ISU KUIL BATU CAVES ADALAH SALAH PR, BUKAN BN

>> 31 October 2012



Read more...

NIK AZIZ: SAYA TIDAK AKAN BERUNDUR!


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menegaskan beliau tidak berganjak dengan pendiriannya untuk terus memegang jawatan Menteri Besar Kelantan sekarang, meskipun didesak dari mana-mana pihak.

Bagaimanapun, Nik Aziz hanya akan berbuat demikian (melepas jawatan MB) jika desakan itu datangnya dari PAS sendiri.

Katanya, sebagai ketua kerajaan dan Menteri Besar beliau boleh menyerahkan tanggungjawab mengurus dan mentadbir kerajaan kepada pegawai di bawah asalkan minda cergas.

"Setiap ketua ada orang di bawahnya, jadi kita boleh menyerahkan tanggungjawab menguruskan kerja-kerja (tadbir) kepada orang di bawah walaupun saya uzur fizikal.

"Sihat atau tidak inilah saya...nak lawan Umno bukan perlu ada pada tubuh sihat tapi perlu pada otak betul," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan, di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau yakin minda dan otaknya masih cergas walaupun dari segi lahirnya kelihatan uzur atas faktor usia.

"Saya tidak akan layan desakan daripada mana-mana pihak supaya saya lepaskan jawatan lebih-lebih lagi dari 'pemimpin buangan', kecuali dari parti (Pas)sendiri," katanya ketika ditanya mengenai pendapatnya berhubung desakan pemimpin parti politik yang mahu beliau melepaskan jawatan kerana masalah kesihatan.

Semalam, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali, menggesa Nik Abdul Aziz supaya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar memandangkan beliau 'gagal mentadbir negeri ini kerana telah uzur dan kesihatannya sentiasa terganggu'.

Sementara itu Nik Abdul Aziz menyambut baik saranan Ibrahim supaya kerajaan negeri menubuhkan suruhanjaya bebas bagi menangani isu yang dikatakan wujud penyelewengan dalam pembangunan Lembah Sireh yang melibatkan pelabur asing.

Semalam, Pemuda Umno Kelantan dan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) membuat laporan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan menyeluruh terhadap projek Lembah Sireh.

Projek itu yang melibatkan pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan yang bernilai RM2 bilion meliputi kawasan 400 hektar secara pajakan selama 99 tahun dipersoalkan selepas didedahkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2011.

"Kita (kerajaan negeri) sedia menerima apa saja bentuk suruhanjaya dalam menentukan ketelusan kerajaan negeri dalam melaksanakan sesuatu projek di negeri ini,...tak ada apa, tubuhlah," kata Nik Abdul Aziz. - antarapos

Read more...

PAS SALAHKAN KERAJAAN KERANA BERI DURIAN RUNTUH KEPADA WARGA FELDA

>> 30 October 2012


PAS seringkali mencanangkan di dalam ceramah politik murahan mereka bahawa keputusan kerajaan memberi habuan kepada peneroka felda sebagai tindakan yang salah. Ini kerana perbuatan tersebut dilaporkan mencetuskan pelbagai masalah dalam keluarga seperti anak-beranak bergaduh berebut habuan tersebut, keluarga berpecah-berai dan baru-baru ini pula dilaporkan di akhbar kisah bekas isteri yang menuntut wang habuan tersebut dari seorang bekas suami yang merupakan peneroka felda yang mendapat habuan tersebut.

Bagi PAS semuanya salah. Keputusan memberi habuan itu sama sekali menimbulkan lebih banyak masalah dari kesenangan.

Tetapi pada masa yang sama PAS juga terlupa bahawa sememangnya tanggungjawab kerajaan untuk memberikan wang tersebut. Kerajaan memberi wang tersebut sebagai memegang amanah yang diamanatkan kepada mereka. Inilah yang diusahakan kerajaan untuk membantu peneroka felda yang rata-ratanya hidup di bawah paras kemiskinan.

Sekiranya PAS merasakan keputusan itu salah, mengapa ahli PAS yang menerima habuan tersebut sama sekali enggan memulangkan kembali wang tersebut? Bukankah mengikut hukum sekiranya mereka menerima wang yang dikatakan oleh pemimpin PAS sebagai "pemberian yang salah" dikira sebagai bersubahat?

Kerajaan sama sekali tidak pernah memaksa peneroka felda menerima wang bantuan tersebut. Dalam masa yang sama juga kerajaan juga tidak pernah memaksa warga felda yang menerima bantuan tersebut mengundi BN pada PRU akan datang. Ini kerana tujuan kerajaan BN memberi wang bantuan tersebut bukanlah untuk meraih undi sebaliknya hanya sekadar memenuhi tanggungjawab sebagai kerajaan yang adil.

Read more...

USTAZ FATHUL BARI BERI AMARAN KEPADA CHUA SOI LEK DAN KARPAL SINGH



Read more...

ANWAR CUBA MENIPU RAKYAT SABAH SEPERTI DI SELANGOR


Kehadiran Anwar ke Sabah baru-baru ini disambut gembira oleh puak-puak Pakatan taksub yang sememangnya menjulang tinggi Anwar walaupun mempunyai reputasi yang buruk dari segi moral dan kepimpinan. Dimaklumkan akibat sambutan yang hangat itu, Sabah akan bertukar kerajaan. Mungkin juga Anwar terlupa bahawa sekiranya tidak dibayar, mungkin separuh dari jumlah keseluruhan hadirin tidak akan hadir. Jangan dilupa juga dengan jumlah penyokong Pakatan yang diangkut dari Semenanjung demi meramaikan majlis.

Dalam satu ceramah, Anwar menjanjikan sekiranya Pakatan merampas Putrajaya, kerajaan yang baru akan membina jambatan menghubungkan Sabah dan Labuan. Ini kerana dalam keadaan masa kini, perkhidmatan feri yang menghubungkan Sabah dan Labuan hanya beroperasi pada siang hari. Waktu terakhir feri adalah pada sekitar jam 6 petang. Dengan pembinaan jambatan ini akan menyenangkan rakyat Sabah sekiranya mahu berhubung ke Labuan pada waktu malam seperti dikatakan Anwar.

Ini adalah satu penipuan yang akan dirungkaikan satu persatu.

Seperti diketahui, Labuan bukanlah bandar yang mempunyai kepentingan dalam pembangunan Sabah dan Sarawak. Labuan juga sama sekali tidak mempunyai hasil ekonomi sendiri yang mampu menjana pendapatan. Berbeza dengan Pulau Pinang, Labuan tidak termasuk dalam laluan kapal dagang antarabangsa. Jadi, sememangnya tiada apa-apa pembangunan yang mampu dijalankan di Labuan.

Kerana itu kebanyakan rakyat Labuan sendiri banyak yang berhijrah. Pulau tersebut amatlah kecil. Jika dibandingkan dengan Pulau Langkawi, Labuan sememangya terlalu kecil untuk ditambah populasi.

Sebelum Anwar menabur janji tersebut, beberapa ahli kabinet dalam kerajaan pernah berbincang untuk membina jambatan menghubungkan Labuan dan Sabah pada tahun 90 an. Hasil perbincangan tersebut memutuskan bahawa pembinaan jambatan menghubungkan Labuan dan Sabah sama sekali tidak praktikal.

Ini kerana kos pembinaan tersebut lebih tinggi dari pembinaan jambatan Pulau Pinang. Ini mengambil kira jumlah pengguna jambatan tersebut pada masa akan datang yang dilihat gagal memberi pulangan kepada kos pembinaan tersebut dan faktor muka bumi.

Faktor muka bumi merujuk kepada geografi jambatan tersebut yang terletak di Laut China Selatan berbanding dengan Jambatan Pulau Pinang yang terletak di Selat Melaka. Lokasi di laut terbuka boleh menimbulkan pelbagai musibah yang tidak dijangka pada jambatan tersebut sekiranya dibina seperti tsunami. Malah faktor gografi juga menunjukkan dengan jelas di mana Labuan terlalu hampir dengan Filipina yang sememangnya selalu dilanda gempa bumi kerana lokasi Filipina sendiri yang terletak di dalam kawasan lingkaran gunung berapi. Sekiranya jambatan tersebut dibina, kemungkinan untuk roboh akibat bencana alam amat tinggi.

Dalam pada itu, kajian menunjukkan dengan jelas bahawa pengguna jambatan tersebut pada masa hadapan tidak akan bertambah dengan baik. Ini mengambil kira faktor pengguna feri masa kini yang menunjukkan pertambahan yang sedikit sejak 10 tahun lepas dan kepadatan penduduk Sabah dan Labuan yang rendah.

Ini persoalan yang tidak mampu dijawab Anwar sekiranya ditanya.

Dengan ramalan menunjukkan dengan jelas bahawa pengguna jambatan baru tersebut amat sedikit, berapakah jumlah tol yang sewajarnya dikenakan oleh kerajaan untuk memberi kembali pulangan kos dan kos pembaikan atas pembinaan jambatan tersebut? Sekiranya jambatan tersebut mengenakan tol sebanyak RM 50 untuk perjalanan sehala, mampukah kos pembinaan jambatan tersebut diselesaikan dalam masa 50 tahun?

Persoalan inilah yang akan menidakkan pembinaan jambatan ini sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya di masa hadapan. Sehingga kini masih belum ada pakar yang mampu mengatakan pembinaan jambatan menghubungkan Labuan dan Sabah adalah praktikal melainkan Anwar sendiri yang sememangya pakar menipu.

Kerana itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerajaan telah mengambil insiatif dalam membantu rakyat Sabah dan Labuan untuk berhubung di waktu malam dengan penyediaan helikopter yang diselenggarakan oleh TUDM Labuan. Sekiranya berlaku kes-kes kecemasan, TUDM akan membantu menghubungkan rakyat Sabah dan Labuan tanpa sebarang tol dengan cekap.

Janji Anwar sememangnya sedap didengar tetapi perlaksanaannya belum terjamin. Inilah yang berlaku di negeri-negeri yang diperintah Pakatan di waktu ini. Di Selangor sendiri dapat dilihat bagaimana segala janji Pakatan Rakyat pada PRU 12 masih terlalu banyak gagal ditunaikan.

Motif Anwar dan Pakatan Rakyat merampas Sabah tidak lebih dari niat mereka untuk melanun hasil bumi Sabah seperti balak dan minyak. Ini kerana perkara ini telah pun berlaku di Selangor apabila PKNS dilanun terang-terangan oleh kroni Anwar. Inilah balasan yang diterima rakyat Selangor kerana memilih Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim yang juga merangkap Penasihat Ekonomi Selangor bergaji RM 1.

Diharapkan rakyat Sabah dan Labuan sedar bahawa kata-kata Anwar tidak lebih dari dusta dan penipuan semata-mata.

Read more...

PKR SABAK BERNAM TAK SETUJU AZIZ BARI JADI CALON

>> 29 October 2012


SHAH ALAM: Ketua Bahagian Umno Sabak Bernam, Datuk Warno Dogol mendakwa terdapat perwakilan Mesyuarat Agung PKR Bahagian Sabak Bernam tidak bersetuju dengan keputusan parti meletakkan Profesor Dr Abdul Aziz Bari bertanding atas tiket PKR di kawasan parlimen itu.

Menurut beliau, maklumat bantahan terhadap bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu disampaikan kepadanya oleh ahli perwakilan PKR sendiri baru-baru ini.

"Kita lihat sendiri dalam Mesyuarat Agung PKR di bahagian Sabak Bernam baru-baru ini ada perwakilan yang tidak bersetuju apabila Aziz Bari akan bertanding di kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi.

Abdul Aziz menerusi kiriman emel kepada Antarapos semalam sekali lagi mengesahkan bahawa beliau akan diketengahkan sebagai calon PKR di parlimen Sabak Bernam, tempat kelahirannya.

Katanya, walaupun belum diumumkan secara rasmi oleh kepimpinan tertinggi parti, namun beliau telah diarahkan untuk turun menemui pengundi di kawasan itu sejak awal tahun ini.

Pada pilihan raya umum 2008, Barisan Nasional (BN) menang dengan mempertandingkan Datuk Abdul Rahman Bakri sebagai Ahli Parlimen Sabak Bernam mengalahkan Dr Badrulamin Bahron (PKR).

Warno seterusnya menyifatkan BN Sabak Bernam mampu menangani dengan mudah calon-calon parti pembangkang sekaligus mengekalkan kerusi-kerusi yang dimiliki.

"Siapa pun calon yang diletakkan di Sabak Bernam, Insyallah kita masih dapat mempertahankan kerusi untuk BN.

"Saya yakin dengan kedudukan Barisan Nasional di Sabak Bernam, Insyallah masih lagi mampu untuk mempertahankan kedudukan Barisan Nasional di situ," ujarnya. - antara pos

Read more...

DR RIDHUAN TEE BERI PERINGATAN KEPADA MCA


Pada minggu lalu, seorang pemimpin parti ultra kiasu mengeluarkan kenyataan bahawa pendidikan berasaskan bahasa ibunda atau sekolah vernakular bukanlah punca kepada polarisasi.

Beberapa polisi kerajaan sedia ada, merujuk kepada hak istimewa orang Melayu dan DEB, menjadi punca polarisasi seperti kemudahan pemberian lesen dan bantuan biasiswa. Kenyataan ini keluar sejurus selepas senator Melayu ultra kiasu mengeluarkan kenyataan sekolah agama punca kepada polarisasi.

Lebih memeranjatkan lagi, resolusi perhimpunan agung parti ini mendesak kerajaan supaya 
i) mencinakan lagi SMKJC Chong Hwa Kuantan, tidak lama lagi di Segamat. 
ii) mengekalkan silibus Bahasa Melayu (BM) di SJKC yang selama ini begitu mudah berbanding sekolah kebangsaan, 
iii) mahukan kursus vokasional diajar dalam bahasa ibunda (Cina), 
iv) menaik taraf Kolej Tunku Abdul Rahman menjadi kolej universiti. 
v) penggunaan pelbagai bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, bukan BM sahaja, makna turut menggunakan bahasa Cina dan berbagai lagi tuntutan lain. 

Ternyata, resolusi begitu ultra kiasu, terus mementingkan bangsa berbanding agenda negara.

Ketika merasmikan perhimpunan itu, Perdana Menteri (PM) turut mengumumkan peruntukan RM30 juta kepada 78 SMJKC seluruh negara. Sudah pasti ia akan menjadi peruntukan tahunan. Kayalah nampaknya SMJKC; derma datang mencurah-curah. Saya bukan dengki, tetapi sedih melihat sekolah agama.

Ya, saya tidak nafikan sumbangan sekolah vernakular dalam pembangunan, tetapi tidakkah kita perlu melihat sama aspek negatif, seperti niat murni PM mahukan ultra kiasu menguasai bahasa Melayu dengan baik.

Malangnya, isu penguasaan BM langsung tidak dibincangkan dalam perhimpunan tersebut, apatah lagi diresolusikan. Sungguh licik ultra kiasu ini. Dalam kepala mereka semuanya memperkasa dan memperkayakan bangsa.

Sebelum ini, pemimpin ultra kiasu ini mengeluarkan kenyataan menghina Islam dengan mengatakan 1.2 juta rakyat Malaysia hilang pekerjaan jika hudud Pas dilaksanakan. Dia juga kata negara yang mengamalkan hudud adalah antara yang paling korup. Ultra kiasu boleh memusuhi Pas, tetapi jangan sama sekali menghina Islam, kerana Islam itu mulia dan dilindungi perlembagaan.

Saya juga boleh menghina agama Buddha, Kristian, Hindu dan lain-lain, tetapi Islam tidak membenarkan. Kenapa ultra kiasu begitu biadab? Kerana kita takut kepada mereka, meletakkan undi segala-galanya, sedangkan mereka belum tentu mengundi kita. Kita yang terhegeh-hegeh. Pas pun sama. Nasihat saya kepada pemimpin ultra kiasu, jangan campur hal ehwal Islam.

Sejarah membuktikan, tanpa penguasaan bahasa pun, interaksi antara kerajaan China dengan Tanah Melayu begitu rancak sejak lebih 600 tahun lalu dan sebelum itu. Ketika itu, kerajaan Melaka telah mengamalkan undang-undang Islam.

Orang Melayu tidaklah pandai berbahasa Cina, tetapi sikap dan perangai orang Melayu yang begitu lunak berteraskan cara hidup Islam, menjadi faktor penarik kepada orang luar untuk berinteraksi, selain mendapatkan hasil bumi melimpah ruah. 

Ini menjadikan orang Cina datang berdagang terpaksa mempelajari BM untuk berinteraksi dengan alam Melayu. Di manakah hujah mengatakan kuasa China bangkit hari ini maka kita mesti menguasai bahasa Cina, termasuk memperbanyakkan sekolahnya? Yang perlu diubah hari ini ialah perangai dan sikap orang Melayu yang tidak yakin kepada kekuatan dan kehebatan diri sendiri. Inferioriti kompleks, memandang rendah cara hidup sendiri dan cara hidup Islam.

Sebenarnya kita telah diperbodohkan? Menjadi mangsa korban kerana terlalu banyak berkorban. Kuasa dan politik adalah segala-galanya. Mungkin kita boleh berseronok untuk jangka pendek, tetapi tidak jangka panjang. Pasti anak cucu-cicit kita akan merana.

Apakah tidak berlaku polarisasi jika sejak dari kecil kita dipisahkan dalam segala aspek. Apabila sampai ke peringkat menengah, mereka berasa janggal untuk berkomunikasi disebabkan masalah bahasa. Perkara ini terbawa-bawa hingga ke peringkat pengajian tinggi.

Kajian saya mengenai polarisasi di IPT, sudah jelas menunjukkan semua ini disebabkan pembawaan sejak kecil. Bayangkan jika ditambah lagi SJKC, SMJKC dan sekolah persendirian. Bermakna semakin kurang bukan Melayu di sekolah kebangsaan. Akan bercampurkah anak-anak kita nanti. Selepas itu, mereka melanjutkan pelajaran di China dan Taiwan. Jenis manusia apakah yang ingin kita lahirkan di Malaysia ini?

Sempena hari raya korban ini, saya menyeru kepada seluruh pemimpin negara tercinta ini supaya melakukan korban untuk kepentingan negara, bukan bangsa, tidak semata-mata pilihan raya. Matlamat utama kita adalah untuk mengekalkan negara berada di tangan umat Islam, terjamin hak dan identiti Islamnya.

Amat jarang berlaku dalam sejarah dunia, identiti negara itu tercabut dek kerana terlalu meraikan orang lain. Boleh berkorban, tetapi jangan sampai agama dan anak bangsa terkorban.


Read more...

TIAN CHUAN DIARAH BELA DIRI


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan tidak mematuhi perintah polis di kawasan Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol), sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0 April lalu.

Hakim Mahmud Abdullah semasa mengumumkan keputusan itu berkata, beliau membuat perintah tersebut mengikut prinsip undang-undang yang telah digariskan, setelah menilai secara maksimum hujah pihak pendakwa dan pembela.

Mahmud berkata, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie.

"Mahkamah berhasrat untuk memanggil tertuduh untuk membela diri terhadap tuduhan yang dihadapi," katanya.

Tian Chua, 49, didakwa melanggar perintah yang dikeluarkan oleh DSP A. Rajakopal untuk beredar dari kawasan Pulapol itu yang diisytiharkan sebagai satu kawasan larangan mengikut perintah kawasan-kawasan larangan 1975.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Pulapol, Jalan Semarak pada 2.30 pagi, 29 April lepas.

Perhimpunan Bersih 3.0 diadakan pada 28 April.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 7 akta sama, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sepanjang perbicaraan yang bermula 23 Julai lalu, seramai sembilan saksi dipanggil untuk memberi keterangan termasuk Rajakopal.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dasuki Mokhtar dan Amirah Mohamed Yusoff manakala tertyuduh diwakili Latheefa Koya.

Mahkamah menetapkan 29 dan 30 November ini untuk memulakan perbicaraan bagi prosiding membela diri. - Sinar Harian

Read more...

SEORANG WARTAWAN HAPRAKAH BERFAHAMAN SYIAH DIKENALPASTI?


Seorang wartawan Haprakah dikenalpasti membawa fahaman syiah secara terbuka dalam penulisan dan artikel lidah penipu rasmi PAS itu. Seperti yang diketahui, PAS seringkali menafikan bahawa penglibatan sebarang unsur Syiah di dalam parti tersebut sedangkan bukti menunjukkan dengan jelas betapa Timbalan Presiden parti sendiri berfahaman Syiah dengan seringkali mengangkat Khomenei yang merupakan musuh ahli Sunnah wal Jamaah dalam kenyataan.

Wartawan ini seringkali menulis mengenai pergolakan di negara arab yang berkaitan dengan negara-negara yang mempunyai pengikut dan pemimpin Syiah yang ramai dan berpengaruh. Penulis ini juga pernah dikritik kerana menulis artikel mengenai kenyataan pemimpin Syiah di pentas antarabangsa. Dalam pada itu penulis ini sama sekali tidak pernah menulis mengenai pandangan mana-mana ulama Sunnah sama ada di Malaysia atau pun diperingkat antarabangsa.

Penulis ini juga amat mengagungkan Mat Sabu dalam penulisan. Tanpa segan silu penulis cuba mencorakkan penulisannya mengenai Mat Sabu supaya sebaris dengan ilmuwan agama dalam PAS sedangkan seperti yang diketahui Mat Sabu bukanlah dari golongan ilmuwan agama sebaliknya lebih kepada seorang keldai belaan DAP.

Saya pernah mendengar khabar angin dari beberapa sumber bahawa penulis ini sememangnya berfahaman Syiah. Apabila bersembang dengannya mengenai pergolakan agama, penulis ini akan sentiasa mempertahankan tindakan ulama' Syiah yang sewenang-wenangnya menghina para sahabat nabi dan menghalalkan nikah Mutaah.

Penulis ini juga dikhabarkan mempunyai gambar 12 Imam pujaan pengikut Syiah di rumahnya. Pada masa dahulu pula pada era 80 an dan 90 an, seperti yang diterangkan oleh beberapa penulis Haprakah yang telah meninggalkan PAS, markas PAS dan pejabat Haprakah sendiri tanpa segan silu menggantung gambar Khomenei di dinding menandakan ketasuban mereka kepada pemimpin tersebut.

Persoalannya, siapakah penulis ini? Jeng jeng jeng...

Read more...

KRISIS REJIM LIM GUAN ENG DAN TUDM BUTTERWORTH

>> 28 October 2012


Rejim Lim Guan Eng cuba bermain dengan api dengan mengheret TUDM ke kancah kezaliman pentadbirannya. Ini berikutan dengan krisis tanah atau tapak kem TUDM Butterworth yang cuba dirampas rejim DAP menggunakan kuasa veto.

Hal ini sudah pun lama berlaku dimana rejim DAP Pulau Pinang mengarahkan agar kem TUDM Butterworth dipindahkan ke satu tapak kem baru yang terletak di Kulim. Perkara ini tidak dipersetujui oleh kesemua pihak tertinggi TUDM.

Ini kerana lokasi TUDM Butterworth itu amat strategik sekali dalam mempertahankan kepentingan negara sekiranya perkara buruk berlaku. Ini termasuklah Pelabuhan Bayan Lepas, Jambatan Pulau Pinang dan rakyat Pulau Pinang sendiri yang yang majoritinya tinggal di pulau.

Tujuan rejim DAP "menghalau" TUDM Butterworth ke Kulim tidak lebih dari tindakan bermotifkan wang. Ini kerana seperti yang diketahui, tanah di Pulau Pinang bernilai amat tinggi. Tapak kem itu sendiri bernilai jutaan ringgit sekiranya dijual oleh rejim DAP kepada mana-mana pemaju. Kerana wang, keselamatan negara tergadai.

Dalam pada itu, wakil TUDM dilaporkan telah pun menyatakan bahawa TUDM Butterworth akan hanya berpindah ke Juru dan tidak akan menerima lain-lain lokasi. Tetapi perkara ini telah pun ditolak oleh rejim DAP dengan alasan bahawa kos pembinaan di Juru adalah mahal. Jadi apabila menyebut tentang "mahal", pastinya sudah jelas bahawa motif ini tidak lebih dari wang.

Sehingga ini masih belum ada sebarang kata putus. TUDM Butterworth juga diminta agar terus dengan pendirian mereka demi menjaga keselamatan negara berbanding dengan rejim DAP yang lebih mementingkan poket dan kroni mereka.

Read more...

INILAH PEKERJAAN MB PALING SIBUK DALAM DUNIA

>> 25 October 2012



Khalid Ibrahim seringkali mendakwa bahawa UMNO dengan sengaja mencari kesalahannya dan Pakatan Rakyat Selangor dalam usaha merampas kembali negeri tersebut. Khalid juga sering kali melemparkan tuduhan atas kesalahan dirinya kepada pihak lain atas kesalahan dan kelembapannya mentadbir Selangor.

Seringkali Khalid Ibrahim mewar-warkan kepada rakyat bahawa segala barisan kepimpinan kerajaan Selangor sentiasa bertungkus-lumus "membantu" (merompak??!) rakyat. Segala hasil kerja yang baik sentiasa dikreditkan kepada mereka walaupun mereka tiada apa-apa sumbangan kepada sesebuah program atau projek.

Tetapi inilah hakikatnya MB Selangor ini. Ketika rakyat sedang dihimpit dengan pelbagai masalah, MB Selangor dan barisan pimpinan exco negeri sibuk berceramah politik ke sana sini. Lagaknya masih seperti pembangkang walaupun sudah bergelar kerajaan. Perkara seperti ini sama sekali tidak membantu menyelesaikan masalah rakyat Selangor yang semakin membukit.

Rakyat bukan mahu mendengar kata-kata manis lagi. Sekarang ini rakyat mahukan kata-kata manis yang dijanjikan dahulu ditunaikan!

Read more...

KUALA LUMPUR DI TEMPAT KE-18


KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur berada dalam kedudukan lima teratas dua kategori penting perkembangan ekonomi dalam edisi kelima "Cities of Opportunity", yang dikeluarkan oleh PricewaterhouseCoopers (PwC) dan Partnership Bandar Raya New York.

Merupakan pendatang baharu untuk kajian 2012 berkenaan, Kuala Lumpur, secara keseluruhan, berada di tangga ke-18, di tengah-tengah ranking antara Shanghai dan Beijing.

Dalam ranking 2012, "Cities of Opportunity" melaporkan yang Kuala Lumpur berada di tempat ketiga di dunia untuk kos rendah dan ke-10 untuk kelegaan menjalankan perniagaan.

Dari segi menjadi bandaraya yang berkos rendah, Kuala Lumpur berada di belakang Seoul dan Berlin, tetapi mendahului Istanbul dan Mexico City.

Langkah-langkah petunjuk kos mengukur kos untuk ahli perniagaan yang tinggal di bandar raya termasuk kos transnasional, cara hidup kelas pertengahan.

Pengarah Eksekutif PwC Advisory Services Malaysia, Andrew Chan Yik Hong berkata kos rendah Kuala Lumpur dan kelegaan menjalankan perniagaan mewakili poin permulaan transformasi bandar menjadi hab dunia untuk bakat dan daya saing.

"Dengan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan kita, kita berada di landasan yang baik," kata beliau.

Antara yang memberikan pemarkahan yang baik untuk Kuala Lumpur ialah kos penginapan perniagaan, kos sewa, indeks harga pengguna dan kadar cukai yang rendah.

Dari segi kelegaan menjalankan perniagaan, Kuala Lumpur terikat dengan San Francisco di nombor 10 dalam petunjuk, di belakang Tokyo dan mendahului bandar raya mesra-perniagaan seperti Sydney dan Seoul.

Kedudukan kukuh Kuala Lumpur dari sudut ini, secara asasnya disokong daripada perlindungan pemegang saham, peraturan pekerja dan dasar visa yang agak fleksibel.

Bandar ini juga berada di tempat keenam dalam pertumbuhan keluaran dalam negara kasar dan kelima dalam aktiviti pembinaan utama.

Chan berkata Kuala Lumpur dipilih untuk laporan "Cities of Opportunity" 2012 kerana ia adalah antara ibu negara Asia paling dinamik dan pesat berkembang sebagai bandar global utama.

Kaji selidik 27 pusat kewangan, perdagangan dan kebudayaan turut mengunjurkan Kuala Lumpur untuk meneruskan pertumbuhannya ke tahun 2025. - BERNAMA

Read more...

DR RIDHUAN TEE SEMBUR MAT SABU

>> 24 October 2012



Isu komunis bergema kembali apabila berlaku perbicaraan di mahkamah. Memberikan pengikhtirafan kepada komunis sebagai pejuang adalah kenyataan yang begitu menyimpang daripada landasan ilmu. Saya sarankan ahli politik tersebut masuk universiti semula untuk belajar. Lainlah kalau beliau dari kalangan ahli parti ultra kiasu yang memang asalnya adalah komunis.

Inilah akibatnya apabila orang yang tidak pakar, mahu juga bercakap dalam bidang bukan kepakarannya. Akhirnya, semua menjadi haru biru. Apakah benar komunis itu seorang pejuang kerana berjuang membebaskan tanahair ini daripada penjajahan British? Untuk memahami komunis, ia perlu dilihat secara pakej, bukan insiden-insiden tertentu. Jika begitulah keadaan, sayapun boleh katakan bahawa Hitler itu baik dalam beberapa aspek tertentu.

Komunis tidak ada pilihan, walaupun tidak dinafikan bahawa British agak lunak terhadap komunis (PKM) ketika kependudukan Jepun daripada 1941-1945. British terpaksa memperalatkan komunis untuk kepentingannya, menduduki semula Tanah Melayu. British mahu membalas dendam kepada orang Melayu kerana berbaik dengan Jepun dengan menjadi Melayu sebagai polis untuk menangkap Cina (PKM) yang terpaksa lari ke dalam hutan.

Jika ditakdirkan British tidak masuk semula selepas Jepun menyerah kalah akibat pengeboman Nagasaki dan Hiroshima, sudah tentu negara ini di bawah penguasaan PKM. PKM telah menggunakan peluang sepenuhnya, vakum selama 14 hari selepas mengunduran Jepun untuk menguasai Tanah Melayu. Berapa ramai orang Melayu telah menjadi korban dendam komunis. Apakah Naib Presiden PAS lupa?

Nasib baik British segera sampai selepas tempoh vakum tersebut. Akibatnya PKM terpaksa lari semula ke dalam hutan dan membuat kacau. Ada apa lagi pilihan kepada PKM selain menentang British. Menentang British bererti menentang Melayu. Jika British berjaya ditentang, sudah tentu yang menang akan menguasai orang Melayu dan Tanah Melayu. Inilah perancangan komunis yang gagal difahami oleh ahli politik tersebut.

Peristiwa Bukit Kepong (Muar) 23 Februari 1950, adalah pertempuran berdarah antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya, selepas darurat diisytiharkan (1948-1960). Pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke Balai Polis Bukit Kepong. Peristiwa tragik berakhir dengan penyembelihan berdarah, membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak PKM mendakwa mereka adalah wira kerana berjaya mengalahkan ‘tali barut’ British (polis Melayu). Muhammad Indera yang mengetuai PKM, bersama Goh Peng Tun dalam serangan tersebut dinobatkan oleh PKM dan Naib Presiden PAS sebagai wira.

Pemikiran komunis sebegini sama seperti mahu mengiktiraf MPAJA sebagai pejuang kerana mereka menentang Jepun untuk kemerdekaan negara ini. Maka tugu peringatan MPAJA dibina di Taman Peringatan Nilai, Negeri Sembilan. Walaupun ditentang oleh banyak pihak, ultra kiasu terus juga membinanya kerana pada mereka MPAJA adalah wira menentang Jepun, seperti komunis menentang British.

Ultra kiasu sengaja lupa bahawa penentangan MPAJA terhadap Jepun, bukan untuk membebaskan Tanah Melayu daripada Jepun, tetapi disebabkan oleh dendam Cina terhadap Jepun dan begitulah sebaliknya. Jepun dan China pernah beberapa berperang sekitar tahun 1890an dan 1937. Dendam kesumat mereka berlarutan hingga ke hari ini. Justeru untuk mengatakan bahawa MPAJA adalah pejuang adalah dangkal sama sekali dan tidak memahami sejarah yang sebenar. Pihak berkuasa tempatan sepatutnya mengambil tindakan terhadap pembinaan tugu tersebut.

Apakah mereka yang menyertai PKM dan MPAJA boleh dinobatkan sebagai wira, sedangkan niat mereka adalah untuk menguasai Tanah Melayu dan membalas dendam terhadap Melayu? Walaupun ketika itu British agak lembut terhadap PKM, bagi tujuan menghalau Jepun, tetapi British tetap mengambil pendekatan memusuhi komunis selepas menguasai Tanah Melayu semula. Kita seolah-olah lupa siapakah yang dikatakan komunis?

Menurut George (1991), di China, sistem komunis yang telah diamalkan selama tidak kurang 50 tahun tidak begitu tertera dalam ingatan dan hati orang Cina seperti sistem nilai yang tertumpu pada keluarga yang lebih lama dan kekal. Pada pandangan generasi muda, sistem komunis ialah satu ideologi yang gagal. Perasaan hampa yang dirasakan oleh ramai orang selepas pembunuhan beramai-ramai di Tiananmen Square pada bulan Jun 1989 telah menyebabkan tidak kurang 50,000-100,000 penduduk China Republik Rakyat China (PRC) meminta perlindungan politik atau hanya terus tinggal di negara-negara Barat dan juga Hong Kong (George, 1991). 

Dalam Muktamar Alim Ulama seluruh Indonesia; yang dijalankan pada tarikh 8-11 September 1957 di Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia, yang dihadiri oleh 325 orang Ulama, sebulat suara membuat keputusan bahawa ideologi komunis mengandungi ajaran atheisme dan anti agama. Komunisme dalam bidang sosial menganjurkan pertentangan kelas dan perjuangan kelas. Dalam bidang ekonomi, ia menghilangkan hak perseorangan. Ideologi komunis bukan saja berlawanan dengan ajaran Islam pada khususnya dan agama-agama lain pada umumnya, akan tetapi bertentangan dengan kehidupan beragama. Muktamar tersebut juga memutuskan bahawa ideologi komunis adalah kufur hukumnya dan haram bagi umat Islam menganutnya. Jika ada orang Islam yang menganut ideologi dengan keyakinan dan kesedaran, maka kafirlah ia dan tidak sah menikah dan menikahkan orang Islam, tidak pusaka mempusakai dan haram jenazahnya diselenggarakan oleh orang Islam. Bagi orang Islam yang menyertai organisasi atau parti yang berideologi komunis seperti Partai Komunis Indonesia (PKI), Sentral Organisasi Buruh Seluruh Indonesia(SOBSI), Pemuda Rakyat (PR), dan lain-lainnya, maka sesatlah ia, dan wajib bagi umat Islam menyeru mereka agar meninggalkan organisasi tersebut. Haram hukumnya bagi umat Islam untuk mengangkat atau memilih pemerintah yang berideologi komunis (Abdul Qadir Djaelani, 2000).

Kepada Melayu yang menyertai parti ultra kiasu dan mengiktiraf komunis sebagai wira, bertaubatlah, mudah-mudahan akidah kita terjamin.


Read more...

NGO BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP KHALID GAGAP


KUALA LUMPUR 24 Okt. - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Nambikkai, hari ini membuat laporan polis bagi mendesak siasatan dilakukan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri Besar Selangor berhubung isu pembinaan sebuah kondominium berhampiran kuil Subramaniar, Batu Caves dekat sini.

Presiden Nambikkai, B. Kalai Vanar berkata, Abdul Khalid dipercayai bertindak tidak mengikut enakmen kanun tanah dengan memberi kelulusan secara tidak langsung bagi pembinaan projek itu melalui Majlis Perbandaran Selayang.

“Abdul Khalid telah melakukan kesalahan kerana tidak mengikut penilaian Jabatan Geologi serta telah menceroboh kawasan yang diwartakan untuk diberi kepada pemaju.

“Salah laku beliau ini harus disiasat dan tindakan perlu diambil mengikut akta bersesuaian," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan itu di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini. - UTUSAN

Read more...

MUHYIDDIN: CADANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR TIDAK PRAKTIKAL

>> 22 October 2012



HULU LANGAT: Timbalan Perdana Menteri yang merujuk perkara itu kepada pakar-pakar air Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata penggunaan teknologi tersebut yang dijangka menjangkau lebih RM3bilion di 34 loji di Selangor itu tidak dapat menjamin kualiti air.

Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan negeri Selangor memberi kelulusan untuk melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) untuk menampung keperluan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan yang dijangka meningkat sebanyak 3.5 peratus hingga 4.0 peratus setiap tahun.

"Saya tidak faham kenapa perlu menggunakan teknologi itu untuk menyelesaikan masalah air. Kalau kerajaan negeri yang bijaksana, mereka harus melihat penggunaan teknologi itu bukan jalan penyelesaiannya. Kalau kaji dari segi daya maju, ia tidak berdaya maju kerana daripada segi kosnya menurut pakar, ia adalah lebih tinggi.

"Saya hairan dan takjub kerajaan negeri mahu membincangkan (dengan saya)kerana ia bukan penyelesaiannya," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor di sini, Isnin.

Muhyiddin berkata bekalan air yang disalurkan melalui 34 loji air di Selangor boleh lagi menampung keperluan industri dan penggunaan domestik namun Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka menghadapi krisis air menjelang tahun 2015.

Beliau dimaklumkan bahawa beberapa pemaju perumahan tidak memperoleh sijil layak menduduki (CF) kerana pembekal utiliti tidak bersedia membekalkan air kerana ketiadaan sumber air baru.

"Ini kenyataan dan fakta, sesuatu yang serius. Menteri Besar harus menyelesaikannya secepat mungkin," katanya.

Muhyiddin menegaskan bahawa kerajaan pusat tidak pernah mempolitikkan isu air seperti yang didakwa Khalid kerana ia membabitkan soal keperluan asas manusia.

"Ini soal hidup mati dan soal keperluan asas manusia. Ia tidak harus dipolitikkan. Saya menjelaskan berdasarkan fakta daripada pakar-pakar jurutera air dan ia bukan daripada saya, bahawa situasi adalah kritikal dan ia perlu diselesaikan

"Kerajaan negeri Selangor tidak boleh melengah-lengahkan dan mesti memberi kebenaran agar tiga majlis perbandaran boleh mengeluarkan perintah pembangunan bagi pembinaan Langat 2 demi kepentingan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata Peguam Negera yang diminta untuk menentukan jika ada mana-mana peruntukan dalam Kanun Tanah Negara atau Akta Pengambilan Balik Tanah yang membenarkan kerajaan pusat meneruskan pembinaan Langat 2 demi kepentingan rakyat, masih belum memberi maklum balas kepada beliau. "Walau apapun, saya keluarkan arahan dan kabinet telah setuju tawaran untuk projek ini dikeluarkan kerana kerajaan pusat serius untuk mengatasi krisis air.

Kalau ia tidak diatasi sekarang, satu krisis air serius akan berlaku," katanya.

Muhyiddin berkata 20 syarikat yang berminat telah mengambil borang tawaran tawaran tender bagi membina Langat 2 yang dikeluarkan dan proses pemberian tawaran dijangka diketahui selewat-lewatnya pada Jun tahun depan.

"Kalau projek pembinaan Langat 2 dapat bermula pada tahun depan, ia dijangka akan siap pada 2016 atau 2017 untuk menampung permintaan air yang semakin meningkat," katanya sambil menambah bahawa projek tersebut dilaporkan sudah lewat kira-kira dua tahun. - The Star


Read more...

PECAT KEAHLIAN UMNO JIKA SABOTAJ CALON



Read more...

INI SAHAJA BUKTI YANG MAMPU DINYATAKAN SUARAM MENGENAI SKANDAL SCORPENE?

>> 21 October 2012


Di atas adalah salinan faks dari Perancis yang dikeluarkan Suaram berhubung perbicaraan Scorpene yang sedang berlangsung di Perancis ketika ini. Salinan faks ini dijaja oleh pembangkang sebagai bahan bukti kononnya PM akan dipanggil bila-bila masa sekiranya diperlukan untuk perbicaraan tersebut.

Tetapi sehingga kini Suaram masih tidak mampu membuktikan PM akan dipanggil ke perbicaraan tersebut!

Ini berbeza sama sekali dengan kenyataan kedutaan Perancis yang mengesahkan bahawa tiada langsung wakil Malaysia yang akan dipanggil ke mahkamah Perancis untuk perbicaraan Scorpene.

Faktanya jelas bahawa Suaram tidak mampu langsung mengemukakan individu kumpulan profesional dari Perancis yang mampu mengesahkan PM akan dipanggil ke mahkamah Perancis. Jika surat ini sahaja mampu dijadikan bukti, maka sememangnya jelaslah bahawa Suaram dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tidak tahu membezakan antara bukti dan anggapan.

ps: woi Bard, ini lu kata bukti?!

Read more...

DR RIDHUAN TEE: TIDAK SALAH JADI CINA PISANG

>> 20 October 2012


Perdana Menteri (PM) mengatakan baru-baru ini Malaysia adalah satu-satunya negara di luar China yang mengiktiraf pendidikan Cina sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Perdana Menteri juga menegaskan, ketika menjadi menteri pelajaran, Akta Pendidikan 1996 diwujudkan menggantikan Akta Pelajaran 1961.

Akta Pelajaran 1961 amat ditakuti kerana memberi kuasa penuh kepada menteri pelajaran untuk menukar sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) kepada sekolah kebangsaan. Akta Pelajaran 1996, memberikan signifikan amat besar kepada pendidikan Cina. Kerajaan secara langsung mengiktiraf kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) dan Sekolah Persendirian Cina (SPC) sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan yang bersifat kekal. Belajarlah berterima kasih kepada PM.

Sekadar makluman, selepas 1996, lebih banyak sumber kewangan diperuntukkan pendidikan Cina. Pada masa itu, terdapat 78 sekolah menengah Cina yang memilih untuk mematuhi silibus dan pengajaran kerajaan dan ia menjadi SMJKC, manakala 60 lagi kekal sebagai SPC. Ini tidak termasuk sejumlah hamper 1,300 SJKC yang diterima masuk sebagai sistem pendidikan kebangsaan. Bilangan SJKC terus bertambah setiap tahun melalui bantuan kerajaan sepenuhnya.

Akta 1996 yang lunak ini membolehkan kerajaan memberi bantuan kewangan, fiskal dan sumber perancangan kepada sistem pendidikan Cina. Namun, sedarkah kita bahawa akta ini juga ditentang oleh NGO Cina seperti Dong Jiao Zong, kerana mereka tidak mahu langsung sekolah Cina diganggu-gugat. Mereka mahu beroperasi dengan penuh kecinaan.

PM turut menjelaskan kedudukan terkini permohonan pembinaan sekolah menengah persendirian Cina di Kuantan, Pahang seperti yang dituntut komuniti di kawasan tersebut. Syarat yang dikenakan adalah pelajar-pelajar ini wajib mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan jika pelajar mahu mengambil peperiksaan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), itu terpulang kepada mereka. Kerajaan juga menyediakan peruntukan kira-kira RM100 juta untuk membangunkan SJKC di seluruh negara. Selain itu, kerajaan turut menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar terbaik UEC selain menyelesaikan segera isu kekurangan guru di SJKC. Itupun masih ditentang kerana mereka mahu UEC diiktiraf sepenuhnya tanpa mengambil SPM.

Sebagai timbal balas, PM menaruh harapan melihat masyarakat Cina di negara ini fasih berbahasa Melayu. Persoalannya, bolehkah harapan PM ini dipenuhi oleh komuniti Cina, terutama kumpulan ultra kiasu, setelah kerajaan memberi begitu banyak kemudahan dan begitu bertoleransi.

Tidak ada negara di dunia ini yang begitu bermurah hati dan bertoleransi seperti apa yang negara kita lakukan. Persoalannya, kenapa tidak dihargai? Apa jua cadangan kerajaan untuk penambaikan sekolah Cina adalah ditentang habis-habisan. Toleransi yang tidak ada tolok bandingnya ini masih lagi diterima. Apa yang dimahukan oleh orang Cina? Apakah mereka mahu tinggal di pulau sendiri seperti Singapura dan sasaran mereka hari ini adalah Pulau Pinang.

Lebih memeranjatkan lagi, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan isu pendidikan dan kesaksamaan ekonomi, yang disebut sebagai road map, adalah daya penarik bagi menarik undi masyarakat Cina yang kebanyakannya kini beralih menyokong Pakatan Rakyat (PR). Road map yang dimaksudkan mengiktiraf UEC, seperti kerajaan mengiktiraf sijil dikeluarkan Kolej Tunku Abdul Rahman. Selain itu, terdapat beberapa tuntutan utama lain yang mesti dipenuhi dipenuhi iaitu mengatasi masalah kekurangan guru di SJKC; menghalau keluar guru-guru bahasa Melayu dan Inggeris yang tidak mempunyai kredit mandarin dalam SPM, kesukaran permohonan pendaftaran ahli lembaga pengarah pengelola sekolah Cina, mencinakan penubuhan Sekolah Menengah Chong Hwa Kuantan, meluluskan penubuhan sekolah Cina persendirian Segamat, tambahan peruntukan pembangunan SJKC dan menyediakan rizab tanah sekolah Cina dan peruntukan yang diperlukan untuk membina sekolah.

Kata Saifuddin lagi, sekiranya isu-isu seperti itu berjaya diselesaikan, komuniti masyarakat Cina berkemungkinan besar akan kembali untuk menyokong kerajaan. Persoalan saya, jika semua tuntutan dipenuhi identiti apa yang akan tinggal? Kita membina negara atau membina bangsa? Raikan bangsa majoriti atau minoriti?

Saya harap kerajaan buat audit akaun-akaun NGO-NGO ini termasuk PIBG dan sumbangan hartawan Cina kepada mereka. Percayalah, jutaan wang telah ditaburkan. Maka tidak hairan jika kemudahan sekolah Cina jauh lebih baik daripada sekolah kerajaan kerana sikap dermawan hartawan mereka. 

Perkara yang perlu difikirkan adakah pendidikan dan masa depan boleh dijual beli? Sampai bila kita harus tunduk kepada desakan Cina kerana undi. Apakah kita lebih mementing undi Cina daripada masa depan agama, bangsa dan negara? Jika semua tuntutan ini dipenuhi maka berlakulah proses pencinaan 100 peratus. Mereka lebih cina daripada orang Cina di China. Ini tidak termasuk, proses pencinaan IPTS swasta yang hebat berlaku dan IPTS berasaskan parti politik perkauman. Proses pencinaan berlaku daripada sekolah rendah sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi. Jika semua ini terus dibiarkan berlaku, tidak ada ertinya nama Malaysia, kerana identitiMalay (Melayu) sudah tidak wujud lagi. Yang ada, hanya menonjol hanya Chinesesia.

Hargai toleransi dan sikap murah hati PM. Ini tidak, mereka terus menerus mendesak kerajaan supaya terus mencinakan pendidikan Cina. Mereka langsung tidak memikirkan tentang bangsa majoriti yang semakin hilang identitinya semata-mata meraikan bangsa lain.

Sudahlah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak terdaulat. Hari ini sistem pendidikan tidak menyokong ke arah mendaulatkan bahasa kebangsaan. Peruntukan tahunan sudah menjadi sama rata. Di manakah maksud adil yang sebenarnya? Adil sudah tidak membawa makna meletakkan sesuatu pada tempatnya, tetapi sudah menjadi 1>1. Adilkah namanya?

Saya amat bimbang, tindakan mengalah ini akan menyimpan atau melahir rasa dendam orang Melayu kepada orang Cina. Inilah sebenarnya antara punca peristiwa 13 Mei 1969. Apabila dendam tidak dapat dikawal maka mengamuklah orang Melayu.

Percayalah, jika orang Cina terus mengambil pendekatan tertutup yakni terus mencinakan sekolah Cina, lebih cina daripada negeri Cina. Suatu hari ini orang Cina juga yang akan rugi dan menyesal. Mereka akan ketinggalan. Kecinaan yang keterlaluan tidak akan membawa keuntungan kepada orang Cina, kerana orang Cina tidak tinggal dilubuk sendiri.

Tidak salah menjadi Cina pisang sedikit, sebab kita berada di tempat orang, bukan tempat asal kita dahulu. Saya tidak langsung membantah, jika orang Cina mahu menjadi secina-cinanya jika mereka berada di negara China.

Tetapi hari ini kita berada di Malaysia. Negara yang majoritinya adalah Melayu dan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, bahasa untuk orang Cina berinteraksi dengan orang Melayu adalah bahasa Melayu. Bahasa perpaduan dan integrasi adalah bahasa Melayu. Mustahil orang Melayu akan berkomunikasi dalam bahasa Cina dengan orang Cina. Itupun orang Melayu sanggup korbankan lengkok dan gaya bahasa Melayu semata-mata meraikan orang Cina. Cakap Melayu, berbunyi Cina (slang dan accent).

Penegasan yang sama saya buat dalam forum bulan bahasa di Putrajaya baru-baru ini anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Tidak ada berlaku dalam sejarah dunia, ada negara mengadakan kempen bukan bahasa kebangsaan. Kenapa perlu ada kempen bulan bahasa kebangsaan sedangkan bahasa melayu sudah termaktub dalam perlembagaan. Kita tidak pernah dengar adalah bulan bahasa Siam di Thailand, atau bulan bahasa di negara Perancis, Jerman, Jepun, China, Indonesia dan sebagainya. Bahasa kebangsaan mereka memang sudah terdaulat dan terdarjat. Kenapa kita masih terhegeh-hegeh untuk mendaulatkan bahasa berdaulat dalam perlembagaan ini? Apa masalah kita sebenarnya jika bukan kerana ramai bukan Melayu tidak boleh berbahasa Melayu disebabkan oleh sistem pendidikan perkauman ini?

Pada hemat saya, tidak perlu kempen, buang wang dan tenaga. Wajibkan penggunaannya dan kuatkuasakan serta merta, seperti yang dicadangkan oleh Allahyarham Dato Hassan Ahmad (15.2.2010):

i) Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan negara, bukan bahasa kebangsaan Melayu. Bahasa Melayu mesti digunakan dalam urusan rasmi kerajaan. Justeru, Jawatankuasa Khas hendak dibentuk disetiap Kementerian dan agensi kerajaan serta sektor swasta supaya mendaulatkan bahasa Melayu dalam urusan rasmi. Menteri yang bertanggungjawab wajib memastikan bahasa Melayu digunakan dalam amalan seharian, 

ii) Bahasa Melayu mesti digunakan sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan dari peringkat sekolah rendah hingga pengajian tinggi, 

iii) Bahasa Melayu mesti diajar sebagai mata pelajaran wajib di semua jenis sekolah dan wajib lulus untuk lulus dalam keseluruhan peperiksaan, 

iv) Jika bahasa Inggeris itu menjadi keutamaan, maka bahasa Inggeris hendaklah dijadikan sebagai bahasa kedua yang wajib diambil di semua jenis sekolah, tetapi jangan sampai menenggelamkan bahasa Melayu, v) Di sekolah jenis kebangsaan, tambahan masa bahasa Melayu mesti dilakukan dengan tegas tanpa tunduk kepada ugutan persatuan-persatuan yang terlalu sifat kebangsaan atau ultra kiasu, yakni kumpulan yang tidak mahu mengaku kalah, 

vi) Semua media cetak, elektronik, papan tanda, risalah dan sebagainya mesti mendaulatkan bahasa Melayu berbanding bahasa lain. Tindakan undang-undang dan saman boleh diambil terhadap mereka yang membelakangkan bahasa Melayu, 

vii) Nama-nama Syarikat, Taman Perumahan, dan sebagainya mesti melambangkan identiti bahasa kebangsaan berbanding bahasa lain, 

viii) Malaysia perlu banyak belajar daripada negara jiran seperti Thailand dan Indonesia, bagaimana negara-negara ini mendaulatkan bahasa kebangsaan mereka.

Cadangan yang cukup minima ini mesti diterima. Janganlah kerana tidak mahu menjadi Cina pisang, kita turut mahu mencinakan negara ini. Sikap seperti ini tidak akan membawa kepada pembinaan negara bangsa yang sihat. Tetapi hanya akan menambah luka yang sedia ada. Mungkin ketika itu pemimpin NGO Cina yang ultra kiasu ini, sudah tidak ada lagi. Tetapi yang akan menjadi mangsa adalah generasi yang akan datang. Apakah sanggup kita mangsakan mereka disebabkan oleh tangan-tangan kita hari ini.

Saya mohon maaf kepada orang Cina, jika tersinggung dengan tulisan ini. Saya langsung tidak anti Cina, sebab saya juga adalah Cina. Tidak salah jika kita menjadi Cina pisang atau kita tidak rugi sedikitnya jika kurang sedikit kecinaannya, kerana kita sudah dapat yang sepatutnya kita dapat. Kita boleh mengamalkan semua budaya Cina sama seperti Cina di China. Ekonomipun kita sudah kuasai hampir kesemuanya, walaupun tidak sepenuhnya. Apa lagi yang kita mahu? Kita boleh menjadi Cina totok, di bumi orang lain.

Akhirnya, sudah sampai masanya, seorang menteri khas dilantik untuk menjaga kedudukan bahasa kebangsaan ini dan seterusnya memperkasakan peranan DBP supaya mendapat kuasa sepenuhnya mendaulatkan bahasa kebangsaan. Jika, tidak bahasa Melayu akan merempat di bumi sendiri.

Hati sayu bercampur gundah

Bila melihat bahasa diketepi

Bahasa Melayu bahasa indah

Sayangnya merempat di bumi sendiri


Read more...

TOK GURU BUKA LAWATAN KE SERAMBI TOKONG SEMPENA HARI RAYA HAJI?


Iklan di atas didapati dari sebuah blog bahasa cina yang mempromosikan lawatan ke Kelantan yang berharga RM 325 di bawah kelolaan Durian.fm, sebuah radio berbahasa mandarin.

Dalam pakej ini, peserta akan melawat ke Kuil Buddha berusia 250 tahun dan lain-lain kuil Buddha, Masjid Cina, Muzium dan lain-lain monumen di Kelantan. Paling mengejutkan apabila terdapat slot bertemu Nik Aziz dalam jadual lawatan tersebut!

Persoalannya, melihat kepada tarikh iaitu bermula dari 25 hingga 28 Oktober iaitu ketika umat Islam merayakan Hari Raya Haji, apa gilanya Nik Aziz sibuk merayakan pelawat kafir?

Read more...

BLOGGER SEKS AKAN KENA HALAU DARI RUMAH


PETALING JAYA: Mereka telah menjadi sangat terkenal dalam masa seminggu akibat mempunyai blog seks, tetapi Alvin Tan dan Vivian Lee berdepan beberapa kemungkinan.

Lee, 23, mungkin dihalau keluar dari rumah keluarganya selepas blog "Sumptuous Erotica" yang dikongsi dengan Tan, 24, menjadi tajuk utama dalam beberapa akhbar di sini dan di Singapura.

"Ibu saya memberi saya kata putus sama ada mengahwininya atau keluar dari rumah dalam tempoh sebulan," katanya, sambil menambah dia "sedikit takut" mengenai perkara itu.

Dia baru sahaja lulus ijazah pemasaran dari Universiti Multimedia dan tinggal di Johor Baru bersama ibu dan abangnya.

Tan sedang menghabiskan cuti belajar di National University of Singapore (NUS) dengan ibu bapanya di sini dan pangsapuri yang disewa di Kuala Lumpur. Cutinya ini tidak mempunyai kaitan dengan blog seks.

Lee berkata dengan kebarangkalian yang tipis untuk berkahwin dengan Tan, kerana kedua-dua menganggap diri masih muda dan tidak bersedia untuk komited antara satu sama lain, dia mungkin mengakhirinya dengan tinggal bersama Tan.

"Saya fikir dia boleh bergantung dengan saya. Saya rasa saya boleh memberikan bantuan kewangan," kata Tan semasa temubual panjang dengan radio Kumpulan Media Star di sini, Jumaat.

Kedua-duanya berkata ibu Lee yang juga ibu tunggal tertekan dan telah cuba menghubungi Tan untuk memberi teguran tetapi Tan tidak menjawab panggilan tersebut.

"Ibu saya juga memarahi saya dan tidak mahu memberitahu apa-apa kenyataan kepada akhbar," kata Lee. "Tetapi saya rasa saya menentangnya."

Bagi Tan, pelajar undang-undang dan pemegang biasiswa Asean, dia menghadapi kemungkinan dibuang universiti dan biasiswa dibatalkan selepas gambar bogelnya dan video seks bersama Lee menjadi tajuk utama di republik itu.

Tetapi dia berkata tidak melihat ia sebagai "sesuatu yang besar" jika disingkirkan dari universiti.

Kedua-duanya, Tan dan Lee mahu menceburi bidang perniagaan persembahan dan tidak menolak kemungkinan menjadi pelakon.

Mereka juga mendedahkan bahawa berkongsi gambar intim dan video di internet adalah 'idea bersama'. Lee yang telah memujuk Tan untuk menangkap gambar dan klip bogel antara satu sama lain.

"Kami mula mengambil gambar bogel ketika bertemu kali kedua," kata Tan.

"Kami menghabiskan cuti di sebuah hotel di P.Pinang dan dia telah berbogel.

"Dia bertanya kepada saya jika saya mahu mengambil gambar (bogel) dan saya menganggapnya sebagai suka-suka," kata Tan, yang berkata dia tidak melakukan seks sejauh ini dengan bekas teman wanitanya.

"Kebanyakan adalah pengecut. OK, saya tarik balik. Mereka tidak mencabar," katanya.

"Melakukan perkara-perkara seperti 'bungee-jumping' atau terjunan udara adalah perkara biasa," katanya. "Saya mahu bergaul dengan orang-orang yang telah melakukan perkara-perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini."

Dengarkan pra-rakaman temubual dengan pasangan ini di Red FM (104.9) dan Capital FM (88.9) pada pukul 2 petang hari ini.

Pendengar di Lembah Klang juga boleh mendengarnya melalui stesen berbahasa Cina 988FM (98.8) pada pukul 7.30 pagi, Selasa.

Stesen radio kumpulan media The Star Red FM, Capital FM dan 988 FM turut membawakan beberapa topik termasuk:

- Bagaimana mereka bertemu dan bagaimana dia obses dengan wanita bernama 'Vivian'.

- "Alvin mempunyai 'keterujaan' untuk nama Vivian. Kami bertemu melalui "kawan atas kawan" di Facebook, dan Alvin telah menjadikan saya sebagai kawannya." - Vivian

Mengenai rakaman video seks.

"Ia sebenarnya terdapat lebih banyak. Seks lebih ghairah yang kita ada tidak direkodkan. Ia sebenarnya seperti kerja" - Alvin

- Bagaimana jika ia adalah anak-anak mereka menyiarkan video seks?

"Saya tidak akan menggalakkan mereka secara langsung, tetapi saya akan menggalakkan mereka untuk menyerlahkan apa jua bakat atau minat mereka." - Alvin

- Adakah dia menyesal apa-apa ini?

"Kami hanya akan menyesali perkara yang kami tidak melakukannya. 20 tahun dari sekarang, saya akan melihat kembali zaman 20-an saya dan saya berfikir bahawa saya adalah begitu menakjubkan. "-. Alvin


Read more...

DR. RIDHUAN TEE NAIK ANGIN LAGI


Seorang pensyarah berjawatan professor madya, yang dilantik oleh parti ultra kiasu sebagai senator, mengeluarkan pendapat, dalam satu forum bersama tiga panel ultra kiasu bukan Islam di Pulau Pinang pada 2 Oktober 2012, langsung tidak mencerminkan watak sebagai seorang intelektual, dan amat naïf ilmunya tentang Islam, yang disiarkan dalam laman webmalaysiakini.

Beliau mempertikaikan kedudukan Sekolah Agama yang telah wujud sekian lama mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan (Perkara 11). Sekolah Agama dikatakan menjadi punca polarisasi kaum, kerana melahirkan pemikiran pelajarnya tertutup atau jumud, sehingga boleh menimbulkan masalah dalam masyarakat berbilang kaum. Beliau mendakwa, sekolah ini hanya mendokmakan isu halal dan haram sahaja serta menjadi sarang kempen hudud dan negara Islam. Persoalannya, pernahkah beliau membuat kajian dan pergi ke sekolah agama? Bentangkan dapatannya? Kenapa tidak mempertikaikan sekolah vernakular, sekolah swasta dan parti yang diwakilinya yang menjadi sarang perkauman?

Kenapa beliau tidak mempertikaikan desakan Persatuan Agama Buddha, Hindu, Kristian, Taoisme dan Sikh yang mahukan sekolah agama-agama lain turut didirikan? Adakah desakan sedemikian tidak menyebabkan polarisasi? Pembacaan cetek beliau menjadikan saya terfikir layakkan senator ini mengajar di sebuah universiti tentera?

Adakah George Bush dan Donald Rumsfeld belajar agama, sehingga sanggup membunuh puluhan ribu umat Islam di Iraq suatu ketika dahulu? Begitu juga dengan presiden Amerika sebelum dan selepas itu. Siapakah yang menghalalkan darah umat Islam? Bagaimana pula dengan golongan pelampau yang ada pada hari ini dari kalangan bukan Islam, adakah mereka ini datang dari sekolah agama? Kenapa sekolah agama dan agama Islam yang menjadi sasaran? Lebih pelik lagi kenapa PAS membisu seribu bahasa? Adakah kerana sepakatan? Ingatan saya kepada PAS, jangan biarkan Islam dihina. Amaran Shahnon Ahmad memang tepat. Ultra kiasu tidak boleh dipercayai kerana mereka adalah musuh Islam.

Menghina dan memperkecilkan sekolah agama yang diibaratkan sebagai ‘time bomb’ adalah kenyataan amat kurang ajar, apatah lagi jika mengakui dirinya Islam. Ternyata pengetahuan senator ini terhadap sekolah agama amat cetek, apatah lagi pengetahuan Islamnya. Lagi pula, sepanjang saya berada di universiti, saya tidak pernah melihat senator ini pergi ke masjid, apatah lagi berjemaah. Mungkin beliau sembahyang di dalam bilik sendirian, termasuk solat Jumaat bersendirian.

Senator ini gagal memahami maksud equity danequality. Equity bermakna keadilan, memberikan kepada yang berhak. Manakala equality adalah persamaan yang dijamin dalam perlembagaan kepada semua warganya. Keistimewaan Islam memang tidak boleh dinafikan sama sekali, kerana ada timbal balik kepada agama lain jua dari segi hak mereka. Jemputlah ke kelas saya jika tidak faham.

Tuduhan yang mengatakan sekolah agama hanya mendokma perkara halal haram menyeleweng sama sekali. Dalam Islam terlalu banyak isu halal berbanding haram. Bagaimana kenyataan ini boleh keluar daripada senator mengaku Islam? Saya harap Melayu lain yang berada dalam parti ultra kiasu menyedari hakikat ini. Keluarlah daripada parti anti Islam seperti yang dilakukan oleh bekas senator sebelum ini. Parti ini boleh menjejaskan akidah senator itu. Bimbang nanti, jauh dari syurga.

Pandangan senator ini tidak mencerminkan bahawa beliau pernah membuat kajian tentang sekolah agama yang mengajar soal tauhid, akidah, syariah, muamalah dan banyak lagi cabang ilmu. Ini tidak termasuk gabungan antara ilmu agama dengan ilmu sains, yang dikenali sebagai kesepaduan ilmu (integrated knowledge) yang sedang berlaku di sekolah agama.

Inilah berjayanya ultra kiasu mempergunakan orang Islam untuk menghentam dan menghina agama Islam sendiri. Kajian demi kajian oleh beberapa sarjana menunjukkan pelajar Islam sekolah agama Islam lebih terbuka dan tidak ada masalah langsung untuk berinteraksi dengan orang bukan Islam. Malah, mereka dengan mudah menerima kehadiran sekolah vernakular. Berbanding produk sekolah vernakular dan sekolah swasta yang amat sukar sekali untuk berinteraksi dengan orang Melayu dan menerima kehadiran sekolah agama.

Kerana apa? Jawapannya, dalam Agama Islam, kita diajar menghormati agama bukan Islam dan hak mereka. Sehingga dalam peperangan sekalipun, Islam mengajar kita menjaga hak mereka. Kita hanya berperang dengan orang yang menyerang. Kita tidak dibenarkan membunuh dengan sewenang-wenang seperti orang tua, wanita, kanak, rumah berhala, merosakkan alam sekitar dan sebagainya, walaupun tidak seagama.

Sejarah membuktikan bahawa orang Melayu begitu mudah menerima penghijrahan besar-besaran orang bukan Melayu ke negara ini, ketika negara-negara Asia Tenggara menolak? Tanyalah orang Siam, Nyanmar, Indonesia, Filipina dan sebagainya, kenapa bilangan bukan bangsa mereka terlalu sedikit, berbanding bukan Melayu di negara ini? Jawapannya, faktor agama Islamlah yang menjadi Melayu lembut dan begitu bertoleransi menerima kehadiran mereka.

Jika ditakdirkan orang Melayu tidak memeluk Islam, masih lagi menganut ajaran bukan Islam, sudah lama bukan Melayu yang datang berhijrah telah dihalau lebih awal lagi? Kenapa tidak menghargai toleransi Melayu Islam? Kenapa Islam dimangsakan? Ternyata, senator ini amat jahil dan tidak tahu betapa mulianya agama Islam dalam meraikan orang lain. 

Tidakkah beliau sedar bagaimana peranan golongan agama memerdekakan tanah air tercinta ini? Adakah nama-nama seperti Tok Kenali, Tok Janggut dan sebagainya datang dari sekolah di Amerika? Jika produk sekolah agama itu yang menjadi masalah kepada masyarakat dan negara, sudah tentu orang agama atau para mufti yang kebanyakan produk sekolah agama mengisytiharkan perang terhadap bukan Islam yang berhijrah ke negara ini. Kenapa sikap para mufti dan para ulamak begitu lunak dengan bukan Islam?

Saranan kepada senator tersebut, jika jahil belajarlah. Masjid terlalu dekat dengan bilik beliau. Berkunjunglah ke masjid. Sekurang-kurang tidaklah gagap membaca al –Quran dan dapat memahami isi kandungannya. Jika bukan kita mempertahankan Islam dan hukum Islam, nak harap siapa lagi?


Read more...

SEMEMANGNYA JASA TENTERA TIDAK DIKENANG PAKATAN RAKYAT


Penulis blog ini berpendapat bahawa perbelanjaan kepada anggota tentera yang bertugas di sempadan perairan Sabah dan Filipina sebagai satu pembaziran kerana tugas mereka kini lebih mudah dengan perjanjian damai yang dimeterai antara kerajaan Filipina dan MILF. Tetapi penulis blog ini juga mungkin terlupa bahawa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Jangan dipandang rendah kepada pengorbanan anggota tentera kerana sedang kita tidur nyenyak di waktu malam, bersuka ria bersama keluarga dan makan di restoran mewah mereka sentiasa berwaspada menjaga keselamatan kita tanpa mengira siang atau malam.

Read more...

LIM KIT SIANG PERNAH HALAU MELAYU DARI KAMPUNG BARU

>> 19 October 2012

Lim Kit Siang pemimpin kafir kesayangan orang PAS

Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang melenting apabila parti itu didakwa diresapi elemen-elemen komunis sementara PAS pula dipengaruhi unsur-unsur organisasi penganas Jemaah Islamiah.

Reaksi spontan Kit Siang terhadap kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin dalam Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen 19 Julai lalu harus difahami dalam konteks sejarah penubuhan DAP dan kaitan parti itu dalam rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Bagi golongan muda yang tidak melalui peristiwa berdarah 43 tahun lalu mungkin tidak begitu mengerti mengapa tokoh veteran DAP itu amat marah terhadap dakwaan tersebut, tetapi generasi yang melihat dengan mata kepala mereka sendiri tragedi paling dahsyat dalam sejarah negara itu sudah tentu memahami sebab musabab reaksi cacing kepanasan beliau.

Sejarah awal penubuhan DAP mempunyai kaitan rapat dengan Parti Tindakan Rakyat Singapura (People’s Action Party – PAP ) yang di tubuhkan pada tahun 1954.

Antara pelopor awal PAP ialah Lee Kuan Yew yang bertindak sebagai setiausaha agung parti itu.

Sejurus Singapura berpisah daripada Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti itu di negara ini dibatalkan sebulan kemudian.

Maka untuk meneruskan agenda PAP yang 100 peratusnya adalah pro-Cina, Devan Nair, ahli parlimen Bangsar ketika itu berusaha menghidupkan kembali parti itu dengan mendaftar sebuah parti baru dipanggil Parti Tindakan Rakyat tetapi ditolak oleh pendaftar pertubuhan kerana mempunyai persamaan dengan PAP dari segi nama.

Devan Nair lalu menukar nama tersebut kepada Parti Tindakan Demokratik atau Democratic Action Party (DAP) yang diluluskan secara rasmi pada 19 Mac 1966.

DAP yang baru ditubuhkan itu dipelopori pula oleh Kit Siang yang dikatakan mempunyai pertalian famili dengan Kuan Yew yang berasal dari Batu Pahat, Johor.

Dari segi lambang parti, prinsip perjuangan dan cara berpolitik, tidak ada bezanya antara DAP di Malaysia dan PAP di Singapura.

Maka tidak hairanlah sehingga ke hari ini generasi pemimpin baru DAP seperti anak Kit Siang, Lim Guan Eng meneruskan tradisi berkiblat kepada PAP terutamanya setelah parti itu memerintah Pulau Pinang.

Bukankah Guan Eng sendiri mengaku bahawa beliau sering melakukan lawatan ke Singapura setiap dua minggu untuk bertemu mentor besar DAP, Kuan Yew serta mendapatkan arahan-arahan spesifik berhubung gerakan kerja politik parti itu di Malaysia?

Apabila DAP dan Gerakan (ketika itu masih menjadi pembangkang) menang besar di Selangor pada pilihan raya umum tahun 1969, kedua-dua parti itu menjadi besar kepala.

DAP menggunakan kebebasan bersuara tanpa batasan dan kawalan untuk mengutuk dan menghina bangsa Melayu dengan kata-kata kesat dan mengaibkan dalam perarakan besar-besaran di Kuala Lumpur dengan membawa sepanduk dan pembesar suara.

Baru sahaja 12 tahun kaum Cina diberi taraf kerakyatan penuh melalui dasar ‘jus soli’ sebagai salah satu syarat utama Inggeris untuk kemerdekaan, orang Cina sudah naik tocang.

Menurut Laporan rasmi Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan oleh Almarhum Tun Abdul Razak Hussein, tindakan DAP mengadakan perarakan jalanan meraikan kemenangan mereka dengan menghambur sentimen perkauman terhadap bangsa Melayu menjadi pencetus kepada rusuhan kaum yang menelan korban lebih 2,000 nyawa.

Sehari setelah melenting, Kit Siang bertukar nada dengan mengatakan parti itu ingin bekerjasama dengan Barisan Nasional untuk menghindari tragedi 13 Mei berulang.

Tujuannya ialah untuk menutup dosa besarnya sebagai pengerak utama 13 Mei dan membasuh tangannya yang berlumuran darah rakyat tidak berdosa yang didalangi tidak lain tidak bukan oleh Kit Siang sendiri.

Slogan yang dicanang oleh Kit Siang dan pemimpin DAP Cina lain pada perhimpunan dan perarakan mereka yang menjurus kepada peristiwa berdarah 13 Mei ialah “Malai si” yang bermakna “Mati Melayu”.

Pada 11 Mei penyokong DAP berteriak:

“Apa polis boleh buat, kita raja. Buang sama polis Melayu.”

Di Jalan Bukit Bintang pada hari yang sama, DAP melaung:

“Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan.”

Di Jalan Changkat Dollah pula mereka mengapi-apikan bahawa:

“KL sekarang Cina punya.”

Sehari kemudian pada 12 Mei di Jalan Ipoh dan Jalan Tunku Abdul Rahman, penyokong DAP menjerit:

“Melayu balik kampung, Melayu sekarang tidak ada kuasa. Sekarang kita Cina sudah ‘control’.”

Malah sejarah mencatat kenyataan angkuh Kit Siang sendiri di Jalan Khir, Kampung Baru, di hadapan orang Melayu ini denga berkata:

“Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu, sekarang kita sudah ada kuasa.”

Keesokan harinya pada 12 Mei di hadapan Balai Polis Jalan Pudu, penyokong Cina DAP terus melaungkan:

“…semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

“Apa ini Melayu, kita sudah perintah, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau.”

Hari yang sama mereka juga mengutuk bangsa Melayu di Jalan Canvel:

“Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.”

Di Jalan Bukit Bintang, DAP pula berkata;

“Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”

Hakikatnya, DAP tidak akan bertukar menjadi sebuah parti yang memperjuangkan hak-hak orang bangsa Melayu dan pribumi kerana sikap rasis dan perkauman tebal sudah menjadi darah dagingnya. - ob21

Read more...

IBU BAPA BENGANG DENGAN AKSI PELAKU VIDEO SEKS


PETALING JAYA: Bodoh, memalukan dan mementingkan diri sendiri. Ini adalah ungkapan yang digunakan oleh ibu bapa untuk menggambarkan perasaan mereka terhadap pasangan blog seks, Alvin Tan dan Vivian Lee.

Bapa kepada seorang gadis berusia 20 tahun berkata dia akan akan 'memandulkan' Tan jika anak perempuannya adalah teman wanitanya pelajar undang-undang itu.

Reaksi itu tidak mengejutkan dan jelas memberi penekanan terhadap nilai-nilai moral generasi lebih tua yang berbeza berbanding orang-orang muda.

"Saya akan memandulkannya kerana saya fikir apa yang telah dilakukan adalah sama sekali tidak boleh diterima.

"Dia adalah pengaruh buruk kepada orang muda," kata pengamal media Warren Wong, 50.

Ketua Biro Aduan MCA Datuk Seri Michael Chong, yang telah banyak mengendalikan kes-kes yang melibatkan ketidaksopanan seksual, mendapati pasangan yang menyiarkan gambar dan video mereka mengadakan hubungan seks di blog sebagai pelik dan menyifatkan tindakan mereka sebagai "bodoh".

"Ia memalukan keluarga mereka, saudara-mara dan rakan-rakan. Saya berasa sangat simpati terhadap ibu bapa mereka. Bagaimana mereka akan menghadapi orang lain sekarang?

"Saya sendiri malu dan tidak mahu melihat gambar atau menonton video itu walaupun beberapa orang telah menyuruh saya berbuat demikian," kata Chong, 64, bapa kepada tiga orang anak perempuan berusia lingkungan 20-an.

Beliau turut tertanya-tanya jika pasangan itu berada di bawah pengaruh dadah apabila mereka merakam dan menyiarkan video perbuatan seksual mereka kerana, "adalah sukar untuk mempercayai bahawa sesiapa yang mempunyai fikiran yang waras akan melakukan perkara seperti ini".

Datin Noor Azimah Abdul Rahim, ibu kepada empat remaja berumur 14 hingga 19 tahun, berkata blog tersebut memberi penghinaan kepada ibu bapa pasangan itu dan akan menyebabkan rakyat mempersoalkan kaedah didikan keibubapaan.

"Semua ibu bapa membesarkan anak-anak mereka dengan harapan anak mereka akan akan memberi penghormatan kepada keluarga.

"Apa yang Alvin dan Vivian telah lakukan adalah mengejutkan, dan jelas mereka tidak berfikir tentang akibat daripada tindakan mereka yang akan memberi kesan kepada keluarga mereka," kata Noor Azimah.

Ahli Perniagaan Caleb Lee, 52, yang mempunyai seorang anak perempuan dan lelaki remaja, meminta pasangan itu untuk meletakkan diri di tempat ibu bapa mereka.

"Sebagai ibu bapa sendiri, saya tidak boleh bayangkan bagaimana sedihnya mereka.

"Jika saya bertemu Alvin dan Vivian, saya akan bertanya kepada mereka, jika peranan anda dengan ibu bapa anda telah diterbalikkan, atau jika ibu bapa anda yang menyiarkan gambar dan video itu, anda masih boleh berbangga dengan apa yang anda lakukan? ". - The Star

Read more...




  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP