IKLAN CILAKA ISRAEL DAN SAMSUNG MENGHINA ISLAM

>> 30 April 2012



Read more...

ANWAR BERANG DENGAN TUNKU ABDUL AZIZ


PETALING JAYA: Nasib Naib Presiden DAP, Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang membantah penganjuran Perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, Sabtu lalu akan dibawa ke mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat akan datang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai pemimpin tertinggi dalam pakatan, beliau sepatutnya tahu menggunakan kedudukannya itu.

"Beliau perlu menyuarakan bantahan itu kepada pimpinan parti, bukannya melalui media.

"Kita akan bawa perkara ini dalam mesyuarat. Tidak ada sebarang syarat untuk mengusulkan sebarang pandangan kepada mesyuarat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Isnin.

Khamis lalu, Abdul Aziz menggemparkan sesi sidang Dewan Negara apabila secara terbuka menyatakan bantahan terhadap penganjuran perhimpunan yang akan menimbulkan keadaan huru-hara.

Tegas beliau, bantahan itu berdasarkan pengalaman serta pemerhatian terhadap penganjuran beberapa perhimpunan jalanan di luar negara yang kononnya aman tetapi berakhir dengan keganasan.

Sementara itu, Anwar mengisytiharkan 28 April 2012 sebagai 'Hari Merdeka Rakyat' apabila 300,000 rakyat berhimpun menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

"Anak-anak muda, wanita dan lelaki dari pelbagai lapisan bangsa dan umur datang dengan kekuatan untuk menuntut kebebasan serta mahu keadilan ditegakkan. Mesej mereka adalah jelas," katanya. - MStar

Read more...

MALAYSIAKINI CUBA MENUTUP KEGANASAN BERSIH 3.0 DENGAN MENYERANG POLIS BERTERUSAN

Malaysiakini hebat memainkan sentiemen kebencian terhadap polis dengan terus menerus menyerang polis. Polis digambarkan sebagai ganas dan zalim semasa peristiwa BERSIH 3.0. Malah dalam masa 3 hari ini sahaja sudah berpuluh artikel mereka menyerang polis.

Dan hari ini sahaja terdapat hampir 10 artikel menceritakan mengenai keganasan polis sedangkan cerita sebenarnya polis langsung tidak bertindak ganas seperti diwar-warkan portal zionis itu.


Yang menghairankan apabila tiada satu pun artikel yang ditulis di Malaysiakini menceritakan bahawa perhimpunan tersebut ialah perhimpunan HARAM. Malah mereka meletakkan semua kesalahan yang dilakukan pendemo BERSIH ke tangan polis.

Inilah yang dikatakan oleh Zulkifli Nordin bahawa ancaman dari puak-puak rasis ini akan berterusan ke arah institusi yang berkaitan dengan Islam, Melayu dan Raja.

Read more...

PENGAKUAN PENDEMO BERSIH DI BAYAR!



Read more...

RAMAINYA PENDEMO BERSIH DI MELAKA...



Jumlah kehadiran adalah sekitar 100 ke 150 orang sahaja. Itu pun nak tunjuk berani nak rempuh halangan polis. Wakakaka.... Sebenarnya pendemo-pendemo ini semuanya pengecut!

Read more...

KISAH BERSIH 3.0 DI DADA AKHBAR ISRAEL


Baton-wielding police backed by trucks mounted with water cannon sporadically fired tear gas at some demonstrators for at least an hour, before much of the crowd was dispersed. People fled into streets and stores nearby, leaving shoes, bottles and other belongings scattered on the ground. 
Video footage by independent news website Malaysiakini showed angry demonstrators overturning a police car that allegedly hit two people. 
Home Minister Hishammuddin Hussein said that police acted "with utmost restraint," but opposition leaders and rights groups said the use of tear gas was unjustified. - Haaretz
Nampaknya Israel sangat berminat dengan perkembangan BERSIH 3.0 semalam. Malah segala laporan yang dilaporkan dalam akhbar tersebut amat terperinci sehinggakan segala tindak-tanduk dan aktiviti yang berlaku semasa rusuhan semalam dapat direkodkan dan ditulis dengan baik.

Tambah menghairankan apabila akhbar Israel ini bukannya membeli berita ini dari mana-mana agensi berita sebaliknya ianya ditulis sendiri oleh wartawan akhbar tersebut seolah-olah wakil pemberita mereka sama-sama hadir semasa acara tersebut.

Adakah mereka amat berminat dengan perkembangan BERSIH 3.0 kerana anak emas mereka sememangnya ada di Malaysia?


Read more...

AKHBAR AMERIKA MENDEDAHKAN BERSIH ADA AGENDA LAIN

>> 29 April 2012


...But Bersih is demanding that senior officials of the Election Commission resign, that the voting rolls be purged of fraudulent names and that the election be monitored by international observers.
Agak menghairankan apabila akhbar Amerika mendedahkan agenda BERSIH 3.0 bukanlah sekadar 8 tuntutan. Agenda yang lain tidak sama sekali pernah dibincangkan tetapi rakan-rakan sekutu Anwar Ibrahim boleh memperolehi maklumat seperti ini tanpa diketahui orang lain.

BERSIH 3.0 tidak sama sekali pernah menyatakan permintaan agar pilihanraya akan dipantau oleh pemerhati luar. Sekiranya perkara ini dinyatakan pastinya rakyat mula mengesyaki sesuatu yang buruk. Maka perkara tersebut dirahsiakan.

Malah dalam artikel akhbar tersebut, seorang sekutu Anwar menghentam Malaysia sebagai gagal dalam menterjemah asas hak asasi manusia.
Phil Robertson, deputy director of Human Rights Watch’s Asia division, said Saturday that the Malaysian government had again shown its contempt for basic rights and freedoms. 
“Despite all the talk of ‘reform’ over the past year, we’re seeing a repeat of repressive actions by a government that does not hesitate to use force when it feels its prerogatives are challenged,” Mr. Robertson said.
Perkara yang sebenar tidak dinyatakan pula ialah demo BERSIH 3.0 adalah agenda haram dan pihak polis telah melakukan perkara yang sepatutnya dalam menangani perhimpunan haram.

Pernahkah anda tertanya-tanya sekiranya rusuhan seperti BERSIH 3.0 ini diadakan negara lain, adakah pihak polis negara tersebut akan masih berlembut?

Ini adalah video rusuhan London pada tahun lepas. Anda boleh saksikan sendiri adakah polis mereka bertindak seperti diwar-warkan Pakatan Haram bahawa polis negara lain lebih baik.



Anda dapat saksikan sendiri bagaimana askar berkuda polis merempuh pendemo tanpa mengeluarkan amaran. Jadi adakah polis Malaysia boleh dikatakan zalim walaupun amaran sudah dikeluarkan berkali-kali sebelum melepaskan gas pemedih mata?

Inilah perkara yang diidam-idamkan Anwar Ibrahim iaitu memburukkan nama Malaysia di mata dunia!

Untuk membaca akhbar tersebut sila klik sini.

Read more...

VIDEO PENDEMO MENGHASUT YANG LAIN UNTUK MENYERANG POLIS



Ini adalah semburan meriam air yang digunakan FRU selepas amaran bersurai tidak berjaya. Sebaliknya benteng PDRM di Dataran Merdeka cuba dirempuh masuk oleh beruk-beruk ini. Namun apabila semburan air dimulakan, puak-puak pendemo menyeru rakan-rakan yang lain agar terus mara ibarat mencabar lagi kredibiliti dan amaran polis.

Jadi siapa sebenarnya yang bersalah?

Read more...

BUKTI TERBARU BERSIH 3.0 HANYALAH KEMPEN POLITIK PEMBANGKANG



Read more...

PAS MELAMBUNG PUJIAN KEPADA UNIT AMAL YANG MENYERANG POLIS

>> 28 April 2012


PAS memberikan pujian kepada Unit Amal yang dilihat mampu mengawal peserta dalam perhimpunan BERSIH 3.0. Malah ucapan tahniah diberikan seolah-olah Unit Amal memberikan prestasi yang amat mengagumkan.

....benarkah begitu?

Untuk pengetahuan semua, Unit Amal adalah antara kumpulan-kumpulan awal yang memulakan provokasi dengan merempuh benteng polis sekitar tengahari tadi di KLCC.



Semasa rempuhan ini, orang awam yang duduk di belakang benteng polis bertempiaran lari kerana takut dengan keganasan Unit Amal ini.

Dakwaan bahawa Unit Amal bejaya mengawal pendemo juga tidak benar sama sekali kerana mereka turut sama melakukan provokasi. Malah keganasan dapat dilihat di mana sahaja pendemo ini pergi. Kemusnahan harta benda awam juga banyak. Jadi inikah yang dinamakan Unit Amal mengawal pendemo dengan baik?



Di waktu ini kerugian yang disebabkan keganasan pendemo perlu diletakkan ke tangan penganjur iaitu puak-puak Ambiga, Anwar dan seangkatan yang lain. Warga Kota sila lakukan saman dan menuntut ganti rugi dari mereka!

Read more...

MALAYSIAKINI PENIPU! PDRM TOLONG SAMAN MALAYSIAKINI!

Portal penipu Malaysiakini menyiarkan laporan bahawa kereta PDRM diterbalikkan oleh orang awam kerana melanggar seorang pendemo. Pada hakikatnya video tersebut hanya menunjukkan aksi beruk penjilat Ambiga menterbalikkan kereta tersebut.



Fakta sebenarnya kereta polis tersebut diserang hingga hilang kawalan. Video di bawah jelas menunjukkan siapa yang menyerang kereta polis sehingga berlaku kemalangan.



Sememangnya Malaysiakini portal cilaka melaporkan laporan yang tidak benar. Polis wajib menyaman Malaysiakini kerana memfitnah polis dalam perkara ini.

Read more...

DATARAN MERDEKA GAGAL DITAKLUK PENJILAT AMBIGA. TAHNIAH PDRM


Dataran Merdeka tidak berjaya ditakluk penjilat Ambiga. Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan menyembur air ke atas penjilat Ambiga kerana mereka cuba merempuh masuk ke Dataran Merdeka dan bertindak ganas.

Malah ada di antara mereka membaling botol-botol air ke arah polis yang mengawal Dataran Merdeka. Dataran Merdeka sudah pun lengang dan yang tinggal beberapa kerat sahaja pendemo yang tengah berehat-rehat sambil bersembang.

Polis masih mengawal tetapi dalam jumlah yang sedikit. Wartawan masih ramai lagi dalam cuba menemubual beberapa pendemo dan polis.

Saya bernasib baik duduk di kumpulan wartawan yang berdekatan dengan benteng polis. Jadi saya tidak terkena gas pemedih mata dan semburan air.

BERSIH 3.0 bolehlah diisytiharkan "tamat acara" pada pukul 4 petang tadi. Situasi di kawasan lain tidak dapat dipastikan lagi. Ada dengar-dengar polis buat tangkapan dalam jumlah yang ramai di KLCC tetapi tidak dapat dipastikan.

Kesimpulan hari ini, BERSIH 3.0 gagal!

Nota: Saya akan pulang dalam sikit masa lagi. Pendemo pun ramai yang dah angkat kaki.

Read more...

BERSIH 3.0 GAGAL: STATISTIK YANG HADIR


Jumlah kehadiran secara keseluruhan hanyalah 50 ke 60 orang. Sekarang sudah beransur surut. Tetapi dalam jumlah 60 ribu itu, golongan pemerhati seperti saya dalam 10 ribu orang. Dataran Merdeka sedang sesak dengan pendemo yang cuba merempuh masuk. Buat masa ini tidak dapat dilihat tangkapan dibuat di Dataran Merdeka.

Anggota PDRM yang bertugas berjumlah dalam ratusan orang untuk mengawal Dataran Merdeka tetapi semakin bertambah. Dengar khabarnya trak pemancut air FRU sedang bersiap sedia tapi tak kelihatan pun.

Read more...

UNIT AMAL PAS REMPUH BENTENG POLIS



Saya bersama wartawan Agenda Daily ketika ini. PDRM telah melakukan beberapa tangkapan terhadap pendemo yang melampau. Tangkapan masih lagi dibuat. Dengar khabarnya abang aiskrim sudah keluar di KLCC.

Read more...

SUDAH PUAS JUAL AGAMA, KINI MAT SABU JUAL SEMANGAT PATRIOTIK PULA


Mat Sabu menegaskan bahawa kehadiran untuk berhimpun pada hari ini bukti cinta kepada negara.

Huh?!

Adakah Mat Sabu mengeluarkan kenyataan tersebut dalam keadaan mabuk? Cinta kepada negara itu ialah sikap patriotik rakyat Malaysia. Benarkah dakwaan Mat Sabu ini? Banyak soalan yang perlu dirungkaikan.

1. Patriotik bagaimana dengan melanggar arahan pihak berkuasa yang melarang berhimpun di Dataran Merdeka?

2. Patriotik bagaimana dengan mencemuh PDRM sebagai tulang belakang negara?

3. Patriotik bagaimana dengan mengikut Ambiga dan Anwar yang gemar memburukkan nama negara?

4. Patriotik bagaimana dengan mengganggu warga kota dengan budaya samseng semasa berhimpun?

5. Patriotik bagaimana dengan merusuh dan bertindak ganas atas nama kebebasan?

6. Patriotik bagaimana dengan melakukan acara yang menjatuhkan martabat negara di mata dunia?

Adakah sebenarnya Mat Sabu faham maksud patriotik yang sebenar atau sekadar menjual nama patriotik?

Nota: Im on my way to Dataran Merdeka. Not for coverage, just hanging around.. and watch

Read more...

AKSI BERUK PENJILAT AMBIGA GANGGU LALULINTAS



Read more...

KEANGKUHAN TOK GURU?

>> 27 April 2012



Read more...

BERSIH 3.0 PASTI BERLAKU DI JALANAN, BUKAN DATARAN MERDEKA


PDRM telah menerima arahan untuk mengawal Dataran Merdeka dari kumpulan pelampau politik yang mahu melangsungkan acara mereka iaitu BERSIH 3.0. Kumpulan ini berdegil untuk menggunakan Dataran Merdeka sedangkan permit tidak dikeluarkan. Malah pelampau ini telah menutup pintu rundingan dengan tetap berdegil untuk menggunakan Dataran Merdeka.

Difahamkan pihak PDRM sedang mengawal Dataran Merdeka dari dicemari kumpulan pelampau ini. Malah dimaklumkan PDRM juga sedang bersiap sedia dengan kemungkinan rusuhan seperti yang berlaku semasa BERSIH 2.0 yang lepas.

Buat masa ini tangkapan secara terbuka belum dilakukan. Tetapi untuk pengetahuan ada beberapa individu Occupy Dataran telah disoal siasat polis dalam beberapa hari ini.

Oleh itu kepada warga kota, seelok-eloknya esok cuba hindari dari berada di pusat bandar kerana dikhuatiri musibah akan berlaku. Malah ada baiknya rakyat menjauhi BERSIH 3.0 ini kerana ianya perhimpunan haram dari segi undang-undang dan agama.

Read more...

ASPAN "PELIK" ALIAS MASUK DAP KERANA LEBIH ISLAMIK?


Seperti yang tersiar di blog, Aspan Alias mengakui meninggalkan UMNO kerana perjuangan UMNO tidak berlandaskan Islam. Itulah antara sebab untuknya meninggalkan UMNO dan menyertai DAP. Tetapi agak kelakar adakah DAP lebih Islamik? Malah berapa jumlah masjid yang telah dibina DAP jika hendak dibandingkan dengan UMNO?

Masuk akalkah jawapan yang diberikan Aspan Alias?

Mungkin ini yang dimaksudkan Aspan Alias bahawa DAP lebih Islamik,



Read more...

VIDEO FATWA NIK AZIZ: BERSIH 3.0 = WAJIB!



Astagfirullah...

Solat jemaah bermaksud demonstrasi?!

BERSIH 3.0 wajib dihadiri?!

Fatwa dari hadis mana yang dimaksudkan Nik Aziz?!

Read more...

KEBODOHAN TAUFEK ADUN PAROI BUKA PEKUNG SENDIRI TAK BUAT KERJA

>> 26 April 2012


Dalam beberapa hari lepas bersungguh-sungguh ADUN Paroi iaitu Taufek menyalin artikel dari Harian Metro mengenai lambakan warga asing di Senawang. Seperti biasa kesalahan tersebut diletakkkan di tangan BN Negeri Sembilan sahaja.

Mungkin warga luar tidak memahami apa yang cuba diterangkan di sini. Jadi saya akan cuba jelaskan.

Untuk pengetahuan semua, Senawang terletak di bawah kawasan DUN Paroi. Taufek ialah wakil rakyat PAS di DUN Paroi. Jadi kebodohan Taufek apabila membuka pekung keaiban kawasan sendiri yang tidak dijaganya.

Tambahan pula artikel yang terpampang di blog miliknya itu bukanlah artikel yang direka sendiri sebaliknya sekadar disalin kembali dari Harian Metro.

Ini menandakan ADUN Paroi ini tidak buat kerja kerana sudah keluar surat khabar baru terhegeh-hegeh hendak salin artikel tersebut sedangkan jika hendak mengharapkan dia sendiri untuk menemui masalah tersebut alamatnya kena tunggu kucing bertanduk.

Malah kebodohan Taufek apabila permasalahan tersebut cuba dijadikan modal untuk menyerang kerajaan negeri sedangkan masalah tersebut berlaku di kawasannya sendiri. Jadi siapa yang tak buat kerja?

Ini adalah artikel tersebut

23 April 2012 SENAWANG: “Penduduk amat tertekan kerana kawasan ini seolah-olah sudah menjadi perkampungan mereka merangkumi kira-kira 1,000 pekerja asing yang menjadi penghuni di beberapa unit rumah dan rumah kedai,” kata Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Jasmin, Mohamad Azman Md Safar. 
Menurut beliau, tindakan pihak tertentu menjadikan ia sebagai asrama pekerja asing menyebabkan penduduk taman berkenaan berada dalam keadaan tertekan berikutan sikap warga asing terbabit yang tidak disenangi mereka. 
Kata Mohamad Azman, kehadiran pekerja asing terbabit yang tidak memahami dan menghormati budaya tempatan selain sikap pengotor mereka menyebabkan ketenteraman penduduk tempatan terjejas. 
“Kelakuan mereka yang suka membuang sampah merata-rata menimbulkan rasa kurang senang penduduk tempatan kerana kawasan perumahan ini menjadi kotor. Penduduk tempatan seolah-olah menjadi kuli mereka kerana terpaksa membuang sampah dan membersihkan kawasan. 
“Selain itu, penduduk semakin hilang sabar dengan sikap warga asing itu yang turut menconteng bangunan dan berkelakuan kurang sopan seperti berpakaian menjolok mata. 
“Mereka juga didapati meminum minuman keras di luar asrama tanpa menghiraukan jiran sekeliling selain menjadikan taman awam sebagai tempat pergaulan bebas lelaki dan perempuan,” katanya. Menurutnya, penduduk bimbang sikap negatif itu boleh mempengaruhi remaja tempatan sekali gus memberi kesan tidak baik kepada pembangunan sahsiah mereka. 
Dakwa Mohamad Azman, masalah itu sudah berlarutan sejak lebih enam tahun lalu namun bilangan pekerja asing berkenaan tidak ramai berbanding kini sehingga seolah-olah taman perumahan itu menjadi perkampungan mereka. 
“Ahli jawatankuasa KRT pernah menasihati warga asing terbabit supaya memberi kerjasama dan tidak mengulangi perbuatan itu selain cuba memahami budaya penduduk tempatan, tetapi ia masih berterusan,” katanya. 
Bagi penduduk, Mohd Faizal Rahim, 35, masalah itu sudah lama berlaku dan menyebabkan mereka tidak tahan lagi. 
Dia yang menetap di situ lebih enam tahun lalu berkata, sejak taman itu dijadikan ‘perkampungan warga asing’, pelbagai masalah sosial berlaku dan tidak menolak kemungkinan ada berlaku kes persundalan membabitkan mereka. 
“Saya amat tidak menyenangi kehadiran mereka kerana banyak membawa keburukan,” katanya - Harian Metro
Jika si Taufek ini cerdik, masalah ini diselesaikan secepat mungkin dengan membawa pihak berwajib untuk melakukan tangkapan, bukannya sekadar mengadu domba.

Read more...

MAJLIS PERSEDIAAN SAMBUT TPM DIGANGGU PENCACAI LIM GUAN ENG



Lihat bagaimana samseng upahan Lim Guan Eng mengganggu persediaan untuk  menyambut TPM semalam di Pulau Pinang. Malah Adun tersebut berperangai samseng dengan mengatakan "saya punya suka saya mau mai, hang sibuk apa". 

Malah salah seorang ADUN samseng mempertikaikan permit yang dikeluarkan PBT sedangkan mereka sendiri tahu permit tersebut telah diluluskan. Jadi perkara ini hanyalah sekadar gangguan yang cuba ditimbulkan oleh puak-puak perjilat Lim Guan Eng. Malah mereka langsung tidak membawa wakil PBT semasa pertemuan semalam.

Read more...

NAIB PRESIDEN DAP TOLAK BERSIH 3.0


Naib Presiden DAP iaitu Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim menolak penganjuran BERSIH 3.0 yang diadakan Sabtu nanti. Ini tamparan yang hebat kepada Pakatan Rakyat khususnya Anwar Ibrahim yang menyaksikan usaha mereka tergendala dengan kenyataan Naib Presiden DAP ini.

Sebelum ini semasa penganjuran BERSIH 2.0, beberapa pemimpin PAS menolak penganjuran tersebut dan akhirnya mereka disingkirkan dari parti. Adakah ini bermakna Tunku Abdul Aziz juga akan menerima nasib yang sama?

KUALA LUMPUR 26 April - Penganjuran BERSIH 3.0 dikejutkan dengan kenyataan Naib Pengerusi DAP Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang mengeluarkan kenyataan tidak menyokong Perhimpunan tersebut. 
Malah beliau juga menjelaskan sebarang Himpunan sedemikian bakal berakhir dengan keganasan. 
"Kebanyakan himpunan akan bermula dengan aman dan berakhir dengan keganasan. Siapa yang akan bertanggungjawab tentang keselamatan mereka? Saya menolak mana-mana pihak yang melakukan perkara menjurus kepada pelanggaran undang-undang," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. 
Tunku Aziz turut berpendirian BERSIH 3.0 tidak wajar diadakan di Dataran Merdeka kerana ia mengajak rakyat melanggar undang-undang. 
"Keselamatan peserta yang hadir pada himpunan itu juga turut tidak terjamin," jelasnya lagi.
Ini merupakan kenyataan pertama seorang Pemimpin kanan Pakatan yang membantah penganjuran BERSIH 3.0. Setakat ini tiada sebarang penjelasan dari mana-mana Pimpinan DAP berkaitan kenyataan beliau. - klpos
 Nota: akhirnya ada pemimpin Pakatan Rakyat yang mampu berfikir dengan logik

Read more...

SEKOLAH DI KELANTAN AIRNYA WARNA COKLAT?


Agak menghairankan sikap acuh tak acuh Kerajaan PAS Kelantan dalam membantu rakyatnya sendiri. Difahamkan masalah air Kelantan yang konon-kononnya didakwa Haprakah Daily sebagai "tidak serius" kini semakin tidak diendahkan kerajaan negeri.

Lawatan TPM ke Kelantan beberapa hari lepas menyaksikan janji TPM untuk menyediakan kemudahan air bersih kepada 30 buah sekolah di Kelantan. Ini bermakna sebahagian besar pelajar akan menerima bekalan air bersih dengan usaha TPM ini.

Isu yang ingin dibincangkan di sini bukanlah kebaikan TPM membantu rakyat Kelantan kerana itu memang kewajipan pemimpin. Isi yang ingin dibincangkan di sini apa yang pemimpin Kelantan lakukan dan laksanakan.

Tidak malukah Kerajaan Negeri Kelantan sehinggakan masalah dalaman negeri sendiri memerlukan pemimpin luar untuk selesaikan? Apakah selama ini Kerajaan PAS Kelantan sekadar melihat sahaja rakyatnya menggunakan air kotor?

Difahamkan ramai pemimpin-pemimpin Kelantan yang mempunyai kediaman bertaraf mahligai tetapi kebajikan rakyatnya seperti negara dunia ketiga. Konon-kononnya perjuangan berlandaskan al-Quran dan hadis tetapi agama apa yang menyebut pemimpin boleh mengabaikan tanggung jawab terhadap rakyat?

Inilah perkara yang sungguh mengcewakan melihat pemimpin Islam mengabaikan rakyatnya sendiri. Jika Kelantan memerlukan pertolongan mengapa tidak lakukan seperti Selangor yang meminta bekalan air dari Negeri Sembilan?

Mungkin sudah sampai masanya pemimpin Kelantan menggunakan kepandaian mereka berceramah diterjemahkan kepada aktiviti yang boleh membantu rakyat Kelantan mendapat air bersih.

Read more...

ADUN DAP MEMPERMAINKAN KALIMAH ALLAH

>> 25 April 2012


Inilah yang diperjuangkan oleh Anwar dan Khalid Gereja yang menyokong kalimah Allah digunakan oleh kafir. Nampaknya semakin hari semakin kurang ajar puak-puak kiasu ini dalam mempermainkan agama Islam.

Baca juga sini.

Read more...

AH SO KECUT INI PERASAN CUN. RASA NAK LEMPANG



Orang tanya baik-baik jawab la elok-elok. Ini namanya kurang ajar. Sudah hilang adab dan sopan santun di kalangan penyokong Pakatan haram? Harap tua sahaja tapi perangai macam budak-budak.

Nota: dia punya topi ada stail Jennifer lopez tak? Wakakaka...


Read more...

AMBIGA BERDEGIL UNTUK MENGADAKAN BERSIH 3.0 DI DATARAN MERDEKA


Ambiga menyatakan bahawa BERSIH 3.0 tetap akan diadakan di Dataran Merdeka. Kedegilan Ambiga ini perlu diambil berat oleh pihak berwajib kerana akan ada faktor-faktor rusuhan dan keganasan. Ini kerana permit untuk menggunakan Dataran Merdeka untuk BERSIH 3.0 tidak dikeluarkan oleh DBKL.

Mungkin masanya sudah tiba untuk pihak berwajib mengharamkan acara BERSIH 3.0 ini.



Read more...

ADUN SELANGOR YANG MELAMPAU!


Ini adalah program rakyat Ahli Majlis MPKj (Majlis Perbandaran Kajang) yang dipengurusikan oleh Teo Nie Ching. Persolannya kenapa ada yang memakai baju BERSHIT semasa program MPKj? Adakah ini menunjukkan MPKj juga dipolitikkan oleh Teo Nie Ching?

Read more...

VIDEO PERTEMPURAN MAHASISWA DAN DBKL



Mungkin ada yang mengatakan bahawa DBKL bersikap zalim terhadap mahasiswa dengan merampas khemah mereka. Tetapi jangan lupa bahawa DBKL sudah banyak kali melayan kerenah mereka ini dan peluang demi peluang telah diberikan.

DBKL berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam menjaga kebajikan warga kota sebaliknya mahasiswa ini pula tidak habis-habis menimbulkan masalah. Jadi ini bukanlah satu bentuk kezaliman sebaliknya satu tugasan yang perlu dilakukan.

Malah sebelum ini pun rejim Pulau Pinang melakukan aksi yang lebih dahsyat dari ini dan penjilat Pakatan memuji melambung tindakan tersebut. Adakah ini yang dimaksudkan oleh puak Pakatan sebagai telus dan adil?



Read more...

UMNO MAHU PAS TARIK BALIK AMANAT HAJI HADI


KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Datuk Rosol Wahid mahu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengembalikan semula perpaduan umat Islam di negara ini dengan menarik balik amanat Haji Hadi yang dikeluarkan pada 1981.

Wakil rakyat Barisan Nasional bagi kawasan Ajil itu berkata, Abdul Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang, perlu turun ke semua kawasan yang masih lagi mengamalkan dua solat Jumaat dalam satu qariah dan memperbetulkan keadaan kerana semua itu dikatakan berpunca daripada amanat beliau di Banggol Peradong, di sini.

Umno sudah banyak kali membuat gesaan sedemikian.

“Bersetuju atau tidak, saya bagi pandangan dalam dewan ini kerana perpecahan itu bermula dari Pas, kita minta wakil Rhu Rendang pergi ke kawasan yang masih berlaku perpecahan dan tarik balik amanat itu.

“Kalau setuju kita minta keputusan Dewan,” katanya ketika Muhammad Ramli Nuh (BN-Tepoh) membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun), semalam.

Cadangan itu kemudiannya disokong Muhammad Ramli kerana menganggap perpecahan sudah sekian lama berlarutan berikutan sikap penyokong pembangkang enggan berimamkan dan gunakan khidmat jurunikah dilantik oleh kerajaan.

Keengganan itu didorong oleh fatwa dikeluarkan pemimpin mereka yang mengatakan berimamkan orang Umno tidak sah.

“Kita setuju sangat, sudah lama kita minta dia (Abdul Hadi) pergi demi perpaduan Islam, molek, saya setuju,” katanya.

Sementara itu, Kerajaan Negeri menyatakan kesediaan untuk menerima penarikan amanat tersebut kerana masalah dua solat Jumaat dalam satu kariah itu memang berlaku akibat fatwa Abdul Hadi 30 tahun lalu.

Bagaimanapun kata Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat (BN-Batu Rakit), sehingga kini tiada perbincangan dilakukan kerajaan dengan Abdul Hadi mengenai perkara itu.

“Amat baik sekali lah jika wakil Rhu Rendang cuba membetulkan semula perkara ini kerana mengikut laporan yang diterima daripada Maidam (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu) mengenai dua sembahyang Jumaat dalam satu mukim, sebahagian besar yang ditemui mengatakan mereka terikut dengan apa yang difatwa oleh pemimpin (Abdul Hadi) mereka pada masa lalu,” katanya.

Khazan berkata demikian menjawab soalan tambahan dikemukakan Nawi Mohamad (BN-Hulu Besut) yang ingin tahu sama ada benar Kerajaan Negeri ada berjumpa Abdul Hadi bagi menarik balik amanat dikeluarkannya sebelum ini.

Terdahulu, Khazan memaklumkan kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk mengatasi masalah dua solat Jumaat dalam satu qariah termasuk memberi penerangan mengenai hukum tindakan itu.

Beliau berkata, ada sesetengah masjid juga sudah diberikan kelulusan untuk dibenarkan mendirikan sembahyang Jumaat walaupun dalam satu kampung apabila kampung itu besar, penduduk ramai dan jarak antara masjid bersesuaian.

Katanya, kerajaan melalui Maidam turut menubuhkan Jawatankuasa Khas Penyatuan Jumaat dalam Satu Mukim dan panelnya terdiri daripada pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) bagi menjalankan kajian terperinci mengenai punca dan cadangan menyelesaikan masalah itu.

“Bagaimanapun jawatankuasa ini baru diwujudkan, sebahagian hasil perbincangan dan kajian belum sesuai untuk dibentangkan dalam sidang dewan kali ini,” katanya.

Sementara itu, Abdul Hadi ketika ditemui di luar dewan berkata beliau tidak perlu menjawab isu itu kerana muzakarah mengenainya pernah dicadangkan pada tahun 1984 namun ditolak oleh Umno peringkat pusat.

“Pas sudah sedia hadir muzakarah, Ngo Islam juga bersedia menjadi orang tengah tetapi Umno tidak hadir. Tahun 1984, kita sanggup hadir tapi dibatalkan,” katanya. - Sinar Harian

Read more...

HAJI HADI MENYATAKAN MASIH RELA DIPERBODOHKAN KAFIR HARBI

>> 24 April 2012


Haji Hadi menyatakan bahawa kesediannya untuk turun ke acara BERSIH 3.0 pada 28 April nanti. Ini secara langsung menunjukkan kedunguan tok-tok guru PAS yang menuruti agenda kafir harbi Ambiga yang sentiasa memusuhi Islam.

Malah agak menghairankan apabila sejak kebelakangan ini para ahli PAS begitu memuji Ambiga sedangkan suatu masa dahulu sewaktu kecoh dengan isu Forum Memeluk Islam anjuran Ambiga, merekalah yang beriya-iya memusuhi Ambiga. Sehinggakan di waktu itu ahli PAS cukup anti mendengar nama Ambiga. Bila disebut sahaja namanya maka akan  segeralah naik angin memaki hamun si kafir harbi itu.

Tetapi hari ini lain pula ceritanya. Presiden PAS sendiri sanggup diperbodohkan Ambiga demi kuasa. Perjuangan agama pula hilang entah ke mana. Sedarlah wahai orang PAS bahawa Ambiga itu sama sekali tidak pernah melupakan perjuangannya menentang Islam manakala PAS pula sentiasa lupa dimanakah nilai Islam dalam perjuangan.

Sampai bila PAS mahu sedar mereka hanyalah mainan kepada Anwar dan kafir harbi?

Read more...

AHLI SUNNAH IRAQ BERSEDIA MEMERANGI AL-QAEDA YANG BERFAHAMAN WAHABI?



Read more...

PENCACAI BERSIH 3.0 MENYERANG DATUK BANDAR KUALA LUMPUR PULA

Ketaksuban melampau pembasuh berak kafir harbi Ambiga dilihat semakin buta dalam membuat penilaian. Seperti yang diketahui DBKL tidak meluluskan permit BERSIH 3.0 kerana kawasan yang tidak sesuai. Tetapi dalam masa yang sama DBKL sama sekali tidak pernah mengharamkan BERSIH 3.0 sekiranya diadakan di tempat lain. Malah Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam sidang media semalam menawarkan 2 lokasi alternatif untuk BERSIH 3.0.

Datuk bandar menyatakan bahawa acara BERSIH 3.0 akan menjejaskan perniagaan para peniaga di sekitar Dataran Merdeka dan para pemandu teksi kerana kawasan itu pastinya akan ditutup.

Agak menghairankan apabila kelembutan Datuk Bandar ini diserang para pencacai Ambiga dengan mengatakan bahawa Datuk Bandar adalah ejen UMNO.




Seperti yang disaksikan, kenyataan Datuk Bandar itu banyak asasnya. Penutupan Dataran Merdeka pastinya akan merugikan para peniaga kawasan sekitar dan pemandu teksi kerana kumpulan ini terdiri daripada golongan agresif dan ekstremis.

Masih ingatkah bagaimana tindakan mereka dalam berdemo? Sedangkan semasa BERSIH 2.0 dahulu berapa banyak rakyat dan kerajaan perlu menaggung kerugian akibat sikap para penjilat Ambiga ini?


Malah sehingga ke hari ini Ambiga masih tidak mengakui kerugian yang mereka lakukan. Mereka masih menyalahkan PDRM kerana tindakan mereka sedangkan PDRM berusaha menghentikan tindakan mereka dari terus melakukan tindakan agresif.

Selama ini pun dapat dilihat bagaimana agresifnya penyokong-penyokong Pakatan Rakyat walaupun tidak diganggu.



Jadi dimanakah jaminan keselamatan yang mampu diberikan oleh Ambiga dan penganjur BERSIH 3.0 kepada rakyat sekiranya diadakan di Dataran Merdeka?

Read more...

EKUITI BUMIPUTERA MASIH JAUH KETINGGALAN. SEDARLAH WAHAI MELAYU


PM mengumumkan bahawa ekuiti bumiputera meningkat kepada 23.09% pada tahun 2010. Ini menunjukkan peningkatan daripada tahun 2008 yang hanya 21.9%.  Sungguh pun mencatatkan peningkatan tetapi ianya masih jauh ke arah 50% pemilikan ekuiti bumiputera.

Jangan lupa bahawa bumiputera penduduk majoriti negara ini tetapi masih gagal untuk menguasai ekonomi dengan baik. Pemilikan ekuiti bumiputera tidak sampai suku dari jumlah yang ada. Adakah ianya boleh dikatakan satu pencapaian yang membanggakan?

Pemilikan ekuiti bumiputera ini banyak bergantung kepada kerajaan yang memperkenalkan kuota, hak sitimewa orang Melayu dan pelbagai bantuan demi melihat bumiputera mampu bersaing dengan kaum-kaum lain. Malah sekiranya keisitimewaan yang disediakan oleh kerajaan kepada bumiputera tiada, maka ekuiti bumiputera kemungkinan akan hanya tinggal kurang dari 10%.

Ini menunjukkan kebajikan kerajaan yang sedia ada dalam membantu bumiputera dalam pelbagai aspek. Tetapi sekiranya pembangkang memerintah adakah perkara yang sama mampu dilakukan?

Masih ingatkah mengenai penolakan DEB oleh rejim DAP Pulau Pinang yang menyaksikan Melayu Pulau Pinang terus mundur? Atau ingatkah tentang rejim Negeri Selangor yang menyalurkan pelbagai bantuan kepada perniagaan masyarakat cina sedangkan janji untuk menyediakan premis perniagaan yang cukup kepada bumiputera tidak dilaksanakan? Adakah ini yang dikatakan Pakatan Rakyat membela nasib orang melayu?

DAP pula sentiasa bercita-cita menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan janji mereka untuk membela Melayu hanyalah janji di bibir sahaja sedangkan di perlembagaan parti mereka terpampang ideologi Malaysian Malaysia. Itu pun masih ramai orang Melayu termakan janji-janji palsu DAP dalam membela nasib orang Melayu. Sungguh menyedihkan.

Walau apa pun bumiputera perlu bersatu dalam meningkatkan ekuiti bumiputera supaya tidak jauh ketinggalan. Ingatlah bahawa bumiputera hanya ada kuasa tetapi ketinggalan jauh dalam ekonomi. Jadi gunakanlah kuasa yang ada untuk mendapat kembali apa yang telah diambil oleh kaum lain.

Read more...

NASIB BAKAL PM AKAN BERTUKAR MENJADI BAKAL BANDUAN?

>> 23 April 2012


Nallakaruppan telah menyerahkan pita rakaman aksi panas Anwar Ibrahim dan Shamsidar yang merupakan isteri Azmin Ali di Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Nampaknya keadaan ini pastinya membuatkan Anwar panas punggung. Malah hari ini Anwar dan Azmin Ali langsung tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan terhadap tindakan Nallakaruppan.

Nampaknya usaha Anwar menyaman Nallakaruppan seperti menjerat diri sendiri. Akhirnya kebenaran akan terbukti jua dan di waktu itu kita akan lihat adakah tok-tok guru PAS akan tetap bersama Anwar.

Read more...

IBRAHIM ALI DEDAHKAN SEJARAH PEMECATAN ANWAR YANG TIDAK DIKETAHUI RAKYAT



Read more...

ELI KANGKANG YANG MEROYAN SELEPAS RAKYAT TAHU ORGAN BADANNYA YANG TAK BERSIH 3.0



Kebodohan Eli kangkang apabila mengharapkan peserta yang hadir untuk demo BERSIH 3.0 seramai 1 juta orang sedangkan permit untuk menggunakan Dataran Merdeka sebagai kawasan demo tidak diluluskan DBKL. 

Tambahan pula seperti yang diketahui umum, diri Eli kangkang sendiri tidak bersih dengan skandal seks dengan seorang ahli PKR. Jadi ada baiknya Eli kangkang bersihkan dahulu dirinya sebelum bercakap mengenai undi bersih untuk rakyat.

Read more...

BEKAS AHLI PAS DEDAHKAN RAHSIA HUBUNGAN ANWAR DAN NIK AZIZ



Read more...

HINDRAF YANG KURANG AJAR MENERUSKAN AGENDA AMBIGA ISU KEBEBASAN BERAGAMA


Hindraf semakin kurang ajar dalam perjuangan mereka untuk menuntut kebebasan. Terbaru Hindraf melancarkan petisyen untuk menolak politik berasaskan kaum dan kebebasan agama di Malaysia. Permintaan kumpulan ini supaya Hak Ketuanan Melayu dihapuskan dan UMNO tidak lagi boleh memperjuangkannya

Malah Hindraf mengatakan bahawa selama ini mereka ditindas oleh Hak Ketuanan Melayu. Yang paling melampau apabila mereka meminta agar kebebasan mutlak dalam beragama di Malaysia. Ini sama sekali menidakkan Islam sebagai agama rasmi dalam negara ini.

Malah mahkamah Syariah dipertikaikan dan apa sahaja institusi berkaitan agama Islam dan Melayu dikutuk habis-habisan.

Bukankah mereka ini sangat kurang ajar?!

Jika Hindraf tidak perkauman, mengapa mereka terhegeh-hegeh dalam memperjuangkan sekolah vernakular SJKT? Malah Hindraf ini sendiri adalah pertubuhan haram yang tidak diiktiraf sebaliknya hanya diiktiraf kumpulan penjilat tegar Anwar. Mungkin Anwar telah menjanjikan pelbagai janji-janji manis kepada mereka sehinggakan mereka terkinja-kinja menyokong PKR.

Kumpulan-kumpulan pelampau seperti Ambiga, Hindraf dan banyak lagi ini terhasil daripada kesinambungan politik Anwar Ibrahim. Jadi sekiranya rakyat menolak Anwar maka Malaysia akan lebih aman tanpa ancaman daripada mereka ini.

Sila KLIK untuk lihat petisyen tersebut.

Read more...

MAHASISWA DAN OCCUPY DATARAN SUDAH MULA BERGADUH

Nampaknya sudah mula timbul hubungan retak di antara Occupy Dataran dan mahasiswa di Dataran Merdeka. Semalam secara terbuka puak-puak Occupy Dataran mengkritik mahasiswa dengann pelbagai tuduhan melalui twitter.



Memang jelas hubungan kedua-dua kambing Anwar Ibrahim tidak akan lama. Jika terus berlarutan silap-silap semasa BERSIH 3.0 nanti akan ada pihak tarik diri.

Read more...

PENYELEWENGAN PBT SELANGOR DIDEDAHKAN SENDIRI ADUN DAP

>> 22 April 2012



Kerajaan Khalid Gagap rupa-rupanya tidaklah setelus yang dikatakan olehnya seperti yang dilaporkan media-media penipu seperti Malaysiakini dan Harakah. Semasa sidang DUN Selangor, Janice Lee dari DAP mendedahkan penyelewengan PBT (pihak berkuasa tempatan).

Penyelewengan seperti ini berlaku sebenarnya bukti exco yang tidak memantau pergerakan dan kecekapan PBT. Jadi secara tidak langsung Janice Lee melemparkan tuduhan ini kepada exco yang hanya pandai bercakap tapi kerja tak buat. Siapa dia?

Inilah orangnya.


Nota: Janice Lee duduk di Malaysia seumur hidup tapi masih tak mampu bertutur bahasa kebangsaan dengan baik walaupun sudah bergelar pemimpin. Di mana terletaknya taraf bahasa ibunda kepada pemimpin seperti ini?

Read more...

SUHARDI RETURN?


BERSIH 3.0 telah dimumkan tidak mendapat permit oleh DBKL untuk mengadakan program di Dataran Merdeka pada 28 April nanti. Mungkin perkara ini akan berlarutan ke jalanan seperti demo BERSIH yang lepas.

Jika anda masih ingat semasa BERSIH 2.0 dahulu dapat disaksikan pelbagai ragam penyokong pembangkang. Malah yang paling popular peristiwa Suhardi yang mati 2 kali dalam sehari.



Persoalannya sekiranya BERSIH 3.0 dibawa ke jalanan, adakah Suhari akan kembali? Atau pun adakah lebih ramai peserta akan memainkan watak yang pernah dimainkan Suhardi?

Read more...

TENG CHANG YEOW GANTI KOH TSU KOON


Theng Chang Yeow diumumkan sebagai pengganti kepada Koh Tsu Koon sebagai Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang. Diharapkan di bawah Teng Chang Yeow Barisan Nasional Pulau Pinang mampu membawa perubahan yang diharapkan dalam PRU 13 nanti.

Tahniah diucapkan kepada Teng Chang Yeow.

Read more...

KHALID GAGAP MENIPU LAGI DENGAN PERLAKSANAAN MANIFESTO SELANGOR

>> 21 April 2012


Petikan dari Haprakah,
Selama empat tahun memerintah Selangor, dengan tema Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan Kerajaan Pakatan Rakyat telah melaksanakan hampir semua janji dalam Manifesto Pilihan raya Umum (PRU) 2008.

Sebuah kerajaan yang baik pula ialah kerajaan yang berjaya mengutip cukai dengan efisien dan menggunakan cukai tersebut untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat termasuk meningkatkan tahap ekonomi negeri agar pembangunan dapat dilakukan.
Khalid Gagap menjelaskan bahawa rejimnya telah melaksanakan hampir kesemua manifesto 2008. Persoalannya adakah ini satu lawak jenaka dari Khalid Gagap atau penipuan? Benarkah apa yang dikatakan Khalid Gagap ini?



Tidak perlu bercakap panjang kerana realitinya pelaksanaan mainfesto Selangor tidaklah seperti dakwaan Khalid Gagap. Anda boleh baca dan bandingkan sendiri adakah kenyataan Khalid Gagap ini benar atau pembohongan. Jadi gunakan mata dan pertimbangan akal anda.

Read more...

BERSIH 3.0 PERINGKAT MELAKA YANG "BERJAYA". BERJAYA?!


Bersih peringkat Negeri Melaka diisytiharkan berjaya pencacai pembangkang di Malaysiakini dengan kehadiran "ribuan" pengunjung. Berjaya dalam bentuk apa tidak dapat dipastikan kerana jumlah hadirin sebenarnya tidak sampai 50 orang. Adakah ini satu bentuk kejayaan?

Tambahan pula kali ini tiada sekatan dari pihak polis tetapi program ini masih gagal menarik minat rakyat Melaka untuk menyertainya. Yang hadir pun dari kalangan penjilat tegar Anwar yang menyokong tanpa tahu agenda kejahatan Anwar menghuru-harakan negara.

Ini menunjukkan betapa rakyat semakin menolak permainan politik Anwar yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi PM. Maka janganlah sesekali kita terperangkap dengan kenyataan dan janji-janji palsu Anwar Ibrahim seperti mereka ini.



Read more...

DEMO TERBARU LYNAS TIADA ORANG TANDA PENDUDUK KUANTAN BENCI FUZIAH REAKTOR!



Ini adalah demo Lynas yang diadakan di kawasan yang sama daerah dengan kawasan projek tersebut. Lihat sendiri berapa ramai penduduk tempatan yang hadir. Ada dalam lingkungan 100 orang sahaja. Sudahlah mengganggu lalu lintas, gambar MB Pahang pun dipermainkan puak-puak ini.

Sampai bila Fuziah mahu menipu mengenai Lynas? Segala tuduhan Fuziah sudah dijawab dengan fakta. Apa lagi yang mahu dibelitkan oleh Fuziah? Sudah-sudahlah tu..

Adakah Fuziah masih tidak nampak bahawa semakin hari semakin sedikit orang yang menyertai demo Lynas?

Nota: demo ini diadakan pada minggu lepas (11 April)

Read more...

DBKL TIDAK MELULUSKAN PERMIT BERSIH 3.0. PADAN MUKA!

>> 20 April 2012


Jawatankuasa BERSIH 3.0 sedang berkokok di waktu ini kerana DBKL tidak mengeluarkan permit kepada Program BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka. Ini kerana menurut DBKL tempat tersebut hanya disediakan untuk agenda dan program kebangsaan sebaliknya BERSIH 3.0 bukanlah termasuk dalam kategori tersebut.

Agak menghairankan kerana pembangkang masih tidak memilih Stadium Shah Alam yang mempunyai kemudahan yang selesa. Tambahan pula Stadium Shah Alam mampu menampung jumlah pengunjung yang besar berbanding Dataran Merdeka.

*******

Saya percaya akhirnya BERSIH 3.0 akan terjadi seperti BERSIH 2.0 dimana akhirnya jalanraya digunakan oleh mereka. Kedegilan mereka sendiri yang tidak mahu bertolak ansur ini mula membuatkan rakyat semakin benci dan meluat. Jika mereka masih berdegil, mungkin dalam masa terdekat perhimpunan ini diharamkan oleh kerajaan.

Read more...

GAMBAR MAHASISWA AGUNGAN PAS YANG PERANGAINYA SEPERTI JALANG



Sebelum bercakap untuk hapus PTPTN ada baiknya puak-puak ini perbaiki dahulu perangai sesama mereka. Lihatlah sendiri kelakuan mereka ini mencerminkan mahasiswa atau perempuan jalang. 

Read more...

NOH OMAR: MAHASISWA JANGAN JADI TUNGGANGAN ANWAR IBRAHIM



Read more...

PARLIMEN MASIH BERSIDANG SEKARANG INI? SUDAH PUKUL BERAPA?!


Dimaklumkan bahawa Parlimen masih lagi bersidang seperti yang diberitahu oleh MP Kota Belud melalui twitter. Dikatakan bahawa persidangan masih jauh lagi dari tamat kerana ada beberapa penggubalan akta yang masih dijalankan.

Pukul berapa mereka akan habis bersidang? Adakah pukul 1 pagi nanti?

Read more...

PAS MAHU BERPOLITIK ATAU BERNIAGA?

>> 19 April 2012


Nampaknya PAS sudah semakin ligat mengumpul dana PRU. Terbaru di Negeri Sembilan PAS sampai sanggup jual stiker kereta untuk tabung mereka. Sebelum ini pun semasa ceramah tabung-tabung mereka sentiasa ditadah untuk mengumpul dana.


Persoalan yang paling besar, selama 4 tahun PAS mengadakan ceramah ke sana sini tidak cukup lagikah dengan dana PRU? Selama ini dimanakah wang tersebut pergi? Malahan selalu kita dengar kutipan ceramah beribu-ribu tapi selepas itu senyap sahaja. Wang pun entah hilang ke mana.

Yang menghairankan pengikut-pengikut PAS langsung tidak pernah mempersoalkan aliran wang tersebut. Adakah mereka turut bersubahat sama?

Read more...

BETINA RASIS YANG MEMBAZIR PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR


Ini salah satu contoh pembaziran Kerajaan Negeri Selangor. Ini program persekolahan dengan memberi beg kepada pelajar sekolah. Persoalannya sekarang ini sudah bulan berapa untuk beri bantuan beg sekolah? Relevankah bentuk bantuan sebegini?

Tambahan pula mengapa semasa waktu pembukaan sekolah dahulu tidak diberikan bantuan sebegini? Bukankah ada baiknya peruntukan tersebut digunakan kepada perkara lain yang lebih bermanfaat?

Lagipun dikhabarkan penerima bantuan ini sebahagian besar bukanlah dari golongan susah. Adakah ini satu lagi usaha mengayakan kroni oleh Kerajaan Pakatan Selangor?

Read more...

VIDEO TERBARU ZULKIFLI NORDIN BOGELKAN ANWAR DI DEWAN RAKYAT



Lihat sendiri aksi pemimpin-pemimpin pembangkang panas punggung dengan kenyataan Zulkifli Nordin. Padan muka dengan kebodohan mereka sendiri!

Read more...

AKSI BODOH KUMPULAN MAHASISWA BUAT KULIAH DI DATARAN MERDEKA



Lihatlah sendiri kebodohan para mahasiswa penjilat Anwar Ibrahim. Sudah disediakan kemudahan unversiti yang baik pun mereka ini tidak tahu bersyukur. Malah mereka mengadakan kuliah sendiri yang dilihat amat bodoh sedangkan mereka ponteng kuliah sebenar di IPTA masing-masing.

Pelbagai usaha dilakukan mereka demi meraih simpati sedangkan jumlah yang menyertai mereka semakin hari semakin sedikit. Malah mereka ini bertambah tidak tahu malu apabila makanan yang dimakan mereka semasa berdemo hasil daripada sumbangan orang lain.

Read more...

PENIPUAN AKHBAR CINA: COUNTDOWN BERSIH TIDAK DAPAT SAMBUTAN

Inikah ribuan orang yang dimaksudkan Sin Chew Daily?
Akhbar Cina yang sememangnya menyebelahi pembangkang melaporkan bahawa ribuan hadirin hadir ke Himpunan Countdown Bersih 3.0 di Dataran Merdeka.


Hakikatnya jumlah yang hadir tidak sampai 800 orang seperti yang dikatakan akhbar berkenaan. Jadi di sini dapat dilihat bagaimana media bahasa cina tidak telus dalam menyampaikan berita.

Tujuan akhar cina melaporkan perkara ini tidak lain tidak bukan dalam usaha mendapatkan sokongan dari masyarakat cina untuk menyertai Himpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan pada 28 April nanti. Sehubungan itu masyarakat cina tidak perlu tertipu dengan dakyah akhbar cina yang memainkan emosi masyarakat cina dengan laporan seperti ini.

Read more...

BOB LOKMAN PANDAI MENGKAFIRKAN ORANG TAPI MAKAN DI RUMAH ORANG TANPA IZIN!

>> 18 April 2012



Read more...

KHALID GAGAP AKAN MENJADI MANGSA TERBARU ANWAR?


Anwar mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Selangor agar membubarkan DUN berasingan daripada pusat. Sebelum ini Nik Aziz mengumumkan bahawa Kelantan akan turut serta dengan pusat dalam pembubaran DUN dan perkara ini sama sekali menolak cadangan Anwar Ibrahim.

Sebuah lagi negeri di bawah Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang masih lagi menjadi tanda tanya. Ini kerana Lim Guan Eng masih mendiamkan diri dengan cadangan Anwar agar pembubaran DUN di negeri Pakatan berasingan dengan pusat.

Nampaknya ini merupakan strategi terakhir Anwar dalam mengekalkan Negeri Selangor di bawah pentadbiran pakatan. Ini adalah pendedahan strategi tersebut yang dinyatakan oleh bekas ahli PKR Negeri Sembilan.

Sokongan terhadap BN semakin memuncak. Jadi Anwar sememangnya terdesak untuk mengekalkan negeri-negeri tersebut di bawah Pakatan. Sememangnya diakui bahawa BN mampu mendapat 2/3 dengan mudah dalam PRU ini.

Tujuan Anwar untuk membubarkan DUN negeri pakatan lambat daripada pusat supaya Pakatan mampu mengekalkan negeri tersebut. Caranya, semasa PRU nanti, Pakatan tidak akan mengeluarkan dana yang banyak untuk berkempen. Ini kerana dana tersebut akan digunakan untuk kempen negeri di bawah Pakatan.

Selepas PRU, pastinya BN akan kehabisan dana untuk kempen pilihanraya negeri-negeri pakatan.  Malah jentera parti juga akan kepenatan untuk satu lagi kempen pilihanraya. Jadi di masa itu Pakatan akan 'all out" untuk memastikan negeri tersebut masih di bawah pentadbiran mereka. Kesemua dana akan ditumpukan kepada negeri-negeri tersebut dan jentera-jentera parti akan dikerah berkempen habis-habisan.

Sememangnya Pakatan Rakyat sudah tiada harapan lagi untuk mencabar BN melalui kerusi Parlimen, Jadi ini sahajalah cara yang mampu dilakukan supaya Pakatan kekal memerintah di beberapa negeri.

Jadi terbukti bahawa strategi Anwar ini merupakan strategi untuk menyelamatkan diri sendiri sahaja. Jika benar dakwaan bekas ahli PKR ini maka BN perlu berhati-hati.

Nota: Adakah Khalid Gagap akan menuruti cakap bossnya atau turut ingkar seperti Nik Aziz?

Read more...

PENDEMO PTPTN AKUI PERJUANGAN MEREKA TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN



Ini luahan hati mahasiswa bebal dalam demo PTPTN. Akhirnya mereka mengakui bahawa perjuangan mereka tidak mendapat sokongan dari banyak pihak. Malah mereka mendakwa perjuangan mereka berseorangan.

Memang padan muka mereka yang menyertai demo PTPTN ini. Baru mereka tahu langit tinggi atau rendah. Orang suruh belajar ada hati nak berpolitik. Jadi, rasakanlah sendiri jerih perit dunia politik!

Read more...

SELAMAT GALI LUBANG KUBUR SENDIRI KIT SIANG DAN DIN PUDU


Kenyataan rasmi telah dikeluarkan bahawa Din Puduraya akan bertanding di Johor pada PRU akan datang. Malah pengumuman dari Din Pudu ini menunjukkan kerusi Parlimennya di Kelantan akan diganti oleh seorang wakil baru yang belum diketahui lagi. Mungkinkah Mat Sabu kembali ke sana?

Dalam pada itu adalah percaturan PAS ini dalam usaha merobek kubu kuat BN iaitu Johor. Fakta menunjukkan betapa pembangkang gagal sama sekali menggugat Johor dari tangan BN. Mungkinkah usaha Din Pudu ini ibarat menggali lubang kubur sendiri?

Sin Chew Daily pula melaporkan bahawa Lim Kit Siang juga akan bertanding di Johor. Ini merupakan negeri keempat yang ditandingi Lim Kit Siang sekiranya dakwaan tersebut benar.


Perlu diingatkan lagi bahawa kedua-dua mereka ini tiada jaminan untuk memenangi sebarang kerusi di Johor berdasarkan kepada faktor Johor sebagai kubu kuat BN. Jadi, adakah ianya berbaloi untuk mereka ini bermain dengan api? Jadi kita harus mengucapkan selamat menggali lubang kubur sendiri kepada kedua-dua mereka ini.

Read more...




  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP