AHLI PAS BENGANG DENGAN MAZLAN ALIMAN

>> 31 December 2012



Read more...

LIM GUAN ENG LARI DARI NGO DI LAPANGAN TERBANG


GEORGETOWN: Hasrat beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam (NGO) yang mahu 'menyambut' kepulangan Lim Guan Eng dari luar negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas petang tadi, tidak kesampaian apabila kelibat Ketua Menteri Pulau Pinang itu langsung tidak kelihatan.

Ahli Jawatankuasa Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Azmi Jaafar berkata, kesemua mereka berhimpun secara aman untuk mendesak Setiausaha Agung DAP itu meminta maaf dan mahukan beliau menarik balik agar kerajaan persekutuan agar penggunaan kalimah 'Allah' dalam kitab Bible dibenarkan sepertimana di Sabah dan Sarawak.

Azmi berkata Guan Eng dijadualkan tiba di lapangan terbang itu jam 7 petang namun sehingga jam 7.45 malam beliau masih tidak kelihatan di kawasan menunggu ketibaan dan juga laluan kenamaan (VIP).

Beliau percaya Guan Eng telah mengetahui kehadiran mereka dan bertindak melarikan diri menggunakan laluan keluar lain semata-mata tidak mahu bertembung dengan mereka. 

“Semasa pilihan raya umum sebelum ini, kami yang mengundi pembangkang sehingga DAP berjaya memerintah negeri ini.

"Kenapa sekarang dia (Guan Eng) tidak mahu berjumpa kami sebagai rakyat Pulau Pinang ? Kami yang membuatkan dia menang dan ini balasanya kepada kami,” katanya ketika ditemui media.

Guan Eng pada 24 Disember lalu, melalui perutusan sambutan Hari Krismas menggesa kerajaan persekutuan agar penggunaan kalimah 'Allah' dalam kitab Bible dibenarkan sepertimana di Sabah dan Sarawak. - antarapos

Read more...

POLITIK WANG DAP: KRISIS ADUN SEKINCHAN DAN LIM GUAN ENG?

>> 18 December 2012



Read more...

PEMBANTU PERIBADI MP KAPAR DITEMUI MATI DIBUNUH


SHAH ALAM: Pembantu peribadi kepada anggota Parlimen Kapar S Manikavasagam ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di hadapan pondok pengawal keselamatan Pangsapuri Seri Sinar, Sunway Kayangan di sini hari ini.

K S Natchymuthu, 53, ditemui mati pada kira-kira 8.15 pagi oleh penduduk pangsapuri itu, dipercayai akibat dipukul dengan objek tajam selepas terlibat dalam pergaduhan dengan seorang lelaki yang juga penduduk di situ.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam DSP Muhammad Idzham Jaafar berkata siasatan awal mendapati mangsa yang juga pengerusi persatuan penduduk pangsapuri berkenaan, bertengkar dengan suspek berhubung rasa tidak puas hati dengan sistem pengurusan di kawasan kediaman itu.

“Suspek dipercayai bertindak menyerang mangsa dengan senjata tajam iaitu sejenis alat berkebun menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan belakang badan,” katanya kepada Bernama.

Muhammad Idzham berkata polis menahan seorang lelaki berumur 43 tahun bagi membantu siasatan.

Mayat Natchymuthu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat.

Sementara itu, Manikavasagam ketika dihubungi berkata mangsa yang juga pemandunya, baru dua bulan dilantik sebagai pengerusi penduduk pangsapuri berkenaan.

Beliau mendakwa Natchymuthu telah membuat beberapa laporan polis sebelum ini berikutan menerima ugutan beberapa individu yang tidak puas hati berhubung kutipan yuran penyelenggaraan pangsapuri berkenaan.

“Saya berharap polis mengambil tindakan sewajarnya bagi menyiasat kes ini dan saya bersimpati dengan keluarga mangsa dengan kejadian itu,” katanya sambil menambah Natchymuthu meninggalkan isteri dan empat anak. - antarapos

Read more...

PREMIS PERNIAGAAN MEMBEBANKAN ANGKARA KERAJAAN NEGERI SELANGOR


Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi menipu rakyat Selangor hidup-hidup dengan manifesto PRU 2008 yang masih gagal dilaksanakan. Terbaru apabila pendedahan dibuat mengenai kenaikan cukai premis perniagaan hampir setiap tahun sejak Selangor di bawah pemerintahan rejim Khalid Gagap.

Ini bertentangan sama sekali dengan janji manfesto 2008 dimana pembangkang menjanjikan pengurangan cukai 10% untuk perniagaan komersial.

Tidak cukup dengan itu, cukai pintu turut naik sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor sedangkan manifesto menunjukkan bahawa mereka berjanji akan menurunkan cukai pintu sekiranya memegang kuasa.


Dicanang di seluruh ceramah Pakatan Rakyat bahawa Negeri Selangor kian berjaya dengan simpanan wang tunai yang tinggi. Rupanya wang tersebut didapati dengan memeras rakyat sendiri.

Read more...

WALL STREET JOURNAL @ GEORGE SOROS BURUKKAN NEGARA

>> 17 December 2012



Akhirnya George Soros menunjukkan belang sebenar dengan mengarahkan media-media yang dikuasainya untuk memburuk-burukkan negara dengan mengatakan bahawa Malaysia negara yang kuat mengamalkan rasuah. Realitinya George Soros menyatakan perkara tersebut kerana agendanya untuk menguasai Malaysia melalui IMF dan ejen-ejennya seperti Anwar Ibrahim tidak berjaya.

Kerajaan perlu mengambil langkah segera sebelum George Soros melingkupkan negara seperti apa yang terjadi pada 1997 apabila George Soros mengeluarkan spekulasi matawang Asia Tenggara.

Kita sendiri arif siapakah pemimpin Pakatan Rakyat yang mempunyai hubungan unik dengan George Soros. Jadi inilah hasil kerja mereka demi mendapat kuasa melalui apa jua cara.

Read more...

DAP AKUI AMALKAN POLITIK WANG



Read more...

PUAK PAS DIGEGAR KERANA CERAMAH POLITIK DALAM MASJID



Kekecohan tercetus kerana ahli jawatankuasa masjid berceramah politik. Puak-puak PAS menuduh bahawa samseng UMNO membawa budaya samseng di dalam masjid tetapi dalam pada yang sama perlukah PAS membawa politik busuk ke dalam masjid?

Tindakan orang-orang UMNO ini cuba untuk mengelakkan masjid menjadi tempat medan politik sebaliknya PAS menjadikan masjid sebagai medan untuk memecah-belahkan perpaduan umat Islam. Adakah ini yang dimaksudkan sebagai perpaduan umat dalam Islam bawaan PAS?

Read more...

KOL. ROSELI HARUS SEDAR BAHAWA MELAYU HANYA HAMBA DALAM DAP

>> 16 December 2012


Pemilihan Majlis Tertinggi DAP menyaksikan bahawa calon-calon Melayu menduduki tangga terbawah dalam senarai pemilihan seramai 60 orang lebih. Keputusan ini memberi makna yang sangat besar dalam kepercayaan orang Cina terhadap orang Melayu dalam parti DAP.

Kol. Roseli yang dikhabarkan akan bertanding di Negeri Sembilan pada PRU akan datang atas tiket DAP turut bertanding dan menerima nasib yang sama dengan calon-calon Melayu yang lain. Kol. Roseli hanya mendapat undi di bawah 40.

Jika dikira dari segi kerja, Kol. Roseli lebih hebat dari Anthony Loke yang memang terkenal sebagai kaki tempel majlis orang. Kol. Roseli banyak berceramah ke sana sini walaupun ceramahnya tiada sambutan.

Tetapi menghairankan apabila beberapa perwakilan DAP Negeri Sembilan sendiri tidak memilih Kol. Roseli sebaliknya calon dari negeri lain. Jadi amat menghairankan mengapa wakil setempat tidak memilih calon senegeri.

Adakah ini mesej jelas menunjukkan bahawa taraf Melayu berada di tahap terendah dalam DAP? Walaupun bekerja bertungkus-lumus tetapi untuk memegang jawatan penting sudah pasti tidak akan diberi kepercayaan. 

Adakah pula wakil-wakil Melayu dalam DAP sedar bahawa mereka sedang dipergunakan oleh godfather berfahaman komunis dalam DAP untuk mecapai cita-cita negara republik mereka?

Read more...

PEMIMPIN DAP TUTUP MULUT ISU PENYELEWENGAN PEMIMPIN SENDIRI

>> 15 December 2012



Read more...

SAHABAT ANWAR DI INDONESIA SEMAKIN TERTEKAN


Di Sumatera sedang giat dilakukan kempen untuk pemilihan Presiden Indonesia yang baru. Calon yang pasti ialah dari Parti Amanat Nasional, Parti Golkar dan beberapa parti lain yang cuba untuk menonjolkan diri mereka di arena tertinggi pentadbiran Indonesia.

Walaupun pemilihan Presiden Indonesia hanya akan berlangsung beberapa tahun lagi, tetapi kempen telah giat dilakukan di sekitar Indonesia kerana kawasan Indonesia yang luas yang menyukarkan untuk jentera kempen meliputi keseluruhan kawasan dalam masa yang singkat.

Dalam keadaan itu, sahabat baik Anwar di Indonesia iaitu Amir Haris yang juga dari parti pembangkang yang kian rebah di Indonesia semakin tersepit dengan keadaan politik di Indonesia dan Malaysia. Pertamanya idiologi partinya yang cuba membawa idea liberal semakin ditolak di Indonesia. Keduanya, Amir Haris terdesak untuk memberi sokongan kepada Anwar kerana partinya sendiri yang terumbang-ambing.

Amir Haris dikenali kerana seringkali membawa propoganda buruk yang menyebabkan ketegangan di antara dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Ini termasuklah konon-kononnya parti Golkar dan UMNO mempunyai hubungan yang akrab semasa pemerintahan Suharto dan Dr Mahathir dalam cuba memonopoli kekayaan negara. Walhal perkara yang sebenarnya hubungan Dr Mahathir dan Suharto tidak lebih dari sekadar hubungan diplomatik antara dua kerajaan jiran.

Di waktu itu Suharti sememangnya dibenci rakyat kerana pelbagai khabar angin dan dasar pemerintahan yang agak huru-hara. Hubungan Suharto dan Dr Mahathir dijadikan senjata oleh Amir Haris sebagai bahan kempen untuk melaga-lagakan pemimpin.

Dikatakan di media Indonesia bahawa terdapat tanah-tanah di Indonesia telah dimiliki oleh kerajaan Malaysia oleh Amir Haris. Ini kerana keakraban yang baik di antara Suharto dan Dr Mahathir. Sedangkan tanah-tanah tersebut dipajak oleh kerajaan Malaysia melalui Sime Darby untuk aktiviti perladangan di Sumatera Barat.

Pelbagai lagi fitnah dilemparkan. Sungguhpun begitu, ketika Suharto digulingkan, Amir Haris masih gagal menyandang apa-apa jawatan penting kerajaan kerana dirinya tewas teruk dalam pemilihan dalam parti sendiri untuk dicalonkan ke jawatan yang lebih tinggi.

Tetapi lihatlah kesannya pada hari ini. Hubungan rakyat Malaysia dan Indonesia dingin. Isu-isu kecil seringkali dijadikan modal untuk perbalahan sesama sendiri.

Kini Amir Haris cuba meyakinkan kepada pemimpin-pemimpin Indonesia bahawa Anwar Ibrahim adalah bapa revolusi demokrasi Malaysia. Rakyat Indonesia sendiri diyakinkan konon-kononya Anwar adalah seorang tokoh yang ditunggu-tunggu untuk merapatkan kembali hubungan di antara Malaysia dan Indonesia.

Kerana itu sebahagian besar rakyat di Sumatera Tengah dan Timur sudah mula memandang tinggi Anwar. Sedangkan pada hakikatnya, Anwar adalah balaci Barat yang sedang berusaha menjahanamkan institusi pemerintahan beraja di Malaysia.

Tidak hairan apabila setiap kali kedatangan Anwar di Indonesia seringkali disambut dengan permaidani merah. Ini kerana keberkesanan media propoganda kuncu-kuncu Anwar di Indonesia. Ini ditambah lagi dengan kata-kata Anwar yang seringkali memburuk-burukkan negara dengan menyebelahi Indonesia dalam isu-isu yang remeh seperti batik, rendang, pembantu rumah dan pelbagai lagi.

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mengesan perkara itu. Kerana itu usaha untuk mendiamkan Amir Haris dilakukan sebelum hubungan Malaysia dan Indonesia bertambah keruh.

Dengan kekurangan sokongan dari luar, Anwar semakin merasai tekanan. Dana-dana dari luar semakin berkurangan. Dengan terbongkarnya kisah NGO Malaysia yang menerima dana asing juga semakin menghimpit Anwar. Sebelum negara kita diperkotak-katikkan oleh orang-orang seperti Anwar dan Amir Haris, ada baiknya kita bertindak dengan menolak pengkhianat-pengkhianat ini dari bertapak di bumi nusantara.

Read more...

KETUA PENERANGAN PAS NEGERI SEMBILAN KAKI FITNAH

>> 14 December 2012


Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan Nor Azman Mohamad tidak habis-habis menabur fitnah semasa berceramah. Seringkali Nor Azman mengatakan kepada umum bahawa kapal selam Scorpene tidak boleh menyelam walaupun telah dibuktikan bahawa kapal tersebut telah beroperasi dengan baik.

Malah nama PM masih dikaitkan dengan skandal rasuah Scorpene walaupun kedutaan Perancis telah mengesahkan bahawa tiada warga Malaysia terlibat dalam kes perbicaraan Scorpene di Perancis.

Nor Azman diberi gelaran Ustaz oleh puak-puak khawarij kerana kebolehannya menabur fitnah dalam keadaan berpewatakan warak dengan lebai sentiasa di kepala. Malah si bongok ini berceramah tanpa fakta dan bercakap hanya ikut sedap mulut.

Diharap Menteri Pertahanan memfailkan saman kepada Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan kerana menabur fitnah terhadap individu dan TLDM.



Read more...

PUAK LALAT OREN DIHALAU LAGI DARI MASUK FELDA

>> 13 December 2012



Padan muka beruk-beruk belaan Mazlan Aliman. Sudah berpuluh kali kena halau dari masuk kawasan orang tapi nampaknya mereka ini masih tebal muka mahu redah juga.

Apa yang kelakar apabila UMNO yang dipersalahkan kerana menghalang mereka memasuki kawasan Felda  Selasih. Tetapi mereka tidak pernah menyalahkan diri mereka dihalau kerana membawa agenda bodoh ke dalam kawasan orang.

Read more...

ACARA KURANG AJAR PAKATAN DI PEJABAT MB TIDAK KESAMPAIAN

>> 11 December 2012


Kesian kepada puak-puak keldai. Sudah puas bergolek atas jalan, kini mahu berkayuh pula. Acara berkayuh oleh keldai-keldai ini selama 3 hari tidak dapat sambutan. Jumlah pengayuh hanya beberapa kerat. Malah setiap checkpoint kayuhan hanya disambut oleh puak-puak mereka sendiri yang juga dalam jumlah yang mengecewakan.

Semalam dijadualkan akan disertakan bersama acara melakukan demo di hadapan pejabat MB Negeri Sembilan. Dikatakan dalam acara demo di hadapan pejabat MB akan dilakukan acara menjerit 7 tuntutan BERSIH yang bodoh itu. Tunggu punya tunggu, seorang pun tak nampak batang hidung.

Dengar ceritanya lepas ini hendak buat ceramah. Kalau sambutan pun masih suam-suam kuku, baik Jaringan Rakyat Tertindas @ keldai komunis gulung tikar daripada ditertawakan orang.

Read more...

PERLUKAH MCA MEMPERTAHANKAN PIHAK YANG SALAH?


Pada minggu lepas, saya terbaca di sebuah akhbar berbahasa cina mengenai seorang peniaga yang diugut melalui sms oleh ah long kerana gagal menjelaskan hutang. Laporan akhbar tersebut menceritakan mengenai sidang media yang dilakukan oleh beberapa wakil dan pemimpin MCA dalam usaha untuk menyelamatkan peniaga tersebut.

Disertakan dalam laporan tersebut gambar sms yang dihantar samseng yang mengugut untuk memukul dan menyerang rumah peniaga itu sekiranya gagal menjelaskan hutang.

Dari sini sememangnya nampak jelas mengenai niat murni MCA untuk menyelamatkan seorang peniaga yang ditindas ah long kerana hutang wang. Tapi dalam satu aspek yang lain, perlukah MCA mempertahankan seseorang yang sememangnya cari penyakit dengan berhutang dengan ah long?

Dari sini dapat dilihat bagaimana terlalu mudah untuk seseorang yang cuba lari dari masalah hutang iaitu dengan mengadakan sidang media bersama beberapa wakil politik dan masalah hutang akan selesai. Wang ah long dipinjam, gagal bayar, buat sidang media, hutang pun selesai.

Laporan seperti diugut ah long ini seringkali dimuat di muka hadapan akhbar berbahasa cina dengan disertakan dengan beberapa wakil MCA. Tetapi yang menghairankan tidak pernah pula dalam akhbar pro DAP menulis mengenai wakil DAP mempertahankan mangsa ah long (agaknya ah long tu orang DAP kot?).

Jadi di sini dapat dilihat bagaimana wakil MCA ini seringkali hanya digunakan sebagai perkakas untuk menyelesaikan masalah hutang ah long. Dalam pada masa yang sama juga mengapa tidak ditanya kepada mangsa-mangsa tersebut mengapa sanggup gali lubang kubur sendiri dengan meminjam ah long?

Dalam satu aspek, Malaysia mempunyai penguatkuasa undang-undang seperti PDRM untuk menyelesaikan masalah seperti ini. Jadi dimanakah fungsi PDRM jika perkara seperti ini diadukan kepada orang politik terlebih dahuluu berbanding penguatkuasa?

Lebih banyak masalah masyarakat cina yang perlu diambil perhatian oleh MCA. Saya bukan bermaksud memperlekehkan niat murni MCA tetapi ada cara yang lebih baik dari cara melakukan sidang media.

Read more...

JANICE LEE TIPU WARGA EMAS

>> 10 December 2012


KAJANG, 10 Dis - Seorang warga emas hari ini mendakwa bahawa dirinya telah diperdaya oleh parti DAP sehingga mengakibatkan kerugian sebanyak RM13,500.

Tan Kim Swee, 70, seorang penganjur konsert telah mengalami kerugian tersebut setelah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee Ying Haa enggan membayar kembali wangnya setelah menerima 18 buah buku tiket untuk konsert yang dianjurkan.

"Pada bulan Februari lalu, saya telah menguruskan konsert untuk Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan di Tin Hou Temple. Saya telah memberikan 18 buah buku tiket dan diterima oleh setiausaha Janice Lee iaitu Bar Lee.

"Namun begitu, pihak beliau tidak membayar harga tiket tersebut kerana menggangapnya sebagai percuma. Konsert telah dianjurkan, namun saya masih tidak mendapat wang tiket tersebut," katanya kepada pemberita pada sidang media di Bandar Sungai Long di sini, hari ini.

Menurut Kim Swee, dia telah berulang alik ke pejabat aduan Jenice Lee beberapa kali di Taman Muda Ampang, namun tiada jalan penyelesaian yang ditemui kerana ADUN Teratai itu masih enggan membayar kepadanya.

"Sudah tujuh bulan saya minta dia jelaskan bayaran tersebut, tetapi dia enggan dan sering mengganggap bahawa tiket itu sebagai percuma," ujarnya.

Tambahnya, dia terpaksa meminjam wang kepada persatuan tersebut kerana ingin membayar harga tiket tersebut.

"Persatuan telah mengamanahkan saya untuk menjalankan tanggungjawab (menjual tiket konsert), dan saya mempercayai DAP untuk menolong, namun bukan itu yang mereka lakukan sebaliknya memperdayakan saya," katanya.

Kim Swee turut meminta Jenice Lee untuk menjelaskan bayaran sebanyak RM3,800 namun Jenice Lee masih tidak mahu menjelaskannya.

Pada sidang media tersebut, Kim Swee turut mendakwa bahawa Jenice Lee menyalahgunakan kuasanya sebagai ADUN dan mempermainkannya sebagai seorang warga emas.

"Saya telah membuat laporan terhadap kes ini di Balai Polis Pandan Indah pada September lalu, tetapi masih belum mendapat reaksi daripada pihak Jenice Lee," ujarnya. - klpos

Read more...

NURUL IZZAH TERKEDU. DR MAZA TIDAK BERMAKSUD PERTAHANKANNYA

>> 08 December 2012



Read more...

AHLI PARLIMEN BAYAN BARU SERTAI UMNO


Bayan Baru Pulau Pinang - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim hari ini menyerahkan borang untuk kembali menyertai parti UMNO kepada Dato Sri Najib Tun Abdul Razak.

Untuk rekod beliau yang bertanding pada Pilihanraya ke 12 yang lalu menang atas tiket PKR menewaskan Ooi Siew Kim dari parti Gerakan dengan majoriti sebanyak 11,029 undi. Pada 12 Februari 2010, beliau keluar dari PKR termasuklah semua jawatannya di dalam PKR berkuatkuasa serta merta dan menjadi wakil rakyat bebas dan tidak mesra BN. Kedudukannya di dewan rakyat akan berubah dari barisan kerusi PKR kepada barisan kerusi Bebas bermula pada 15 Mac 2010. Alasan beliau adalah kerana kehilangan kepercayaan kepada pucuk pimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng. Beliau selepas itu merupakan salah seorang dari lima bekas ahli-ahli parlimen PKR untuk membentuk blok wakil rakyat bebas yang dinamakan Konsesus Bebas di parlimen.

Punca beliau keluar dari PKR dengan melepaskan semua jawatan yang disandang adalah kerana tidak berpuashati dengan tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dilihat persis "diktator, chauvinis dan berotak komunis". - klpos

Read more...

UMNO MURTAD: NIK AZIZ VS USTAZ KAZIM

>> 06 December 2012



Read more...

TIADA SKIM RUMAH PASANGAN MUDA DI SELANGOR



Read more...

BUKTI GERAI PENIAGA MELAYU DIROBOH OLEH REJIM DAP


MPK menerima arahan daripada rejim DAP untuk merobohkan gerai-gerai peniaga Melayu di Klang. Arahan ini dikeluarkan dengan pelbagai alasan seperti mengganggu lalu lintas dan tidak diberi kebenaran oleh  pihak berkuasa tempatan untuk mendirikan gerai di kawasan tersebut. Persoalannya, mengapa hanya gerai peniaga Melayu yang diroboh?

Read more...

VIDEO CERAMAH ANWAR DIGEMPUR DI GOMBAK

>> 05 December 2012



Read more...

ISU TALAM: RM 121 JUTA LESAP

>> 04 December 2012


SHAH ALAM: Pengerusi Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong mendedahkan bahawa Kertas Putih kerajaan negeri Selangor mengenai pelunasan hutang Talam Corporation telah “menghilangkan” RM121 juta daripada hutang itu.
Beliau membandingkan maklumat dalam dokumen itu dengan pengumuman Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB) kepada Bursa Kuala Lumpur pada 28 November lalu.

"Dalam pengumuman KHSB, juruaudit AKN Arif telah dilantik untuk menjalankan satu kajian pelunasan hutang oleh Talam," katanya.

Jumlah hutang Talam dan penalti pembayaran lewat kepada KHSB sepatutnya RM236 juta dan bukan RM115 juta, Chua berkata.

Beliau mendakwa bahawa RM121 juta telah dihapuskira dalam pelunasan hutang Talam, kerana jumlah itu hilang dalam Kertas Putih dan dalam laporan juruaudit yang dilantik oleh kerajaan negeri.

Beliau berkata juruaudit itu juga turut mengulas bahawa siasatan lanjut diperlukan untuk menentukan sama ada prosedur yang betul telah diikuti berkaitan dengan pelunasan hutang tersebut.

"Jika segala-galanya dijelaskan dalam kertas putih dan laporan KPMG, mengapa siasatan lanjut kini diperlukan?" Katanya.

Kerajaan negeri Selangor telah membentangkan Kertas Putih berhubung pelunasan RM392 juta hutang Talam bagi menguatkan hujahnya bahawa ia bukan tindakan untuk menyelamatkan Talam.

Bagaimanapun, Chua tetap bertegas bahawa pelunasan hutang tersebut dengan terma-terma yang berat sebelah bertujuan untuk menyelamat dan membantu Talam.

Beliau menegaskan kertas putih dan laporan KPMG hanyalah langkah untuk menyembunyikan kebenaran. - antarapos

Read more...

USTAZ FATHUL BARI: UMNO MAAFKAN PAS

>> 03 December 2012



Read more...




  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP