belakangnya semasa PRU lepas. Mereka memberikan undi kepada Anthony Loke yang hanya pandai menghasut tetapi tidak pernah langsung menjenguk muka untuk membantu masyarakat setempat. Apa yang Anthony Loke mampu buat hanya berceramah dan berdemo.

Seandainya benar Dr Yeow ingin menarik diri, maka selepas ini kemanakah masyarakat cina yang memerlukan bantuan di Hospital Mawar harus berurusan? Dengan Anthony Loke yang hanya pandai bercakap tetapi kerja tak buat?

Adakah baru sekarang masyakat cina mahu berfikir tentang kebaikan dan keburukan tentang mengundi calon yang wajar? Jadi selepas ini masyarakat cina yang mahu dialisis percuma di Hospital Mawar silalah cari Anthony Loke yang perasan dirinya hero masyarakat cina.

Read more...

MANA SATU BETUL?

>> 09 May 2013

Ini adalah gambar dari facebook dan media antarabangsa yang konon-kononnya terlalu ramai yang hadir himpunan haram malam tadi.


Sedangkan hadirin tidak seperti gambar di atas.


Malam tadi suasana perhimpunan hujan lebat manakala gambar propoganda pembangkang menunjukkan cuaca terlalu cerah.

Read more...

TOK MAT KEKAL MB NEGERI SEMBILAN


Tok Mat kekal sebagai MB untuk penggal ke tiga. Jadi lopeh ni tak payah lah korang nak beghamuk sapo bakal MB laie.



Read more...

MAK LAMPIR BAGI AMARAN KEPADA PAS DAN DAP



Read more...

NASIB MALANG CHEGU BARD SUDAH MELEKAT DI HUSAM JAMNAPARI


Nampaknya nasib Husam untuk mendapat tempat di Kelantan tidak kesampaian. Mungkin Husam menerima tempias nasib malang Chegu Bard. Sudahlah kalah di Parlimen Putrajaya, hendak balik ke Kelantan sudah tidak diterima. Jawatan Exco kanan yang dipegang sebelum ini tidak dapat lagi diisi oleh Husam. Tambah parah apabila keputusan itu bukanlah kerana penolakan dari PAS Kelantan sebaliknya dari pihak istana.

Nampaknya angan-angan Husam untuk menjadi MB Kelantan semakin tidak kesampaian. Jadi Husam bolehlah mengucapkan selamat tinggal kepada karier politiknya di dalam pentadbiran negeri Kelantan.

Read more...

POLIS JOHOR DITUDUH BAWA PENGUNDI HANTU


JOHOR BAHRU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor menjadi mangsa fitnah apabila dituduh menggunakan trak miliknya untuk membawa pengundi hantu warga asing ke pusat pengundian, Ahad lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff turut mengesahkan, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat dan siasatan lanjut kini dilakukan terhadap pemilik akaun Facebook (FB) terbabit yang mengeluarkan berita palsu itu. 

"Fitnah itu didakwa berlaku di Batu Pahat, ia tidak berasas sebaliknya hanya mencemarkan kredibiliti PDRM. 

"Trak berkenaan sebenarnya digunakan untuk membawa anggota polis yang bertugas bagi memastikan suasana pembuangan undi berjalan lancar serta aman," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, semalam.

Hadir sama Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Johor Datuk Dr Hashim Haron.

Mohd Mokhtar berkata, beliau mengandaikan fitnah terbabit sebagai sampah serta fitnah tertinggi yang dilempar terhadap PDRM Kontinjen Johor. 

Beliau turut berharap pihak berkaitan berfikir sebelum menyebarkan fitnah seperti itu. 

"Kami melihat ada aliran di media sosial untuk menyebarkan fitnah sebegini. Saya sedih dengan apa yang berlaku kerana kami melaksanakan tugas mengikut lunas undang-undang bagi membolehkan proses demokrasi berjalan lancar," katanya. - Metro

Read more...

PAKATAN BERTELAGAH ISU MB SELANGOR

>> 08 May 2013


Isu siapa MB Selangor masih tidak berkesudahan. Ini menyaksikan pertarungan 3 wakil yang dirasakan berhak untuk menjawat jawatan tersebut.

DAP mahukan Khalid Gagap untuk meneruskan jawatan sebagai MB kerana Khalid Gagap dilihat sebagai kuda tunggangan yang sesuai untuk mereka meneruskan agenda menyemai benih perkauman di Selangor. Azmin Ali pula secara terbuka menyatakan bahawa dirinya adalah orang yang layak untuk menjawat jawatan MB Selangor kerana berdasarkan kepada faktor pangkat dalam PKR. PAS pula mengatakan mereka pula yang sepatutnya menjadi MB kerana PKR sudah diberikan mandat untuk menjadi MB pada PRU 12. PAS sudah menyatakan dengan jelas andainya mereka tidak dipilih menjadi MB Selangor, PAS tidak teragak-agak untuk keluar Pakatan Rakyat.

Jadi sudah jelas bahawa permainan politik mereka Pakatan Rakyat ini bukanlah untuk berkhidmat untuk rakyat sebaliknya hanya berperang sesama sendiri untuk mendapatkan kuasa.

Apa yang pasti, Pakatan pastinya akan tunduk kepada kata-kata DAP yang mahukan wakil PKR menjadi MB. PAS seperti biasa akan melukut di tepi gantang. Inilah nasib PAS yang hanya merupakan wakil yang tidak penting dalam Pakatan Rakyat.

Read more...

PAKATAN BOIKOT MAJLIS ANGKAT SUMPAH MENTERI BESAR


Ipoh: Pakatan pembangkang terus menunjukkan sikap tidak menghormati Kesultanan Perak apabila memboikot majlis angkat sumpah Menteri Besar di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, semalam, walaupun sudah menerima surat jemputan ke majlis berkenaan.

Tiada seorang pun daripada 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang dilihat hadir pada majlis angkat sumpah Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, sebagai Menteri Besar di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah, pagi semalam. 

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, ketika dihubungi berkata, mereka memboikot majlis itu kerana tidak mengiktiraf Zambry sebagai Menteri Besar kerana mendakwa ADUN Pangkor itu terbabit dalam ‘menggulingkan kerajaan rakyat’ selepas 11 bulan pakatan pembangkang memerintah negeri itu pada Februari 2009.

“Pelantikan beliau juga bertentangan dengan kehendak majoriti rakyat kerana berdasarkan undi (popular) calon pakatan memperoleh 613,490 undi, lebih 21 peratus berbanding 507,123 undi diperoleh BN, jadi atas dua sebab ini kami tidak rasa perlu hadir pada majlis angkat sumpah itu,” katanya.

Setiausaha BN Perak, Datuk Khusairi Talib, bagaimanapun membidas pendirian pakatan pembangkang dan menyelar perbuatan mereka yang tidak menghormati Kesultanan Perak dengan sengaja tidak hadir majlis atas jemputan Pejabat Istana Sultan Perak itu.

“DAP sebenarnya faham pembentukan kerajaan negeri berdasarkan bilangan kerusi dimenangi dan bukannya undi popular, tetapi sengaja buat-buat tidak faham dan ini jelas menunjukkan sikap negatif pemimpin pembangkang. 

“Ini kali kedua mereka memboikot majlis angkat sumpah selepas melakukannya pada 2009 sedangkan pada 2008 ketika Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah Menteri Besar, sebahagian besar ADUN BN hadir sebagai menghormati jemputan Istana, walaupun ketika itu kami masih bersedih dengan kekalahan BN,” katanya.

Zambry pula pada sidang media di kediaman rasmi di sini sejurus mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar berkata, beliau tidak mengetahui sama ada ADUN pembangkang memboikot majlis itu atau tidak, kerana difahamkan mereka turut menerima jemputan ke majlis berkenaan.

“Berdasarkan pengumuman mereka (pembangkang) semalam (kelmarin), mereka mengatakan untuk menerima keputusan yang dibuat rakyat Perak dalam pilihan raya,” katanya. - Berita Harian

Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP