AHLI PAS YANG BERDEMO PERTAHAN KALIMAH ALLAH JADI SASARAN UNTUK DIPECAT

>> 18 February 2013

Salah seorang ahli PAS yang berdemo mempertahankan kalimah Allah,
Mohd Abinaufal Mohd Sohaimi
Berita yang baru diterima mengenai kacau-bilau dalam pasukan PAS Negeri Sembilan sempena persiapan untuk menghadapi PRU nanti. Ianya berkaitan dengan beberapa ahli PAS yang berdemo di tengah-tengah Bandar Seremban untuk mempertahankan kalimah Allah dan menggesa PAS untuk mengkaji kembali peranan mereka dalam Pakatan Rakyat.

Dikhabarkah PAS Negeri Sembilan tidak akan berdiam diri dengan tindakan ahli-ahli PAS tersebut. Tindakan tidak rasmi telah pun diambil dengan menyerang individu-individu tersebut di ceramah, blog dan facebook.

Salah seorang ahli pendemo yang diserang adalah Mohd Abinaufal Mohd Sohaimi yang juga merupakan ketua bagi pendemo tersebut. Abinaufal dikatakan bukan ahli PAS yang termakan perangkap UMNO dan kredibilitinya dipertikaikan dengan memasuki pertandingan Bintang P. Ramlee 2008.

Desas-desus semakin kencang apabila dikatakan PAS Negeri Sembilan sedang mempertimbangkan untuk memecat keahlia mana-mana ahli PAS yang menyertai demo tersebut kerana dikatakan memberi malu kepada PAS Negeri Sembilan.

Inilah nasib ahli PAS yang cuba mempertahankan kalimah Allah dan mempertikaikan hubungan PAS dengan DAP.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP