GAMBAR EXCO AGAMA NEGERI SELANGOR MENGAMALKAN PLURALISME AGAMA

>> 30 June 2012


Sudah terang lagi bersuluh. Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun mengharamkan upacara vigil light atau upacara lilin kerana ianya amalan agama Kristian dan memesongkan akidah. Tetapi nampaknya pemegang portfolio agama Selangor buat tak tahu pun dengan perkara tersebut. Sepatutnya sebagai penjaga amanat umat Islam Khalid Gagap bertanggung jawab untuk menyedarkan rakyat mengenai fatwa tersebut tetapi ini sudah jadi terbalik apabila dia yang duduk paling depan dalam acara lilin ini.

Sebenarnya secara tak sedar Khalid Gagap sedang mengamalkan konsep pluralisme agama di mana semua agama adalah sama sahaja dan setiap agama bebas mengamalkan ajaran agama lain. Adakah lebai-lebai PAS masih tidak sedar dengan kesesatan ini?

Read more...

HARGA GAMBAR NIK AZIZ RM 1500 DI ACARA LELONG PAS



Read more...

GAMBAR TERBARU ALTANTUYA YANG DIKELUARKAN TIAN CHUA BANYAK CACAT CELANYA

Gambar di bawah adalah gambar yang dikeluarkan Tian Chua yang mengatakan bahawa Altantuya Sharibuu pernah berkunjung ke Perancis.


Untuk melihat lebih gambar, sila lihat di Asian Sentinel.

Apabila kita melihat gambar-gambar dari Asian Sentinel yang berlatarbelakangkan suasana di Perancis pastinya kita terfikir adakah ianya sebenarnya gambar yang diubahsuai?

Jawapannya tidak!

Jadi memang benarlah Altantuya pernah ke Perancis?

Jawapannya juga tidak!

Kunci kepada persoalan ini sudah dirungkai. Untuk pengetahuan anda, pada 2007 bapa Altantuya pernah mengeluarkan gambar-gambar Altantuya untuk dilihat kepada umum. Di bawah ini adalah salah satu contoh gambar.


 Untuk melihat lebih lagi gambar seperti ini sila KLIK.

Anda boleh lihat sendiri betapa berbezanya gambar yang dikeluarkan Tian Chua dengan gambar yang dikeluarkan oleh bapa Altantuya sendiri. Kemudiannya sila bandingkan gambar yang dikeluarkan Tian Chua dengan satu keratan akhbar dari Mongolia.


Sama dan serupa bukan? Paling sepadan apabila melihat kepada fesyen rambut kedua-dua gambar dari keratan akhbar Mongolia dan gambar yang dikeluarkan Tian Chua. Jika dibandingkan fesyen rambut dari keratan akhbar Monglia ini dengan gambar yang dikeluarkan bapa Altantuya ibarat langit dengan bumi.

Ini semuanya kerana gambar yang dikeluarkan oleh Tian Chua bukanlah gambar Altantuya yang sebenar! Ini kerana gambar tersebut merupakan gambar seseorang yang mempunyai rupa yang mirip kepada Altantuya sahaja dan tidak lebih dari itu! 

Jika diperhatikan betul-betul pada raut wajah sememangnya banyak perbezaannya. Paling ketara dilihat melalui kening, saiz mata dan saiz muka.

Tambah fakta ini menyokong fakta yang dikeluarkan kedutaan Perancis bahawa Altantuya sememangnya tidak pernah berkunjung ke Perancis. Tidak cukup dengan itu, dalam sejarah hidup Altantuya yang diceritakan oleh bapanya ada menyebut bahawa Altantuya boleh bertutur dalam Mandarin, Russia dan Inggeris kerana menghadiri kelas pelbagai bahasa tetapi tidak sekalipun bapa Altantuya pernah menyatakan anaknya boleh berbahasa Perancis seperti didakwa Anwar Ibrahim!

Untuk pengetahuan sini bukanlah percubaan pertama pembangkang membelit fakta mengenai Altantuya. Sebelum ini pun pembangkang pernah mengeluarkan gambar yang didakwa milik Altantuya semasa menjadi model.

Antara gambar yang didakwa pembangkang milik Altantuya semasa menjadi model
Tetapi gambar ini meragukan apabila bapa Altantuya mendakwa bahawa ini bukanlah gambar anaknya. Jadi timbul spekulasi bahawa bapa Altantuya amat tertekan dengan kematian anaknya dari puak-puak Pakatan sedangkan pada hakikatnya gambar tersebut sememangnya bukanlah gambar Altantuya. Gambar tersebut merupakan gambar penyanyi Korea yang bunuh diri bernama U Nee!

Malah sehingga ke hari ini pencacai Pakatan masih percaya bahawa ini adalah gambar Altantuya semasa menjadi model sedangkan gambar ini milik orang lain.

Jadi sampai bilakah pembangkang mahu terus memutarbelit fakta mengenai Altantuya? PM telah bersumpah bahawa tidak mengenali Altantuya. Mampukah Anwar Ibrahim bersumpah bahawa sumpah PM itu adalah tipu dusta sahaja? Ada berani ka Anwar?

Read more...

PENCACAI PKR YAKIN MENU BABI ANWAR ADALAH HALAL


Ini adalah Twitter dari blogger pro BN Negeri Sembilan iaitu Merah Mato dan Prince of Pilah kepada seorang pencacai Anwar Ibrahim. Dari lagak penulisan pencacai ini, ternyata dia amat yakin perkakas yang digunakan oleh restoran tersebut adalah halal setelah disamak.

Dalam pada itu agak-agaknya pernahkan pencacai PKR ini terfikir siapa yang menyamak perkakas seperti kuali dan periuk di restoran tersebut? Adakah seorang Islam atau kafir? Dan adakah restoran tersebut terdapat pekerja Islam?

Dan percayakah anda bahawa restoran tersebut menyamak segala perkakas yang disediakan? Lagi satu keadaan, sekiranya anda ke restoran dan memesan teh ais kemudiannya pelayan tersebut menghidangkan teh ais dalam gelas tertera logo Tiger Beer, anda sanggup tak untuk minum? Saya percaya ramai orang Islam yang tak sanggup walaupun gelas arak tidak perlu disamak. Masalahnya isu ini melibatkan babi yang terang-terangan haram. Malah tukang masaknya hari-hari masak pegang babi kemudiannya masak sayur dan dihidangkan kepada anda. Anda sanggup makan atau tidak dalam keadaan ini?


Read more...

KASSIM AHMAD: ANWAR PATUT DIHUKUM GANTUNG

>> 29 June 2012



Read more...

SENARAI JANJI KELABU ASAP PAS KELANTAN


Read more...

NIK AZIZ MAHU BERTANDING LAGI. BILA MAHU BERSARA?


Nik Aziz sememangnya pernah mengeluarkan kenyataan akan bertanding lagi pada PRU 13. Malah kenyataan itu disambut baik pengikut khawarij dengan gembira. Ini membuktikan betapa Nik Aziz sememangnya belum puas dalam arena politik.

Tetapi cuba kita berfikir sejenak. Dalam satu masa lepas, Nik Aziz pernah menyatakan bahawa sekiranya Tun M berundur, maka Nik Aziz akan melepaskan segala jawatannya dan akan bersara. Namun sampai ke hari ini setelah hampir 10 tahun Tun M bersara, Nik Aziz masih gah berkata mahu bertanding lagi. Nilainya di sini inilah namanya cakap tak serupa bikin!

Sedar tak sedar Nik Aziz sudah menjadi MB Kelantan selama 22 tahun. Malah keadaannya dilihat amat uzur  sekali pada ketika ini. Dalam tempoh setahun ini sahaja cuba kira sudah berapa banyak kali Nik Aziz berulang ke hospital? Dalam keuzuran itu pun Nik Aziz mahu bertanding lagi?

Dalam satu sidang Dewan Rakyat pada tahun lepas, seorang ahli Parlimen DAP pernah mencadangkan agar calon-calon yang bertanding pada pilihanraya perlulah sihat tubuh badan. Namun cadangan itu ditolak oleh wakil kerajaan dan pembangkang. Tetapi sekiranya cadangan itu dilaksanakan, berapa ramai wakil rakyat pembangkang terpaksa melepaskan jawatan? Dan yang pastinya Nik Aziz pastinya tergolong dalam kumpulan tersebut.

Cara politik Nik Aziz kini membayangkan seolah-olah Nik Aziz akan membawa arena politiknya ke alam kubur. Malah yang paling menghairankan mengapa ahli PAS terlalu takut untuk bersuara untuk menyuruh Nik Aziz berundur? Adakah ahli PAS terlalu takut kehilangan pahala dan syurga seperti yang dijanjikan Nik Aziz?

Read more...

PENJELASAN ADAKAH DAP KAFIR HARBI?

>> 28 June 2012



Read more...

RAFIZI LEMBU MENDABIK DADA KATA PM TAKUT DENGAN DIRINYA YANG LEMBU


Dalam satu ceramah PKR beberapa hari lepas, Rafizi mengakui bahawa PM terlalu takut akan skandal dan pendedahan yang dilakukan olehnya terutamanya melibatkan PM dan isteri PM. Malah Rafizi tanpa segan silu mengakui faktor itu merupakan faktor mengapa PM masih tidak mengumumkan tarikh PRU 13.

Sikap masuk bakul angkat sendiri Rafizi amat menjelikkan. Dalam satu sidang media pada awal tahun PM telah pun memberi pembayang bahawa tarikh PRU 13 hanya akan diketahui oleh PM dan tarikh tersebut sememangnya telah ada dalam percaturan PM. Jadi aksi Rafizi ini benar-benar mencerminkan kebodohan dirinya.

Malah setakat ini skandal dan pendedahan yang dilakukan Rafizi telah banyak dibongkarkan kepalsuannya. Terbaru mengenai isu pendidikan percuma yang dinyatakan Rafizi semasa debat bersama KJ. Isu ini sama sekali tidak realistik jika dibandingkan dengan keadaan negara Malaysia dalam masa 10 tahun ini.

Malah isu yang memberikan impak besar pastinya NFC tetapi itu pun masih dalam siasatan SPRM dan orang awam masih ragu-ragu mengenai pembawakan isu tersebut. Jika Rafizi benar-benar gah berkata-kata, mengapa tidak mencalonkan dirinya untuk bertanding di Terengganu iaitu kawasan tanah tumpahnya sendiri? Mengapa perlu ke Selangor untuk ke kawasan yang sudah ada jaminan menang? Siapa yang gentar?

Dalam satu bentuk juga, Rafizi hanya pandai mencipta isu dan apabila terkantoi segera dipusing. Malah sehingga ke hari ini pastinya kita terfikir mengapa budak setahun jagung ini diberikan mandat sebagai Ketua Penerangan PKR sedangkan masih ramai lagi YB-YB dalam PKR yang lebih senior tidak diberikan jawapan tersebut.

Jawapannya mudah. Kerana Rafizi sahaja yang sanggup menjadi pencacai Anwar Ibrahim!

Read more...

MENGAPA ASIA SENTINEL NEWS SUKA MEMBURUK-BURUKKAN KERAJAAN MALAYSIA?

>> 25 June 2012


Asia Sentinel News merupakan sebuah akhbar tabloid alam maya yang berpusat di Hong Kong. Akhbar ini mirip kepada akhbar-akhbar alam maya tempatan seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider. Tetapi agak menghairankan mengapa dalam banyak artikel Asia Sentinel gemar menghentam Kerajaan Malaysia dalam pelbagai aspek. Yang terbaru mengenai isu kapal selam Scorpene yang telah dibuktikan fitnah semata-mata tetapi isu ini dimainkan oleh Asia Sentinel seperti terlalu benci kepada Kerajaan Malaysia. (KLIK)

Untuk pengetahuan, akhbar Asia Sentinel mempunyai seorang editor bernama Philip Brown yang berbangsa Yahudi. Philip Brown juga merupakan penulis artikel untuk International Herald Tribune. Untuk pengetahuan, International Herald Tribune dipenuhi oleh rakan-rakan Anwar Ibrahim. Malah George Soros juga dikatakan mempunyai pemilikan saham ke atas International Herald Tribune.

International Herald Tribune juga mempunyai reputasi dan hubungan yang berkaitrapat dengan akhbar-akhbar pro Israel seperti Haaretz (Israel), The Guardian (United Kingdom) dan The Moscow Times (Russia). Malah dalam banyak negara tidak sehaluan dengan Israel, akhbar-akhbar ini memainkan peranan menghentam pemimpin-pemimpin dan kerajaan negara tersebut.Jadi jangan hairan sekiranya akhbar tabloid Asia Sentinel juga mempunyai peranan yang sama untuk menghentam Kerajaan Malaysia kerana ianya dilobi oleh kroni-kroni Anwar Ibrahim di luar negara yang berbangsa Yahudi.

Sebuah artikel The Moscow Times menghentam kerajaan sendiri kerana Russia mempunyai polisi tidak akan tunduk kepada Israel.

Read more...

MARI MAKAN BABI BERSAMA ANWAR IBRAHIM


Read more...

AKSI LEBAI PAS MENGATAKAN NIK AZIZ TIDAK AKAN MELAKUKAN KESALAHAN @ MAKSUM



Read more...

JOM BACA DOA CARA LEBAI PAS



Read more...

ANWAR TIDAK MENGAKU SONGLAP RM 3 BILION. SERANG TUN M PULA


Anwar tidak mengaku melakukan aktiviti songlap duit rakyat semasa menjawat jawatan TPM pada masa lalu. Sebaliknya Anwar mengatakan perkara tersebut tidak wujud sama sekali. Hujahnya mudah iaitu "Ingat Mahathir boleh bagi peluang saya hidup jika akaun itu betul wujud? Sedangkan dulu tak ada kes pun beliau boleh belasah dan penjarakan saya".

Hujah Anwar terlalu bodoh dan lemah untuk meyakinkan rakyat sebaliknya hanya sedap didengar para penjilatnya sendiri. Sudah pastinya aktiviti songlap RM 3 bilion itu dilakukan di luar pengetahuan Tun M yang menjadi PM pada masa itu.

Malah sebelum peristiwa perbicaraan kes liwat Anwar semasa 1998, segala aktiviti luar tabi'i dan seks bebasnya juga gagal dihidu Tun M dan mana-mana pihak. Tetapi pada masa perbicaraan, semakin ramai saksi tampil dan tidak kurang juga yang mengakui menjadi mangsa liwat Anwar.

Pada masa ini pendedahan songlap RM 3 bilion ini dilakukan oleh Ummi Hafilda yang juga kakak kepada pencacai nombor satu Anwar iaitu Azmin Ali. Dan buat masa ini masih tiada hujah kukuh mampu diberikan Anwar dalam mempertahankan pertuduhan tersebut.

Jadi ada baiknya SPRM membuka kertas siasatan segera untuk mengheret perompak wang rakyat ini di muka pengadilan.

Nota: Pernahkan pencacai Pakatan terfikir kenapa Anwar terlalu takut untuk saman Ummi Hafilda?

Read more...

AKSI KEBODOHAN USTAZ PAS BERBANGGA DENGAN KAFIR BACA QURAN TUNGGANG-LANGGANG!

>> 24 June 2012



1. 0.28 "orang cina dalam PKR dan juga DAP baca Quran baca hadis. Walaupun dia baca tak betul pun tak apalah!"

Ulasan: Hadis mana yang membolehkan si kafir membaca Quran dan Hadis demi kepentingan politik? Malah dalam satu musyawarah para Ulama Mesir (tahun berapa tak ingat) telah menyatakan bahawa perbuatan tersebut haruslah ditegah kerana menjurus kepada pluralisme agama!

2. 0.45 "UMNO ni Islam macam budak tak baca Quran tak baca Hadis. Mari DAP dengan Pakatan Rakyat  yang baru sahaja kenal PAS boleh baca Quran boleh baca Hadis".

Ulasan: Kiranya maksud ustaz ini PAS hebat baca Quran dan baca Hadis? Jika begitu kenapa kemungkaran yang dilakukan oleh sahabat kafir mereka tidak ditegah? Ini yang dinamakan bersubahat dengan kemungkaran! Si kafir sewenang-wenangnya mempergunakan ayat Quran demi kepentingan politik dan para pemimpin PAS berbangga dengan kemungkaran tersebut.

3. 1.00 "kerana isunya yang paling penting ialah isu menjatuhkan Barisan Nasional".

Ulasan: Adakah matlamat menghalalkan cara?! Adakah kerana untuk mendapat kuasa politik segala bentuk perjuangan termasuk penggunaan kalimah ALLAH dan menggunakan ayat Quran sewenang-wenangnya dibolehkan? Ulama' mana yang berkata begitu? Seperti diketahui Syiah dan Khawarij membolehkan perkara tersebut dan kedua-dua aliran itu telah pun difatwakan sesat oleh para Ulama'.

Inilah yang dinamakan pluralisme agama iaitu semua agama sama rata yang diamalkan Pakatan Rakyat sekarang. Tetapi yang menghairankan ianya hanya menyerang Islam dan juga kalimah Allah.

Cukup penat selama lebih ratusan tahun para Anbiya' dan ahli sufi mempertahankan kesucian agama dari budaya pluralisme tetapi sayangnya pada hari ini dapat kat orang PAS habis dijual dengan harga yang murah.

Soalan bonus: Sekiranya perkataan Jesus digunakan oleh penganut agama Hindu di Kuil, rasa-rasanya melompat tak si betina rasis Teresa Kok menyerang kaum India?

Jadi, ini yang dinamakan kebodohan orang-orang PAS yang sanggup bersubahat dengan kafir untuk memperkotak-katikkan agama sendiri!

Read more...

GAMBAR KEMPEN PEMBANGKANG YANG SUDAH HABIS MODAL


Pembangkang mungkin sudah habis modal berkempen sehingga gambar Nik Aziz pun dijadikan modal berkempen. Sebelum ini blogger-blogger pembangkang bukan main hebat menyebarkan gambar Nik Aziz melakukan pelbagai aksi seperti mengambil wudu' di sungai, solat di masjid dan pelbagai lagi. Kini gambar ini pula dijaja untuk publisiti murahan.

Nota: blogger tersebut letak tajuk "UMNO Terkedu Tengok Gambar Ini". Terkedu?! Menyampah ada la!

Read more...

FATWA DIN PUDU: THAIPUSAM DEMONSTRASI JALANAN PENGANUT HINDU



Read more...

NASIHAT TERSIRAT NIK AZIZ KEPADA AHLI PAS SUPAYA JANGAN PANGKAH DAP DAN PKR



Read more...

ANWAR MEMPERTIKAIKAN SUBSIDI KERAJAAN KEPADA RAKYAT

>> 23 June 2012


Dalam satu sidang media di lobi Parlimen beberapa hari lepas, Anwar mengeluarkan kenyataan mempertikaikan peningkatan subsidi yang diberikan kerajaan kepada sektor-sektor awam dan rakyat biasa. Menurut Anwar, pertikaian ini kerana subsidi-subsidi tersebut bertujuan untuk menjadikan kroni-kroni kerajaan menjadi kaya. Ini berdasarkan unjuran ekonomi yang didakwa Anwar yang menguncup dan akan membebankan negara.

Dalam konteks ekonomi, kenyataan Anwar ini sebenarnya kenyataan yang bolehlah dikatakan diambil dari separuh sahaja daripada prinsip ekonomi. Dalam waktu ini, unjuran ekonomi di kebanyakan negara Asia sememangnya sedikit menguncup akibat ketidakstabilan harga bahan mentah seperti minyak dan juga getah. Jadi dalam masa yang sama kerajaan mengikut model ekonomi untuk merawat sebelum keadaan menjadi parah.

Tujuan subsidi ini adalah untuk mengekalkan harga-harga barangan dalam pasaran supaya tidak melambung seperti yang berlaku di zaman Pak Lah akibat kelambatan rawatan ekonomi. Dalam masa ini sememangnya kerajaan terpaksa menanggung defisit dan hutang akibat model ekonomi ini tetapi dalam masa panjang pulangannya akan dapat kembali kepada kerajaan dengan pengukuhan ekonomi sekiranya ekonomi terus merudum. Jadi di waktu itu, kenaikan harga barang kegunaan harian seperti makanan dan minyak tidak terus melambung tinggi sebaliknya hanya sedikit sahaja kerana kenaikan awal telah pun ditampung kerajaan.

Jadi sememangnya tidak cerdik jika Anwar mempertikaikan model ekonomi yang telah pun digunapakai banyak negara seperti Jepun dan Perancis yang terbukti berjaya.

Malah subsidi yang ditambah kerajaan ini pun bukanlah untuk sesiapa sebaliknya untuk rakyat juga kerana subsidi ini satu bentuk agihan terus kerajaan kepada rakyat. Jadi di bahagian mana yang didakwa Anwar kroni akan kaya?

Malah jika hendak dibandingkan dengan dasar buka jingga seperti penurunan harga minyak, model itu terbukti lebih membebankan dan pastinya akan membuat negara muflis dalam masa tiga tahun sahaja.

Ini satu perkara menarik yang saya kaji berdasarkan buku jingga.

Setelah beberapa pengiraan, saya mendapati model agihan buku jingga dapat dilaksanakan kerajaan Pakatan Rakyat sekiranya Malaysia membuka dagangan dengan Israel. Ini kerana negara Israel di sejak 20 tahun yang lepas telah menawarkan kepada banyak negara untuk membeli bahan mentah seperti minyak sawit, getah dan makanan pada harga 3 kali ganda daripada harga pasaran. Sungguh pun begitu, hanya segelintir negara Asia dan Afrika yang sudi berdangang dengan Israel.

Seperti yang diketahui, Anwar mempunyai hubungan unik dengan Israel. Jadi jangan hairan sekiranya Anwar menjadi PM, Malaysia akan terus membuka gerbang dangangan dengan Israel untuk menampung segala janji dalam buku jingga.

Jadi saya menyeru agar tolaklah Anwar Ibrahim menjadi PM kerana ianya pasti akan membinasakan negara.

Read more...

USTAZ RASUL DAHRI: IKHWANUL MUSLIMIN MENYESATKAN!

>> 22 June 2012



Read more...

NIK AZIZ SESAT DENGAN MENGATAKAN AZAN DAN SOLAT ADALAH POLITIK

>> 21 June 2012



Read more...

MASALAH SAMPAH MASIH LAGI GAGAL DISELESAIKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR


Kerajaan Negeri Selangor menyatakan bahawa masalah sampah sudah hampir diselesaikan dengan pemberian kontrak memungut sisa buangan kepada syarikat swasta yang dilantik. Pelantikan ini penuh kontroversi apabila segala perbelanjaan termasuk lori sampah ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor. Dari sudut lain ianya nampak seperti projek berunsurkan mengayakan kroni sendiri atau berniaga tanpa modal.

Malah dalam pada itu setelah hampir dua bulan kutipan sampah dilakukan syarikat tersebut, wakil Kerajaan Negeri Selangor dalam kenyataan media pada beberapa minggu lepas ada menyatakan bahawa masalah sampah sudah hampir selesai. Benarkah begitu?

Dalam laporan dan tinjauan penduduk setempat, masalah tersebut sampah sebenarnya cuba disorokkan. Realitinya kutipan sampah dilakukan secara tidak menyeluruh. Di Petaling Jaya dan Subang sendiri dapat anda saksikan sampah-sampah masih tidak dikutip dan berselerakan di tepi-tepi jalan.

Jadi dari mana sumber yang mengatakan masalah sampah sudah selesai?

Tambah memilukan apabila kegagalan ini tidak dijawab Kerajaan Negeri Selangor. Janji untuk mengutip secepat mungkin hanya tinggal janji. Setelah hampir 2 bulan isu ini diutarakan oleh penduduk setempat, keadaannya masih sama.

Sampai bilakah rakyat Negeri Selangor perlu menanggung ketidakcekapan dan sikap sambil lewa kerajaan negeri dalam menangani isu sampah ini?

Read more...

HAPRAKAH, MALAYSIAKINI DAN SUARAM PENIPU. MEMANG DASAR PENJILAT ANWAR IBRAHIM!


Penipuan Haprakah

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi akan disapina agar datang ke mahkamah Perancis untuk memberikan keterangan. 

Peguam Suaram yang baru pulang dari Perancis Fadiah Nadwa Fikri berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada mahkamah Perancis tentang saksi-saksi yang akan dipanggil itu.

Penipuan Malaysiakini

Sepina pertama untuk mendapatkan testimoni dalam siasatan di Perancis berhubung dakwaan sogokan terhadap seorang tokoh politik Malaysia berkaitan pembelian dua kapal selam Scorpene pada 2002, telah diserahkan malam tadi, demikian menurut Suaram.

"Ketika kita sedang duduk di meja makan malam pada saat ini, satu sepina kini dalam perjalanan ke rumah Encik Jalbir Singh Chahl," umum Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel yang menerajui kes tersebut untuk NGO hak asasi manusia itu.

Penipuan Suaram

Orang kanan kepada penganalisis pertahanan, Abdul Razak Baginda, Jasbir Singh Chahl adalah rakyat Malaysia pertama akan disapina sebagai saksi dalam kes scorpene yang sedang berjalan di Perancis.

Fakta dari Kedutaan Perancis

Tiada rakyat Malaysia akan disepina.

Jadi siapakah yang menipu?!

Read more...

DIN PUDU KANTOI KELENTONG FAKTA PERLEMBAGAAN

>> 20 June 2012



Read more...

BODOHNYA ORANG PAS LEBIH DENGAR CAKAP DAP DARI PEMIMPIN SENDIRI



Rasanya sudah berbuih Dr Che Rosli seorang saintis nuklear dan juga ahli parlimen PAS menerangkan bahawa Lynas adalah selamat. Dalam pada itu juga fakta yang dikeluarkan oleh Dr Che Rosli juga sudah berpuluh-puluh mengenai keselamatan tahap radiasi Lynas tetapi kebodohan orang PAS terserlah apabila gagal memahami kata-kata pemimpin sendiri yang terang-terangan seorang pakar.

Sebaliknya orang PAS lebih gemar dengar cakap pemimpin-pemimpin DAP yang tiada langsung kepakaran mengenai sains nuklear untuk menentang projek Lynas. Malah kebodohan orang PAS semakin menjadi-jadi apabila terus mempercayai tahap radiasi Lynas yang dikeluarkan oleh DAP yang dikatakan berbahaya sedangkan pada hakikatnya fakta itu hanyalah khabar angin yang diceduk dari tabloid agensi berita Reuters yang terbukti masih gagal dibuktikan.

Malah sehingga ke hari ini masih tiada satu pun fakta saintifik mengenai kesan radiasi Lynas yang diutarakan pembangkang mampu disokong dengan hujah yang kuat. Segala-galanya hanyalah berasaskan kepada penipuan sahaja seperti fakta kilang nadir bumi perlu sejauh 35 km dari tempat tinggal sedangkan spesifikasi tersebut adalah untuk kilang pemprosesan nuklear dan bukannya nadir bumi.

Jadi orang PAS sampai bila mahu diperbodohkan pemimpin-pemimpin DAP? Susah sangatkah hendak percaya kata-kata pemimpin sendiri?



Read more...

DEBAT SINAR HARIAN: SAIFUDDIN VS SALLEHUDIN



Read more...

MALAYSIAKINI SAH EJEN ISRAEL!


Wakil Malaysiakini tolong jawab mengenai iklan ini.

Read more...

UMNO BUAT HARAM, PAS BUAT DAPAT PAHALA

>> 19 June 2012



Read more...

PAS TAK SUDAH-SUDAH MERAMAL. SUDAH-SUDAHLAH TU..


Belum pun reda dengan isu PRU dalam musim haji, kini puak-puak khawarij meramalkan pula PRU 13 pada tahun depan pula seperti yang dinyatakan Haprakah. Tak sudah-sudah ramalan puak-puak PAS ni. Nampaknya PAS lebih suka meramal tarikh PRU dari membincangkan masalah rakyat.

Paling tidak dapat dilupakan baru beberapa hari lepas PAS sanggup menggesa ahlinya menangguhkan ibadat haji demi PRU. Kini PAS pusing lagi dengan ramalan terbaru. Maksudnya disini PAS memang suka menyusahkan orang!

Bagaimana nasib pak-pak lebai yang sudah menagguhkan ibadat haji mereka pada tahun ini demi PAS? Pernahkah PAS memikirkan perkara tersebut? Bukankah ini namanya menyusahkan orang? Seandainya ada lebai-lebai PAS yang menagguhkan haji demi amanat pemimpin mereka kemudiannya menemui ajal, adakah pemimpin-pemimpin PAS ini akan menjawab untuk pak-pak lebai ini apabila disoal malaikat di dalam kubur? 

Ahli-ahli PAS butakah anda sedang ibadat haji anda diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin anda demi PRU?!

Read more...

ANTHONY LOKE KAKI TIDUR

Isu mengenai Anthony Loke sejak menjadi YB sudah lama dipertikaikan penduduk setempat dalam mewakili mereka untuk menyuarakan masalah rakyat dalam sidang DUN dan Dewan Rakyat. Untuk pengetahuan, Anthony Loke merupakan ahli parlimen kawasan Rasah dan ADUN kawasan Lobak.

Sejak Anthony Loke memegang tampuk kawasan, mimpi ngeri penduduk setempat mula tercetus. Contoh yang paling senang dilihat dapat disaksikan sendiri perbezaan di antara bandar Seremban dan Lobak. Ibarat langit dengan bumi! Walhal jika diikutkan Pekan Lobak itu sendiri masih diklasifikasikan sebagai bandar Seremban.

Jika anda datang ke Lobak, jangan terkejut dengan perubahan yang amat ketara. Jalan yang berlubang-lubang di tengah pekan dan juga keusangan gerai-gerai makanan di tepi jalan. Apabila ditanya kepada peniaga-peniaga tersebut, mereka banyak kali sudah meminta kepada wakil rakyat iaitu Anthony Loke untuk memperjuangkan nasib mereka tetapi sampai ke hari ini khabar berita dari Anthony Loke masih belum didengari.

Orang tengah sidang media kau sibuk main telefon!
Malah penduduk setempat juga merintih sikap Anthony Loke yang hendak jumpa batang hidung pun susah di kawasan sendiri. Masalah lain yang dapat dilihat juga seperti Flat Lobak yang berkeadaan usang seperti sarang penagih dan juga masalah kaum India yang di paras kemiskinan yang gagal dibela Anthony Loke sebagai wakil rakyat.

Ini belum lagi ditambah dengan lambakan kedai judi haram dan rumah urut seperti cendawan tumbuh sedangkan pejabatnya dengan kawasan maksiat tersebut tidak sampai 5 minit jika menaiki kereta. Masalah lain juga seperti kadar jenayah yang tinggi di Lobak dan masalah anjing liar berkeliaran juga gagal diselesaikan.

Apabila segala isu ini didedahkan pastinya Anthony Loke akan memberikan jawapan seperti lain-lain YB yang tidur iaitu "masalah tersebut sedang diatasi" atau pun "kami sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut". Realitinya masalah tersebut tidak pernah dibincangkan dalam sidang DUN dan pihak-pihak berwajib seperti Majlis Perbandaran Seremban juga jarang sekali menerima aduan dari pejabat Anthony Loke. Jika tidak diutarakan oleh wakil rakyat, bagaimana pihak berwajib mahu selesaikan masalah penduduk setempat?

Dalam keghairahan Anthony Loke berteriak slogan DAP iaitu "tukar", ada baiknya rakyat mula berfikir untuk menukarkan Anthony Loke dari menjadi wakil mereka yang terbukti kaki tidur.

Read more...

AHLI PAS MEMPUNYAI MUKJIZAT MERAMAL?

>> 18 June 2012


PAS bersungguh-sungguh memperjuangkan agar PRU tidak akan diadakan pada musim haji. Dalam satu tindak balas oleh Presiden PAS, Haji Hadi menyifatkan ianya taktik kotor oleh BN dalam memastikan BN terus memerintah kerana dikatakan bahawa majoriti ahli PAS tidak akan dapat mengundi kerana mengerjakan haji sekiranya tarikh PRU berdekatan dengan tarikh PRU.

Malah PAS mendesak banyak pihak untuk mengeluarkan fatwa sekiranya perkara tersebut benar-benar terjadi. Tambah menghairankan apabila pemimpin PAS meminta agar ahli-ahlinya menangguhkan proses haji pada tahun ini sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya ramalan mereka benar-benar berlaku.

Persoalannya, dalam pada PAS bukan main memainkan isu ini, sumber mana yang mengatakan PRU akan diadakan pada musim haji? Malah mampukah pemimpin-pemimpin PAS menampilkan nama-nama yang mempunyai profil politik yang tinggi seperti menteri dalam mengesahkan dakwaan PAS ini?

Sebenarnya ini hanyalah propaganda murahan PAS dalam mengelirukan rakyat. Dalam artikel terdahulu juga saya pernah menyebut bahawa bukan semua kuota haji itu dipenuhi oleh orang PAS. Tetapi mereka yang melompat seperti beruk kena belacan.

Dalam satu kenyataan media pada awal tahun juga PM pernah menyatakan bahawa tarikh PRU sudah ada dikepalanya dan PRU akan berlangsung setelah ekonomi negara meningkat (dari petikan BERNAMA jika tak silap saya). Jadi apa kejadahnya pak-pak karut PAS masih lagi terpekik-pekik mengenai tarikh PRU?

Malah dalam tempoh 12 bulan ini sahaja anda dapat saksikan bahawa PAS sudah meramalkan lebih daripada 10 tarikh PRU yang akan tetapi semuanya tidak benar. Tiba-tiba keluar pula ramalan tarikh PRU akan bertindih dengan musim haji. Daripada perjuangan PAS yang melalut ini sebenarnya adakah anda terfikir betapa PAS sebenarnya memperjuangkan agama atau semata-mata PRU?

Salah satu ramalan tarikh PRU oleh Dr Halimah Jongang. Akhirnya ramalan tinggal ramalan.

Read more...

SEORANG INDIA DEDAHKAN KEBODOHAN ORANG PAS GADAIKAN AGAMA ISLAM



Kalau kafir pun tahu batas-batas Islam, kenapa PAS sanggup buat bodoh sahaja? Demi undi agama digadai?

Read more...

PAKATAN SAMSENG CUBA SERANG ZULKIFLI NORDIN



Read more...

PESAN DR RIDHUAN TEE: PUAK RASIS MEMBAWA AGENDA TERTENTU MELALUI MAKANAN DAN HIBURAN


Seorang pembaca bernama Razali, meminta saya menulis mengenai agenda ultra kiasu melalui makanan, kerana mulai 1 Julai 2012, di bawah Seksyen 16 Akta Perihal Dagangan 2011 (APD2012), pengusaha yang tidak mempamerkan logo halal, yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan diberi amaran, sebelum tindakan denda dan penjara dikuatkuasakan.

Semua pihak maklum, banyak insiden yang disengajakan, telah berlaku seperti penemuan gelatin (minyak) babi, kaki katak dan sebagainya dalam makanan. Ini tidak termasuk soal sembelihan, halal haram dalam muamalat dan aspek kehidupan seharian lain. Sebenarnya, tajuk sebegini pernah saya kupas sebelum ini. Apakan daya, lebih 70 peratus pengeluar makanan adalah orang bukan Islam. Inilah akibatnya apabila umat Islam tidak menjadi pengeluar, semata-mata menjadi pengguna. Memang sukar untuk kita mendapatkan sumber dan makanan yang benar-benar halal jika umat Islam tidak menguasai ekonomi.

Ultra kiasu amat licik, untuk melariskan produk makanan mereka, berbagai strategi digunakan, termasuk memperalatkan atau memberi nama-nama berbunyi Melayu (Islam), mempergunakan pekerja Melayu (terutama Indonesia) dan sebagainya. Hak mereka sebagai seorang Islam, misalnya untuk bersolat, langsung tidak pedulikan. Pada mereka, solat merugikan perniagaan. Maka tidak hairanlah ramai pekerja-pekerja umat Islam sudah hilang jati diri, kerana hati mereka sudah mati, kerana semakin hari semakin berjauhan dengan Pencipta.

Lebih menyedihkan, ada beberapa kedai mamak telah dibeli mereka. Mereka masih mengekalkan nama-nama berunsur keMelayuan dan keIslaman untuk menarik pelanggan. Sedangkan makanan yang disaji belum pasti halal atau tidak. Mereka juga sanggup berkahwin dengan orang asli, untuk mendapatkan lesen, tanah dan sebagainya. Setelah semuanya didapati, habis manis, sepah dibuang. Apa yang tidak membawa hasil akan ditinggalkan. Sebab itu, saya mempertikaikan semangat patriotisme mereka.

Saya tidak pasti apakah ramai yang buta hatinya ada kaitan dengan makanan yang tidak halal. Kadang kala saya merasa amat pelik, kedai makanan atau kopitiam mereka, bukanlah hebat sangat. Hanya kerana ada stail, bergaya, dan ada standard, kita sanggup duduk berjam-jam dalam kedai mereka menghabiskan wang ringgit.

Contohnya, kopitiam kopi putih bandar lama, masih ramai orang Islam yang makan di situ tanpa segan silu. Kopi putihnya tidaklah seberapa. Beli sahaja dikedai, minum di rumah bersama keluarga. Bukankah lebih baik? Kebetulan terbaca artikel Dr. Mark Hyman (7 Jan 2011), seorang pakar perubatan dan penulis hebat, makan minum di rumah boleh menyelamat dan memanjangkan nyawa berbanding makan di luar.

Kita selalu mengadu tidak banyak masa untuk memasak. Tetapi penyelidikan di Amerika membuktikan bahawa banyak masa dihabis dengan menonton rancangan memasak daripada memasak untuk diri sendiri dan keluarga. Dalam siri Food Revolution, Jamie Oliver mengatakan, kita sedang mendidik generasi akan datang yang tidak akan mengenal sayur, buah dan tidak tahu memasak. Katanya lagi, I believe the most important and the most powerful tool you have to change your health and the world is your fork.

Menurut Hyman, kanak-kanak yang mendapat makanan yang cukup bersama keluarga lebih berjaya atau mendapat keputusan baik di sekolah dan hubungan kekeluargaan lebih akrab. Selain itu, penyelidikan menunjukkan 42 peratus kurang berkemungkinan untuk minum arak, 50 peratus kurang merokok atau mengambil ganja, 66 peratus kurang merokok.

Untuk memulakannya, Hyman menasihatkan kita semua supaya masak dan makan di rumah dengan memeriahkan dapur. Penuhi dapur dan peti sejuk dengan buah-buahan tempatan dan makanan segar dan mengurang makanan manis dan berlemak.

Makan di rumah sebenarnya amat dituntut oleh Islam, kerana di situ ada keberkatan. Bayangkan jika sambil memasak makanan berkhasiat kita berdoa dan berzikir. Tidakkah semua ini sudah cukup membuktikan kajian barat itu. Masalahnya kita tidak mahu lihat keberkatan itu. Kita lebih melihat glamour. Kita telah terperangkap dengan agenda ultra kiasu. Akhirnya hati menjadi hitam.

Saya menasihatkan umat Islam, jika teringin sangat untuk makan di luar, masih banyak lagi kedai orang Islam. Negara kita adalah syurga makanan. Carilah yang halal tanpa was-was. Dari segi kaedah, umat Islam perlu membantu sesama sendiri dahulu. Baharulah membantu orang lain. Ini tidak, saudara sendiri, entah ke mana. Bab orang lain begitu beriya-iya. Siapa yang salah sebenarnya? Kita juga. Kita tidak mempercayai sesama sendiri. Kita lebih mempercayai orang lain.

Sebelum ini kita biasa mendengar berita serbuan Jakim dan pihak berkuasa ke atas restoran yang menggunakan loga halal palsu, ramuan yang haram dan sebagainya. Tapi kebanyakan kita buat tidak kisah. Sedangkan kita tahu ini agenda ultra kiasu untuk mengaut keuntungan dan menghitamkan hati kita? Lebih menyedihkan jika ada pihak berkuasa yang melindunginya. Kita akan menyesalkan suatu hari nanti.

Ingatlah, pengusaha makanan ultra kiasu sanggup menggunakan taktik yang keji semata-mata untuk menjatuhkan perniagaan orang Islam. Penternak ayam ultra kiasu sanggup menurunkan harga ayam di bawah paras siling agar penternak ayam Islam mengalami kerugian dan tidak berupaya bersaing. Namun, apabila pengeluaran ayam berlebihan, penternak ayam ultra kiasu sanggup membakar anak-anak ayam hidup-hidup demi untuk mengawal harga.

Hari ini, ultra kiasu melancarkan kempen di alam maya untuk memboikot KFC (disebabkan insiden ultra kiasu kurang ajar) dan juga kempen memboikot roti Gardenia. Mereka sudah ada syarikat roti ultra kiasu. Bacalah dalam laman web, bagaimana kempen kotor ini berjalan. Sama juga dengan konsert nasyid yang melibatkan penyanyi antara bangsa yang akan berlangsung 16 Jun ini. Semua sponsor konsert tersebut terdiri dari syarikat Islam. Yang peliknya event managementnya adalah syarikat seratus peratus tidak Islam. Persoalan saya, tidak adakah orang Islam professional yang boleh menjadi event management, sehingga terpaksa mengambil ultra kiasu?
 
 

Read more...

HAJI HADI SERONOK TABUR FITNAH LAGI

>> 02 June 2012


Haji Hadi menyatakan kemungkinan PRU akan datang pada musim haji untuk menyelamatkan BN kerana di waktu itu ramai ahli PAS mengerjakan haji.

Persoalannya ibadat haji itu hanya untuk orang PAS sahajakah? Jika begitu orang UMNO tidak menunaikan haji? Untuk pengetahuan Haji Hadi, ramai pak-pak menteri sudah mengerjakan haji cuma mereka tidak sama sekali menggunakan pangkat "haji" pada nama mereka seperti Haji Hadi sendiri.

Lagi satu dari mana fakta Haji Hadi boleh tahu lagi ramai orang PAS mengerjakan haji dari orang UMNO? Adakah Haji Hadi mempunyai mukjizat untuk mengetahui parti seseorang yang mengerjakan haji?

Makin lama makin melampau Haji Hadi tabur fitnah.

Read more...

PAS CAKAP BERBELIT. TIDAK MAHU MUZAKARAH, MAHU DEBAT



Read more...

PENDEDAHAN PENYELEWENGAN TABUNG MEMALI OLEH BEKAS AHLI PAS!



Read more...

PENDEDAHAN: BEKAS AHLI PAS KAFIRKAN ABANG SENDIRI DEMI AMANAT HAJI HADI!

>> 01 June 2012



Read more...

UNTUK KALI PERTAMANYA HAJI HADI JADI ANAK JANTAN


Dalam kenyataan terbuka Haji Hadi menegaskan bahawa PM perlulah Melayu Islam. Ini sama sekali menolak idea pemimpin-pemimpin DAP yang mahukan PM bukan Melayu sebaliknya hanya Islam sebagai syarat. Dalam pada itu kenyataan Haji Hadi selalunya tidak berkekalan lama apabila disergah Karpal Singh dan Lim Kit Siang.

Cuma dalam kenyataannya Haji Hadi tidak sama sekali membalun puak-puak yang mengutarakan idea PM bukan Melayu itu iaitu DAP. Jadi jika benar-benar anak jantan Haji Hadi patut balun secara terbuka puak-puak tidak bersyukur ini dari terus mempolitikkan bangsa dan agama seorang PM.

Jangan selepas ini Haji Hadi buat pusing balik sudahlah...

Read more...

DIN PUDU CUBA JADI HERO ORANG JOHOR


Pencacai Din Pudu secara terbuka mengajak MB Johor berdebat mengenai masalah tanah rakyat Johor. Masalah yang akan diketengahkan seperti Pulau Batu Puteh, Projek Tanjung Pelepas dan lain-lain masalah tanah melibatkan Negeri Johor.

Tetapi Din Pudu ini bukannya anak jati Johor sebaliknya anak jati Kelantan. Jadi apa kejadahnya Din Pudu menyibuk masalah rumah orang lain? Sedangkan di Kelantan sendiri pun melambak masalah tanah rakyat yang gagal diselesaikan oleh Kerajaan PAS Kelantan. Sepatutnya Din Pudu berdebat mengenai masalah tanah rakyat Kelantan, bukannya Johor.

Isu pembalakan haram di Kelantan, tanah ladang rakyat yang sampai ke hari ini tak selesai, projek kambing Husam Musa dan pelbagai lagi masalah yang sepatutnya didebatkan oleh Din Pudu. Ada berani ka Din Pudu?

Read more...

PENDEDAHAN KEKAYAAN AZMIN DAN SHAMSIDAR OLEH UMMI



Read more...

SANTAI: AHLI UMNO YANG BERSEMANGAT



Bersemangat sungguh brader ni berjoget waktu lagu 1Malaysia. Tahniah la brader kerana ada jati diri UMNO yang hebat cuma joget tu belajar lagi la. Wakakaka...

Read more...




  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP