SELANGOR MENERIMA 1300 SAMAN PENGGUNA AIR

>> 29 September 2012



Read more...

NGEH KOO HAM YANG TERLEBIH PANDAI MENGENAI BR1M



Ini kenyataan seorang pemimpin yang terlebih pandai dari DAP. Ngeh berpendapat bahawa kenaikan BR1M tidak wajar dan BR1M sebenar sama sekali tidak wajar diberikan kepada rakyat.

Hanya ada dua perkara yang menampakkan kebodohan Ngeh iaitu:

1. Pembentangan belanjawan menunjukkan BR1M tidak dinaikkan. Jadi berkemungkinan besar apa yang dikatakannya ini sekadar hentam kromo sahaja.

2. Ngeh Koo Ham tiada hak untuk menafikan hak rakyat untuk menerima BR1M. Ramai rakyat Malaysia berpendapatan rendah dan memerlukan wang tersebut. Jadi Ngeh jangan samakan pendapatannya sebagai seorang ahli Parlimen dan Peguam dengan sebahagian rakyat Malaysia yang berpendapatan sebagai kerani, pekerja kilang dan peniaga kecil.

Sekiranya kenyataan Ngeh Koo Ham bahawa konsep pemberian BR1M kepada rakyat tidak betul, jadi saya mencabar agar semua ahli DAP tidak memohon BR1M dan sesiapa yang pernah menerima memulangkan kembali wang tersebut.

Read more...

MAJLIS PERBANDARAN JANGAN JADI EJEN SABOTAJ RAKYAT


Saya mendapat maklum balas dari segelintir peniaga Ampangan berkenaan arahan yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) sempena lawatan PM ke Seremban esok. Isu ini berkenaan peniaga-peniaga Pasar Malam Ampangan yang tidak berpuas hati kerana diarahkan menutup gerai dan dilarang sama sekali berniaga di tapak mereka di Ampangan. 

Pasar malam tersebut beroperasi pada hari Jumaat sekitar waktu 4 petang hingga 10 malam. Pasar malam tersebut dikelolakan oleh Persatuan Gerak Bumi Seremban (PGBS). Seperti yang diketahui juga, pasar malam tersebut telah beroperasi selama lebih 20 tahun.

Pada hari mesyuarat antara PGBS dan MPS pada minggu lalu, MPS mengarahkan PGBS agar menutup operasi pasar malam sempena lawatan PM ke Seremban. Ini kerana seperti yang diketahui, lokasi Pasar Malam tersebut hanya bersebelahan dengan lokasi tapak program lawatan PM.

Perkara ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peniaga kerana mereka tidak dapat mencari pendapatan. Maklumlah, ada di kalangan mereka yang berniaga seminggu sekali dan betul-betul mengharapkan pasar malam pendapatan dari perniagaan seminggu sekali itu untuk menampung keluarga.

Semasa mesyuarat, PGBS telah menyatakan perkara tersebut banyak kali tetapi pihak MPS dilihat masih berkeras. Pelbagai alasan diberikan MPS tetapi kesemuanya tidak munasabah.

Pada petang tadi saya sempat menjengah ke lokasi pasar malam. Peniaga-peniaga pasar malam dilihat berkeras dan tetap berniaga.

Seharusnya pertelagahan ini boleh diselesaikan dengan cara yang lebih baik dan berhemah. Program PM hanya berlangsung pada esok hari. Manakala pasar malam beroperasi pada malam ini. Jadi dimanakah perselisihan antara kedua-dua acara ini?

Seperti yang dilaporkan peniaga, pihak MPS juga gagal mengeluarkan pekeliling mengarahkan agar pasar malam ditutup. Arahan hanya dikeluarkan secara lisan. Jadi wajarkah arahan ini dipatuhi?

Janganlah kerana terlalu ghairah menyambut kedatangan PM segelintir rakyat terpaksa berputih mata. Seharusnya MPS bersikap lebih matang dalam menyelesaikan situasi ini di masa hadapan.

Read more...

AHLI PARLIMEN PENAKUT SEKADAR MAMPU MELALAK DALAM AKHBAR MAYA

>> 28 September 2012


Din Pudu yang menimbulkan isu mengenai Rapid Pengerang yang dikatakan memberikan pelbagai masalah alam sekitar kepada negara hai ini menyatakan bahawa pelbagai fakta akan didedahkan tidak lama lagi.

Sebelum ini Pakatan Rakyat ada merancang untuk mengadakan demo di Pengerang berhubung isu ini. Aktivis-aktivis bermuka-muka tajaan Pakatan Rakyat dijemput untuk memeriahkan suasana yang dijangka tidak akan meriah kerana sebelum ini demo yang hampir serupa di Lynas, Pahang gagal mencapai sasaran penganjur.

Din Pudu telah dicabar oleh ahli Parlimen Pengerang supaya berdebat mengenai isu ini. Tetapi sehingga ke hari ini Din Pudu masih tidak memberikan jawapan. Perkara yang mampu dilakukan Din Pudu hanyalah melalak di akhbar maya puak Khawarij iaitu Haprakah Daily.

Tetapi Din Pudu langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi untuk berdepan dengan ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Haji Othman.

Sampai bila agaknya Din Pudu mahu menyorok di belakang akhbar maya?



Read more...

AZMIN AISKRIM KATA KHALID GAGAP MB BERMASALAH


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mempertahankan S. Manikavasagam sebagai pemimpin yang berjasa selepas Ahli Parlimen Kapar itu menyelar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar yang bermasalah.

Azmin yang juga Ketua PKR Selangor berkata aduan Manikavasagam terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Selangor itu harus diperhalusi demi mencari penyelesaian yang memuaskan.

"Perkara ini harus dihalusi. Aduan harus diteliti dengan melihat kepada tanggungjawab jabatan dan kerajaan untuk mencari jalan penyelesaian,” kata beliau.

Azmin yang sebelum ini dilaporkan mempunyai hubungan renggang dengan pejabat Khalid berubah nada kali ini dengan mempertahankan Menteri Besar itu daripada tuduhan-tuduhan Manikavasagam.

Tuduhan-tuduhan itu berpaksi kepada dakwaan Khalid jarang turun padang untuk menyelesaikan masalah rakyat yang bertimbun seperti banjir dan pemberian hak milik tanah kepada penduduk kampung.

Manikavasagam yang juga Pengerusi Biro Aduan PKR turut kesal kerana sejak dua bulan lalu kerajaan negeri gagal memberikan peruntukan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk disalurkan kepada golongan kurang upaya.

Beliau juga kecewa kerana Khalid tidak meluangkan masa untuk berjumpa dengannya walaupun Kapar adalah kawasan Parlimen terbesar di Selangor dan menghadapi pelbagai masalah yang belum diselesaikan.

Azmin berkata keluhan Manikavasagam bahawa beliau hanya diberikan tiga minit untuk berjumpa dengan Khalid bagi menyuarakan masalahnya harus dilihat dalam konteks yang betul. 

“Itu pertemuan peribadi di antara seorang pemimpin dengan pemimpin yang lain jadi saya tidak boleh mengulas mengenai pertemuan itu,” kata beliau.

"Yang penting, MB memberi peluang kepada semua pimpinan dalam Pakatan Rakyat untuk bertemu dengan beliau untuk menyampaikan pandangan dan nasihat serta cadangan. Mungkin pertemuan itu singkat, tetapi boleh disusuli dengan nota, memorandum yang boleh disusuli dan diteliti oleh Menteri Besar dan jabatan berkenaan,” tambah beliau.

Setiausaha Perhubungan PKR Negeri Shuhaimi Shafiei akur wujudnya tuduhan terhadap Khalid bahawa beliau tidak meluangkan masa cukup untuk berjumpa dengan wakil rakyat.

Namun beliau mendakwa ia adalah masalah lampau yang sudah diperbetulkan.

"Saya pernah ada dengar sebelum ini tetapi yang baru-baru ini tidak ada. Saya ingat ini adalah isu tiga tahun dulu sekarang tidak ada isu ini.

"Kita bermesyuarat hampir setiap minggu dengan MB jadi apa juga isu rakyat boleh dibangkitkan setiap minggu," kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda.

Dalam wawancara dengan Antarapos, Manikavasagam membayangkan pemimpin negeri tertentu termasuk Khalid tidak menyukainya kerana lantang bersuara mengenai masalah rakyat.

Justeru beliau perlu bersedia menghadapi kemungkinan digugurkan sebagai calon bagi PRU ke 13 namun bertekad tidak akan lompat parti.

Bagaimanapun Azmin berpendapat Manikavasagam harus dikekalkan kerana mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang.

“Kita belum lagi membuat keputusan muktamad tentang mana-mana individu sama ada terus kekal atau digugurkan. Namun saya percaya YB Mike boleh membantu kerajaan dan parti untuk terus mengangkat martabat kaum India di Selangor dan seluruh negara,” kata Azmin.  - Antara Pos

Read more...

RAMALAN: PAS AKAN MENERIMA KESAN PALING TERUK PRU 13

>> 27 September 2012



Read more...

USTAZ KAMAL SAIDIN: PAS YANG KESIAN...



Read more...

DAP KEBAL. PKR TERPAKSA BERKORBAN



Isu Mansor Othman mengutuk Lim Guan Eng dalam rakaman yang didedahkan menimbulkan pelbagai spekulasi. Dalam perkara ini seperti yang dilaporkan media, Mansor Othman menafikan rakaman tersebut dan disiasat oleh lembaga disiplin PKR.

Dalam sidang media pula dapat dilihat bagaimana wajah kepura-puraan Lim Guan Eng yang cuba menyorokkan perasaan sebenar.

Agak menghairankan apabila siasatan tidak dibuat secara menyeluruh. Mansor Othman disiasat manakala Lim Guan Eng masih ibarat raja.

Dalam isu ini timbul persoalan bahawa sejauh manakah siasatan ini.

Pertamanya, rakaman tersebut pastinya dirakam oleh puak-puak mereka sendiri. Malah dari rakaman itu suara Mansor Othman amat jelas. Jadi orang tersebut pastinya duduk berhampiran dengan Mansor Othman pada waktu rakaman itu diambil. 

Siapa yang mampu duduk sedekat Mansor Othman ketika bercakap mengenai hal peribadi dan luahan perasaan seperti rakaman itu? Pastinya orang kepercayaan Mansor Othman sendiri. Ini bermakna kisah pagar makan padi sememangnya tiada kesudahan dalam PKR.

Sekiranya terbukti bahawa rakaman tersebut adalah benar, adakah DAP akan menyiasat Lim Guan Eng seperti dakwaan Mansor Othman iaitu sombong dan bongkak?

Jawapannya sampai mati pun Lim Guan Eng tidak akan disiasat. Inilah situasi di dalam Pakatan Rakyat yang sentiasa berat sebelah.

Sungguh pun PKR dikatakan paling dominan dalam Pakatan Rakyat kerana Anwar Ibrahim bakal calon PM tetapi terbukti siapakah sebenarnya yang paling dominan dan berkuasa.

Di waktu ini ada blogger pro DAP yang menggesa Mansor Othman letak jawatan dan PKR dibuang dari Pakatan Rakyat. Tetapi kebodohan PKR makin terserlah apabila tiada seorang pun yang mempertahankan Mansor Othman dalam hal ini. Malah ada pula di kalangan ahli PKR sendiri yang cuba mendesak Mansor Othman dalam isu ini.

Sepatutnya Pakatan Rakyat Pulau Pinang mempertahankan Mansor Othman kerana berdarah tempatan. Sebaliknya paling menghairankan apabila Pakatan Rakyat Pulau Pinang lebih senang mempertahankan orang luar yang ditendang keluar dari Melaka.

Read more...

TAHALUF SIYASI - UMNO MENDAHULUI PAS



Read more...

PAKATAN RAKYAT ADALAH PEMBELOT?

>> 26 September 2012


Suaram, Bersih, Malaysiakini dan beberapa pertubuhan mengakui menerima dana asing dari luar negara. Dana asing itu seperti yang diketahui didalangi oleh penyangak mata wang dunia yang berbangsa Yahudi dan pro Zionis iaitu George Soros. Tetapi masih ada lagi dana yang diterima pertubuhan-pertubuhan ini yang perlu dipersoalkan kerana ianya masih tidak diketahui penyumbangnya hingga kini.

Maka pertubuhan-pertubuhan ini pastinya menjadi dalang dalam menjatuhkan sesuatu institusi kerajaan yang sedia ada. Kemudiannya peranan mereka berkembang kepada pembentukan kerajaan baru yang pastinya akan mengikut acuan penyumbang-penyumbang dana. Apa yang pasti, sistem beraja yang diamalkan Malaysia akan terhapus kerana acuan mereka merujuk kepada sistem republik di bawah panji "demokrasi".

Ini juga semakin membenarkan kata-kata yang dikeluarkan oleh seorang bekas ahli DAP yang bernama Razali yang menyatakan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Malaysia banyak perkara akan berubah. Tiada lagi Islam sebagai agama rasmi, orang Melayu akan dipinggirkan, Raja dan Sultan kehilangan kuasa dan Malaysia akan membuka pintu yang luas kepada musuh-musuh Islam seperti Israel.

Walaupun kata-kata Razali ini seperti sembang orang di kedai kopi, tetapi semakin hari semakin terbukti kata-katanya. Satu persatu kejahatan kumpulan penyokong sistem "republik" didedahkan. Inilah contoh terbaru apabila pertubuhan-pertubuhan yang gemar menimbulkan huru-hara ini menerima dana asing untuk memenuhi agenda menggulingkan kerajaan sedia ada.

Pakatan Rakyat pula dilihat mempunyai hubungan yang teramat istimewa dengan pertubuhan-pertubuhan ini. Malah seperti yang diketahui Pakatan Rakyat akan menjadi penganjur bersama dalam apa sahaja program melibatkan pertubuhan-pertubuhan ini seperti Perhimpunan Bersih.

Jadi bolehlah Pakatan Rakyat dan pertubuhan-pertubuhan ini diklasifikasikan sebagai "satu bakul". Serupa sahaja, nama sahaja lain-lain.

Persoalannya, adakah mereka ini masih tidak boleh dirujuk sebagai penderhaka negara?

Di mana-mana negara tidak kira samada di Singapura, Indonesia, Thailand mahu pun Amerika, mereka ini akan menerima hukuman berat. Malah perbicaraan terhadap mereka ini akan dilakukan dengan penuh ketat dan berat sebelah. Jika di China, mereka ini telah pun lama menemui ajal dihukum hukuman tembak.

Dalam hal ini KDN seharusnya tidak perlu berlembut lagi. Telah terbukti bahawa bibit-bibit perjuangan mereka ini menyimpang jauh dari dasar yang diamalkan Malaysia sejak bertahun. Seharusnya operasi mereka dihentikan serta-merta sementara siasatan dijalankan. 

Dalam hal ini media-media pembangkang dilihat melompat menyerang tidak tentu hala mempertahankan perkara ini. Terbaru Tun Mahathir menjadi mangsa serangan konon-kononnya meminta bantuan dari George Soros beberapa tahun lepas. Tetapi kisah tersebut sama sekali tidak disertakan dengan bahan bukti melainkan sekeping gambar Tun Mahathir dengan George Soros yang berkurun lamanya. Tetapi menghairankan apabila penyokong pembangkang masih boleh mempercayai kisah tersebut bulat-bulat walaupun kisah tersebut terlalu banyak boleh dipertikaikan kesahihannya.

Sekarang ini cuba kita bertanya kembali, wajarkah kerajaan melayan tuntutan yang dikemukan pertubuhan ini seperti 8 tuntutan Bersih dan hak bebas LGBT? Wajarkah kerajaan mengiktiraf mereka sebagai "pertubuhan" dan membenarkan mereka bersuara sewenang-wenangnya?

Read more...

PRO-ASPIRASI TAWAN USM


PULAU PINANG 26 Sept.- Kumpulan proaspirasi mencatat kemenangan besar apabila memenangi 25 daripada 29 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya kampus bagi Universiti Sains Malaysia (USM) selepas keputusan diumumkan sebentar tadi.

Keputusan itu menjadikan kumpulan proaspirasi menguasai 40 daripada 45 kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang ditawarkan termasuk menang tanpa bertanding 15 kerusi pada hari penamaan calon.

Keputusan itu menyaksikan proaspirasi melebarkan penguasaan berbanding 24 kerusi yang dimenangi pada PRK 2010-2011. - Utusan Malaysia

Read more...

AZALINA CABAR DIN PUDU BERDEBAT



Read more...

SAKMANGKOL MUNGKIN TERLUPA BANYAK PERKARA...


Sakmangkol mengeluarkan artikel bertajuk "Mengundi UMNO itu bukan Wajib Hukumnya". Dalam artikel tersebut, Sakmangkol mengulang-ulang isi basi yang seringkali digunapakai dalam blognya. Segala bentuk sindiran tiadak  setaraf dengan imej seseorang bergelar "Datuk" dilemparkan kepada UMNO dan para penyokongnya.

Malah tiada satu pun dalil yang mampu diungkapkan mengenai hukum mengundi UMNO walaupun tajuknya terang-terang memaparkan perkataan"wajib".

Sedang seronok Sakmangkol mengeluarkan kata-kata copy n paste oleh pemimpin-pemimpin Melayu Pakatan yang cuba sedaya-upaya meraih undi Melayu, Sakmangkol sepatutnya bertanya ke manakah arah tuju perjuangan Pakatan Rakyat dan dirinya sendiri.

Dalam masa ini, masih tiada dalil dari mana-mana ustaz UMNO menyatakan bahawa hukum menyokong sesuatu parti politik itu adalah wajib. Ini bertentangan dengan konsep agama Islam yang mendahulukan parti dari agama itu sendiri.

Tetapi tidak bagi PAS yang di dalam Pakatan Rakyat. Mereka sesuka hati mengeluarkan fatwa mengelirukan. Malah ianya terang-terangan mendahulukan politik dari agama. Jadi adakah ini dibolehkan oleh agama?

Dalam pada itu PAS seringkali menggunakan hukum-hukum agama untuk mengelirukan rakyat bahawa merekalah pejuang Islam sebenar. Walhal tindakan mereka langsung tidak seiring dengan kata-kata mereka di ceramah. Malah sehingga ke hari ini PAS masih mengatakan UMNO kafir tidak melaksanakan hudud.

Persoalannya, sekiranya UMNO kafir jika tidak melaksanakan hudud, apakah hukumnya orang Melayu Islam di dalam DAP seperti Sakmangkol yang terang-terangan menolak hukum hudud secara total?

Seringkali juga Sakmangkol mempertahankan bahawa DAP tidak sesekali berlaku kejam ke atas orang Melayu. Sakmangkol juga mungkin terlupa bahawa DAP hanya menguasai Pulau Pinang dan dalam tempoh pemerintahan DAP selama 4 tahun ini Sakmangkol boleh mengira berapa banyak kekejaman rejim DAP ke atas orang Melayu Pulau Pinang.

Perjuangan Sakmangkol sendiri juga mula boleh dipertikaikan dengan meninggalkan UMNO kerana ditawarkan untuk menjadi calon DAP. Sekiranya di mahkamah, keadaan inilah yang dipanggil motif. Jadi adakah kata-kata orang mabuk kuasa seperti Sakmangkol boleh digunapakai bulat-bulat?

Ingat bahawa orang seperti ini selalunya seringkali keliru antara realiti dan angan-angan kerana mereka meletakkann kuasa sebagai perkara utama dan bukannya perjuangan.

Read more...

MARI LIHAT TAKTIK BASI PRO-MAHASISWA UM

>> 25 September 2012



Balik-balik taktik simpati. Ini mesti ajaran Anwar yang berjaya diwarisi budak-budak otak singkat seperti dalam video ini.

ps: yang bercakap tu bukan pernah nazak ke? wakakaka....

Read more...

TAK PERLU KE AMERIKA, DI MALAYSIA TERDAPAT KAFIR HINA NABI


Klik untuk besarkan imej
Nama: Gopinath Jayaratnam

K/P: 860928435109

Alamat: NO 54 JALAN 49 SERULING KAWASAN 3 TAMAN KLANG JAYA 41200 Klang

Laman Facebook mamat ini telah pun dipadam tetapi maklumat peribadi berjaya diperolehi oleh pelayar laman Facebook yang lain. Mamat ini sepatutnya dikenakan tindakan!

Read more...

NASHA VS GUAN ENG


KUALA LUMPUR 25 Sept - Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa hari ini mendesak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menarik balik dan meminta maaf secara terbuka berhubung kenyataan beliau sebelum ini untuk tidak menerima hudud atas semangat pakatan pembangkang. 

Beliau berkata, kenyataan terbaru kepimpinan DAP itu bercanggah dengan pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menekankan hudud adalah kewajipan dan bukan keperluan.

Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Dewan Rakyat Negara hari ini. 

"Pendirian Lim Guan Eng bercanggah dengan semangat persepakatan dan beliau perlu menarik balik dan minta maaf secepat mungkin. 

"Malah, ada di kalangan ahli DAP pernah menyuarakan ketidakselesaan terhadap kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu," katanya. - klpos

Read more...

PAS KATA BUANG MASA PERTAHANKAN KEMULIAAN NABI



Read more...

DEMO BANTAH FILEM HINA NABI BERTUKAR GANAS DI AUSTRALIA. ANJING POLIS GIGIT PESERTA

>> 24 September 2012



Read more...

SOKONGAN GOLONGAN MUDA TERHADAP PR TIDAK TERJAMIN


Minggu ini sedang giat dilakukan pilihanraya kampus di universiti-universiti awam. Dua parti besar terlibat iaitu pro Aspirasi yang condong ke arah kerajaan dan pro Mahasiswa yang sememangnya condong ke arah pembangkang.

Keputusan menyaksikan bahawa pro Aspirasi menang besar di kebanyakan universiti. Pro Mahasiswa pula dilihat gagal dalam mempertahankan kerusi di kawasan yang banyak dimenangi mereka tahun lalu. Hanya kubu kuat mereka sahaja mereka menang.

Pilihanraya kampus ditafsirkan oleh banyak pemerhati politik sebagai pasca PRU nanti. Ini kerana dari sini dapat diperhatikan ke arah mana sokongan golongan muda pada PRU.

Dari sini sudah jelas bahawa dengan kemenangan besar pro Aspirasi secara keseluruhan, sebahagian besar golongan muda adalah penyokong kerajaan pada PRU nanti.

Ini memadamkan segala spekulasi bahawa sokongan golongan muda terhadap pembangkang bertambah. Malah sebelum ini data yang dikeluarkan seorang pemerhati politik pembangkang yang juga merangkap pensyarah di sebuah universiti awam bahawa golongan muda menyokong BN hanya melebihi 3% dan sokongan tersebut akan menurun di masa hadapan adalah sama sekali tidak benar. Malah data yang dikeluarkan itu boleh dipersoalkan kebenarannya kerana terdapat unsur-unsur yang bercanggah dengan fakta sebenar.

Keputusan yang agak mengejutkan iaitu di UPSI. Di UPSI terletaknya Adam Adli yang juga merangkap penjilat tegar Anwar juga menyaksikan pro Aspirasi menang selesa. Ini adalah fakta tepat menunjukkan bahawa sokongan golongan muda terhadap Pakatan Rakyat belum terjamin.

Semasa mengikuti pilihanraya kampus, saya dapat melihat terdapat sebahagian bahan kempen pembangkang dimuatkan di dalam bahan kempen pro Mahasiswa seperti pemindaan akta AUKU dan pendidikan percuma di pusat pengajian tinggi awam.

Taktik ini nampaknya sama sekali tidak berkesan kerana para mahasiswa dilihat lebih cerdik dalam menilai sesuatu yang tidak munasabah serta janji-janji kosong pembangkang. Jadi jelas bahawa kegagalan pro Mahasiswa pastinya akan memberi kesan kepada Pakatan Rakyat nanti.

Read more...

KEMPEN PENIPU PEMBANGKANG DALAM BAHASA CINA

>> 20 September 2012



Ini adalah bahan kempen perkauman yang terang-terang menipu yang dilakukan pembangkang dalam usaha menjatuhkan kepimpinan negara. Lebih banyak penipuan dari fakta yang dipaparkan. Malah fakta yang dipaparkan juga tidak dijelaskan dengan betul seperti jumlah hutang negara dan indeks kebebasan media. Inilah bahan kempen berniat jahat yang dihasilkan puak-puak kiasu pembangkang.

ps: semua yang dikatakan oleh video ini adalah ayat copy n paste semua penyokong DAP yang sudah digunapakai sejak 3 tahun.

Read more...

NGEH KOO HAM KURANG AJAR SERTA BIADAP

>> 19 September 2012



Read more...

DONG ZONG BERNIAT JAHAT MENJATUHKAN PM DENGAN PERMINTAAN MERAPU


Dong Zong sekali lagi cuba membakar api perkauman dengan cuba menjadi perkakas kempen pembangkang dengan menganjurkan petisyen untuk memenuhi kehendak mereka yang dilihat merapu dan pastinya sukar dipenuhi kerajaan.

Permintaan ini dilihat hanya sebagai alat untuk menjatuhkan PM yang didalangi pembangkang. Sebelum ini seperti yang diketahui Dong Zong sememangnya rapat dengan parti politik aliran perkauman yang memperjuangkan hak satu kaum sahaja.

Terbaru Dong Zong meminta agar PM sendiri menyelesaikan 15 isu sekolah cina dan 49 permintaan merapu dari mereka. Antara permintaan merapu mereka ialah agar sekolah tinggi cina berstatus swasta diberikan bantuan penuh kerajaan dan meminta agar guru berpendidikan bahasa cina sahaja dibenarkan mengajar di sekolah cina.

Perkara ini dilihat sebagai satu perkara yang agak biadap yang dilakukan Dong Zong. Seharusnya permintaan mereka ini disampaikan kepada Timbalan Menteri Pelajaran iaitu Datuk Dr. Wee Ka Siong atau Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya mereka lebih gemar memberi gesaan ke atas PM. Ini dilihat lebih bermotif politik untuk kepentingan parti tertentu yang sememangnya gemar membakar api perkauman masyarakat cina.

Tambah biadap apabila Dong Zong sama sekali enggan berbincang dengan wakil kerajaan atas permintaan mereka. Dalam tempoh dua tahun ini, sudah 4 atau 5 perhimpunan dijalankan Dong Zong berkaitan masalah sekolah cina. Setiap kali perhimunan juga mereka hanya pernah menjemput wakil kerajaan sebanyak sekali sahaja.

Wakil kerajaan iaitu Datuk Dr Wee Ka Siong telah ditumbuk pada perhimpunan tersebut. Yang selainnya tiada satu pun wakil kerajaan dijemput dalam mana-mana perhimpunan. Ini menunjukkan bukti jelas bahawa Dong Zong sendiri tidak mahu duduk semeja dengan kerajaan membincangkan isu sekolah cina. Sebaliknya mereka lebih gemar berkempen seolah-olah lagak parti politik menggunakan demonstrasi sebagai platform dalam usaha mengumpul pengaruh.

Kerajaan sudah banyak kali membuka meja rundingan dengan Dong Zong. Tetapi kebanyakan ditolak oleh mereka sendiri. Kemudiannnya mereka menggunakan pelbagai alasan untuk menjatuhkan kerajaan seperti kerajaan tidak mahu melayan kehendak masyarakat cina dan sekolah cina dianaktirikan kerajaaan sedangkan mereka sendiri yang menutup pintu rundingan.

Dalam pada itu Dong Zong terlupa bahawa pendidikan cina semakin tidak relevan dengan perkembangan semasa. Ianya hanya memberikan lebih banyak jurang kaum di Malaysia. Kerana itu negara seperti Singapura bahkan China sendiri telah menamatkan pendidikan aliran cina di sekolah-sekolah aliran kebangsaan.

Malah seperti yang diketahui, sukatan pelajaran pendidikan cina seperti sastera cina dan bahasa mandarin turut ditawarkan di sekolah kebangsaan. Tetapi persatuan cina rasis ini menolak dari menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan kerana kebanyakan mereka berpendapat sekolah kebangsaan mencerminkan Melayu, sekolah cina mencerminkan cina.

Sikap inilah yang sememangnya ditanam di dalam diri masyarakat cina sejak kecil. Masyarakat Melayu sudah lama beralah dengan melupuskan banyak sekolah aliran Melayu dan juga pondok-pondok pendidikan dan menyokong sistem aliran kebangsaan demi mengurangkan jurang antara kaum. Tetapi masyarakat cina dilihat lebih gemar menjarakkan diri dengan agenda perkauman mereka melalui sekolah jenis kebangsaan dan dilihat langsung tidak mahu beralah walau seinci pun.

Dan dapat dilihat hasil atau output sekolah jenis kebangsaan cina hari ini. Kebanyakan mereka tidak fasih berbahasa kebangsaan dan memerlukan penterjemah untuk berbicara walaupun seumur hidup mereka hidup di Malaysia. Amat memalukan!

Read more...

DAP MUNGKIN KELUAR PAKATAN


KUALA LUMPUR 18 Sept. - Sikap berdiam diri DAP berhubung pelaksanaan hukum hudud oleh Pas dipercayai kerana parti pimpinan Lim Kit Siang itu mahu mengambil jalan paling 'selamat' kerana bimbang kehilangan undi orang Melayu.

Bekas Ketua Cawangan DAP Sg. Pelek, R. Vellasamy mendakwa parti itu berkemungkinan akan bertindak keluar daripada pakatan pembangkang selepas pilihan raya umum iaitu setelah mendapat undi orang Melayu.

Menurutnya, 'Dinasti Lim' yang diterajui oleh Kit Siang selaku Penasihat DAP dan anaknya, Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung, gusar untuk mengeluarkan sebarang kenyataan menentang hudud kerana takut kalah pada pilihan raya akan datang.

"Mereka anak beranak cuma ada satu agenda iaitu menang besar pada pilihan raya akan datang tanpa sokongan orang Melayu serta kehilangan beberapa kawasan dengan mudah. Selepas menang nanti, dengan senang hati, mereka akan menggunakan alasan hudud untuk keluar daripada pakatan pembangkang.

"Sehingga itu, mungkin juga Pengerusinya, Karpal Singh akan menjadi 'mangsa' sebagai alternatif untuk terus menentang hudud," katanya ketika di hubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang mencabar parti itu untuk keluar daripada pakatan pembangkang seandainya menolak pelaksanaan hukuman hudud oleh Pas.

Vellasamy mendakwa, Karpal akan terus dipergunakan dan dibiarkan berjuang keseorangan sehingga dibenci oleh masyarakat Melayu kerana menentang hudud walaupun majoriti DAP tidak bersetuju dengan hukuman tersebut.

"Walaupun pimpinan tertinggi DAP menyatakan sokongan tidak terhingga kepada Karpal, mereka hanya cakap-cakap kosong sahaja kerana semua takut kepada 'Dinasti Lim.'

"Pemimpin lain dalam DAP mendiamkan diri daripada terus menentang secara terbuka kerana takut akan kehilangan peluang untuk bertanding pada pilihan raya umum nanti. Adakah golongan ini layak dipanggil pemimpin untuk memimpin negara?

"Karpal disukai oleh segelintir rakyat serta beberapa pemimpin lain kerana lebih telus dan lantang. Adalah sesuatu yang tidak menghairankan sekiranya Pengerusi ini turut disingkir satu hari nanti kerana kelantangan beliau menyusahkan dinasti itu, " jelasnya.

Beliau menambah, setiap kali dipersoalkan, Kit Siang dengan bijak akan memainkan isu lain bagi terus mengelirukan rakyat.

"Sehingga kini Kit Siang dan Guan Eng hanya mendiamkan diri walaupun didesak berkali-kali untuk mengeluarkan kenyataan. Kita tahu tentang agenda mereka semata-mata untuk memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti," ujarnya. - Utusan Malaysia

Read more...

PENARIKAN FILEM MENGHINA NABI OLEH YOUTUBE TIDAK TELUS

>> 18 September 2012


Paparan gambar di atas akan keluar sekiranya anda cuba untuk menonton filem kontroversi Innocence of Muslims di Youtube. Paparan menjelaskan bahawa bahan tontonan telah ditarik balik atas permintaan kerajaan dari ditonton di Malaysia.

Dua hari lepas semasa berada di luar negara, saya masih boleh menonton Innocence of Muslims. Jika berdasarkan kepada paparan di Youtube seperti ini, maka ini bermaksud filem ini masih boleh ditonton di negara-negara lain yang tidak mengarahkan penarikan balik.

Ini merupakan satu tindakan yang tidak telus dari Youtube. Sepatutnya penarikan filem ini dilakukan di seluruh dunia dan tidak hanya di beberapa negara tertentu sahaja. Jadi kerajaan harus mendesak Youtube menarik filem tersebut dari ditayangkan di seluruh rangkaian Youtube dan bukannya hanya di Malaysia sahaja.

Read more...

MAHFUZ BEAN MEMPERTIKAI KEISLAMAN ORANG-ORANG UMNO


Mahfuz menyifatkan orang-orang UMNO sebagai hipokrit kerana menentang filem Innocence of Muslims tetapi pada masa yang sama menghina hukum Allah. Nama Tun Mahathir dikaitkan sebagai pemimpin UMNO yang menghina hukum Islam dalam buku terbitan ahli PAS.

Kata-kata Mahfuz ini seolah-olah mempertikaikan tahap keislaman orang-orang UMNO. Mungkin juga Mahfuz tidak faham hukum Islam yang sebenar.

UMNO sama sekali tidak pernah menghina hukum Islam dalam mana-mana bentuk. Sebaliknya UMNO sedaya upaya dengan kuasa yang ada cuba menaikkan Islam dari terus dihina oleh kaum-kaum harbi dan munafik di Malaysia yang berselindung di bawah pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik.

Antara perkara yang mengaitkan Tun Mahathir dengan isu menghina Islam pastinya penolakan kerajaan di bawah pucuk pimpinan Tun Mahathir terhadap hukum hudud yang cuba dilaksanakan PAS di Kelantan.

Walhal perkara tersebut telah diputarbelitkan PAS kerana hukum hudud yang cuba dilaksanakan PAS bukanlah hukum hudud Islam yang sebenar sebaliknya ianya ciptaan puak-puak PAS sendiri. Di dalam draf yang dikeluarkan kerajaan PAS Kelantan terlalu banyak hukum hudud PAS yang bercanggah dengan hukum hudud yang sebenar. Jadi adakah kerana Tun Mahathir menolak hukum hudud ciptaan PAS maka Tun Mahathir dikatakan menghina Islam?

Mahfuz juga mungkin terlupa bahawa siapa yang sebenarnya menghina dan mempermainkan hukum hudud. PAS sendiri yang sama sekali beralah kepada DAP dalam perjanjian "bersetuju untuk tidak bersetuju". PAS sama sekali tunduk kepada DAP dan PKR dalam hukum hudud demi kuasa. Tetapi PAS telah bertindak seperti lagak orang munafik dengan menjaja dalam ceramah-ceramah murahan mereka bahawa UMNO menolak hukum hudud walhal mereka sendiri yang menolak hukum hudud dan tidak sama sekali mengakui perkara tersebut.

Malah hukum hudud dipergunakan PAS sejak tahun 80 an lagi sebagai modal kempen mereka. Hukum hudud dihina sedemikian rupa demi meraih undi. Inikah yang dikatakan PAS memperjuangkan Islam?

Jadi ada baiknya Mahfuz diam dari mengeluarkan kenyataan bertaraf SRP kerana dilihat semakin lama semakin bodoh dan hanya menjadi bahan jenaka rakyat dengan kenyataan dungu seperti itu.

Read more...

PUSAT KHIDMAT GERAKAN PULAU TIKUS DIBALING TELUR, DISIMBAH AIR KOPI

>> 17 September 2012


GEORGE TOWN 17 Sept. - Pintu hadapan Pusat Khidmat Parti Gerakan Pulau Tikus di sini, dibaling beberapa biji telur dan disimbah air kopi awal pagi ini.

Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan ketika dihubungi berkata, perbuatan seumpama itu menjadi trend popular kebelakangan ini sama ada berlaku pada parti komponen Barisan Nasional (BN) atau parti lawan.

“Jelas sekali ia serangan bermotifkan politik dan kejadian sebegini boleh mewujudkan suasana tidak tenteram di kalangan rakyat," katanya.

Difahamkan tiada laporan polis dibuat dan Teng berpendapat ia hanya isu kecil dan menggesa pemimpin parti politik berusaha mengawal penyokong mereka daripada bertindak di luar batasan.

“Kita semua harus mengutuk keganasan politik kerana ia tidak langsung mencerminkan budaya Malaysia dan perbuatan seumpama itu harus dihentikan segera," katanya. - BERNAMA

Read more...

HAIRIE OTHMAN DAN MAT SABU ADALAH SPESIS YANG SAMA

>> 15 September 2012


Mungkin inilah sebabnya Hairie Othman terkinja-kinja nak masuk PAS. Sama perangai dengan Mat Sabu.

Read more...

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE 4 KABINET ANWAR. WAKAKAKA....


16 September 2008 Anwar berjanji bahawa kerajaan Malaysia akan bertukar tampuk pemerintahan. 30 ahli Parlimen BN akan menyertai PR. Dalam pada itu juga Anwar akan terus diangkat menjadi PM.

Esok ialah 16 September 2012. Sudah 4 tahun berlalu tetapi kata-kata Anwar hanyalah harapan palsu kepada pemimpin Pakatan Rakyat. Tambah menggelikan hati apabila kata-kata Anwar 30 ahli Parlimen akan lompat parti itu langusung tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya dalam tempoh 4 tahun ini semakin ramai ahli Parlimen Pakatan Rakyat meninggalkan Anwar.

Walau bagaimana pun tahniah diucapkan kepada Anwar kerana sudah berjaya menipu penyokong Pakatan Rakyat selama 4 tahun. Wakakaka...

Read more...

DULU MATA LEBAM, SEKARANG CAT MERAH


Bas Anwar disimbah cat untuk kali ketiga. Ini berita yang sebenarnya langsung tidak mengejutkan. Berita ini bolehlah dikatakan sudah diramal oleh ramai pemerhati politik.

Taktik simpati yang digunapakai Anwar semakin mengarut. Jika dahulu taktik mata lebam diguna sebagai bahan kempen, kini bas disimbah cat pula. Tetapi saya percaya rakyat semakin cerdik dalam menilai taktik jahat Anwar dalam isu ini.

Persoalan semakin timbul kerana setiap kali kejadian ini berlaku pastinya suspek tidak dapat dikesan dengan baik. Tambah menghairankan apabila sudah banyak kali bas ini disimbah cat, adakah keselamatan bas ini langsung tidak dipertingkatkan?

Tambahan pula siapa lagi yang tahu waktu bila bas ini tidak dikawal melainkan puak-puak mereka sendiri. Logikkah sekiranya perkara ini sudah berlaku tiga kali tetapi masih tiada kawalan keselamatan dipertingkatkan?

Tambahan pula bas ini adalah satu aset kepada kempen PKR. Jadi jika difikirkan kembali, pastinya Anwar tidak akan ambil mudah dalam menjaga keselamatan bas tersebut kerana pelaburan untuk bas ini mencecah ratusan ribu ringgit.

Sekiranya anda membeli sebuah kereta Ferrari, sanggupkah anda meletakkan kereta anda di kawasan letak kereta yang ada risiko untuk dicuri? Adakah anda sanggup untuk mengamanahkan kereta tersebut untuk dijaga oleh seorang yang tidak boleh dipercayai?

Lagi satu, sekiranya benar-benar seseorang itu ingin menjahamkan bas Anwar, mengapa perlu pakai cara yang paling bodoh dengan membaling cat merah? Sekiranya seseorang itu benar-benar ingin melumpuhkan pergerakan bas tersebut, pastinya kerosakan lebih besar akan dilakukan seperti memancitkan tayar bas atau membakar sahaja bas tersebut. Bukankah lebih efektif dengan cara itu?

Anwar pastinya akan menjaja cat merah itu ke serata ceramah untuk meraih simpati. Dan itulah yang berlaku dalam siri ceramah menggunakan bas tersebut. Walhal kos pembaikan tidaklah semahal mana tetapi jika dibaikpulih tak bolehlah Anwar kelentong rakyat dengan modal bas kena simbah cat merah.

Jadi teka-teki semakin jelas. Taktik basi ini hanya digunapakai Anwar untuk meraih simpati rakyat. Malah pelakunya sudah boleh diagak. Ada baiknya Anwar menghentikan taktik ini sebelum ditangkap kerana setelah ditangkap pastinya Anwar sendiri yang malu besar.

Read more...

PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT MENYOKONG KEZALIMAN

>> 14 September 2012


Idris Ahmad menyelar tindakan kerajaan pusat yang membelakangkan kerajaan negeri berhubung Projek Langat 2. Pembinaan Langat 2 akan dimulakan secepat mungkin tetapi tidak mendapat mandat kerajaan negeri.

MB Selangor mengatakan bahawa projek tersebut sama sekali satu pembaziran kerana ianya memerlukan kos sebanyak RM 12 billion. Berbanding dengan usul kerajaan negeri yang mengemukakan projek pembaik pulih yang hanya memerlukan RM 225 juta.

Dalam satu kenyataan media pada beberapa hari lepas, TPM telah mengeluarkan kenyataan akan tetap menjalankan Projek Langat 2 tanpa mengira pendapat kerajaan negeri. Perkara ini dilihat telah menaikkan kemarahan rejim Pakatan Rakyat Selangor.

Perbincangan

Usul mengenai pembaikpulih prasarana yang sedia sebanyak RM 225 juta oleh rejim Pakatan Rakyat dilihat amat tidak realistik. Ini kerana prasarana yang dibaikpulih hanya mampu menampung pengeluaran pada masa ini sahaja.

Pada masa hadapan pengguna air semakin ramai di Selangor. Persoalannya, mampukah prasarana ini menampung keadaan pengguna yang ramai pada masa hadapan?

Malah panel pengurusan air Selangor tidak sama sekali menyokong cadangan rejim Pakatan Rakyat. Ini hanya satu pembaziran kerana apabila pengguna bertambah, loji rawatan air baru terpaksa juga dibina.

Pemimpin Pakatan Rakyat pula melihat inisiatif kerajaan pusat membantu rakyat Selangor sebagai satu tindakan biadab kerana membelakangkan suara mereka dalam isu ini. Tetapi pada masa yang sama pemimpin Pakatan terlupa bahawa rakyat Selangor semakin hari semakin dihimpit masalah air.

Rejim kerajaan negeri juga dilihat lebih gemar menyalahkan lain. Jika dahulu Syabas yang dipersalahkan, kini kerajaan pusat.

Sebagai pemimpin dan kerajaan yang bertanggung jawab, adalah satu kezaliman jika membiarkan masalah air terus menghimpit rakyat. Sebaliknya kerajaan negeri dilihat gemar melengah-lengahkan sesuatu isu. Tambah dikesalkan apabila barisan kepimpinan kerajaan negeri dilihat lebih gemar berceramah di negeri-negeri lain berbanding menyelesaikan masalah di negeri sendiri.

Ini adalah satu kezaliman yang dilakukan kerajaan negeri kepada rakyat Selangor kerana membiarkan sahaja rakyat Selangor di dalam kesusahan. Jadi perlukah kerajaan pusat melayan kerenah kerajaan negeri yang sengaja membiarkan masalah ini berterusan?

Sedangkan projek yang akan dilaksanakan kerajaan pusat sama sekali tidak mempunyai kepentingan politik. Projek tersebut didakwa kerajaan negeri bahawa akan menguntungkan kroni sedangkan kerajaan pusat sudah banyak kali menyuruh kerajaan negeri mengeluarkan tender untuk projek tersebut. Tetapi kerajaan negeri sama sekali enggan melakukan perkara tersebut. Jadi adakah ini yang dinamakan kroni?

Dari hari ke hari kerajaan negeri dilihat lebih gemar mempolitikkan isu ini dari menyelesaikannya. Rejim Pakatan Rakyat dilihat lebih sanggup melihat rakyat Selangor dalam kesusahan demi kepentingan politik mereka.

Read more...

BETAPA PATRIOTIKNYA ORANG PAS YANG TERAMAT ISLAM...


Saya agak hairan dengan kelaku dan tabiat pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya PAS. Cuba anda fikir, kejap-kejap ceramah. Malam ceramah, siang ceramah. Semua program PAS mesti ada slot ceramah. Agaknya mereka ini dah terlalu banyak masa terluang sampai berceramah 24 jam.

Tak cukup dengan itu. setiap sambutan dan apa-apa perayaan pun mesti PAS nak buat ceramah. 2 minggu lepas semasa Sambutan Kemerdekaan pun PAS menyibuk nak buat ceramah. Yang terbaru, sambutan Hari Malaysia pun PAS nak ceramah juga.

Kadang-kadang saya terfikir sama pemimpin PAS ini sebenarnya ketagih nak bercakap kat mikrofon atau ketagih nak mengutuk kerajaan?

Kalau betullah PAS benar-benar mengikut ajaran Islam, sepatutnya PAS menganjurkan majlis kesyukuran dan bacaan yasin sempena sambutan-sambutan patriotisme seperti Hari Malaysia. Bukannya berceramah!

Tak tahulah saya ajaran PAS bahawa ceramah lebih utama dari ibadat pula. Mungkin ceramah mengutuk kerajaan sudah jadi satu ibadat wajib bagi pemimpin PAS.

Tambah meloyakan apabila artis-artis yang tergedik-gedik turut dijemput berceramah. Sudah banyak kali saya bertanya kepada mana-mana orang PAS yang saya kenal, apa kelayakan artis yang baru setahun jagung diangkat untuk berceramah politik sebaris dengan pemimpin PAS? Adakah kerana mereka ini "artis yang berhijrah" maka mereka ini dapat tiket percuma untuk beri ceramah politik?

Dan setiap kali ceramah PAS skripnya tetap sama. Semuanya salah kerajaan BN. Walaupun tajuk ceramah berbagai-bagai seperti Hari Malaysia, Sambutan Kemerdekaan dan Ambang Ramadhan tetapi tetap akan ada aksi mengutuk kerajaan.

Tambah menghairankan apabila melihat aksi-aksi lebai PAS semasa ceramah PAS. Jika diamati betul-betul, setiap kali ceramah PAS ada di satu-satu kawasan muka yang hadir sama sahaja. Kat Ampangan muka dia, kat Lenggeng pun muka dia. Lebai-lebai ni tak bosankah mendengar skrip yang sama bertahun tahun? Walaupun mereka ini sudah tahu skripnya "salah BN" tetapi mereka ini tetap hadir setiap kali ceramah. Adakah ceramah PAS boleh menyebabkan ketagihan?

Dengar ceritanya selepas ini Bob Lokman pula akan dijemput PAS Negeri Sembilan untuk program meraikan bakal jemaah haji. Cuma nak tanya sikit. Bob Lokman yang dijemput meraikan bakal haji tu dah pergi haji ke belum?

Read more...

KHALID GAGAP SUDAH JADI KHALID PENAKUT

>> 13 September 2012


Khalid Gagap gagal sama sekali untuk menghadirkan diri ke majlis debat yang dianjurkan MCA berhubung isu hutang talam yang penuh kontroversi. Malah Khalid gagap juga sekadar menghantar wakil yang dihalau mentah-mentah oleh pendebat dari MCA iaitu Datuk Chua Tee Yong.

Orang-orang kuat Khalid Gagap yang hadir ke majlis itu seperti Tony Pua dan Dr Dzulkefly turut angkat kaki kerana Khalid Gagap gagal muncul di majlis itu.

Sebelum ini Tony Pua yang beriya-iya benar mahu berdebat mengenai isu Talam. Malah Tony Pua dengan penuh bongkaknya mengatakan MCA penakut dan memutarbelit fakta mengenai Talam kerana tidak mahu berdebat.

Tetapi kesudahannya siapa yang takut untuk berdebat? MCA atau rejim Khalid Gagap?

Read more...

HUSAM MUSA RANCANG SATU LAGI PENIPUAN UNTUK RAKYAT KELANTAN


Belum pun reda dengan janji-janji lama yang gagal ditunaikan, exco kerajaan negeri Kelantan iaitu Husam Musa bercadang untuk melakukan satu lagi projek di Kelantan. Husam mendakwa projek itu untuk kebaikan rakyat Kelantan sendiri. Projek tersebut ialah projek keretapi laju.

Apa yang menghairankan, kata-kata mengenai projek keretapi laju ini datangnya dari exco yang sememangnya terbukti segala janji-janjinya memang tak boleh pakai. Lihat sahaja projek yang diselia sendiri oleh exco ini seperti Projek Ladang Rakyat dan Projek Kambing Jamnapari. Sehingga ke hari tiada satu pun lagi khabar berita yang dengar kerana semuanya gagal.

Tetapi berita yang kita dengar dari exco ini yang dikatakan oleh rakyat negeri Kelantan sendiri pastinya tentang tanah rakyat dirampas, duit projek lesap entah ke mana dan balak disapu di tanah-tanah rizab orang asli.

Tambahan pula projek lebuhraya rakyat yang diumumkan kerajaan Kelantan beberapa bulan lepas juga sudah menampakkan tanda-tanda kegagalan. Sehingga ke hari ini dana pembinaan masih tidak mencapai separuh dari jumlah keseluruhan dana. Jadi, persoalan yang mula timbul, mana janji Husam Musa yang mendakwa projek tersebut akan siap sebelum PRU 13?

Sampai bila rakyat Kelantan mahu terus diperbodoh-bodohkan dengan kata-kata dan janji manis PAS yang tidak pernah dilaksanakan?

Read more...

KEDAH TIDAK AKAN BUBAR DUN SAMPAI TARIKH LUPUT

>> 12 September 2012


Petikan kata-kata MB Kedah,

"Tengok keadaan, ikut angin boleh menang. Kalau sekarang bubar boleh menang kenapa tidak... kalau penilaian politik boleh menang, kita bubar Dun,"

Ustaz Azizan dengan jelas menyatakan bahawa PAS Kedah hanya akan membubarkan DUN sekiranya PAS ada harapan menang. Kata-kata Ustaz Azizan ini juga dengan jelas bermaksud bahawa PAS tidak akan bubar DUN sehingga tarikh luput DUN iaitu pada Mac 2013 kerana PAS sememangnya tiada harapan menang lagi di Kedah. Ini kerana berdasarkan kepada kesemua badan bebas pemerhati politik, tiada satu pun yang meramalkan PAS mampu mengekalkan Kedah lagi.

Baca di Angin Perubahan untuk statistik dan data mengenai Kedah.

Read more...

PAS KELANTAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN



PAS Kelantan mencanang ke seluruh negara mengenai keupayaan mereka membina Lebuhraya Rakyat dengan inisiatif mereka sendiri tanpa bantuan kerajaan pusat. PAS Kelantan turut menyindir kerajaan pusat yang memandang rendah keupayaan PAS melakukan projek tersebut.

Projek Lebuhraya Rakyat dilihat sebagai satu lagi janji PAS yang pasti tidak akan tertunai. Ketika PAS Kelantan sedang seronok menjaja isu tersebut di pentas ceramah politik, mereka terlupa kepada banyak perkara yang akan menjadikan projek tersebut sebaris dengan trofi-trofi kegagalan janji PAS Kelantan yang lain.

Husam Musa serta beberapa pemimpin PAS pernah menyatakan bahawa projek tersebut akan disiapkan sebelum PRU 13. Ketika ini kita hanya tinggal beberapa detik sahaja ke tarikh tersebut. Tetapi keadaan projek masih dalam fasa persiapan.

Ini amat menghairankan sekiranya projek tersebut mampu disiapkan dalam masa tempoh 6 bulan. Ini juga bolehlah disifatkan sesuatu yang mustahil. Jadi pastinya kata-kata pemimpin PAS mengenai projek tersebut yang akan siap sebelum PRU 13 hanyalah sekadar kata-kata manis sahaja.

Perjalanan projek juga amat perlahan. Di waktu ini juga usaha mengumpul dana masih dilakukan. Jadi dari sini dapat dilihat bagaimana keadaan huru-hara projek tersebut. Pepatah Inggeris menyifatkan bahawa if you are fail in planning, you are planning to fail. Pepatah tersebut dilihat amat selari dengan keadaan projek Lebuhraya Rakyat di waktu ini.

Jadi tiada gunanya pemimpin PAS Kelantan berkokok kepada sesuatu yang belum pasti. Seharusnya mereka berkata-kata dengan berpijak di bumi nyata, bukannya mengikut nafsu politik mereka.

Read more...

APA HUBUNGAN SUARAM DENGAN DAP?


SUARAM atau Suara Rakyat Malaysia adalah sebuah pertubuhan anti kerajaan Malaysia. Ia hanya anti kepada kerajaan yang diperintah oleh parti Barisan Nasional (BN) naungan UMNO.

Misinya hanya akan tercapai (accomplished) sekiranya kerajaan Malaysia sekarang jatuh ke tangan pakatan pembangkang naungan DAP, yang bonekanya terdiri daripada pak lebai Pas dan PKR.

Sudah lama Suaram ini bergerak. Sering membuat kacau, seolah-olah ia adalah badan hak asasi manusia. Tapi umum mengetahui, ia lebih bermotifkan politik haluan DAP.

Itu semua orang tahu. Orang media semua sedar perkara itu. Kami juga tahu lama dulu, sejak zaman Reformasi dulu yang mereka ini bergerak atas dana asing. Dana-dana asing ini yang dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu juga bermotifkan politik. Mereka mahu menukar rejim kerajaan Malaysia sekarang.

Pertukaran pemerintah itu dikenali sebagai Regime Change. Gelombang perubahan ini telah tercetus semasa krisis ekonomi dan bersekali krisis politik sekitar 1989 dan 1999. Ketika itu ekonomi dunia merudum. Ketika itu juga berlaku krisis politik di Malaysia, yang memperlihatkan Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Agenda besar (grand design) krisis politik ini sebenarnya cukup hebat. Semuanya sudah dirancang. Ikut perancangannya, Anwar sepatutnya menjadi PM Malaysia Ke-5, bukan Pak Lah. Pihak asing juga telah meletak harapan yang tinggi untuk melihat anak yang dibela itu menjadi PM.

Tapi Dr. Mahathir Mohamad bijak. Mungkin juga dia mendapat ‘ilham’ dari langit supaya memecat Anwar. Jika tidak dilakukan maka kuasa itu akan berjayalah menguasai tanah Melayu ini.

Dalam rantau ini, hanya Malaysia yang belum dapat dikuasai secara total. Myanmar, sebuah negara kuku besi dan berdindingkan waja itu pun, menjadi negara terakhir yang berjaya dirongkainya.

Singapura memanglah terlalu sekutu. Thailand walaupun tidak seteruk Singapura juga sekutu kuat. Filipina jangan cakaplah.

Indonesia sudah berjaya ‘ditakluki’ ekoran kejatuhan Suharto dulu. Suharto dijatuhkan kerana dipaksa menerima pinjaman IMF untuk menyelamatkan ekonomi negara itu. Harga minyak tiba-tiba naik melambung sehingga rakyat memberontak.

Anwar cuba cadangkan Malaysia juga ambil pinjaman IMF, tapi Dr. Mahathir tolak. Ketika Pak Harto dijatuhkan, Dr. Mahathir selamatkan Malaysia.

Vietnam, Laos, Kemboja dan lain-lain tidak begitu strategik bagi kuasa asing itu.

Perlu diingat Malaysia pernah menjadi anak harimau kuasa ekonomi Asia dan negara ini dianugerahkan Allah Taala dengan kemakmuran semula jadi. Ia juga dikelilingi dengan kawasan maritim yang strategik.

Selagi kerajaan BN, dinaungi UMNO ini belum dapat dijatuhkan, maka selagi itulah kuasa asing dan sekutu kuatnya tidak berpuas hati.

DAP jika berjaya menguasai negara ini kelak, berjanji akan melaksanakan dasar sama-rata seperti mana yang diamalkan oleh Republik Singapura. Tapi sayang di republik itu seorang Melayu pun tidak berada di posisi terpenting dan strategik, misalnya pertahanan dan lain-lain. Difahamkan waima juruterbang pun payah mahu dilantik. Mungkin juga orang Melayu Singapura memang tidak layak dari segi meritokrasi?

Dasar sama-rata atau Malaysia Malaysian itu ialah matlamat paling tinggi yang telah diletakkan DAP. Mereka sedang menunggu detik-detiknya sahaja. Buku Jingga, yang dicanang oleh Anwar itu hanyalah kacang putih. DAP, sebenarnya tak peduli pun buku itu.

Suaram atau Suara Rakyat, yang hanya mewakili suara jahat rakyat, telah ditempatkan secara strategik untuk menggerakkan strategi-strategi itu.

Namun, kita ucapkan tahniah kepada Datuk Ismail Sabri Yaakob, walaupun sedikit terlewat, namun, pendedahan demi pendedahan beliau mengenai tindak-tanduk Suaram sekurang-kurang melegakan keseluruhan rakyat. Rakyat sudah bosan dengan tindak-tanduk Suaram dan NGO-NGO tajaan kuasa asing itu.

Tindak-tanduk subversif mereka cukup berbahaya. Sepatutnya pihak berkuasa sudah membanteras mereka awal-awal lagi. Tapi ia tidak berlaku.

Kita tertanya-tanya apakah Kerajaan Singapura akan membenarkan pergerakan yang serupa seperti Suaram ini bergerak di negaranya? Jawapannya kita sudah boleh agak.

Kerajaan Malaysia selama ini terlalu berlembut. Portal-portal berita yang ditaja melalui dana-dana asing juga dibenarkan beroperasi, walaupun kesemua analisisnya mengutuk atau berpaksikan pembangkang dan anti pemerintah. Ia masih dibenarkan beroperasi, malah portal-portal itu kadang-kala dianggap seperti media arus perdana pula.

Itulah dasar toleransi kita, yang sedikit demi sedikit amalan baik itu memakan diri sendiri.

Marilah kita mendesak kerajaan bertindak segera. Selepas pilihan raya ini, jika kerajaan Putrajaya masih memerintah, laksanakan segera pembasmian dan pembersihan mutlak (a total crackdown) terhadap NGO-NGO parasit seperti ini.

Dakwalah penggerak-penggeraknya ke mahkamah di bawah hukuman paling keras kerana mereka telah menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong. Tindak-tanduk mereka menerima dana asing daripada pihak yang berkepentingan untuk menjatuhkan kerajaan semasa merupakan satu penderhakaan.

Haramkan mereka seperti mana kita pernah mengharamkan Parti Komunis Malaya (PKM) dulu. Jika mereka masih bergerak, kita buru mereka sehingga ke lubang cacing.

Jika kita gagal bertindak kali ini, kitalah yang akan ke lubang kubur!

Read more...

SUARAM BUKAN PERTUBUHAN BERDAFTAR


KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) hari ini mengesahkan bahawa Suara Rakyat Malaysia (Suaram) merupakan sebuah pertubuhan tidak berdaftar.

Dalam satu kenyataan hari ini, jabatan itu menyatakan bahawa rekod pendaftaran pertubuhan mendapati Suaram tidak berdaftar dan tidak pernah mengemukakan permohonan untuk didaftarkan.

Menurut kenyataan itu lagi, untuk pendaftaran di bawah Akta Pertubuhan 1966, Suaram perlu memenuhi keperluan Jadual 1 Akta Pertubuhan 1966 yang meliputi alamat urusan, sekurang-kurangnya tujuh orang ahli (Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966), kutipan yuran ahli serta perlembagaannya.

Sebuah pertubuhan berdaftar perlu mengadakan mesyuarat agungnya dan mengemukakan penyata kewangannya dalam tempoh 60 hari selepas mesyuarat tersebut, menurut kenyataan itu.

Suaram menimbulkan isu apabila dikaitkan secara langsung dengan Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB), yang menerima sumbangan dana daripada pihak asing. - Bernama

Read more...

MESEJ UNTUK ANWARINAS

>> 11 September 2012


Petikan artikel,
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataannya hari ini berkata tindakan tersebut menyebabkan ‘syaitan yang dikenali' menangis manakala 'para malaikat yang tidak dikenali' insya Allah akan gembira.

Ekoran itu, Tuan Ibrahim menasihatkan agar semua ahli dan pimpinan tidak terkena perangkap-perangkap yang dipasang oleh musuh dengan gempuran media mereka.

Ini adalah kata-kata yang dikeluarkan Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung tindakan Majlis Syura ke atas Nasha kerana mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan perasaan marah di kalangan pemimpin PAS.

Dalam penulisan tersebut, Tuan Ibrahim sama sekali tidak menyebut pihak mana yang dipersalahkan dalam isu ini. Sebaliknya hanya kenyataan umum dikeluarkan.

Berbanding dengan mana-mana kenyataan pemimpin PAS sebelum ini, kebiasaannnya UMNO adalah kambing hitam dan akan menerima segala kesalahan dan cacian. Tetapi nama UMNO langsung tidak disebut dalam mana-mana artikel tersebut.

Kepada siapakah mesej ini cuba disampaikan?

Tentunya ianya disampaikan kepada puak Anwarinas yang dilihat sentiasa berusaha menjatuhkan ulama' dalam PAS. Jadi  dalam konteks ini, syaitan yang menangis itu adalah puak Anwarinas yang dilihat sama sekali gagal menjatuhkan Nasha. Malah sehingga ke hari ini tiada satu pun puak Anwarinas mengucapkan tahniah di atas tindakan Majlis Syura.

Read more...

KISAH KETUA PEMUDA YANG LUPA DARATAN


Ini adalah kisah seorang Ketua Pemuda Bahagian Seremban bernama Shahrul Ehsan yang lupa daratan. Shahrul Ehsan ini dikhabarkan kemaruk untuk menjadi calon sehinggakan dirinya menjadi bapa kepada segala masalah pemecah belah silaturrahim sesama insan dalam Pemuda Bahagian Seremban.

Shahrul Ehsan ini mempunyai pelbagai kisah kontroversi. Dari permulaan dirinya dalam politik profesional semasa pemilihan Ketua Pemuda sehinggalah kini.

Dahulu, Shahrul Ehsan ini dikhabarkan menabur duit di cawangan-cawangan untuk melonjakkan dirinya untuk dipilih menjadi Ketua Pemuda. Dengan kuasa duit, Shahrul Ehsan menang menewaskan lawannya yang dilihat kurang popular dan kurang berduit.Kisah ini amat diketahui segenap pelusuk perwakilan sehinggakan ianya bukan rahsia lagi. 

Semasa itu semua harapan diletakkan di bahu Shahrul Ehsan untuk menyatupadukan kembali Pemuda Bahagian yang dilihat lebih banyak lelap dan berpecah-belah. Tetapi sayangnya, Shahrul Ehsan lebih gemar mempromosi diri sendiri dari melakukan tanggungjawab yang sepatutnya.

Malah Shahrul Ehsan dilihat jarang sekali turun padang untuk melawat cawangan-cawangan. Paling menyedihkan apabila kebanyakan cawangan sendiri tidak mengetahui siapakah Ketua Pemuda Seremban dan bagaimanakah rupanya. Malah ada yang mendakwa kali terakhir melihat Shahrul Ehsan semasa dirinya belum dilantik menjadi Ketua Pemuda. Semasa itu Shahrul Ehsan sibuk menjengah dari satu cawangan ke satu cawangan menabur duit untuk berkempen jawatan Ketua Pemuda.

Sebaliknya, Shahrul Ehsan dilihat lebih banyak bersama MB. Dalam pada itu keadaan Pemuda Bahagian langsung tidak dijengah. Adakah ini sahaja kemampuan Shahrul Ehsan dalam menjawat jawatan sebagai Ketua Pemuda?

Kontroversi hangat ketika ini apabila Shahrul Ehsan mempengurusikan mesyurat Pemuda Bahagian yang tidak sah. Ini kerana surat jemputan mesyuarat tidak sama sekali menggunakan tandatangan Setiausaha Pemuda iaitu Abdul Halim Lokman. Sebaliknya ianya ditandatangani orang lain.

Semasa mesyuarat tersebut, Abdul Halim bangkit mempertikaikan mengapa surat mesyuarat tersebut tidak menggunakan tandatangannya. Semasa ucapan penagguhan, Shahrul Ehsan dengan penuh bongkak mengumumkan bahawa Abdul Halim dipecat dari jawatan Setiausaha Pemuda Bahagian.

Isu mesyuarat tidak sah ini sampai ke pendengaran Pemuda UMNO pusat. Pemuda UMNO pusat mengumumkan bahawa mesyuarat tersebut tidak sah dan perlu dilakukan sekali lagi. Persoalannya, mengapa Shahrul Ehsan memecat Abdul Halim?

Khabar mengatakan bahawa Abdul Hali adalah orang kuat yang bakal dipilih menjadi calon. Akibat perasaan dengki, maka usaha mencantas dilakukan demi menaikkan nama sendiri. Itulah yang dilakukan Shahrul Ehsan dalam usaha kemaruk menjadi calon.

Malah tidak cukup dengan itu, banyak juga Pemuda UMNO yang berjawatan dipecat Shahrul Ehsan. Abdul Halim bukanlah yang pertama dan bukanlah yang terakhir.

Shahrul Ehsan mungkin terlupa. Mungkin juga Shahrul Ehsan sudah lupa daratan. Semasa pemilihan dahulu, kumpulan Abdul Halim inilah yang bersungguh-sungguh menyokong Shahrul Ehsan. Inikah balasan yang diberikan kepada orang seperti Abdul Halim?

Ketika ini pula, Shahrul Ehsan yang kemaruk menjadi calon bukan main sibuk menjejak kaki kembali ke segenap pelusuk bahagian dan cawangan. Tidak cukup dengan itu, papan tanda sebesar-besarnya dengan memaparkan mukanya dipasang di Ampangan, Paroi dan Sikamat. Apakah maksudnya ini? Bukankah ini menandakan Shahrul Ehsan terlalu kemaruk menjadi calon?

Perbuatannya meletakkan papan tanda tersebut menyebabkan perasaan kurang senang kebanyakan Perwakilan Bahagian Seremban. Ini kerana perbuatan tersebut sama sekali melanggar authority ahli-ahli yang  berjawatan dan lebih lama. Malah Ketua Bahagian Seremban iaitu Datuk Ishak Ismail pun sama sekali tidak pernah melakukan perkara tersebut.

Mungkin ada yang mengatakan saya dengki kepada Shahrul Ehsan. Mungkin juga ada yang mengatakan saya perkakas kepada individu tertentu demi kepentingan individu tersebut untuk membuka kisah seperti ini. Jujurnya, saya menulis bukan atas sebab tersebut.

Saya menulis kerana orang seperti Shahrul Ehsan inilah yang sama sekali perlu ditolak dari menjadi calon. Orang seperti inilah yang membawa kepada masalah pecah-belah dalam perpaduan sesama ahli UMNO. Malah orang seperti inilah yang menjadi masalah kepada sumbat gol sendiri semasa PRU nanti.

Jadi saya ini bertanya. Wajarkah orang seperti ini diangkat menjadi calon? Malah dalam amanat Ketua Pemuda Wilayah Persekutaan juga dengan jelas menyatakan bahawa orang-orang seperti inilah yang perlu diketepikan dari menjawat apa-apa jawatan dalam UMNO.

Read more...

SEKITAR MAJLIS RUMAH TERBUKA DUN MERU YANG TAK MERIAH LANGSUNG

>> 10 September 2012




Bak kata pengikut Khawarij Majlis Rumah Terbuka DUN Meru meriah. Masalahnya, kenapa dalam gambar di atas boleh dilihat jumlah tetamu yang mengecewakan? Adakah gambar di atas berbohong?

Read more...

RAKYAT TERPAKSA KELUAR DARI SELANGOR PADA 2014


Selangot terus bergolak di bawah pentadbiran rejim Khalid Gagap. Terbaru, Krisis air di Selangor dijangka akan terus berlarutan dan akan bertambah parah pada 2014. Ini kerana kerajaan negeri dilihat gagal sama sekali dalam memberi kerjasama kepada kerajaan pusat dalam menangani masalah air di Selangor.

Kerajaan negeri sama sekali tidak akan membenarkan pembinaan Loji Langat 2 kerana berdasarkan kepada Xavier Jayakumar kerajaan pusat gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri. Ini menyukarkan keadaan kerajaan pusat yang ingin membantu rakyat Selangor dari kekejaman rejim Khalid Gagap yang bertindak lepas tangan dan menyalahkan pihakSyabas berhubung krisis air Selangor di waktu ini.

Tambahan pula rejim Khalid Gagap gagal sama sekali dalam memberikan idea yang berkesan dalam menangani krisis tersebut.

Jadi, rakyat Selangor akan terus mengalami masalah air dengan tindakan kerajaan negeri yang memberikan pelbagai kerenah kepada bantuan yang diberikan kerajaan pusat. Rakyat Selangor dijangka akan terus mengalami masalah air yang berpanjangan dan menjelang 2014 slogan Selangor Darul Kontang akan benar-benar menjadi kenyataan.

Seharusnya kerajaan negeri berlembut dengan inisatif dan bantuan yang diberikan kerajaan pusat kerana ianya bukanlah demi kepentingan politik sebaliknya ianya demi kebaikan rakyat Selangor sendiri. Tetapi kerajaan negeri dilihat lebih gemar mempolitikkan krisis air Selangor dari menyelesaikan masalah tersebut.

Read more...

SAM KETOT PEMBOHONG

>> 09 September 2012

Ini adalah dua perbandingan di antara orang yang menipu dan orang yang berhujah dengan fakta.

1. Sam Ketot dakwa pengawal peribadi Anwar tidak mengacukan pistol kepada orang awam.
"Pengawal yang ditugaskan tidak mengacu senjata api terhadap orang ramai. 
“Sebaliknya, apa yang dilakukan adalah mengeluarkan senjata api dan menghalakan muncung pistol ke tanah, di bawah paras pinggang," kata beliau yang juga Ketua PKR Jasin. - Sinar Harian
2. Blog Jiwa Paradox memaparkan video kejadian berkenaan dan dengan jelas dapat anda saksikan segala kejadian yang berlaku pada insisden tersebut.



Jadi sudah jelas siapakah penipu dan siapakah yang berkata benar. Sememangnya terbukti pengawal peribadi Anwar mengacukan pistol ke arah orang awam. Jadi, sudah sampai masanya PDRM bertindak.

Read more...

LIM GUAN ENG MUNGKIN TEWAS DI PARLIMEN BAGAN



BUTTERWORTH - Umno Bahagian Bagan yakin Barisan Nasional (BN) mampu menang di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bagan dan kerusi Parlimen kawasan itu berikutan sokongan penduduk di situ terhadap parti BN semakin meningkat.

Ketua Bahagiannya Datuk Abdul Latif Mirasa berkata sokongan itu dapat dilihat menerusi penganjuran majlis-majlis anjuran BN yang mula mendapat perhatian penduduk kawasan Bagan terutamanya masyarakat Cina.

"Paling ketara apabila Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) mengadakan lawatan di kawasan Bagan baru-baru ini yang mana ramai sekali penduduk di sini terutama masyarakat Cina hadir menyambutnya dan memberikan sokongan.

"Selain itu, setiap majlis yang BN anjurkan mula mendapat reaksi positif dari masyarakat perlbagai kaum di sini, saya percaya kita mampu menang empat kerusi (termasuk kerusi Parlimen) di sini (Bagan)," katanya kepada pemberita selepas ditemui pada persidangan perwakilan Umno Bahagian Bagan, di sini malam tadi.

Mesyuarat itu dirasmikan oleh Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia.

Abdul Latif berkata walaupun Umno tidak bertanding di Parlimen Bagan, pihaknya akan membantu parti komponen BN yang bertanding di kawasan berkenaan merampas kerusi yang diwakili pembangkang di situ pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti.

"Kita akan membantu sedaya upaya agar calon BN di sini (Bagan) menang dan saya percaya perkara itu bukan sesuatu yang mustahil kerana orang ramai kini mula sedar politik pembangkang hanyalah untuk kepentingan pemimpin mereka dan bukan membantu rakyat," katanya.

Parlimen Bagan diwakili Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng manakala tiga kerusi DUN iaitu Bagan Jermal, Bagan Dalam dan Sungai Puyu dimenangi wakil DAP.

Sementara itu, Abdul Azeez mengingatkan Anggota Umno supaya mengukuhkan hubungan, bertindak dalam satu barisan dan tidak mensabotaj parti dan calon dalam PRU13 nanti.

"Tindakan drastik memecat keanggotaan mereka akan dilaksanakan jika parti mendapati ada anggota kita yang cuba mensabotaj parti, tindakan ini perlu dilakukan kerana keadaan sekarang amat memerlukan sokongan ahli yang setia, tidak menikam rakan dari belakang dan tidak sabotaj parti dan calon terpilih," katanya. - Bernama 

Read more...




  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP