BEKAS NAIB PRESIDEN PAS: NASHA DAN UMNO MUSUH PAS

>> 30 January 2013



Read more...

USTAZ NASHA DIGUGURKAN DARI MAJLIS SYURA

>> 28 January 2013



KUALA LUMPUR: Mantan Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa digugurkan daripada Majlis Syura Ulama PAS kerana “masalah displin”, kata Setiausaha badan itu Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.

Menurut Nik Zawawi, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok telah digugurkan jawatan pada 13 Januari lalu kerana melanggar peraturan parti.

Namun beliau enggan mendedahkan kesalahan yang dilakukan Nasharudin sehingga digugurkan daripada Majlis Syura Ulama parti itu.

"Ya, YB Nasharudin telah digugurkan daripada Majlis Syura Ulama sebelum beliau pergi ke sana lagi (Gaza). Ini tiada kaitan dengan (Datuk Seri) Najib (Razak)...beliau bukan ahli Majlis Syura Ulama lagi.

"Beliau telah melanggar peraturan-peraturan parti, kita tidak boleh sebut (kesalahan) beliau...yang mana beliau telah digugurkan pada 13 Januari lalu." katanya kepada Antarapos.

Tambah Nik Zawawi, kekosongan jawatan itu masih belum diisi.

Sebelum ini Nasharudin menyertai rombongan Perdana Menteri ke Gaza dan dalam kenyataannya beliau enggan melayan sebarang tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh sesetangah pihak khususnya di dalam PAS.

Sambil menyifatkan tindakan kelompok yang berbuat demikian sebagai tidak berasas, Nasharudin berkata, lawatan itu tidak ada kena mengena dengan parti dan ia dibuat atas dasar beliau sebagai seorang Islam yang prihatin kepada nasib orang Islam lain.

Ini merupakan kali kedua Nasharudin menerima nasib sedemikian apabila kali pertama turut dikecam oleh penyokong PAS dan pembangkang kerana menyertai rombongan Najib ke Mekah pada Ramadan tahun lalu.

Menurutnya, lawatan Perdana Menteri itu sama sekali tiada kaitan dengan politik sebaliknya berasaskan kepada semangat keprihatinan yang tinggi terhadap nasib rakyat Palestin.

Beliau juga menegaskan tidak akan memberi penjelasan kepada kepimpinan PAS berhubung penyertaannya bersama rombongan Perdana Menteri tersebut. - antarapos

Read more...

NASARUDIN TANTAWI BENGANG USTAZ NASHA SERTAI LAWATAN PM DI GAZA?

>> 24 January 2013


Nasrudin Tantawi memperlekehkan lawatan PM ke Gaza dengan pelbagai tohmahan liar. Nasrudin juga menyatakan bahawa PM adalah seorang yang hipokrit tahap durjana dengan melakukan lawatan tersebut. Persoalannya, adakah Ustaz Nasha juga turut sama menerima cacian tersebut kerana menyertai lawatan PM di Gaza? Ini kerana seperti diketahui Nasrudin adalah seorang yang sering menentang segala perkara yang dilakukan oleh Ustaza Nasha. Jadi adakah sebenarnya cacian tersebut ditujukan kepada Ustaz Nasha secara berselindung?

Read more...

ANWAR: KEPUTUSAN MAJLIS SYURA ADALAH KEPUTUSAN DALAMAN PAS



Anwar menyatakan bahawa keputusan Majlis Syura PAS yang menghalang penggunaan kalimah Allah adalah dalam bible bahasa Melayu adalah keputusan dalaman PAS dan tidak berkaitan dengan pakatan. Sudah-sudahlah Anwar. Muka kau tak cukup hitam lagi ke sampai nak jual pulak nama tuhan kat orang kafir demi kuasa?

Read more...

AKSI USTAZAH CELUP TERGEDIK-GEDIK ATAS PENTAS

>> 23 January 2013



Read more...

MELAYU PENJILAT DAP MEMPERLEKEH STATUS BANGSA DR. RIDHUAN TEE

>> 21 January 2013


Dr. Ridhuan Tee sering kali bersuara lantang mempertikaikan tindakan DAP yang gemar memperlekehkan hak orang Islam di negara ini. DAP terdesak untuk menyerang Dr. Ridhuan Tee kembali apabila segala isu berjaya ditangkis dengan baik secara ilmiah oleh Dr. Ridhuan Tee.

Baru-baru ini seorang pemimpin Melayu DAP, Dr. Ariffin Omar mengatakan bahawa perlembagaan Malaysia menjadikan sesiapa sahaja beragama Islam seperti Dr. Rihuan Tee menjadi Melayu. Ini menjadikan mereka mendapat hak-hak istimewa orang-orang Melayu walaupun mereka sebenarnya hanyalah saudara baru beragama Islam.

Perkara ini sama sekali tidak benar. Dr. Ariffin ini nampaknya bodoh benar dalam berbicara soal status bangsa seseorang. Dr. Ridhuan Tee banyak kali menyatakan bahawa dirinya adalah Cina dan sama sekali tidak mendapat apa-apa status keistimewaan hak orang Melayu walaupun beragama Islam.

Hal ini sengaja dibangkitkan DAP untuk menyerang kembali Dr. Rihuan Tee yang sering mempertikaikan sikap perkauman DAP yang berfahaman komunis yang langsung tidak mahu bertolak ansur dengan orang-orang Melayu di Malaysia.

Dalam pada itu perlembagaan Malaysia hanya menyatakan dengan jelas bahawa seseorang beragama Islam itu mempunyai beberapa kelebihan dalam beberapa faktor kerana status negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi. Tetapi perkara ini cuba diputarbelitkan penceramah-penceramah DAP bahawa seseorang yang beragama Islam akan terus menjadi "Melayu" di bawah perlembagaan Malaysia.

Dr. Ariffin seharusnya berasa malu kerana orang yang tidak faham perlembagaan itu adalah dirinya sendiri. Jadi tidak perlulah memperlekehkan status bangsa seseorang  hanya berdasarkan putar belit yang dicipta sendiri.

Read more...

RAKYAT MALAYSIA ANTARA TEBUSAN DI ALGERIA

>> 17 January 2013


PARIS: Rakyat Malaysia dan Filipina merupakan antara tebusan yang kini menjadi tahanan di pangkalan gas di Algeria, lapor saluran berita Perancis, France 24 pada Rabu berdasarkan apa yang dilaporkan mengenai perbualan telefon dengan seorang lelaki warga Perancis.

Stesen itu, hanya menyiarkan sedutan perbualan mereka yang amat singkat yang dirakam dengan tebusan Perancis, berkata bahawa lelaki itu telah memberitahu mereka bahawa dia bersama-sama dengan rakyat Inggeris, Jepun, Filipina dan Malaysia.

Agensi berita France 24 itu bagaimanapun menyebut, tiada cara untuk mengetahui sekiranya tebusan telah bercakap di bawah kekangan pihak yang menahan mereka.

Menurut stesen itu, warga Perancis berkenaan memberitahu bahawa tebusan ditahan dalam sebuah bangunan yang tertutup di pangkalan gas di selatan Algeria dan mereka yang menjadi tebusan mempunyai tali pinggang berisi bahan letupan yang dipakaikan kepada mereka sebagai halangan terhadap serangan mana-mana pasukan keselamatan.

Perancis tidak mengesahkan bahawa salah satu daripada rakyatnya merupakan di kalangan tebusan berkenaan.

Satu kumpulan militan memberitahu media Mauritania bahawa mereka menawan 41 warga negara Barat, antara mereka adalah rakyat Perancis, British dan Jepun, juga tujuh rakyat Amerika Syarikat (AS), di pangkatan gas, In Amenas, yang dikendalikan bersama oleh syarikat minyak British, BP dan syarikat Norway, Statoil dan syarikat bekalan kuasa Algeria, Sonatrach.

Pihak berkuasa Algeria berkata, seorang rakyat Algeria dan warga British telah terbunuh dalam serangan itu.

Beberapa sumber sebelum ini merujuk tebusan-tebusan tersebut antara lain adalah terdiri daripada beberapa rakyat AS dan Britain, seorang warga Perancis, seorang warga Ireland, serta beberapa rakyat Jepun dan Norway.

Satu kumpulan militan, dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web Mauritania iaituAlakhbar sebagai berkata, penculikan itu merupakan pembalasan ke atas campur tangan tentera Perancis terhadap puak bersenjata yang merampas kawalan di utara Mali. - AFP

Nota: sama-samalah kita mendoakan keselamatan rakyat Malaysia yang dijadikan tebusan itu agar dapat pulang dengan selamat.

Read more...

KEMENTERIAN KEWANGAN SAHKAN NIZAR PENIPU

>> 16 January 2013


KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan hari ini berkata dakwaan kononnya kerajaan menerima pampasan RM207 bilion dari kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada rakyat Malaysia yang menderita selepas terlibat sebagai buruh paksa dalam pembinaan kereta api Siam ke Burma semasa Perang Dunia Kedua, adalah palsu.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, dakwaan itu yang dikatakan berpunca daripada memo yang dikeluarkan kementerian bertarikh 29 Mac 2011 adalah palsu.

"Memo tersebut telah dipalsukan dan satu laporan polis telah dibuat pada 26 Sept tahun lepas. kes ini sedang disiasat polis," kata kenyataan itu.

Penjelasan Kementerian Kewangan terpaksa dibuat selepas laman-laman blog pembangkang mendakwa wujudnya pembayaran RM207 bilion dari Jepun tetapi wang tersebut kononnya telah dilesapkan.

Akibat fitnah tersebut, Kedutaan Jepun telah menulis surat kepada Kementerian Kewangan pada 9 Jan lepas untuk mendapatkan penjelasan disebabkan kerajaan Jepun tidak pernah membayar pampasan RM207 bilion itu.

Ini menunjukkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin memburuk-burukkan dan menjatuhkan imej dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan Kementerian Kewangan. - antarapos

Read more...

UMNO DAN PERKASA OUTLAW, PR MALAIKAT?

>> 15 January 2013

Muka bapak malaikat?

Dengan begitu mudah sekali Anwar mengatakan UMNO dan Perkasa sebagai outlaw kerana akan menggunakan apa sahaja cara untuk menghalang segala agenda Pakatan Rakyat. Sebelum ini pelbagai tuduhan dilemparkan tanpa bukti dan segala fitnah dicipta untuk memburuk-burukkan imej Barisan Nasional.

Tuduhan outlaw kepada UMNO dan Perkasa sama sekali tidak wajar kerana secara perbandingannya siapakah lebih outlaw? Siapakah yang gemar berguling-guling atas jalan tanpa permit? Siapakah yang berperangai beruk merosakkan segala kemudahan awam semasa berdemo?

Jika UMNO dan Perkasa outlaw, PR yang suka langgar segala peraturan itu patut digelar apa pula?

Read more...

JUMLAH PESERTA HKR MENGECEWAKAN

>> 12 January 2013

Gambar dari The Star

Jumlah kehadiran peserta ke HKR sebentar tadi amat mengecewakan bagi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Jumlah peserta dianggarkan berjumlah seramai tidak lebih dari 80,000 orang di setiap pelusuk tempat. Di Stadium Merdeka jumlah peserta seramai 50,000 sahaja kerana kapasiti stadium tersebut yang hanya boleh memuatkan sekitar 47,000 orang. Manakala di luar stadium dan kawasan sekitar dianggarkan berjumlah antara 15,000 ke 20,000 orang.

Jumlah ini dilihat gagal memberikan penambahan besar berbanding dengan BERSIH 3.0 kerana kali ini setiap peserta sama sekali tidak diganggu mana-mana pihak untuk berhimpun. Malah keselamatan mereka dijamin oleh pihak polis.

Angka sasaran seramai 1 juta amat jauh sekali untuk dicapai. Jadi keputusan perhimpunan ini adalah GAGAL!

Kali ini juga dilaporkan hampir kesemua gerakan kiri menyertai perhimpunan ini termasuk penyokong LGBT, Punk, kumpulan pro Chin Peng dan pelbagai lagi. Tetapi penyertaan mereka masih gagal memberikan jumlah sasaran 1 juta.

Kumpulan Punk turut menyertai HKR
Portal-portal pembangkang pula terpaksa membuat cerita-cerita hebat seolah-olah perhimpunan tadi amat berjaya demi menutup malu kegagalan pihak penganjur untuk mencapai sasaran. Malah Hishamudin Rais menyatakan jumlah peserta seramai 500,000 orang walaupun semua pihak semua maklum bahawa angka tersebut amat jauh dari jumlah kehadiran sebenar peserta.

Perhimpunan tersebut tamat pada pukul 4.50 petang. Ini berbeza dengan jadula penganjur yang mengatakan bahawa perhimpunan tersebut akan tamat pada 7.00 petang. Tidak diketahui mengapa perhimpunan ini ditamatkan lebih awal. Mungkin kerana penganjur sudah kecewa angka sasaran tidak tercapai?

Pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang tidak menyertai demo juga agak ramai. Ini seolah-olah menunjukkan protes mereka terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat yang sedia ada.

Buat masa ini Anwar masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai status perhimpunan ini yang diklasifikasikan oleh Anwar sebagai gagal atau berjaya. Kita tunggu komen Anwar dalam masa terdekat.

Read more...

PERMINTAAN PESERTA HKR PERLU DITUNAIKAN?


Read more...

PPIM: MALAYSIAKINI BIADAP

>> 11 January 2013



Read more...

BEKAS AHLI JAWATANKUASA BERSIH 1.0 SERTAI UMNO


KUALA LUMPUR 11 Jan. - Bekas Ahli Jawatankuasa BERSIH 1.0 Syamsul Hidayat telah mengisytiharkan secara rasmi menyertai UMNO setelah merasakan Pakatan Rakyat telah membawa perjuangan palsu terhadap rakyat.

Beliau yang juga merupakan Mantan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (PKR) itu menegaskan, keputusan tersebut juga atas faktor penolakan beliau terhadap pendirian Pakatan Rakyat yang gagal melaksanakan manifesto Pilihan Raya yang dijanjikan sebelum ini malah berlaku ketidaktelusan dalam mengurus tadbir di beberapa buah Negeri yang dikuasai komponen parti pembangkang tersebut.

"Saya melihat parti ini (PKR) tidak memperjuangkan apa yang mereka laung-laungkan dalam ceramah dan dalam kempen propaganda mereka.

"Perjuangan mereka hanyalah semata-mata berkempen untuk merealisasikan impian Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri," katanya kepada pihak media selepas menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Ketua UMNO Bagan Serai Dato' Sha Mat Sahat disaksikan oleh Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan di sini semalam.

Turut serta mengikuti jejak langkah beliau termasuklah bekas Ahli AMK Setiawangsa Mohamad Asroc Jailani dan bekas Peguam kepada Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Saiful Ambar Bin Abdullah Ambar.

Dalam pada itu, Syamsul turut mengecam penganjuran Perhimpunan Kebangkitan Rakyat yang bakal dianjurkan Pakatan Rakyat pada Sabtu ini.

Katanya, penganjuran perhimpunan sebegini merupakan satu sandiwara yang tidak memegang prinsip perjuangan yang dilaung-laungkan pimpinan parti itu

"Ini adalah merupakan siri-siri aktiviti propaganda mereka, tidak ada satu pun pegangan atau perjuangan yang betul-betul mereka perjuangkan.

"Saya rasa sejarah itu berulang, kali ini mereka tahu tahun PRU ke13 akan diadakan maka secepat mungkin mereka mengadakan perhimpunan yang lebih kurang sama pada PRU ke12 cuma namanya saja yang ditukar.

"Ia satu perhimpunan untuk menunjukan bahawa mereka ramai sokongan untuk menumbangkan UMNO dan BN." jelasnya.

Perhimpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan pada pada 12 Januari ini hanya mahu menutup segala kelemahan Pakatan Rakyat. - klpos

Read more...

AMANAT HAJI HADI BUDAYA KHAWARIJ

>> 10 January 2013



Read more...

ANWAR DIRESAPI AJARAN KIRI EVANGELIS


Seperti yang diketahui hari ini, pertubuhan-pertubuhan Kristian Malaysia mendesak agar penggunaan kalimah  Allah di dalam Bible bahasa Melayu dibenarkan. Perkara ini diperjuangkan di landasan platform politik oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Beberapa hari lepas Sultan Selangor bertitah tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible versi bahasa Melayu.

Persoalannya, mengapa perlu dicetak Bible bahasa Melayu dan diedarkan di Semenanjung Malaysia kerana di Semenanjung sedangkan 99% orang Melayu di Semenanjung beragama Islam?

Ini kerana Bible tersebut nanti akan digunakan sebagai medium untuk memurtadkan umat Islam di Semenanjung Malaysia. Tujuan Allah digunakan di dalam Bible bahasa Melayu pula supaya timbul kekeliruan di kalangan umat Islam supaya agenda memurtadkan umat Islam dipermudahkan.

Hal ini sedang berlaku di Indonesia di mana angka murtad di Indonesia menunjukkan peningkatan setiap tahun. Ini semuanya bermula di era 60 an di mana puak evangelis yang rapat dengan Sukarno di waktu itu mendesak agar penggunaan kalimah Allah di Bible dibenarkan. Sukarno meluluskan resolusi tersebut. Tidak cukup dengan itu, undang-undang perkahwinan campur tanpa memeluk agama Islam digubal. 

Kesannya hari ini, Indonesia yang di waktu dahulu mempunyai populasi penduduk beragama Islam tertinggi di dunia telah jatuh ke tangga ketiga.

Penggunaan kalimah Allah di dalam Bible sendiri masih diperdebatkan di dalam agama Kristian. Fahaman Katolik tulen sama sekali menolak penggunaan kalimah Allah di dalam bible kerana berpendapat tidak wajar sama sekali menggunakan nama tuhan agama lain untuk merujuk kepada Jesus.

Pada tahun 50 an sebuah gereja evangelis berpengkalan di Israel telah membawa dalil-dalil yang menyatakan bahawa kesemua Bible wajar menggunakan kalimah Allah. Ini kerana dakwaan bahawa Allah sudah pun digunakan oleh penganut ajaran Kristian awal (agama Nasrani) sedangkan ajaran Nasrani pada zaman dahulu dan Kristian pada hari ini amat berbeza sekali.

Malah seperti yang diketahui kitab Bible yang diguna hari ini sudah digubah sebanyak lebih 2000 kali oleh paderi-paderi dan santo-santo Kristian.

Perdebatan masih berlaku di dalam agama Kristian. Tetapi pada hari ini Katolik semakin diresapi oleh ajaran evangelis. Semakin banyak paderi Katolik memperjuangkan fahaman sesat evangelis membenarkan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible.

Pada 2007, seorang paderi evangelis dari Belanda mengeluarkan kenyataan menggesa agar kesemua penganut agama Krisitan menggunakan kalimah Allah di dalam Bible dalam semua bahasa. Perkara ini telah ditentang hebat oleh seorang paderi dari Amerika dari mazhab mormon dan menganggap bahawa evangelis adalah mazhab ektremis.

Paderi evangelis menggesa penggunaan kalimah Allah dalam Bible
Jadi sememangnya tidak patut sama sekali pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat memperjuangkan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible kerana ianya akan sama sekali membawa agenda memurtadkan umat Islam.

Seperti yang diketahui juga Datuk Dr. Haron Din telah pun menyatakan bahawa "jatuh kufur membenarkan orang-orang kafir menggunakan kalimah Allah". Tidak wajar sama sekali untuk orang Islam menjual nama tuhan sendiri demi kuasa seperti apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim, Haji Hadi dan Mat Sabu.

Dalam hal seperti ini, mengapa PAS masih berdiam diri dalam keadaan Islam diperkotak-katikkan? Adakah kerana undi kafir syariat Islam ditolak ketepi?

Nota: pada 2008, sebuah gereja evangelis telah diserang oleh sekumpulan penganut agama Hindu di India kerana memperjuangkan penggunaan nama tuhan agama Hindu di dalam Bible.

Read more...

ULAMA PAS TETAP TIDAK SETUJU BUKAN ISLAM GUNA KALIMAH ALLAH

>> 09 January 2013


PETALING JAYA: Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib tegas dengan pendiriannya sebelum ini bahawa penggunaan kalimah Allah khusus untuk orang Islam dan penganut agama lain tidak berhak untuk menggunakannya.

Penegasan itu sekaligus bercanggah dengan pendirian pakatan pembangkang pada Selasa seperti diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam tetapi tidak wajar disalahguna oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan.

Namun demikian menurut Harun pula, penggunakan kalimah Allah merupakan soal akidah umat Islam yang perlu dipertahankan dan penganut agama lain termasuk Kristian harus dilarang sama sekali daripada menggunakan kalimah itu dalam apa jua keadaan.

"Bukan Islam tak boleh guna (kalimah Allah) sebab mereka tak percaya kepada Allah. Perkataan 'God' dalam Bible bermaksud Tuhan. Kalau mereka kata mereka juga percaya kepada kewujudan Allah, maka dengan sendirinya mereka tak boleh menggunakan Bible, kena guna al-Quran.

"Kalau mereka percaya kepada kewujudan Allah, maka berimanlah kepada Allah. Mengapa masih menganut Kristian," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Selain itu menurut Harun, penggunaan kalimah Allah dalam Bible dikuatiri akan merosakkan akidah generasi akan datang.

"Sekarang mungkin tak timbul masalah, tapi masa depan macam mana? Kalau Kristian pun pakai kalimah Allah iaitu nama tuhan orang Islam...ia akan menimbulkan kecelaruan. Ini sangat bahaya," tegasnya.

Menerusi sidang media khas pakatan pembangkang pada Selasa, Abdul Hadi berkata Pakatan Rakyat mempertahankan keputusan dua tahun lalu untuk membenarkan kalimah itu digunakan penganut agama lain.

Katanya, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah itu dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal seperti dalam al-Quran.

Sementara itu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membuat ketetapan bahawa kalimah Allah yang khusus untuk umat Islam tidak boleh digunakan di negeri itu oleh mana-mana agama bukan Islam.

Polemik penggunaan kalimah Allah muncul semula apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas pada 24 Disember lalu menggesa kerajaan membenarkan penggunaan kalimah itu dalam Bible bahasa Melayu memandangkan ia dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu. - The Star

Read more...

CIKGU NON DEDAH PENYELEWENGAN PAS KEDAH

>> 08 January 2013



Read more...

DINDING PEJABAT UMNO SEPUTEH MANGSA VANDALISME PR



Read more...

SELAMATKAN RUMAH ALLAH DARI DIROSAKKAN PAS SEPERTI INI

>> 07 January 2013


Surau Hitam di Ampangan sudah dirosakkan puak-puak penganut agama PAS dengan politik jijik mereka. Ahli Jawatankuasa yang dilantik terdiri daripada puak-puak mereka dan keadaan ini memudahkan mereka melakukan segala perbuatan keji mereka.

Dahulunya Surau Hitam ini tempat berhimpun penduduk beragama Islam di kawasan sekitar untuk beribadat. Tetapi sejak kebelakangan ini perpecahan berlaku apabila sebahagian penduduk setempat tidak lagi melakukan solat berjemaah di surau berkenaan. Ini kerana tindakan puak-puak PAS yang menjadikan surau tersebut sebagai medah politik mereka memancing undi.

Sering saya terdengar aduan mengenai keluhan masyarakat setempat yang mengatakan bahawa puak-puak secara terbuka mengutuk kerajaan di dalam surau tersebut. Ini bertentangan sekali dengan kehendak agama yang meminta agar dijauhkan hal dunia dari dibicarakan di dalam tempat ibadat.

Tidak cukup dengan itu, sejak 20 tahun lepas dihadapan surau ini dianjurkan ceramah politik PAS. Mungkin kerana dikatakan bahawa markas PAS berada di sebelah surau berkenaan jadi memudahkan segala urusan untuk berceramah. Tetapi bolehkah ceramah PAS yang seperti diketahui sememangnya penuh dengan cacian dan kejian dilakukan di halaman surau ini hanya kerana mahu memudahkan urusan mereka?

Markas PAS di sebelah Surau Hitam
Dahulunya surau ini berwarna putih. Tetapi sejak puak-puak PAS menjadikan surau ini seperti harta pusaka mereka, warna surau ini telah dicat kepada warna hijau yang juga sama warnanya dengan markas PAS di sebelah surau ini.

Warna surau ini dicemari dengan politik jijik PAS
Faktor warna inilah yang menyebabkan ramai makmum tidak mahu lagi menunaikan solat berjemaah di surau ini. 

Surau ini dibina hasil dari peruntukan yang diberikan oleh kerajaan negeri semasa era Tan Sri Isa Samad menjadi MB di Negeri Sembilan. Tujuannya supaya umat Islam dapat mendirikan solat berjemaah tanpa mengira faktor parti.

Jadi berdirinya surau ini hasil usaha dari seorang pemimpin yang digelarkan kafir oleh penganut agama PAS. Tetapi apabila dibina, dengan sesuka hati mereka menjadikan surau ini sebagai medan mereka berwadah politik.

Perkara yang hampir sama juga sedang berlaku di Masjid Jalan Jelebu. Jadi sebelum puak-puak PAS ini naik tocang, ada baiknya Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan bertindak sebelum kesemua masjid dan surau di Negeri Sembilan ini dirosakkan oleh fahaman politik jijik PAS.

Read more...




  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP