PAS DARI PANDANGAN ANAK MURID HAMKA

>> 30 November 2012


Saya ingin menceritakan kisah perjumpaan saya dengan seorang anak murid HAMKA sebentar tadi. Beliau menceritakan betapa sedihnya tentang keadaan politik Indonesia yang membawa kepada kekufuran umat yang juga menjauhkan umat Islam dari masjid.

Semasa itu juga beliau menceritakan mengenai perjalanan hidup HAMKA dalam mengembangkan syiar Islam. Beliau turut diiringi oleh anak saudara kepada HAMKA iaitu Hanief Rasyid yang juga merupakan anak saudara terdekat HAMKA.

Saya bertanyakan mengenai situasi politik Malaysia yang banyak hubung kaitnya dengan syiar Islam kerana pemerintahan Malaysia ini pastinya diketuai oleh seorang Melayu Islam.

Saya bertanyakan mengenai apakah hukumnya perjuangan PAS. Adakah perjuangan PAS selandas dengan syariat Islam yang sebenar?

Jawapannya mudah. Di atas kertas sememangnya benar PAS berjuang mengenai Islam tetapi perlaksanaannya jauh sama sekali dari Islam.

Contohnya fatwa yang dikeluarkan HAMKA di mana haram bagi orang Islam untuk berceramah di rumah ibadat orang kafir. Dalam pada masa yang sama juga, orang Islam sama sekali diharamkan untuk membenarkan orang kafir bercemarah dimasjid!


Adakah PAS melaksanakan perkara ini mengikut syariat Islam seperti yang dinyatakan HAMKA?

Dalam pada itu beliau juga menyatakan bahawa haram sama sekali untuk umat Islam menyokong dan bertuankan kepada seorang penyokong murtad.

Ini berdasarkan kepada kisah di mana HAMKA menyatakan mengenai masalah murtad di Indonesia yang mula menghalalkan murtad di era 60an. Di waktu itu HAMKA menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada toleransi dalam akidah.

Ini bertentangan sama sekali dengan apa yang dilakukan PAS diwaktu ini dimana PAS pastinya akan melantik Anwar Ibrahim sebagai PM Malaysia sekiranya menang pada PRU akan datang. Anwar Ibrahim seperti diketahui pernah mengeluarkan kenyataan kontroversi dengan menyokong tindakan Lina Joy untuk murtad.



Di sini dapat dilihat dengan jelas bahawa perlaksanaan dan pegangan PAS tidak selari dengan Islam. Masih butakah orang PAS mengenai pegangan pemimpin mereka untuk mendapatkan kuasa?

Read more...

PAS BUKAN PEJUANG AGAMA ISLAM

>> 29 November 2012



Read more...

LAGU GEREJA BERKUMANDANG DI HIMPUNAN HIJAU

>> 27 November 2012



* amati minit ke 1:00

Lagu tersebut adalah lagu Gospel "When the Saints Goes Marching In".

Read more...

MAYAT PEJUANG HAMAS DIHINA DI GAZA


CNN melaporkan bahawa mayat salah seorang dari enam orang pejuang Hamas yang dibunuh di Genting Gaza telah dihina dengan diseret di sepanjang jalan di Bandar Gaza. Perkara ini telah menimbulkan perasaan marah dikalangan rakyat Palestin kerana menghina mayat pejuang tersebut.

Video ini tidak boleh ditonton di Malaysia tetapi boleh ditonton sekiranya anda berada di luar negara di youtube. Di dalam video ini anda boleh menonton bagaimana adegan menyeret mayat rakyat Palestin dengan motosikal  ini disambut dengan kegembiraan oleh penduduk Gaza.

Sampai bilakah penderitaan rakyat Palestin akan berakhir?

Read more...

APAHAL PKR SIBUK NAK EDAR BORANG BR1M?

>> 26 November 2012



Read more...

PADAN MUKA PAS APABILA AHLI SENDIRI TOLAK HAJI HADI JADI PM

>> 25 November 2012


SHAH ALAM: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menegaskan tidak timbul isu parti itu menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri ke tujuh sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrjaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 akan datang.

Sebaliknya, Ketua DHPP, Hu Pang Chaw berkata cadangan yang dikemukakan oleh perwakilan Dewan Ulama, Hairun Nizam dalam Muktamar Tahunan PAS ke 58 baru-baru ini hanyalah sekadar usul bagi menghargai dan menyanjung tinggi kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Ada ke mana-mana perwakilan dalam muktamar PAS kali ini mengungkitkan isu kewibawaan Datuk Seri Anwar? Tiada. (Maka) tiada isu itu.

"Usul untuk Presiden PAS jadi Perdana Menteri, usul daripada Dewan Ulama. Dewan Ulama mahu meluluskan usul ini sebulat suara bagi menunjukkan mereka sanjung, menilai serta penghargaan (pada) jasa bakti yang dibuat oleh Tok Guru Abdul Hadi Awang tehadap PAS dan negara ini," katanya selepas menghadiri Program Diskusi Meja Bulat "Negara Islam Hak Bukan Islam?" anjuran Antarapos baru-baru ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, PAS masih berpegang teguh pada kesepakatan yang dicapai bersama iaitu untuk mengangkat Ketua Umum PKR itu sebagai Perdana Menteri.

"Muktamar merupakan perwakilan diberi kuasa menyuarakan sesuatu. Usul itu hanya daripada mereka.. tetapi bukan daripada PAS sendiri. Pas masih berpegang teguh persefahaman yang dicapai dalam Pakatan Rakyat, bahawa Datuk Seri Anwar adalah calon yang terbaik untuk memegang jawatan Perdana Menteri."

Tambahnya, PAS sedar bahawa parti itu perlu memenangi kerusi Parlimen terbanyak demi menuntut jawatan itu.

"Usul yang dibawa dewan ulama tidak menjejaskan hubungan antar 3 parti ini. sehingga hari DAP PAS, PKR masih duduk (bersepakat) sama.

"Kita kena balik pada hakikat real world (dunia sebenar) dalam politik di mana kerusi paling banyak berhak menyuarakan sesuatu. Walaupun mereka berhak menyuara, itu tidak bermakna mereka berhak menuntut.. Dalam Pakatan Rakyat, tiga parti ini mempunyai suara dan hak yang sama rata," ujarnya.

Beliau mengulas ketegasan Guan Eng mahukan Anwar dilantik jadi Perdana Menteri susulan desakan lantang dalam Muktamar PAS, mahukan Hadi mengisi jawatan itu.

Guan Eng Ahad lalu menegaskan partinya tidak boleh menerima Hadi sebagai Perdana Menteri kerana itu bukan persetujuan yang dicapai oleh pimpinan PR.

Hadi sendiri mengalu-alukan hasrat partinya di akhir muktamar itu.

Bagaimanapun Timbalannya Mohamad Sabu memberi peringatan bahawa PAS bersetuju dengan PKR dan DAP sebelum ini untuk melantik Anwar sebagai PM.

Semasa menggulung perbahasan pada muktamar ke 58 parti itu, Dewan Ulamak PAS sendiri menzahirkan sokongan parti untuk Hadi dilantik menjadi Perdana Menteri. Wakil sayap Muslimat PAS turut mengusulkan perkara sama.

PAS mensasarkan 60 kerusi Parlimen pada pilihanraya umum akan datang. Di peringkat negeri parti itu yakin mengekalkan kuasa sekurang-kurangnya di Kedah dan Kelantan. - antarapos

Read more...

ABBY ABADI JUAL MUKA DEMI PAS (RM 10)

>> 23 November 2012


Taraf Abby ni dah macam pelawak sarkas la pulak. Dah teruk sangat ke PAS ni sampai buat program minum petang dengan Abby kena bayar RM 10?

Read more...

DR IBRAHIM ABU SHAH: PAS GAGALKAN PERPADUAN MELAYU



Read more...

SPR BENGANG DENGAN TINDAKAN ANWAR


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membidas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta bantuan kerajaan Australia untuk membantu memastikan pilihan raya umum yang bebas dan adil di Malaysia.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menempelak Anwar yang membuat permintaan tersebut apabila Ketua Pembangkang itu sendiri tidak hadir walaupun telah dijemput untuk sesi taklimat dan dialog bersama SPR 19 November lalu bersama ahli Parlimen untuk menangani sebarang keraguan terhadap proses pilihan raya.

Beliau menambah bahawa beliau telah dimaklumkan oleh pembantu Anwar bahawa ketua pembangkang tidak dapat hadir kerana "tidak sihat".

Anwar menyampaikan petisyen kepada Australia dalam nota tulisan tangan kepada Menteri Luar, Bob Carr.

"Amat sukar bagi Australia berbuat sesuatu tentang cara ia dilaksanakan, sama sukarnya bagi Malaysia atau kerajaan lain untuk menganjurkan bagaimana pilihan raya di Australia perlu diadakan.

"Kami bukan pihak berkuasa pilihan raya bagi Malaysia," kata Carr kepada ABC Radio baru-baru ini.

Terdahulu, dalam temu bual dengan stesen radio Australia, Anwar telah ditanya apa yang Australia boleh lakukan untuk memastikan pilihan raya yang bebas dan adil, yang mana beliau menjawab "Dalam nota saya kepada Menteri Bob Carr dan perbincangan lebih awal saya dengan Kevin Rudd saya berkata, anda bercakap tentang pilihan raya bebas di Afghanistan dan Iraq mengapa membisu apabila ia datang kepada pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia? "

Anwar dalam temu bual itu juga berkata bahawa pihak pembangkang telah mengemukakan bukti bahawa 100,000 orang tidak layak untuk mengundi, yang mana sesetengah daripada mereka berumur 12 tahun.

Abdul Aziz berkata SPR menangani isu termasuk kerosakan dalam pemindahan data pengundi ke sistem baru.

Ia telah menyebabkan 282,068 pengundi telah diletakkkan di bawah tarikh pendaftaran pengundi yang salah.

Abdul Aziz, yang mempengerusikan dialog itu berkata kesilapan telah diperbetulkan.

Pengerusi SPR berkata terdapat banyak penambahbaikan baru yang akan diperkenalkan dalam pilihan raya umum berikutan input, termasuk oleh pihak pembangkang.

Ia termasuklah penggunaan dakwat kekal, pengundian awal bagi angkatan tentera dan pasangan mereka selepas kebimbangan mengenai ketelusan pengundian pos di kem-kem tentera dan polis; serta membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi melalui pos. "Dengan langkah-langkah baru ini bagaimana mereka boleh mengatakan bahawa pilihan raya umum akan datang akan tercemar?," kata Abdul Aziz. - The Star

Read more...

IRENE FERNANDES KETURUNAN KHADAM IMPORT

>> 22 November 2012



Read more...

DIMANAKAH PENDIRIAN ANWARINAS DALAM MUKTAMAR LEPAS?


Sudah terang dan jelas bahawa Dewan Ulama' PAS (ulama' ke?) menolak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Dalam pada itu juga Anwar tiba-tiba meloncat seperti beruk kena belacan dengan mengatakan bahawa jawatan PM boleh dirunding.

Sebenarnya isu ini bukanlah satu peluru hidup pun untuk Barisan Nasional. Sebaliknya isu ini lebih kepada insiden bakar kelambu sendiri bagi PAS dan Pakatan Rakyat.

Cuma dalam satu aspek, pastinya kita tertanya-tanya dimanakah pendirian puak Anwarinas di dalam PAS sekiranya diminta membuat pilihan untuk memilih antara Haji Hadi dan Anwar?







ps: biasanya diaorang akan jawab "terpulang kepada pucuk pimpinan parti" takut tembelang pecah.

Read more...

AZALINA AKAN TERUSKAN SAMAN TERHADAP MAZLAN ALIMAN

>> 21 November 2012



Read more...

AZHAR SULAIMAN SUDAH MURTAD?


SHAH ALAM: "Kenyataan saya keluarkan dalam laman sosial Facebook, adalah respons daripada tajuk utama yang dipaparkan dalam sebuah akhbar semalam (kelmarin) iaitu 'Nik Aziz dakwa Umno murtad'."

Begitulah penjelasan yang diberikan oleh aktor terkenal, Azhar Sulaiman, berhubung kenyataan mengenai dirinya kerana menjadi ahli Umno.

Azhar berkata, beliau hanya mengutarakan persoalan kepada individu cerdik agama, iaitu adakah beliau juga dikategorikan sebagai murtad kerana menjadi ahli Umno.

"Jika orang baca betul-betul, mereka tahu saya mengutarakan pertanyaan. Ini kerana bila Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan Umno murtad, jadi bagaimana dengan saya?

"Itu hanya kenyataan dari saya, terpulanglah bagaimana interpretasi dan penilaian pihak lain mengenai kenyataan saya itu," katanya lapor Sinar Harian.

Azhar berkata, dia bukan sengaja mahu menimbulkan kontroversi, apatah lagi cuba menjadi ahli politik.

Sebaliknya, beliau berkata sebagai rakyat Malaysia, dia cuma mengambil tahu mengenai perkembangan semasa.

Mengenai laporan polis oleh beberapa individu di Perak, Azhar berkata, dia tiada masalah dalam perkara itu.

"Apa yang boleh saya kata, jika orang benar-benar faham dengan kenyataan saya, mereka akan faham apa yang cuba saya sampaikan," katanya. - antarapos

Read more...

AWAS JPM! SEORANG PEGAWAI KANAN TELAH BERPALING TADAH


Seorang pegawai kanan berpangkat Jusa A dalam jabatan kerajaan di Putrajaya diketahui telah pun berpaling tadah kepada pembangkang. Seperti diketahui, pegawai ini antara orang yang diberi kepercayaan semasa zaman Tun Mahathir dan Pak Lah.

Semasa zaman Tun Mahathir, pegawai ini pernah dilantik sebagai Ketua Pengarah Negeri di Johor. Semasa zaman Pak Lah pula, pegawai ini dilantik sebagai pegawai kanan di Putrajaya.

Sejak akhir-akhir ini pegawai ini dilihat sudah semakin beralih arah dengan gemar menghentam kerajaan atas sebab-sebab yang tidak munasabah. Tetapi apabila bertugas, pegawai ini malu-malu kucing dengan mengiyakan sahaja segala arahan dari orang yang lebih atas.

Tidak cukup dengan itu, rumah pegawai ini dipenuhi dengan segala tabloid pembangkang dan risalah-risalah fitnah pembangkang. Sumber-sumber ini dijadikan modal oleh pegawai ini untuk menembak kerajaan apabila di belakang pucuk pimpinan.

Untuk makluman pegawai ini memegang banyak rahsia kerajaan terutamanya berkaitan statistik dan data dalam dan luar negara. Ini berdasarkan kepada jawatan dan jabatan pegawai tersebut berkhidmat.

Pada zaman 90an dahulu, pegawai ini pernah memasuki ruangan iklan kerajaan di TV 1.

Kesilapan JPM juga makin jelas apabila memberikan kepercayaan kepada pegawai ini dengan menaikkan pangkat dan memindahkan pegawai ini ke Perak baru-baru ini.

JPM diharap buka mata kerana sejak akhir-akhir ini semakin jelas dapat dikesan betapa ramainya trojan horse dalam jabatan kerajaan yang bertindak seperti barah untuk membunuh kerajaan dari dalam.

Read more...

NIK AZIZ DAKWA UMNO PARTI MURTAD

>> 19 November 2012



Demi politik sesama Islam digelar murtad. Inilah ajaran ulama' PAS yang gemar mengeluar fatwa mengarut demi gilakan kuasa politik.
Dan janganlah kamu menukar ayat ayat Ku dengan harga yang murah.Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang orang kafir.” (Surah Al Maidah : 44)

Read more...

GUAN ENG TAK SETUJU HAJI HADI JADI PM


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini menegaskan tiada individu selain Datuk Seri Anwar Ibrahim yang layak menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menduduki Putrajaya.

Menurut beliau, kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengalu-alukan dirinya untuk dicalonkan sebagai orang nombor satu negara pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 semalam bukan sepertimana yang dipersetujui gabungan itu.

Guan Eng berkata demikian ketika diminta mengulas bersabit pemilihan calon Perdana Menteri yang dibangkitkan perwakilan PAS pada muktamar parti itu yang berakhir semalam.

“Saya rasa Pakatan Rakyat telah membuat kata sepakat sebelum ini bahawa sekiranya Pakatan menang pada pilihan raya kali ini, bakal Perdana Menteri adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Setakat ini tidak ada permintaan atau perubahan dan pendirian DAP masih sama seperti dulu iaitu calon PM adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen tadi.

Hadi pada Ahad secara terbuka mengalu-alukan saranan agar beliau dilantik sebagai Perdana Menteri ketujuh sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13),

Perkara tersebut dibangkitkan oleh wakil Dewan Ulama Pas Pusat, Hairun Nizam Mat Hussain susulan kepada kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada ceramah Himpunan Kebangkitan Rakyat kelmarin.

“Saya ingin bertanya kepada perwakilan, siapa orang yang paling terbaik untuk memimpin kerajaan Malaysia kalau bukan Tuan Guru Presiden?

“Bukan sebagai alasan untuk menaik-naikkan beliau, tapi beliau yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri akan datang, dan kita sebagai anak didik kepada parti Islam tidak sepatutnya kita pula yang berkempen agar orang lain menjadi pemimpin,” kata Hairul Nizam.

Kit Siang baru-baru ini mengisytiharkan, Anwar adalah calon yang paling layak menjadi Perdana Menteri sekali gus dilihat mengetepikan calon-calon lain yang turut layak dari seteru rakan komponen partinya (PAS).

Gesaan Kit Siang itu dibuat ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV pada malam Jumaat lalu.

Anwar dalam pada itu berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah jika rakyat berkehendakan Hadi untuk menjadi Perdana Menteri.

Katanya perkara tersebut akan dibincangkan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan.

“No problem (tidak ada masalah), kita boleh bincang dengan baik,” kata Anwar. - antarapos

Read more...

HARON DIN AKAN BERTINDAK KEPADA PEMIMPIN PAS YANG KRITIK PARTI

>> 18 November 2012


KOTA BARU: Majlis Syura Ulama PAS memandang berat kenyataan pimpinan parti itu yang secara terbuka mendakwa parti itu tersasar daripada perjuangan sebenar untuk menegakkan Islam.

Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din berkata badan tertinggi parti itu tegas untuk 'menutup mulut' pemimpin berkenaan daripada terus menjadi alat musuh politik mereka.

"Atas kesedaran itulah Syura Ulama bersidang bagi memikirkan cara terbaik untuk diamkan org ini daripada bercakap," katanya pada sisi penggulungan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar PAS ke-58 di sini, Sabtu.

Tanpa mendedahkan nama individu tertentu, Haron sebaliknya hanya melabelkan pemimpin berkenaan sebagai 'bukan calang-calang pemimpin'.

"Ada bekas ahli, ahli yang dipecat atau ahli dan pemimpin dari dalam PAS sendiri yang keluarkan komen tidak sedap didengar hingga menimbulkan kebimbangan.

"Kita memerhati perkara ini dengan penuh teliti, tetapi isu ini (PAS tersasar landasan) tetap dimainkan dan suara itu mengatakan bahawa PAS kena semak kembali (kerjasama politik). Orang itu bukanlah calang-calang," katanya.

Baru-baru ini bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan yang mendakwa PAS sudah lari daripada matlamat asal perjuangannya.

Malah Nasharuddin yang juga ahli Majlis Syura Ulama turut menggesa agar PAS mengkaji semula kerjasama mereka dalam pakatan pembangkang.

Sehubungan itu menurut Haron, Majlis Syura Ulama menegaskan bahawa PAS masih lagi parti yang sama sejak ia ditubuhkan dan menepis dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menuduh parti Islam itu tergelincir daripada perjuangan memartabatkan Islam mereka.

Menerusi mesyuarat badan itu pada Jumaat mala, Majlis Syura Ulama menegaskan secara sebulat suara bahawa perjuangan PAS dan arah tuju parti itu masih sama.

"PAS masih utuh dan masih tetap atas perjuangan asalnya tanpa sedikitpun menyeleweng dari apa yang tercatat di dalam Perlembagaan PAS," katanya. - The Star



Read more...

PENYOKONG PAS MASUK UMNO DI BACHOK


BACHOK: Sekumpulan 50 penyokong PAS di Kampung Pak Mali, Bakong di sini menyerahkan borang permohonan untuk menyertai Umno, di sini, malam tadi.

Ketua Umno Bahagian Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin menerima borang daripada kumpulan terbabit diketuai Syed Zain Syed Hassan, 48, dengan disaksikan lebih 300 penduduk kampung.

"Ini bermakna Umno berjaya menembusi kubu kuat PAS yang sukar dimasuki sejak 20 tahun lepas," kata Awang Adek kepada pemberita selepas menerima borang-borang itu pada majlis bongkar isu semasa di kampung berkenaan.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata tindakan mereka akan membantu Umno dalam usaha menawan Parlimen Bachok dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan berkenaan iaitu Jelawat, Perupuk dan Tawang pada pilihan raya umum akan datang.

Mat Usof Mat Junoh, 57, berkata kegagalan PAS membangunkan Kelantan mendorongnya mengambil keputusan meninggalkan parti yang disertainya sejak 20 tahun lepas.

Katanya, usaha akan dibuat untuk menarik kira-kira 60 lagi penyokong dan anggota PAS di kawasan itu untuk menyertai Umno. - antarapos

Read more...

ULAMA PAS: GULINGKAN BN LEBIH PENTING DARI ISU MURTAD

>> 15 November 2012



KUALA LUMPUR 15 Nov - Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata Dewan Ulama lebih tertarik untuk membincangkan usaha menggulingkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini berbanding isu soal kebebasan agama yang dicetuskan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Menurut Harun, beliau percaya terdapat beberapa pihak yang ingin isu kebebasan agama itu dibincangkan pada Muktamar PAS ke 58 ini.

Namun, beliau menegaskan bahawa tiada keperluan untuk membincangkan hal tersebut.

"Ada yang mencadangkan isu kebebasan agama yang disampaikan rakan kita dijadikan topik utama, kita tidak ada masa hal bincang pasal tu. Kita fikir bagaimana nak gulingkan BN secara terperinci dan teratur," ketika berucap pada Majlis Perasmian Muktamar Pas Dewan Ulama hari ini.

Muktamar PAS ke 58 akan berlangsung pada 14 hingga 18 November ini bertempat di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, Kelantan.

Ucaptama disampaikan oleh Naib Ketua Dewan Ulama, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad.

Sebelum ini, beliau berkata, kenyataan kontroversi Ahli Parlimen Lembah Pantai berkaitan hak kebebasan beragama tidak akan diperbahaskan Dewan Ulama' menerusi Muktamar PAS tahun ini.

Menurutnya, lebih banyak isu yang lebih diutamakan untuk dibahas. - klpos

Read more...

RAZALI: PAS BERDIAM DIRI ISU MURTAD DEMI JAWATAN



Read more...

KHALID GEREJA: AHLI PAS UMPAMA ANJING KURAP


PAS tidak lagi mampu menutup masalah dalaman parti itu yang semakin hari semakin kronik. Masalah parti itu bukannya masalah biasa seperti pertelagahan atau pertentangan pendapat antara pemimpin, tetapi ia adalah jauh lebih serius kerana ia melibatkan prinsip dan pendirian yang membawa kepada jati diri dan hala tuju parti.

Masalah PAS bermula apabila parti tersebut bekerjasama dengan DAP dan menjadi semakin parah apabila kumpulan Anwarinas mula menguasai. Dari situ, roh Islam PAS yang sedia celaru menjadi haru-biru apabila jin liberal dan kafir harbi mengambil-alih parti. Hari ini, PAS adalah umpama jasad tanpa roh kerana telah dirasuk sepenuhnya oleh Anwar dan juga DAP.

Hakikat ini semakin terserlah apabila Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad secara terang-terangan ‘menganjing-kurapkan’ ahli-ahli PAS hanya kerana mereka mengkritik parti dalam wacana “Mengembalikan PAS ke Landasan Asal”.

Menurut Khalid, PAS tidak pernah tersasar dari landasan sebagaimana kritikan dan kebimbangan sebahagian besar ahli-ahlinya. Khalid kemudiannya menuduh ahli-ahli yang terlibat itu sebagai golongan tidak berpuas hati atau kecewa serta merupakan bekas ahli PAS, sekali gus menolak 11 resolusi yang dicapai dalam wacana tersebut sebagai tidak mewakili akar umbi.

Nampaknya, kenyataan Khalid tersebut langsung tidak membantu PAS dalam memulihkan keyakinan di kalangan akar umbi, tetapi menyebabkan parti tersebut terperosok lebih jauh ke dalam konflik rohaniahnya yang sedia parah.

Norman Toha, iaitu bekas Setiausaha PAS Selangor yang merupakan antara yang hadir ke wacana tersebut menjelaskan bahawa majoriti peserta wacana adalah ahli dan penyokong PAS dari serata negeri di Malaysia. Mereka hadir kerana ingin mempertahankan perjuangan asal parti untuk menegakkan Islam dan melaksanakan hudud. Mereka hadir untuk meluahkan kekecewaan dan pandangan akar umbi terhadap pemimpin PAS berkenaan kerjasama dengan DAP dan PKR yang jelas merugikan PAS.

Mereka juga bimbang dengan kelemahan PAS dalam menghadapi tekanan liberalisme dan pluraslisme yang dibawa kedua parti sekutunya.

Segala pandangan akar umbi ini juga ditolak mentah-mentah dengan penuh penghinaan oleh Khalid Samad. Kononnya, tiada masalah di dalam PAS, kononnya PAS masih memperjuangkan Islam, kononnya PAS adalah parti dominan dalam Pakatan Rakyat.

Namun, akar umbi PAS tahu siapa Khalid Samad iaitu antara dalang menutup masalah murtad yang meruncing di Selangor. Khalid Samad sentiasa ke hadapan untuk menyelamatkan dan mengukuhkan hubungan PAS dan DAP apabila tercetus pertelingkahan. Kata orang, jin yang bernama Khalid Samad ini, satu kakinya di dalam PAS, satu kaki di dalam DAP tetapi kepalanya kekal berada bersama Anwar.

Yang dijaga Khalid adalah DAP kerana parti itulah yang bakal memberi kerusi terbanyak kepada PR. Yang disanjung Khalid adalah Anwar Ibrahim kerana beliaulah Perdana Menteri yang bakal mengubah struktur sosial dan agama di Malaysia dan memberikannya jawatan.

Tetapi, yang diperanjing-kurapkan adalah pemimpin dan ahli PAS yang mampu menggagalkan cita-citanya.

Kita simpati melihat ahli-ahli PAS dan pemimpin PAS yang diperlakukan sebegitu hina tetapi, kita tidak dapat menyalahkan Khalid jika menghina mereka.

Mana tidaknya, jika sudah tahu yang jalan yang dibawa itu adalah salah, kenapa masih terus menjadi penumpang? Kenapa masih terus tersorong-sorong pipi kepada PKR? Kenapa masih melangut mengharapkan belaian kasih DAP? Kenapa masih terus merayu, merengek mengharapkan pemimpin-pemimpin PAS yang dirasuk itu pulih kembali?

Jika pemimpin-pemimpin yang kononnya alim ulama bertaraf wali juga begitu mudah dirasuk sehingga lupa diri dan tersilap jalan, maka apakah hukumnya jika ahli yang sedar membiarkan diri terus dipimpin oleh mereka?

Bukankah tahap kesetiaan juga harus ada hadnya? Jika setia membuta tuli sehingga sanggup ke lubang tahi, maka salahkah jika Khalid Samad menganggap akar umbi PAS semuanya bagai anjing-kurap sahaja? Khalid Samad berani berbuat demikian kerana beliau tahu, apa pun yang dikatakannya dan ke mana pun PAS dibawa oleh sekutunya, penyokong-penyokong dan ahli PAS akan tetap setia.

Hatta, walaupun jika mereka dipimpin ke neraka, ahli PAS akan sanggup bertegang leher dengan sesiapa sahaja yang mempersoalkannya, sambil menegaskan bahawa itulah sebenarnya syurga. - ob21

Read more...

NGO DIKETUAI PEMIMPIN PKR MAHU HAPUSKAN HAK ORANG MELAYU

>> 14 November 2012


Nak cari pasal... Menjelang pilihanraya umum ke 13, macam-macam cara orang hendak cari populariti termasuklah mempertikaikan apa yang sudah diterima sekian lama orang rakyat Malaysia.

Terbaru, dua NGO, satu asing dan satu lagi Malaysia, keluarkan satu laporan yang konon dakwa dua artikel dalam Perlembagaan Persekutuan menyebabkan diskriminasi terhadap kaum-kaum lain di negara ini.

Equal Rights Trust (ERT) NGO yang berpengkalan di London bersama Tenaganita, NGO yang mana bosnya orang Malaysia dan pemimpin PKR Irene Fernandez, berkerjasama menyiapkan laporan tersebut.

Dengan dibiayai oleh tabung Kesatuan Eropah (EU) laporan setebal 406 (Versi PDF) itu boleh dimuat turun di laman web ERT.

Apa yang menarik, punya pembohongan mereka ini adalah menyadikan gambar perhimpunan Bersih sebagai gambar utama, memberi bayangan seolah-olah p[erhimpunan tersebut juga berkaitan dengan diskriminasi kaum.

Laporan tersebut antara lain mendesak kerajaan Malaysia memansuhkan atau meminda dua peruntukan Perlembagaan yang melindungi hak istimewa dan tanah orang Melayu untuk mengelakkan diskriminasi berdasarkan kaum atau etnik.

Terbahagi kepada empat bahagian, yang dijalankan bersama ERT dan Tenaganita, berkata kewujudan Artikel 89 dan 153 dalam Perlembagaan Persekutuan adalah antara sebab-sebab yang kuat di sebalik diskriminasi kaum di Malaysia kerana kedua-duanya gagal memenuhi niat asal untuk tindakan positif.

Sebaliknya, peruntukan “melanggar piawaian undang-undang antarabangsa”, kata kajian tersebut dalam ringkasan eksekutif “Washing the Tigers: Addressing Discrimination and Inequality in Malaysia” kajian yang diterbitkan di laman web ERT pada Isnin.

“Langkah-langkah tindakan positif di bawah peruntukan ini tidak terhad kepada masa atau mempunyai fungsi terhad.

“Keistimewaan kekal dinikmati oleh orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak itu mengekalkan piawaian tidak sama rata dan berasingan, atas alasan bangsa, bercanggah dengan larangan diskriminasi dalam perlembagaan,” kata kajian tersebut.

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa ‘Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan kaum-kaum lain’. Peruntukan ini juga menentukan cara untuk melakukan ini, seperti mewujudkan kuota bagi kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa awam dan pendidikan awam.

“Malaysia digesa untuk menyemak semula semua undang-undang dasar persekutuan dan negeri untuk (i) menilai keserasian dengan hak untuk kesaksamaan dan (ii) meminda, dan di mana perlu, memansuhkan undang-undang yang sedia ada, peraturan, dan dasar-dasar yang bercanggah atau tidak serasi dengan hak untuk kesaksamaan.

“Proses ini termasuk pemansuhan semua undang-undang, peruntukan dan dasar diskriminasi. Secara khususnya, peruntukan diskriminasi berikut harus dimansuhkan atau dipinda untuk menghapuskan unsur-unsur diskriminasi,” kata kajian tersebut, sebelum menyenaraikan Artikel 5 (4), 8 (2), 9, 10, 11, 12 (1), 14, 15, 24, 26, 89, 153 dan 161 Perlembagaan Persekutuan

Menurut kajian itu, peruntukan-peruntukan tersebut mendiskriminasi individu atas alasan kediaman, pandangan politik, agama, wanita kaum, dan etnik.

Sebagai contoh, laporan itu berkata bahawa Perkara 10 Perlembagaan, yang menggariskan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan, mendiskriminasi atas alasan pendapat politik dengan menetapkan pengecualian dan syarat bertujuan untuk menyekat aktiviti lawan politik kepada kerajaan.

“Ketidaksamaan di Malaysia akan diputarbelitkan tanpa pemahaman diskriminasi berdasarkan pandangan politik.

“Corak utama diskriminasi berasaskan politik berkaitan dengan hak mengundi dan hak penyertaan politik lain, penahanan sewenang-wenangnya atas alasan politik, kebebasan berpersatuan dan berhimpun, dan kebebasan bersuara,” kata laporan itu lagi.

Laporan yang disiarkan seminggu sebelum Muktamar PAS ini menarik untuk ditinjau pandangan parti utama dalam Pakatan Rakyat itu.

Kalau PKR dan DAP memang sah-sah akan setuju dengan laporan ini, tetapi PAS yang sebahagian besar ahlinya adalah Melayu/Islam apakah turut bersetuju menghapuskan Artikel 89 dan 153 Perlembagaan Persekutuan.

PAS perlu menjawab persoalan ini, apakah jika PR mengambil alih Putrajaya, kedua-dua peruntukan Perlembagaan yang melindungi hak orang Melayu dan Bumiputera sebagai 'tuan tanah' akan dimansuhkan atau dipinda.

Sama-sama kita saksikan, apa kata PAS? - Agenda Daily

Read more...

SULTAN KELANTAN TEGUR PENGURUSAN AIR KELANTAN

>> 13 November 2012



KOTA BHARU, 12 Nov - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, menegur pengurusan air oleh kerajaan negeri dan diperintah segera menyelesaikannya bagi memastikan rakyat menikmati sumber air bersih serta terjamin.

Baginda meminta penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air disegerakan seperti dipersetujui melalui kaedah pengambilalihan aset air oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

“Beta dimaklumkan pada dasarnya pihak berkuasa negeri sudah bersetuju dengan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air Kelantan melalui kaedah pengambilalihan aset air negeri oleh PAAB.

“Beta menggesa pihak terbabit supaya dapat menyelesaikan segera perkara ini bagi memastikan rakyat diutamakan dan sumber bekalan air yang berkualiti serta terjamin dapat dinikmati rakyat,” titah baginda pada majlis Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke43, di Istana Balai Besar, di sini semalam.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Baginda yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agung mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat yang selama ini dilihat tidak pernah meminggirkan Kelantan daripada arus pembangunan.

“Beta berharap satu rangkaian jalan raya bertaraf lebuh raya dapat dibina di negeri ini seperti negeri di Pantai Barat atau negeri Pantai Timur lain bagi merangsangkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri.

“Kelantan tidak harus dibiarkan ketinggalan kerana ia sebahagian daripada Malaysia,” katanya.

Sultan Muhammad juga mengingatkan kerajaan negeri supaya tidak melihat pertanian sebagai sektor mengaut keuntungan serta menjana ekonomi semata-mata.

“Beta menyeru supaya semua pihak terbabit dalam sektor ini menjaga sumber asli seperti tanah, sungai, laut serta kawasan tadahan hujan bagi memastikan alam sekitar terus terpelihara.

“Langkah ini bagi memastikan Kelantan terus subur dan berupaya mengeluarkan hasil yang banyak serta berkualiti sepanjang masa,” titah baginda.

Baginda juga menegur jentera pentadbiran kerajaan negeri supaya proaktif dalam memperbaiki serta mempertingkatkan sistem sedia ada agar rakyat dapat menikmati perkhidmatan bermutu dan terbaik.

“Semua agensi perlu menjana idea baru bagi menghasilkan produk inovatif bagi meningkatkan kecemerlangan dalam perkhidmatan, selain inisiatif sentiasa dikemukakan supaya rakyat mendapat perkhidmatan terbaik,” titah baginda - klpos

Read more...

KHALID GAGAP SERONOK MENIPU DI CERAMAH YANG LENGANG

>> 11 November 2012



Bak kata Khalid Gagap masa ceramah, kerajaan Selangor kerajaan paling hebat kerana membantu rakyat dengan pelbagai skim. Tapi kalau setakat berjanji tapi tak tunai baik tak payah!

Kehadiran dalam lingkungan 400 orang sahaja. Itu pun termasuk puak-puak DAP PJ yang diarahkan untuk hadir. Kalau tak mungkin dalam 200 orang sahaja.

Sepatutnya pekerjaan MB menyelesaikan masalah rakyat, bukannya berceramah tak tentu hala kelentong rakyat.

Read more...

BEKAS KETUA PEMUDA PAS: KAMI KECEWA



Read more...

ZULKIFLI NORDIN TAWAR JADI PEGUAM UTUSAN PERCUMA

>> 10 November 2012


KUALA LUMPUR 9 Nov. - Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Datuk Zulkifli Nordin hari ini menawarkan khidmat guaman percuma kepada Utusan Malaysia sekiranya Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah mengemukakan saman terhadap akhbar tersebut.

Zulkifli Nordin akan memberi "kejutan" kepada Nurul Izzah dan Anwar Ibrahim sekiranya meneruskan niat mereka dengan mengumumkan barisan peguam kanaN untuk membela akhbar Utusan Malaysia.

"Saya telah berbincang dengan rakan-rakan peguam kanan dan mereka bersedia untuk membela Utusan Malaysia.

"Dalam kes ini mereka akan membela kerana agama, akidah dan bangsa melayu itu sendiri." katanya

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu juga menegaskan, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah pantai sepatutnya memperbetulkan kenyataan beliau dan memohon maaf.

"Kenyataan tersebut pada saya tidak boleh di sangkal lagi sepatutnya Nurul Izzah perbetulkan dengan meminta maaf tetapi dia memilih untuk melawan Utusan Malaysia khususnya.

"Dia (Nurul Izzah) pun berkata dah melantik peguam Haji Sulaiman Abdullah antara peguam utama untuk menjadi peguamnya." jelas Zulkifli Nordin selpeas Forum 'Kebebasan Bertukar Agama' dari sudut Islam dan Perlembagaan Persekutuan di Kampung Baru malam tadi.

Menurut Zulkifli Nordin, Nurul Izzah agak keliru dengan Utusan Malaysia, kerana akhbar itu hanya mengeluarkan semula laporan yang disiarkan oleh Malaysia Kini dan laman web www.1kristianblogspot.com.

"Memetik ucapan Nurul Izzah, kalau kita baca laporan itu jelas menunjukan apa yang mereka faham daripada dialog tersebut ialah kenyataan mewajarkan orang melayu untuk diberi hak kebebasan memilih agama itu yang mereka faham,"jelasnya.

Sementara itu Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Hasan Ali yang turut menjadi ahli panel membidas timdakkan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

"Kenyataan itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang islam. Kenyataan itu tidak sepatut keluar daripada orang yang mentah seperti Nurul Izzah yang kefahaman tentang islam itu cetek dan sebagainya." katanya

Tegas Hasan Ali, Nurul Izzah tidak perlu mengeluarkan kenyataan tersebut kepada masyarakat bukan Islam.

"Kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dikeluarkan bila berdepan dengan masyarakat yang bukan Islam kerana ini membuka ruang atau pintu yang lebih besar tentang penghijrahan dari segi akidah kepada yang islam dan bukan islam." jelas Hasan Ali lagi.

Antara ahli panel yang hadir adalah Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hassan Ali, Presiden ISSI, Dr Yusri Mohamad, dan Presiden Muafakat, Ismail Mina Ahmad dan Pensyarah Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Nordin dan Dr Ridhuan Tee Abdullah selaku moderator. - klpos

Read more...

TIDAK ADIL! WARTAWAN DISAMAN KERANA KRITIK PKNS


PKNS dilihat semakin hari semakin bercelaru akibat kebodohan rejim Khalid Gagap mentadbir pertubuhan tersebut. Terbaru seorang wartawan yang mengkritik ketelusan PKNS dalam membangunkan Selangor disaman oleh peguam yang diupah pertubuhan tersebut.

Ini berbeza sama sekali semasa BN mentadbir Selangor dimana badan-badan kerajaan bebas dikritik demi kebaikan badan-badan tersebut sendiri.

PKNS dilihat semakin menuju kehancuran apabila aset dan bangunan mereka cuba dilelong rejim Khalid Gagap satu-persatu demi wang. PKNS juga gagal mencatatkan keuntungan seperti tahun-tahun yang lalu. Rumah kos rendah yang diwar-warkan oleh Khalid Gagap yang akan dibina PKNS juga hanya penipuan apabila sehingga ke hari ini hanya beberapa buah sahaja yang mampu dibina dari angka yang pernah dijanjikan rejim Khalid Gagap.

Kehancuran PKNS ini juga disumbangkan atas faktor lembaga pengarah sendiri. Untuk pengetahuan, Betina Rasis adalah salah seorang ahli lembaga pengarah PKNS.


Jadi tidak hairanlah apabila PKNS sudah hilang fungsinya berkhidmat demi anak Melayu Selangor kerana perkara tersebut sama sekali tidak akan terjadi sekiranya DAP memegang tampuk kuasa. Keadaan ini sememangnya ditunggu DAP untuk menghancurkan badan-badan yang berkepentingan untuk membela nasib anak-anak Melayu dengan menghuru-harakan badan-badan tersebut.

PKNS adalah buktinya dan tahniah diucapkan kepada DAP dan rejim Khalid Gagap kerana berjaya dalam usaha mereka menghancurkan negeri Selangor.

Read more...

PEMUDA UMNO KELANTAN LANCAR PROGRAM UTUSAN PEMUDA

>> 08 November 2012


KOTA BHARU 8 Nov. - Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan hari ini melancarkan program Utusan Pemuda bagi menyebarkan maklumat serta isu semasa dalam pelbagai bentuk termasuk risalah kepada orang ramai.

Sempena pelancaran tersebut, pergerakan itu mengedarkan 3,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia sebagai simbolik bersempena program Himpunan Guru Muda 1Malaysia (GM1M) di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Enggang di sini.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Anuar Safian berkata, penyebaran maklumat serta risalah tersebut akan diadakan sepanjang masa dan bukan hanya terhad ketika musim pilihan raya sahaja.

"Kita bermula hari ini adalah sempena himpunan GM1M, gerakan Utusan Pemuda ini telah dilancarkan di peringkat Pemuda UMNO Pusat dan kita meneruskannya di sini bagi edisi Kelantan.

"Bermula hari ini juga, usaha untuk mengedarkan maklumat dan risalah di seluruh negeri ini dan ia akan diedarkan oleh Gerakan Risalah Orang Muda (Geruda)," katanya ketika ditemui di sini hari ini. - UTUSAN

Read more...

MAIS BERANG DENGAN TUDUHAN ANWAR

>> 07 November 2012


SHAH ALAM: Ahli Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Aidit Ghazali membidas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menuduh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bertindak atas arahan Umno, supaya mensensasikan isu kenyataan anaknya, Nurul Izzah.

Beliau sebaliknya berkata, Jais hanya menjalankan tugasnya mengikut peruntukan yang diberikan kepada badan itu dan mengatasi pengaruh mana-mana parti politik.

Aidit juga berkata, Jais sebelum ini memberitahu, tindakan memanggil Izzah hanya akan dibuat jika ucapan Naib Presiden PKR itu didapati melanggar dan bertentangan dengan Majlis Fatwa.

"Sesiapa pun yang kata, dia (Anwar) telah buat dosa kering dan fitnah besar. Setahu saya Mais dan Jais tak buat atas arahan sesiapa tetapi berdasarkan apa-apa (kesalahan) yang melanggar enakmen pentadbiran dan undang-undang Islam negeri Selangor dan perkara yang telah ditetapkan dalam mana-mana peraturan bersabit perlindungan agama Islam," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Justeru beliau menyifatkan dakwaan Anwar ibarat menegakkan 'benang yang basah' meskipun kenyataan Izzah itu bertentangan dengan prinsip ajaran Islam kebebasan beragama hanya terpakai kepada orang bukan Islam. 

"(Berhubung) kenyataan ini datang dari orang yang sudah kekeringan modal nak mempertahankan sesuatu yang salah. Sedangkan jelas apa yang dikatakan Izzah itu salah, jadi kalau salah mengaku sahaja. Sebab sifat seorang pemimpin yang mulia kalau salah, mereka mengaku.

"Selagi orang itu taksub kepada satu hajat yang bersifat peribadi, taksub pada diri sendiri, selagi itulah kalau keluarkan bukti apa sekalipun dia akan tolak.

Izzah pada Sabtu lalu ketika menjadi panel sebuah forum yang membincangkan topik, 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?" menyatakan pandangannya tentang kebebasan memilih agama.

“Tidak harus ada paksaan di dalam agama. Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.. ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum),” katanya ketika menjawab pertanyaan lanjut dari hadirin yang datang.

Semalam Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Pengerusi Mais Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata baginda juga menolak sama sekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar agama Islam.

"Sebagai penasihat kepada Sultan Selangor, Mais akan terus bertegas dalam membantu baginda untuk bersikap waspada, peka dan tegas terhadap mana-mana pihak yang sama ada secara langsung atau tidak langsung mencabar kemurnian agama Islam baik dari segi fahaman mahupun amalan, khususnya di Selangor," katanya dalam satu kenyataan lewat petang semalam. - antarapos

Read more...

IBRAHIM ALI: NURUL IZZAH BUDAK MENTAH


KUALA LUMPUR 6 Nov - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mendakwa Naib Presiden Pakatan Rakyat, Nurul Izzah Anwar tidak memahami Islam secara mendalam selepas membuat kenyataan bahawa rakyat tidak seharusnya dipaksa untuk mengamalkan agama tertentu termasuk kepada orang Melayu.

Ibrahim membuat kenyataan tersebut selepas satu portal media berbahasa Inggeris mengeluarkan kenyataan Nurul Izzah dalam kenyataan forumnya baru-baru ini.

"Jangan bercakap kalau tak faham mengenai dengan hukum Islam. Saya sendiri tidak akan bercakap mengenai perkara-perkara yang saya tidak tahu terutama bab hukum agama dan serahkan kepada para ulama.

"Saya anggap Izzah budak mentah. Mungkin dia terpengaruh dengan bapa dia (Anwar Ibrahim)," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.

Menurutnya lagi, kenyataan Nurul Izzah itu seolah-olah tidak menghormati kedudukan Yang di-Pertua Agong sebagai Ketua Agama Islam serta Majlis Raja-raja Melayu dan juga Majlis Fatwa Kebangsaan.

Tambahnya, kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah itu hanya untuk meraih sokongan dikalangan orang bukan Islam.

Terdahulu, sebuah portal media berbahasa Inggeris melaporkan Nurul Izzah mengatakan rakyat tidak seharusnya dipaksa untuk mengamalkan agama tertentu termasuk kepada orang Melayu. - klpos

Read more...

MESYUARAT AGUNG DAP DIHADIRI MANUSIA HALIMUNAN

>> 06 November 2012


Sumber: Prince of Pilah

Read more...

USTAZ FATHUL BARI JAWAB DR MAZA



Read more...

LAGI PEMIMPIN PAS SOKONG MURTAD



Read more...

PUAK PAS DOA PECAH PERUT ATAS JALAN

>> 05 November 2012



Inilah aksi kelakar pencacai PAS yang berdoa pecah perut selepas kereta mereka dihalang dari memasuki felda untuk berceramah. Untuk pengetahuan rombongan ini diketuai Mazlan Aliman dalam misi meyakinkan orang felda dengan penipuannya. Ini bukanlah kali pertama puak PAS dihalang oleh warga felda dari memasuki kawasan mereka. Tetapi menghairankan apabila mereka ini masih tidak faham mesej yang cuba disampaikan warga felda kepada puak PAS bahawa mereka sama sekali tidak diterima di kawasan felda.

Read more...

KEHADIRAN PESERTA PERHIMPUNAN PEMBANGKANG MENGECEWAKAN

>> 04 November 2012


SEREMBAN: Langkah pertama Pakatan Rakyat untuk mengadakan perhimpunan mega rakyat di seluruh negara bermula di sini malam Sabtu dengan kehadiran kira-kira beberapa ribu orang.

Perhimpunan itu diadakan di kawasan bersaiz empat padang bolak sepak di Seremban Jaya dekat sini dengan kehadiran anggota polis yang ramai.

Ia menampilkan beberapa ucapan oleh para pemimpin Pakatan serta persembahan muzik.

Isu yang dibangkitkan termasuk tuntutan Bersih untuk penambahbaikan sistem pilihan raya, kehadiran warga asing dalam daftar pemilih serta penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.

Cadangan pembinaan projek bangunan tinggi berhampiran Bati Caves dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) turut dibangkitkan.

Pemimpin pembangkang yang hadir termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, merupakan pemimpin kanan pertama berucap di hadapan orang ramai pada kira-kira pukul 10 malam.

Beliau berkata, perhimpunan aman yang sama akan diadakan di seluruh negara dan kemuncak perhimpunan raksasa yang dihadiri lebih sejuta orang di Kuala Lumpur pada Januari.

“Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik akan mengambil bahagian,” katanya. - The Star

Read more...

CERAMAH ANWAR PETANG NANTI SAH PERHIMPUNAN HARAM! NGO AKAN BERTEMPUR DENGAN GANG LIWAT!

>> 03 November 2012



Baca juga di sini.

Read more...

AZIZ BARI ADALAH MANGSA LELONG

>> 02 November 2012


Anwar mengesahkan bahawa Aziz Bari sememangnya akan bertanding di Sabak Bernam pada PRU 13 nanti. Ini sekaligus mencipta spekulasi keputusan PRU 13 di kawasan tersebut.

Tetapi ada ramalan yang lebih profesional dalam keputusan PKR meletakkan Aziz Bari sebagai calon di Sabak Bernam.

Aziz Bari sebenarnya hanyalah calon lelong yang diletakkan PKR di kawasan yang sememangnya kubu kuat BN. Untuk pengetahuan, Sabak Bernam ialah kawasan yang amat sukar ditembusi pembangkang.

Dari segi politik, wajarkah PKR meletakkan calon yang kuat di kawasan kubu kuat BN? Sudah pasti tidak wajar sama sekali.

Jadi keputusan ini dilihat lebih kepada meletakkan kambing hitam yang pasti tewas pada PRU 13 nanti. Tambahan pula, Aziz Bari bukanlah seorang yang mempunyai reputasi yang baik sebagai seorang calon kerana seringkali mengeluarkan kenyataan-kenyataan bangang dalam sesuatu isu.

Keadaan meletakkan calon lelong juga berlaku di Negeri Sembilan apabila calon Melayu DAP akan bertanding di Chennah yang merupakan kubu kuat MCA.

Strategi meletakkan calon lelong di kawasan yang tidak boleh menang sememangnya menjadi panduan Pakatan Rakyat yang semakin terdesak untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi mereka pada PRU lalu. Tambahan pula, mereka sememangnya ketandusan calon berkaliber pada PRU 13 akibat dari YB-YB mereka yang lompat parti terlalu ramai sepanjang penggal PRU 12.

Read more...

DAP SEMEMANGNYA TIDAK PUAS HATI DENGAN KEJAYAAN SYED MOKHTAR

>> 01 November 2012



Read more...

SULTAN SELANGOR MURKA DENGAN PENJUALAN ASET PKNS?


AL-KISAH baginda Sultan Selangor yang memerintah negeri makmur dan kaya Selangor Darul Ehsan dikatakan teramatlah mengambil berat mengenai nasib PKNS. PKNS ialah sebuah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor yang dipertanggungjawabkan membina rumah-rumah mampu milik khususnya untuk orang miskin bandar, terutamanya orang Melayu.

Itulah asas penubuhannya sejak puluhan tahun lalu. Orang Melayu yang berhijrah ke bandar dan tinggal di pinggir KL ditawarkan menghuni rumah-rumah murah PKNS.

Ada yang tinggal di flat-flat, ada di rumah-rumah teres. Ruang niaga juga dibina bagi memberi peluang orang-orang Melayu berniaga kecil-kecilan.

Dengan membangunnya Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor, rumah-rumah PKNS didirikan di merata seksyen. Ia memberi kemudahan kepada orang Melayu tinggal.

Orang-orang Melayu yang tidak mampu tinggal di banglo-banglo mahal di Petaling Jaya atau Bukit Damansara atau Subang Jaya -- maka dibinalah rumah-rumah PKNS di kawasan Datuk Keramat, di Kelana Jaya, di Ampang, Shah Alam serta di seluruh negeri Selangor Darul Ehsan.

Almarhum Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, ayahanda baginda Sultan sekarang amat gembira dengan perkembangan itu. Masjid biru yang diberi nama almarhum dibina dengan dikelilingi tasik indah. Bangunan SUK yang juga diberi atas nama almarhum didirikan di atas bukit. Shah Alam bagaikan bandar raya atas kayangan.

Almarhum baginda kemudian mangkat dengan amannya (Al-Fatihah).

Kini anakanda almarhum mengambil alih takhta bersemayam.

Istana Bukit Kayangan dan Istana Mestika menjadi saksi betapa majunya bandar raya Shah Alam -- satu-satunya bandar raya paling tersusun dan terancang orang Melayu - yang dibangunkan PKNS.

Tiada mana-mana bandar raya seumpamanya di Malaysia yang begitu berjaya seperti Shah Alam, selain Putrajaya.

Selama 50 tahun tiada masalah yang timbul dalam pentadbiran kerajaan Selangor dan juga PKNS. Tiada juga terdengar kekecohan pada Yayasan Selangor (YS). Tanah dan aset-aset PKNS dan YS sangat banyak di merata Lembah Kelang dan cukup strategik. Sebahagian besar tanah itu dibeli oleh entiti-entiti tersebut mahupun dikurniakan oleh Sultan Selangor.

Nilai hartanah kedua-dua entiti itu cukup mahal. Ia termasuklah mercu bangunan Yayasan Selangor di tengah-tengah kawasan Bukit Bintang. Kononnya bangunan itu dulu cuba disunting DAP untuk dijadikan ibu pejabat parti. Namun cubaan itu dikatakan gagal.

Semangat Menteri-Menteri Besar Selangor terdahulu yang diterajui oleh pemimpin UMNO tetap utuh untuk mempertahankan entiti-entiti itu.

Nasib Melayu bandar jangan sama sekali diperjudikan. Para pemimpin terdahulu amat menitikberatkan soal geopolitik orang Melayu atau ketompokan kawasan pilihan raya orang-orang Melayu. Ia bagi memastikan survival politik Melayu terus kekal di kawasan-kawasan pinggir Kuala Lumpur.

Shah Alam kini yang menjadi kubu geopolitik paling kukuh oleh Melayu telah berubah. Sejak Selangor diperintah secara de facto oleh DAP, banyak perubahan telah berlaku. MBnya sekarang ialah Melayu, tetapi kuasanya dipegang oleh tangan-tangan DAP. Pas dan para pemimpinnya pula hanya menang berceramah dan bersorak.

Para pemimpin DAP telah berada dalam lembaga pengarah entiti-entiti Selangor itu. Mereka ada dalam lembaga pengarah PKNS, dalam SACC (Pusat Konvensyen Shah Alam, yang dibina di zaman Dr. Khir Toyo) dan dalam beberapa entiti lain.

Mereka sudah tahu kekuatan dan kelemahan entiti-entiti itu.

***

BARU-BARU ini al-kisah dimaklumkan bahawa KBDYMM baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah memanggil Pengurus Besar PKNS, Othman Omar, yang popular dipanggil sebagai OO, untuk menghadapnya.

Baginda yang amat mengambil berat soal PKNS sebagaimana almarhum ayahanda baginda telah bertanya mengenai perkembangan perbadanan itu dan kepentingan orang Melayu.

Al-kisah baginda menasihatkan supaya PKNS dipelihara dan dikekalkan falsafah penubuhannya. Kuota Bumiputera harus dipertahankan. Itu ingatan Tuanku al-Sultan.

OO pun dengan penuh yakin berkata semuanya baik-baik belaka Tuanku. Semuanya OK Tuanku!

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba meletup berita dalam akhbar, yang menurut puak-puak Pas bahawa akhbar-akhbar itu hanya menyebar fitnah, bahawa lima aset PKNS akan dijual.

Ia termasuklah Kompleks PKNS di Shah Alam yang menjadi ikon bandar raya itu. Kompleks PKNS adalah umpama Kompleks Pekan Rabu Alor Star. Para pelawat ke bandar raya itu pasti akan wajib singgah di situ. Kononnya kompleks itu akan dijual dengan harga RM85 juta.

Aset-aset lain yang kononnya akan dijual ialah Menara PKNS Petaling Jaya dengan harga RM90 juta; Shah Alam Mall (RM97 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta).

Pacal yang hina pastinya akan beranggapan Tuanku Sultan sudah tentu akan murka mendengar kisah ini.

Apa sudah jadi, OO kata semuanya OK, kini KO pula?

Jika dijual apa akan jadi kepada PKNS? Apa akan jadi kepada peniaga Melayu di kompleks-kompleks itu? Sudah tentu pembeli baru aset-aset itu akan menaikkan sewanya? Siapa yang akan membelinya?

Jika dijual, walaupun kepada anak syarikat PKNS sendiri, adakah falsafah asal PKNS akan dicairkan dan kepentingan orang Melayu sudah tidak dikisahkan lagi?

Adakah kelemahan sudah diketahui dan ini caranya untuk melunturkannya?

Benarkan sebuah syarikat ditubuhkan untuk membeli aset-aset itu. Benarkan ia akan dijual kepada Private Real Estate Company (PREC).

***

AL-KISAHNYA pihak-pihak yang mahu membeli aset-aset itu telah meminta diserahkan geran-geran supaya transaksi boleh diteruskan dan ditukar nama.

Tapi di dalam PKNS bukan semuanya seperti ‘puak-puak itu’.

Ada pihak dalam PKNS yang masih bersemangat waja. Mereka melambat-lambatkan transaksi itu. Pemberian geran-geran itu untuk urusan transfer dilengah-lengahkan. Mereka amat bimbang dengan penjualan ini. Mereka amat bimbang apa akan jadi akhirnya kepada PKNS?

Hati mereka ialah sewaja para pemimpin terdahulu. Sewaja semangat dan roh Tuanku Sultan dan Almarhum Tuanku Sultan. Sewaja MB-MB terdahulu, termasuk semangat waja pengasas PKNS yang juga bekas MB Selangor, Allahyarham Tan Sri Harun Idris.

***

SATU sumber dalaman PKNS, yang bersemangat dan berhati waja membuat pendedahan lebih dahsyat kepada Utusan Malaysia hujung minggu lalu.

Kerajaan Selangor naungan DAP dikatakan bukan mahu jual lima sahaja aset PKNS, tapi kesemuanya.

Menurut sumber itu, sejak September lalu, PKNS telah menyerahkan pengurusan Kompleks PKNS Shah Alam kepada PREC dan di dalam perancangan mereka, kesemua aset komersialnya akan diberikan kepada anak syarikatnya itu.

Menurut sumber itu, alasan yang sering diberikan mengapa PKNS merancang untuk menyerahkan kesemua aset komersialnya kepada PREC adalah kerana kononnya pekerjanya selama ini tidak kompetitif hingga gagal memberi keuntungan berganda kepada syarikat.

Hairan, jika dikatakan tidak untung, tahun lalu PKNS membayar lima bulan bonus kepada kakitangannya.

Saya berharap PKNS jangan terlalu ghairah mengejar keuntungan sehingga mengorbankan falsafah asalnya.

Persoalannya: Adakah wang penjualan itu yang dicairkan, kemudiannya akan disalurkan ke tabung-tabung politik?

Pilihan raya sudah dekat. Wang kena pakai banyak.

Itu hanyalah pendapat umum yang dikutip oleh pacal yang hina ini.

Akhir kata, Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun. Sembah Patik Harap Diampun.

Pacal yang hina ini mohon berundur diri.


Read more...

SCORPENE: SYARIKAT GUAMAN TEMPATAN JADI EJEN FITNAH KERAJAAN



KUALA LUMPUR, - Nov 1 - Sebuah syarikat guaman tempatan telah memberikan maklumat palsu dalam satu surat rasmi kepada peguam Perancis menyatakan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) adalah sebuah pertubuhan berdaftar dibawah Suara Inisiatif Sendirian Berhad (SISB).

Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mendedahkan perkara tersebut malah turut mendakwa Suaram telah menerima habuan puluhan jutaan ringgit.

"Syarikat guaman ini terlibat dalam dalam satu 'grand design' untuk menutup aktiviti bagi merosakkan nama negara dan menjatuhkan kerajaan sedia ada.

"Saya mendapat tahu syarikat guaman ini mendapat kontrak guaman dengan banyak GLC dan salah satunya adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB)," katanya semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 di Dewan Rakyat, semalam.

Pendedahan kerjasama di antara Suaram dan syarikat guaman ini terbongkar apabila surat rasmi dengan maklumat palsu kepada peguam Perancis didedahkan oleh Choo Keong di Parlimen semalam.

Menurutnya, surat yang ditulis dan ditandatangani oleh peguam berkenaan bertujuan meyakinkan peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham untuk mengaitkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan isu pembelian kapal selam Scorpene ke mahkamah.

Beliau bagaimanapun mempersoalkan mengapa tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap Suaram selepas siasatan dijalankan selama sebulan yang lalu.

Ahli Parlimen Wangsa Maju ini turut mencabar Majlis Peguam untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas peguam berkenaan kerana bertindak menyalahi kod etika amalan profesional kerana menipu fakta sebenar mengenai Suaram. - klpos

Read more...




  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP