SUDAH HILANG SINAR NUR DI WAJAH ANWAR?

>> 31 March 2012


Ini gambar terbaru Anwar yang diambil dari sebuah laman web. Persolannya kenapa teruk sangat wajah Anwar Ibrahim ni?

Read more...

MISI PEMBANGKANG POLITIKKAN FELDA GAGAL!

Cuba bandingkan kedua-dua gambar antara penyokong penyenaraian FGVH dan juga yang menentang.

Kumpulan membantah

Kumpulan menyokong

Di pendapat anda mana yang lebih ramai?

Dari sumber yang didapati hanya 200 mangkuk yang menyertai demonstrasi membantah FGVH manakala dalam perhimpunan sokongan FGVH dikhabarkan hampir 800 orang. Jadi tebukti agenda pembangkang untuk mempolitikkan Felda telah pun gagal.

Jadi Mazlan Aliman boleh tutup kedai dengan isu Felda ini.

Read more...

SAM KETOT DIBERI MASA 14 HARI



YAN - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini meminta Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan Jamil Khir menahan permohonan qazaf berkaitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dibawa ke Mahkamah Syariah. 

Jamil Khir berkata sekiranya dalam tempoh 14 hari, beliau tidak menerima sebarang maklum balas daripada Shamsul seperti yang diminta itu, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Katanya, kenyataan oleh Shamsul itu dikeluarkan secara terbuka menerusi program siaran langsung Bicara Rakyat di TV1 semalam dan ia merupakan fitnah kepadanya di samping membohongi seluruh rakyat Malaysia.

"Ia merupakan satu pembohongan yang amat tidak wajar kepada saya dan bukan sekadar itu... difitnah dan juga dimalukan dengan kenyataan yang telah beliau (Shamsul) keluarkan dan bukan hanya soal saya tetapi pembohongan ini dibuat di dalam TV yang disiarkan secara langsung di seluruh Malaysia," katanya.

Jamil Khir bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunantest kali ketujuh Pertubuhan Pergendangan Silat Daerah Yan di Gelanggang Silat Gayung Rumah Shaari Man di Simpang 3 Sungai Daun dekat sini. - Bernama

Read more...

UMNO DAN PAS KEDUA-DUANYA KAFIR?

Petikan dari blog
Agaknya sudah menjadi tabiat manusia zaman sekarang yang suka mengkafirkan orang. Ucapan kafir-mengkafir ini datangnya dari sebuah blog yang tidak diketahui. Apa yang pasti berdasarkan cara penulisannya seolah-olah cenderung kepada fahaman khawarij tulen yang sememangnya anti kepada kerajaan yang dimonopoli ahli sunnah wal-jamaah.

Adakah terlalu senang untuk menghukum seseorang itu kafir? Jika begitu apakah segala mufti di Malaysia ini kafir? Jika semua pendokong parti adalah kafir maka adakah orang yang mengajar penulis kepada blog tersebut kalimah syahadah jatuh kafir kerana pergi mengundi? Bukankah dengan pergi mengundi secara sahnya kita adalah pendokong kepada sesuatu parti?

Diharap penulis blog tersebut beristighfar sebelum sesuka hati menghukum sesama manusia seperti tuhan lagaknya.

Read more...

NIK AZIZ MASIH MEMPERTAHANKAN UNDI PAS JAMIN SYURGA

>> 30 March 2012


Nik Aziz masih mempertahankan bahawa undi PAS jamin syurga. Selain itu Nik Aziz menempelak pemimpin UMNO yang mengatakan dakwaan Nik Aziz itu salah.

Persoalannya, Nik Aziz ada mukjizatkah boleh tahu seseorang itu ke syurga atau neraka? Kiranya kafir harbi seperti Betina Rasis dan Nga Kor Ming pun akan ke syurga dengan mengundi PAS?

Read more...

MALAYSIAKINI MENIPU LAGI. IMAM SELIPAR TIDAK PERNAH MENGISLAMKAN BANDUAN


Artikel penipu!

KUALA LUMPUR 30 Mac – Jabatan Penjara Malaysia menafikan dakwaan sebuah media online berhubung bekas imam yang dipenjarakan atas kesalahan menghina mahkamah selepas membaling selipar ke arah hakim, Hoslan Husin yang didakwa mengislamkan dua banduan dan menjadi imam di penjara Kajang.

Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Penjara, Supri Hashim dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menghantar pegawai untuk menyiasat perkara tersebut dan hasil siasatan mendapati laporan itu tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai.

"Ibu Pejabat Penjara telah menghantar pegawai untuk menyiasat laporan media berkenaan kerana mendapati ia bertentangan dengan tatacara dan prosedur jabatan,” katanya.

Semalam, akhbar Harakah Daily melaporkan dan memetik kata-kata isteri Hoslan, Noorliza Mohd Isa yang memberitahu suaminya telah mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain serta menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.

Hoslan merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan dipenjarakan selama setahun sejak 8 Mac lepas atas kesalahan menghina mahkamah selepas dia membaling selipar ke arah tiga panel hakim ketika mahkamah bersidang di Mahkamah Persekutuan, pada 22 Februari lepas.

Supri berkata, berasaskan prosedur yang diguna pakai oleh Jabatan Penjara, urusan pengislaman seseorang banduan dilaksanakan secara teratur dan melalui Jabatan Agama Islam dan bukannya banduan lain. - BERNAMA

Read more...

PKR MEMPERLEKEHKAN AKTIVITI MURTAD


Al-kisah Keldaian Daily dalam artikel menyebut bahawa UMNO sedang berusaha untuk menakut-nakutkan umat Islam di Malaysia ini dengan membawa isu kristianisasi. Anwar juga menyatakan perkara yang sama sewaktu ditemuramah Malaysiakini.

Ini sebenarnya adalah satu lagi isu yang cuba dipolitikkan pembangkang demi meraih sokongan.

Agak kelakar mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Anwar bahawa masalah kristianisasi hanyalah taktik UMNO untuk menakutkan rakyat. Manakan tidak kelakar kerana kata-kata ini keluar dari mulut seorang manusia durjana yang menyokong murtad!



Dan semestinya kita perlu mengingati kembali usaha Hasan Ali yang cuba menyelamatkan sekumpulan umat Islam yang hampir dimurtadkan di DUMC. Jika dikaji kembali sehingga ke hari ini kerajaan Negeri Selangor yang dikuasai PKR masih tidak membuka mulut sedangkan bukti dan pengakuan telah terpampang di depan mata.



Jadi sudah menjadi kewajipan umat Islam untuk menentang gejala murtad. Sebaliknya hanya iblis seperti Anwar Ibrahim yang memandang remeh aktiviti kristianisasi di negara ini.

Read more...

VIDEO UNTUK TATAPAN PUAK ULTRA KIASU

>> 29 March 2012



Read more...

RAKAN KARIB ANWAR: ANWAR PENGGERAK LIBERALISME DAN GERAKAN MURTAD

Read more...

VIDEO ROBOT MAIN BOLA



Read more...

RIDHUAN TEE BANTAI DONG JIAO ZONG

>> 28 March 2012


Ahad lalu kita dikejutkan dengan Perhimpunan 325 ultra kiasu sekitar kolej perkauman mereka, ala universiti merdeka di Kajang. Saya tertanya-tanya bagaimana perhimpunan perkauman sebegini diberikan permit. Sepatutnya ISA lah jawapannya. Tetapi kita tidak pernah lakukan. Ini toleransi dan mulianya hati budi pemimpin. Berbanding dengan undang-undang di Singapura, panggilan ‘anjing’ sudah membolehkan seseorang itu dipenjara atau didenda dan beberapa kemudahan ditarik balik. Di negara kita, tiada sebarang tindakan dikenakan walaupun perkataan lebih hina dan lucah digunakan serta sentimen perkauman dimainkan. 

Saya telah pergi ke kolej yang dipunyai oleh ultra kiasu ini (tempat perhimpunan) enam tahu lalu. Operasinya langsung tidak mencerminkan identiti kebangsaan, sama seperti kolej di negeri China. Laman webnya pun langsung tidak menggunakan bahasa Melayu. Saya tidak faham bagaimana kolej ini boleh diikhtiraf sebagai salah satu IPTS negara ini. Apa boleh buat, semua telah diluluskan. Kita tidak pernah bertegas, malah semakin tunduk kepada tuntutan dan tekanan. Malang sungguh negara ini, identiti kebangsaan langsung tidak tertonjol,yang menonjol adalah identiti orang lain. 

Beberapa laman web ultra kiasu melaporkan perhimpunan tersebut disertai oleh lebih 5000 orang. Manakala akhbar ultra kiasu melaporkan lebih 7000 orang. Angka tidak penting, walaupun sering dimanipulasikan oleh akhbar ultra kiasu untuk menunjukkan mereka hebat. Tidak mustahil bilangannya agak ramai kerana jika pelajar-pelajar dan ibu bapa kolej ultra kiasunya turun, sudah cukup mendapatkan angka tersebut. Pada saya, perhimpunan ini tidak perlu dianggap sebagai satu gugatan. Apa yang penting adalah tindakan pro aktif kita, bukan action oriented, takut kepada mereka. Agenda kebangsaan mesti diperkasakan daripada agenda perkauman komunis mereka. 

Tuntutan mereka amat tidak logik dan begitu ektrem. Inilah strategi komunis yang dipakai sekian lama. Walaupun komunis telah tiada, tetapi pemikirannya masih kuat. Tuntut sebanyak-banyaknya, mereka tahu kerajaan tidak akan tunduk. Namun, kerajaan akan beri sedikit. Pemberian sedikit itulah kemenangan terbesar buat mereka. Kerajaan sepatutnya sudah dapat membaca strategi lapok ini. Jangan gentar sama sekali dengan ugutan menjelang pilihan raya. Biar kalah, tetapi bermaruah, daripada menang, tetapi tergadai segala-galanya. Generasi akan datang menderita. Kita akan dikutuk sampai bila-bila

Antara tuntutan kumpulan ultra kiasu ini adalah; 

Pertama, segera keluarkan guru Cina yang tidak latar belakang sekolah Cina atau mengambil mandarin dalam sijil SPM. 

Kedua, sediakan kursus khas bahasa Cina kepada guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, minima tiga tahun, supaya mereka dapat menguasai ketiga-tiga bahasa ini. 

Ketiga, rombak silibus latihan perguruan supaya guru bahasa Cina benar-benar layak untuk mengajar bahasa Cina. 

Keempat, rombak akta pelajaran bagi memastikan sekolah vernakular dilindungi dan setaraf dengan sekolah kebangsaan. 

Siapakah ultra kiasu ini yang begitu biadab dan kurang ajar, yang begitu berani mencabar kerajaan? Mereka tidak layak hidup di negara bertuah yang memberikan banyak kebebasan sehinggakan identiti negara tidak terserlah. Tuntutan ini amat tidak masuk akal. Sebahagian orang Cina sendiri tidak selesa dengan tuntutan terlalu ultra ini. Justeru, tidak wajar kita salahkan semua orang Cina. 

Saya cadangkan ultra kiasu membawa tuntutan yang boleh memporakperandakan negara ini ke negara komunis China. Saya amat yakin, komunis China pun tidak dapat menerimanya walaupun berkaitan dengan agenda bangsa Cina, kerana memberi ancaman kepada keselamatan kerajaan. Tidak perlu pergi jauh, lihatlah berapa ramai yang menjadi korban dalam peristiwa Tiananmen 1989, hanya kerana mereka menuntut kebebasan dan demokrasi? Seramai 400-800 orang (The New York Times) telah menjadi korban dan ribuan cedera. Selain tindakan ketenteraan, kerajaan China telah melakukan penangkapan besar-besaran untuk menyekat kebangkitan penunjuk perasaan dan pengikut pro demokrasi di seluruh China. 

Media asing diharamkan dari membuat liputan. Media awam dikawal dalam membuat segala liputan media mengenai kejadian tersebut. Lihat betapa bertuahnya negara ini, media ultra kiasu mempropagandakan isu ini tidak pernah habis dan terus memainkan sentiment perkauman. Kita terus berlembut. Jika adapun tindakan, hanya surat tunjuk sebab dan amaran, pun tidak berani menjentiknya. Kenapa? Takut mereka tidak mengundi kita. Nasihat saya, berilah sebanyak manapun, ultra kiasu tidak akan mengundi kita. 

Apa yang dibuat oleh kerajaan kita terhadap perhimpunan perkauman ini? Boleh dikatakan tiada. Mereka terus melakukan provokasi. Jika Kementerian Pelajaran tunduk kepada tuntutan ultra ini, maruah kita berada di tahap yang paling hina dan amat rendah sekali. Jangan terlalu mengharapkan undi sehingga maruah dan harga diri negara ini tergadai. Pentingkan agenda kebangsaan berbanding agenda bangsa. Jika mereka benar-benar ikhlas sudah tentu agenda kebangsaan (bahasa Melayu) dibincang atau dibawa bersekali. Ini tidak, semuanya mesti cina, cina dan cina seperti di negeri China. 

Mereka tidak pernah risau sebahagian produk SJKC yang langsung tidak boleh menguasai dan berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan. Malah mereka tutup kedua-dua belah mata. Masalah yang dihadapi oleh kementerian pelajaran, langsung tidak mahu diambil tahu. Mereka hanya tahu hak mereka mesti dipenuhi. Hak orang lain langsung tidak dihiraukan. Sedangkan toleransi kerajaan sudah sampai ke tahap maksimum. Tindakan sebegini hanya akan membuahkan dendam. 

Dalam pembinaan negara bangsa, tidak salah jika orang Cina kurang sedikit kecinaannya, lebih kepada kemalaysiaannya. Lagipun mereka bukan bangsa majoriti. Barulah betul dikatakan Malaysian first. Saya tidak nampak identiti dan jatidiri orang Melayu dan bumiputera hari ini begitu terangkat dan terdarjat walaupun mereka adalah majoriti. Mereka sanggup berkorban menggadaikan identiti bangsanya, demi menjaga hati orang lain. Namun, madu dibalas tuba. Ingatan saya kepada kerajaan, jangan biarkan pemikiran komunis ini menguasai kita. 

Toleransi kita sudah tidak ada tolok banding. Dahulu, terdapat peruntukan Akta Pelajaran 1961 memberi kuasa mutlak kepada Menteri Pelajaran untuk menghapuskan sekolah vernakular. Sebagai menghormati hak bangsa lain, peruntukan ini telah dimansuhkan dalam Akta Pelajaran 1996. Menteri Pelajaran tidak ada kuasa lagi menghapuskan sekolah vernakular. Nampaknya, pemikiran komunis tidak pernah menghargai toleransi kerajaan. 

SJKC yang dahulunya dikategorikan sebagai sekolah bantuan modal, hari ini hampir ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Ini tidak termasuk hampir 400 SJKC yang dibina sepenuhnya oleh kerajaan termasuk bangunan dan tanah. Menjelang pilihan raya, ke mana sahaja Perdana Menteri membuat lawatan ada sahaja SJKC/T baru yang diluluskan. Rumah ibadat janganlah dicerita. 

Saya tidak pasti penambahan Sekolah Kebangsaan dan sekolah agama, sebab tidak dilaporkan. Yang pasti, bangsa lain semakin mendapat tempat dan diraikan menjelang pilihan raya umum. Tidak cukup dengan itu, kaduk terus naik junjung, mereka terus mendesak ditambah lagi, seolah-olah tidak pernah cukup, termasuk penambahan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJKC) dan Sekolah Persendirian Cina serta sijil-sijil sekolah perkauman (UEC) yang mesti diikhtiraf. 

Maka tidak hairanlah, baru-baru ini Kementerian Pengajian Tinggi telah menerima 146 institusi pengajian tinggi di China menjadi kumpulan pertama yang diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), susulan Perjanjian Pengiktirafan Seiring (MRA) yang ditandatangani Malaysia dan China pada 28 April 2011. 

Antara universiti China yang diiktiraf ialah Universiti Anhui, Universiti Beihang, Universiti Fudan dan Universiti Donghua. Ini tidak termasuk kerjasama dengan Taiwan. Saya tidak menolak akan kerjasama tersebut, tetapi apakah mekanisme seterusnya. Siapakah yang akan belajar di sana? Apakah kritirianya? Menggunakan SPM atau UEC? Bagaimana pemantauan boleh dilakukan dengan lambakan IPTS perkauman yang tidak terkawal terutama kolej ultra kiasu di Kajang itu. Selepas ini dan selama inipun mereka terus mendesak supaya agar graduan-graduan mereka ini diterima memasuki perkhidmatan awam tanpa syarat. 

Jika demonstrasi inilah yang mahu dijadikan ukuran untuk menggegarkan kerajaan, saya fikir sekolah agama rakyatpun akan berdemonstrasi juga. Lihatlah dan pergilah membuat lawatan ke sekolah agama rakyat, ibarat segan mati tak mahu. Pernahkah orang Islam membuat tunjuk perasaan seperti ultra kiasu. Sedangkan hak Islam dan orang Islam dijamin dengan jelas dalam perlembagaan, terutama perkara berkaitan dengan pembinaan institusi Islam yang mesti dibiayai oleh negara. 

Saya tidak pernah risau majoriti mereka mengejek timbalan menteri pelajaran ketika perhimpunan. Ini sebahagian daripada taktik strategi mereka. Selepas ini perkara ini akan dibawa kepada menteri pelajaran dan diminta menebuskan balik penghinaan tersebut untuk menagih simpati. Akhirnya, kerajaan jadi sedih bersimpati, dan memberikan segala tuntutan mereka. Taktik lapok ini sudah lama saya fahami. Bila tuntutan itu dipenuhi, malah menteri tersebut akan dijulang kembali oleh ultra kiasu. 

Bayangkan jika kita tunduk kepada tuntutan tersebut, apakah akan terjadi kepada agenda kebangsaan dan pembinaan negara bangsa. Saya menyeru kepada Umno dan Pas, jangan tunduk kepada ultra kiasu ini. Sama ada dipenuhi atau tidak, tuntutan mereka, mereka tidak akan mengundi Umno (BN) dalam pilihan raya akan datang. Bukti yang ada sudah cukup jelas. Jika diberi, bermaharajalelalah mereka. Jika tidak diberikan pun, mereka masih menang, kerana mereka sudah ada wakil dalam BN dan kerajaan ultra kiasu di beberapa negeri. 

Justeru, janganlah lihat demonstrasi ultra kiasu ini sebagai ancaman. Tetapi lihat demontrasi itu sebagai peluang untuk kita memperkasakan agenda kebangsaan, bukannya tunduk kepada pemikiran komunis ini .

Sumber: Ridhuan Tee

Read more...

PAS = PARTI PAK KADOK

Read more...

YB DAP MENIPU SALASILAH KELUARGA


KOTA KINABALU 28 Mac — Lembaga Pegawai Sabah yang dilantik Yang Dipertua Negeri telah mengemukakan perakuan kepada Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu bagi melaksanakan keputusan membatalkan Sijil Anak Negeri Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sri Tanjong daripada, Jimmy Wong.

Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, lembaga berkenaan telah melakukan siasatan, penelitian dan perakuan untuk membatalkan Sijil Anak Negeri ahli DAP tersebut atas beberapa faktor.

Beliau berkata, ini termasuk maklumat keturunan yang dituntut Wong sebagai Sino-Kadazan adalah bercanggah dengan salasilah keturunannya yang sebenar.

"Tidak ada setitikpun darah keturunan Kadazan mengalir dalam tubuh Jimmy Wong kerana ibu bapanya adalah daripada keturunan Cina, sebagaimana yang tercatat dalam sijil lahirnya.

"Sebab itu, Lembaga Pegawai mendapati Jimmy Wong telah tidak memenuhi Seksyen 2 (1) Ordinan Tafsiran Anak Negeri (Bab 64),” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada sidang Dewan Undangan Negeri Sabah semalam.

Bagaimanapun, Hajiji berkata, keputusan lembaga itu hanya dapat dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan pengwujudan Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu baru sahaja diwartakan Disember lepas. — BERNAMA

Read more...

BLOGGER OTAI PAKATAN KANTOI BUAT ARTIKEL FAKTA REKA SENDIRI

>> 27 March 2012


Al-kisah seorang blogger otai Pakatan yang cuba-cuba hendak buat cerita fitnah dengan mengatakan harga motosikal 1Malaysia dianggarkan bernilai RM 450 000. Tambah blogger otai ini dari maklumat yang didapatinya motosikal ini dibina oleh Paul Sr dan Paul Jr. Benarkah fakta ini?!

Ini dakwaan blogger otai tersebut di blog,
Difahamkan 1Malaysia Chopper ini adalah rekaan Mr. Paul Teutul Sr. dari Orange County Choppers (OCC) USA yang popular dalam rancangan American Chopper di saluran Discovery Channel. 
Ianya ditempah khas oleh Tourism Malaysia dan dibuat sendiri oleh Paul Teutul Sr dan Paul Teutul Jr bersama kumpulan mereka. 
Harganya hanyalah sekitar USD150,000 atau bersamaan dengan RM450,000 sajeee….

Nampaknya blogger otai ini pakai fakta tangkap muat sahaja.

Pertamanya, Paul Sr dan Paul Jr tidak pernah membina motosikal bersama sejak tahun 2010 kerana permasalahan keluarga. Malah Paul Jr sudah memulakan syarikat sendiri yang bernama Paul Jr Design yang diselenggarakan sendiri tanpa apa-apa hubungan dengan OCC yang dimiliki Paul Sr. Jadi dimana terletak kebenaran fakta blogger otai ini bahawa Paul Jr dan Paul Sr membuat motosikal ini bersama?
Paul Jr. started a new motorcycle design company, Paul Jr. Designs (PJD). After a one year non-compete clause ended, Paul Jr. opened a motorcycle shop in April 2010. TLC then commissioned a 7th season titled American Chopper: Senior vs. Junior which features both OCC and PJD. - wikipedia
Keduanya, berdasarkan satu forum, julat harga motosikal buatan khas OCC tanpa sebarang fabrikasi khas dianggarkan antara $60,000 ke $100,000. Harga motosikal yang berada di paras atas $150,00 ialah motosikal yang dijual secara lelong.

Ini ialah jawapan seorang peminat motosikal dari Amerika apabila ditanya mengenai julat harga sebuah motosikal keluaran OCC tempahan khas yang mempunyai spesifikasi tahap maksimum.


Ini pula harga salah satu motosikal yang dikeluarkan OCC. Bandingkan dengan harga dakwaan otai tersebut.


Jadi, dimanakah kredibiliti blogger otai ini dalam mengambil maklumat untuk disebarkan?

Read more...

VIDEO PANDANGAN HASAN ALI TENTANG ISU ANWAR DAN NALLA

Read more...

BUKTI KERAJAAN NEGERI SELANGOR DALANG MEROBOHKAN KUIL!

Saya menjumpai satu surat bukti dari Twitter P Kamalanathan yang menunjukkan dengan jelas bahawa Kerajaan Negeri Selangor memberikan surat untuk merobohkan kuil. Surat itu ditandatangai Penolong Pegawai Daerah dan menggunakan kepala surat kerajaan negeri.


Kisahnya masih tidak diketahui tetapi apa yang pasti Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat sememangnya sedang giat memusnahkan rumah ibadat Islam dan Hindu sebaliknya mereka berlumba-lumba membina tokong di Kelantan.

Dalam pada itu butiran surat ini menunjukkan dengan jelas pernyataan "Pihak kuil hanya dibenarkan membina bangunan kuil yang dihadkan keluasannya di atas tanah seluas 1 ekar sahaja". Apa maksud ayat ini? Adakah konflik yang timbul ialah bangunan kuil baru tidak sama keluasannya dengan bangunan kuil asal?

Read more...

LIM GUAN ENG KANTOI


KUALA LUMPUR - Cubaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempersoalkan kenapa kerajaan melepaskan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Marican, sehingga diberikan jawatan oleh syarikat Singapura, memakan diri hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata tindakan Lim (DAP-Bagan) yang cuba menunjukkan perhargaan bagi pihak pembangkang terhadap usaha Hassan memajukan Petronas, bertentangan dengan serangan yang dibuatnya terhadap Petronas dan Hassan semasa Lim menjadi Ketua Menteri pada 2008.

"Saya gembira kerana YB Bagan kini puji Tan Sri Hassan sebab saya masih ingat selepas menjadi Ketua Menteri pada tahun 2008, antara kritikan pertama yang beliau lakukan ialah terhadap pengurusan tertinggi Petronas.

"YB Bagan telah mengeluarkan komen bahawa pegawai atasan Petronas iaitu Tan Sri Hassan sering berbelanja dengan tinggi seperti menggunakan jet milik Petronas. Itu dulu la tapi sekarang dah puji," katanya kepada satu pertanyaan Lim semasa sesi soal jawab.

Lim meminta Perdana Menteri menyatakan sebab kenapa kerajaan melepaskan Hassan dan menyifatkan kehilangan itu sebagai satu tamparan terhadap usaha menarik balik hampir dua juta orang berbakat yang meninggalkan Malaysia sejak merdeka serta berapa ramai yang berjaya ditarik balik sejak Talent Corp ditubuhkan.

Nor Mohamed berkata Hassan memang diakui seorang tokoh korporat yang banyak menyumbang kepada negara.

"Kita yakin beliau akan terus menyumbang dari luar negara menerusi jaringan perniagaan dan jawatan yang disandangnya di Singapura dan ini akan membantu mengeratkan lagi hubungan antara dua negara," katanya.

Nor Mohamed berkata pemindahan pengetahuan antara negara asal dan negara destinasi akan menyumbang dalam peningkatan di bidang sains, teknologi dan rangkaian perniagaan mantap, seterusnya meningkatkan aliran perdagangan dan pelaburan asing kepada negara.

Beliau berkata fenomena migrasi modal insan tidak semestinya negatif tetapi mempunyai potensi positif terhadap sesebuah negara, khususnya dalam menarik pulang rakyat Malaysia yang berkepakaran tinggi serta membina jaringan pasaran sebagai saluran untuk mempromosi produk dan perkhidmatan ditawarkan Malaysia di luar negara.

Katanya pelantikan Hassan sebagai Pengarah Conoco Philips di Amerika Syarikat dan sebagai ahli lembaga syarikat di Singapura merupakan contoh yang baik bagi pengiktirafan modal insan Malaysia di luar negara selepas kejayaan dalam negara semasa beliau menerajui Petronas.

"Memahami keadaan dunia kini tanpa sempadan, kerajaan tidak kira mana negara sekalipun tidak dapat menghalang keinginan dan keupayaan seseorang untuk bermigrasi ke negara luar untuk sesuatu jawatan yang lebih baik," katanya.

Hassan, 57, telah berkhidmat selama 21 tahun di Petronas, menjadi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas selama 15 tahun dari Februari 1995 hingga Mac 2010.

Nor Mohamed berkata bagi mengimbangi keadaan itu, kerajaan melalui Talent Corp telah mengadakan sesi membangunkan jaringan dengan masyarakat Malaysia di luar negara termasuk di Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom, yang antara lain membolehkan masyarakat Malaysia di luar negara memahami dengan lebih mendalam lagi usaha Talent Corp untuk memudah cara kepulangan kumpulan profesional ke Malaysia serta menjelaskan peluang pekerjaan yang ditawarkan negara menerusi projek-projek di bawah Program Transformasi Ekonomi.

Beliau berkata pengenalan "Returning Expert Programme" (REP), satu program yang dirangka untuk memudah cara kepulangan golongan profesional Malaysia, menerima respon yang amat menggalakkan, berdasarkan peningkatan bilangan profesional yang telah diberi kelulusan REP yang meningkat kepada 680 orang tahun lalu, berbanding 313 tahun sebelumnya.

Nor Mohamed berkata penubuhan Talent Corp merupakan satu daripada usaha untuk menghalang tindakan proaktif Singapura yang giat menawarkan biasiswa, derma dan bantuan kepada pelajar-pelajar cemerlang bertujuan menarik pelajar pintar Malaysia ke negara itu.

"Kita semua setuju bahawa kita harus mengambil tindakan yang sedaya upaya untuk memastikan bahawa talent yang wujud dalam negara kekal dalam negara kita dan talent yang sudah berhijrah kita akan cari kaedah untuk membawa mereka kembali ke Malaysia, dan jika tidak, kita harus menggunakan jaringan yang ada untuk kepentingan negara," katanya menjawab soalan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin).- Bernama

Read more...

HARAKAH BUKA TEMBELANG KAWASAN DAP SARANG RUMAH URUT?


Ini artikel yang dipetik dari Haprakah,

KLANG, 27 Mac: Sebuah rumah urut yang menyediakan pintu khas untuk pelanggannya melarikan diri apabila didatangi pihak berkuasa, diserbu oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam satu operasi bersepadu di sini.  
Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPK, Andry Arman Masrom berkata, premis berkenaan terletak di Taman Bayu Perdana yang beroperasi secara haram sejak beberapa bulan lalu itu juga agak tersembunyi dan kelihatan cukup eksklusif untuk para pengunjung.

Sila perhatikan kawasan serbuan. Pertama ialah Klang. Parlimen Klang di bawah kuasa ahli parlimen DAP iaitu Charles Santiago.


Taman Bayu Perdana pula terletak di bawah DUN Pandamaran yang turut dikuasai DAP. Wakil rakyat kawasan ini ialah Liu Tan Khiew @ Ronnie Liu yang merangkap exco di dalam Kerajaan Negeri Selangor.


Jadi berdasarkan data-data yang diambil dari Haprakah, terdapat beberapa kesimpulan yang boleh dibuat. Antaranya:

1. Wakil DAP sememangnya tidak buat kerja kerana baru tahu taktik rumah urut guna pintu belakang.
2. DAP sememangnya menghalalkan perniagaan rumah urut kerana kawasan exco sendiri tidak dipantau.
3. Kerajaan Negeri Selangor sememangnya tidak buat kerja kerana baru terhegeh-hegeh hendak melakukan serbuan sedangkan rumah urut di Selangor sememangnya sudah lama beroperasi.
4. Kerajaan Negeri Selangor sememangnya menggalakkan operasi rumah urut dengan penambahan jumlah lesen yang dikeluarkan.
5. Wakil DAP tidak pernah jenguk kawasan sendiri.
6. Lain-lain yang difiikirkan boleh.

Jadi yang mana pilihan anda? Adakah pilihan anda menggambarkan situasi sebenar yang berlaku di dalam kawasan yang diuruskan wakil rakyat DAP?

Read more...

KENYATAAN BETINA RASIS MENUNJUKKAN MAT SABU PENIPU


Teks ini diambil dari ucapan betina rasis di sidang DUN Selangor.
Ekonomi Malaysia akan terus berkembang meskipun berhadapan dengan persekitaran luar yang lebih mencabar akibat ketidaktentuan ekonomi global yang masih menguasai pasaran di negara-negara maju dan juga kuasa-kuasa besar Asia.
Berdasarkan kenyataan ini menunjukkan bahawa pemimpin Pakatan sebenarnya sememangnya mengakui keadaan ekonomi Malaysia adalah baik. Malah kenyataan ini sama sekali jauh dari kenyataan Mat Sabu bahawa Malaysia semakin hampir kepada bankrup.

Jadi terbuktilah Mat Sabu penipu. Malah pemimpin-pemimpin Pakatan yang lain seperti Mahfuz Bean dan kepala penipu Anwar cuba mempermainkan emosi rakyat dengan mengada-adakan cerita yang tidak benar.

Read more...

DONG JIAO ZONG KURANG AJAR!

>> 26 March 2012


Dong Jiao Zong mencerminkan sikap ultra kiasu golongan masyarakat cina yang prejudis terhadap bangsa lain. Ini kerana agenda-agenda dibawa mereka hanyalah lebih tertumpu kepada satu kaum sahaja tanpa mengira sensitiviti dan keadaan bangsa yang lain.

Semalam berlangsung Perhimpunan Pendidikan Cina yang diadakan di Kajang. Perhimpunan ini diselanggara oleh Dong Jiao Zong serta beberapa NGO lain. Dalam pada itu Timbalan Menteri Pendidikan iaitu Wee Ka Siong dijemput sebagai tetamu.

Permasalahannya mula timbul apabila sekumpulan penyangak Dong Jiao Zong cuba menyerang Wee Ka Siong kerana tidak puas hati di atas permasalahan sekolah cina.

Apa yang cuba dikatakan disini ialah sikap kurang ajar Dong Jiao Zong yang menjemput Wee Ka Siong lalu menyerang dan menghalau keluar Wee Ka Siong dari majlis. Bukankah sangat biadap?

Jadi dari ini apa gunanya kerajaan mendengar lagi tuntutan mereka sedangkan mereka sendiri gagal menghormati seorang Timbalan Menteri?

Malah Dong Jiao Zong ini lebih bersikap seperti lalang kerana kumpulan ini juga pernah berbincang dengan pembangkang mengenai agenda mereka. Jadi ada baiknya kumpulan radikal ini tidak dilayan kerana mereka sendiri pun tidak menyumbang apa-apa kepada masyarakat cina jika dibandingkan dengan jasa MCA sebelum ini.

Read more...

KADIR CAKAP BERBELIT-BELIT


Abdul Kadir menyatakan bahawa salah satu sebab untuk keluar dari UMNO kerana desakan oleh SU Agong. Sebelum ini Abdul Kadir menyatakan kerana rela hati untuk melepaskan jawatan. Nampaknya semakin berbelit-belit Abdul Kadir bercakap.

Sebelum ini pun Abdul Kadir ada  menyatakan sebab-sebab lain seperti tiada hak bersuara dalam parti dan UMNO membeli undi untuk menang pada PRU.

Malah Mat Sabu pun dengan tanpa rasa malu cuba mengambil kredit dengan menyatakan bahawa atas pujukannya Abdul Kadir keluar parti.


Jadi cerita-cerita ini apabila digabungkan sudah menjadi cerita yang tidak keruan. Jadi yang mana satu betul?

Read more...

ANWAR SUDAH MASUK PERANGKAP


KUALA LUMPUR 26 Mac – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta, terhadap Datuk S. Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) atas dakwaan mengaitkan beliau dengan aktiviti biseksual.

Anwar memfailkan saman itu melalui firma guaman Tetuan Daim & Gamany di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini.

Anwar selaku plaintif, menamakan Nallakaruppan, UMMB dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing selaku defendan pertama hingga ketiga.

Saman itu berhubung artikel yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertajuk: “Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla” bertarikh 20 Mac lalu. - Utusan Malaysia

Read more...

SELANGOR: KHALID GAGAP YANG TAK SUDAH-SUDAH MENIPU

>> 25 March 2012


Khalid Gagap sekali lagi menyatakan sesuatu yang tidak terjadi kepada rakyat Negeri Selangor. Terbaru Khalid Gagap menyatakan menerusi Twitter bahawa seramai 4 juta rakyat Selangor mendapat manfaat dari program rejim PKR Selangor melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Persoalannya benarkah rejim PKR Selangor benar-benar melaksanakan program tersebut atau sekadar cerita temberang?

Ini adalah antara program Merakyatkan Ekonomi Selangor,


Apabila ditanya kepada blogger Selangor, mereka menyatakan bahawa janji yang dilaksanakan hanyalah air percuma setiap bulan dan itu berdasarkan jumlah sukatan tertentu. Elaun-elaun yang dijanjikan sampai ke hari ini tak dengar cerita.

Permasalahan yang paling besar ketika ini ialah sampah. Rakyat Selangor pastinya tidak mahu mendengar janji-janji manis rejim Khalid Gagap sebaliknya mereka meminta kerajaan negeri menyelesaikan masalah mereka. Jadi, adakah hasil daripada Merakyatkan Ekonomi Selangor menyebabkan sampah tidak dikutip?

Jika dakwaan Khalid Gagap bahawa Negeri Selangor mempunyai dana yang banyak, apa kata selesaikan satu lagi masalah iaitu pembelian air dari Negeri Sembilan.

Lagi pun rakyat Selangor pastinya ingin tahu kemanakah perginya wang hasil penjualan pasir?

Read more...

SATU LAGI GOLONGAN BERUK TUNJUK PERASAAN


Hindraf yang konon-kononnya memperjuangkan hak masyarakat India mengadakan bantahan kepada pejabat PM di Putrajaya. Aksi ini pastinya satu lagi edisi kekacauan yang cuba diketengahkan demi kepentingan pihak-pihak tertentu.

Dikhabarkan sampai baling tembikai untuk tunjuk perasaan. Apalah salahnya buah itu dimakan?

Seharusnya Hindraf perlu sedar bahawa pintu perbincangan sentiasa terbuka sekiranya menggunakan saluran yang betul. Dengan cara berdemo, Hindraf menunjukkan kebodohan mereka dengan menutup pintu perbincangan kerana tiada siapa pun manusia waras yang mahu berbincang dengan golongan beruk. Tambahan Hindraf yang dianggotai kebanyakan golongan profesional harus menunjukkan sikap profesional dalam perbincangan dua hala.

Read more...

SELANGOR AKAN KEMBALI KE TANGAN BN


HULU LANGAT 25 Mac — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin sokongan rakyat di Selangor terhadap Barisan Nasional (BN) semakin memuncak ekoran kegagalan kerajaaan negeri yang diterajui pakatan pembangkang melaksanakan janji-janjinya semasa pilihan raya umum 2008.

"Kita nak tanya pada pembangkang, janji pada pilihan raya umum (PRU) 2008 banyak mana sudah mereka tunaikan...? "Cukai pintu turun 20 peratus dah tunai...? cukai premis perniagaan turun 10 peratus dah tunai...? perkhidmatan kesihatan percuma warga emas Selangor dah tunai?...semua belum (ditunaikan) lagi.

"Sebab itu hari ini rakyat lebih yakin kepada BN, kita dah kena tipu sekali cukup, kita tak mahu ditipu sekali lagi,” katanya dengan disambut tepukan gemuruh daripada lebih 5,000 orang pada majlis bantuan kepada mangsa banjir bagi kawasan Parlimen Hulu Langat dan Ampang di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua, di sini, hari ini.

Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, beliau sentiasa memberi keutamaan kepada rakyat di negeri ini.

"Saya sepatutnya berada di Sepang untuk mengikuti perlumbaan F1, tetapi Hamilton (pelumba F1 Lewis Hamilton) boleh tunggu, rakyat Hulu Langat lebih penting dan dapat keutamaan. - BERNAMA

Read more...

AKSI BERUK BERDEMO



Imam selipar kini telah pun dipolitikkan oleh Pakatan demi meraih undi. Isu seperti ini pun mahu diketengahkan sedangkan sudah jelas bahawa kelakuan Imam selipar tersebut sememangnya wajar dikenakan hukuman. 

Malah di dalam video juga dapat dilihat peguam PKR seperti N. Surendran dan Latheefa Koya. Seharusnya mereka ini lebih arif dengan undang-undang, bukannya memanipulasi undang-undang demi politik sempit mereka.

ps: demo apa benda ni setakat 50 orang

Read more...

GANG LIWAT YANG MELAMPAU

>> 24 March 2012

Gang liwat
BUKIT MERTAJAM 24 Mac - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Chik terkejut kerana tidak menyangka akan dihalang kira-kira 100 penyokong parti pembangkang daripada menghadiri majlis pelancaran Gelombang Biru di kawasan Parlimen Permatang Pauh hari ini.

Ahmad Shabery yang juga bapa angkat kepada UMNO bahagian Permatang Pauh berkata, insiden itu menggambarkan bahawa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula rasa terancam.

"Ramai yang ditahan dan dihalang daripada hadir ke majlis ini. Kenderaan yang saya naiki juga ditahan dan dihalang untuk ke sini, tetapi mujur dengan bantuan pihak polis keadaan dapat dikawal," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Gelombang Biru itu di sini.

Ahmad Shabery berkata, insiden itu tidak sepatutnya berlaku kerana tindakan penyokong parti pembangkang itu bertentangan dengan perjuangan kebebasan bersuara dan demokrasi yang digembar-gemburkan pembangkang dan sering menuduh anggota BN sebagai gengster. - BERNAMA

Read more...

PERGH... TAKTIK TERBARU ANWAR UNTUK MENGHASUT ANAK-ANAK MUDA


Anwar telah berjanji akan menghapuskan PTPTN sekiranya menguasai kerajaan pada PRU akan datang. Anwar berjanji bahawa Pakatan akan memberikan pendidikan percuma sekiranya Pakatan Rakyat menguasai kerajaan.

Jika didengari pastinya kita tertarik dengan janji-janji Pakatan Rakyat ini tetapi apa yang pasti ianya hanyalah satu lagi siri penipuan demi meraih sokongan rakyat.

Persoalannya mampukah negara kita yang mempunyai sumber pendapatan yang terhad memberikan perkhidmatan ini?

Tambahan pula sebelum ini pun janji-janji PRU 12 Pakatan Rakyat masih berlum ditunaikan seperti pemansuhan tol Sungai Nyiur di Pulau Pinang dan pelbagai elaun di Selangor.

Perlukah kita percaya dengan janji-janji yang mustahil ini?

Jangan lupa bahawa Anwar Ibrahim sanggup menipu apa sahaja demi memegang jawatan Perdana Menteri. Jadi janganlah sesekali rakyat tertipu kerana janji-janji ini terbukti hanyalah palsu.

Read more...

MARI BALING SELIPAR DAN JADI POPULAR

Senang betul untuk menjadi popular dalam Pakatan Rakyat. Imam yang perangai kurang ajar baling selipar dekat hakim pun boleh diangkat jadi pemimpin. Memang Pakatan takde kelas dalam memilih pemimpin.

Agak-agaknya lepas ni bila orang UMNO baling selipar dekat Anwar Ibrahim boleh jadi popular macam ni tak?

Read more...

HARAKAH YANG LUCAH..


Harakah mempertikaikan Utusan Malaysia yang menyiarkan sebuah iklan yang menunjukkan gambar kaki wanita. Harakah mendakwa bahawa ianya berunsur lucah. Dalam pada itu masih terfikir kita bahawa bebarkah dengan hanya sekadar gambar kaki ianya menunjukkan unsur lucah?

Berbanding dengan Harakah pula yang hari-hari menayangkan iklan ubat kuat, adakah ianya tidak menggambarkan unsur lucah? Malah iklan-iklan ini secara terang-terangan dipamerkan tanpa sebarang tapisan yag rapi.

Ini bukankah iklan berunsur lucah? Mengapa lebai-lebai PAS tidak pula bising dalam hal ini?

Read more...

VIDEO ANWAR MENGARUT TERMINUM AIR KETUM. WAKAKAKA....

>> 23 March 2012



Sumber: Cili Api

Read more...

PEMIMPIN PAS HANYA PANDAI BERCERAMAH, KAWASAN SENDIRI TAK TERJAGA!


Dalam tempoh bulan Mac ini sahaja sudah puluhan ceramah Pakatan Rakyat diadakan di Negeri Sembilan demi meraih undi dari rakyat. Isi ceramahnya seperti biasa mengutuk kerajaan dan menabur janji-janji manis yang sekadarsedap didengar tetapi realitinya tidak mampu dilaksanakan.

Di dalam Negeri Sembilan ini kawasan dibawah naungan PAS hanya satu iaitu di DUN Paroi. Kawasan ini merupakan kawasan yang dimenangi YB Taufek.

Setiap kali sidang DUN dapat disaksikan betapa Taufek sentiasa mencari kesalahan kerajaan walaupun kerajaan negeri cuba memberikan yang terbaik untuk rakyat. 

Dalam sibuk-sibuk Taufek mencari kesalahan orang lain, kawasan sendiri gagal dijaga dengan baik. Kisah yang dibawa Paneh Miang mengenai kesusahan penduduk di kawasan Taufek jelas menunjukkan kepada kita untuk menilai dimanakah tahap sebenar ADUN Paroi ini.

Malah sudah menjadi kebanggaan ADUN Paroi ini untuk mengambil kredit dari usaha gigih BN Negeri Sembilan seperti perkhidmatan wi-fi percuma dan status bangunan MARA.

Jadi jika hendak dibandingkan, pemimpin PAS sememangnya juara dalam berkata-kata. Dan kerana itu mereka sentiasa mampu memberika ceramah tetapi jika dari segi kerja, mereka terbukti tidak mampu melaksanakan apa-apa.

Read more...

INI YANG DIKATAKAN PAKATAN AKAN MEMBELA NASIB PENJAWAT AWAM?! PIGIDAH!


Sememangnya menjadi tabiat kepada Pakatan Rakyat untuk sentiasa menyerang institusi awam demi kepentingan politik mereka. Malah dalam pada itu kelemahan institusi ini akan sentiasa dikaitkan dengan BN walaupun pada hakikatnya BN hanya pembuat dasar dan pelaksana tetap kepada institusi tersebut.

Isu terbaru yang cuba dimainkan oleh Pakatan Rakyat apabila seorang lelaki veteran India yang masih memegang kad pengenalan merah. Lelaki India ini dikatakan lahir di Sungai Petani dan seorang warganegara.

Isu ini menjadi hangat apabila seorang pemimpin mangkuk PKR cuba menyalahkan JPN kerana lelaki tersebut memegang kad pengenalan merah yang secara formal diberikan kepada rakyat yang memegang status penduduk tetap.

Perkara ini mempunyai jalan penyelesaian yang mudah sekiranya tidak dipolitikkan. Jika benar lelaki tersebut seorang warganegara, pastinya lelaki tersebut mempunyai sijil kelahiran dan perkara ini akan selesai. Sekiranya lelaki tersebut tidak mempunyai sijil kelahiran, pastinya perkara ini agak sedikit rumit untuk mengesahkan adakah lelaki ini sememangnya seorang warganegara atau bukan. Walau bagaimanapun perkara ini hanya mampu dilaksanakan oleh JPN kerana JPN yang lebih arif berbanding kita sebagai seorang rakyat biasa.

Tetapi kenyataan Twitter N Surendran ini seolah-olah meletakkan BN di atas segala kesalahan intitusi awam sedangkan institusi ini tidak berkait dengan politik. Malah institusi ini memberikan perkhidmatan tanpa mengira aliran politik. Jadi adakah segala permasalahan institusi awam adalah kesalahan BN? 

Malah tindakan N Surendran yang ini juga seolah-olah menyerang JPN. Sebelum ini pun sudah menjadi tabiat Pakatan Rakyat yang menyerang institusi awam seperti ATM, PDRM dan SPR. Adakah ini yang dimaksudkan Pakatan Rakyat akan membela nasib penjawat awam sekiranya dapat memegang tampuk kuasa?

Anda sendiri boleh nilai bagaimana sebenarnya dengan nasib penjawat awam sekiranya Pakatan Rakyat memegang kuasa. Malah sebelum ini pun Tony Pua telah menyatakan untuk mengurangkan jumlah penjawat awam. Jadi sememangnya bodohlah sekiranya masih ada penjawat awam yang masih percaya dengan janji-janji manis Pakatan.

Read more...

VIDEO KEMPEN PRU 13 DARI MCA

>> 22 March 2012

Read more...

ARKIB LAMA: NIK AZIZ KATA PADAN MUKA KENA ROGOL SEBAB BUKA AURAT



Nota: perhatikan minit 1.55


Ceramah agama Nik Aziz ini pada mulanya sememangnya satu bentuk teladan ilmu kepada pendengar. Tetapi apa kenapa pula Nik Aziz mesti mengatakan padan muka kena rogol kerana tidak tutup aurat? Kenapa perlu menghukum orang lain sesuka hati? Adakah ini cara yang diajar agama kita untuk mendaulatkan syiar Islam?

Tidak hairanlah orang bukan Islam sering salah tafsir mengenai ajaran Islam kerana ketidakbenaran diselitkan dengan ceramah ilmu.

Nota: Artikel ini hanyalah sekadar ingatan kepada isu lalu

Read more...

MENGAPA DAP MENENTANG JK LYNAS?

 

PENULIS sedikit hairan kenapa DAP bersungguh-sungguh menentang penubuhan jawatankuasa bagi menilai penubuhan kilang Lynas Advance Material Plant (LAMP) di Balok, Pahang. Parlimen ialah tempat wakil-wakil rakyat bersidang, dimana lagi tempat yang sesuai untuk menggambarkan sama ada rakyat menyokong atau tidak penubuhan kilang tersebut kalau bukan di Parlimen?

Ini kumpul orang ramai-ramai, angkut naik bas ke Kuantan dan kemudian gebang besar kata rakyat membantah penubuhan Lynas. Walhal berapa ramai orang disitu dibanding dengan rakyat Malaysia sehingga nak diiktiraf perhimpunan itu mewakili suara rakyat? Lainlah kalau di Parlimen, itu baru betul mewakili suara rakyat.

Penulis jadi tak hairan kalau DAP takut kebenaran mengenai Lynas ini terdedah kepada umum. Maklumlah, sudah banyak pembohongan yang dilemparkan DAP lanjutan dari penubuhan kilang Lyans ini, sudah tentu mereka tidak mahu dimalukan dengan perbahasan mengenai kebenarannya di Parlimen pula.

Sudah sampai masanya rakyat disedarkan bahawa mereka sebenarnya ditipu hidup-hidup oleh DAP dalam soal penubuhan kilang Lyans ini. Sudah sampai masanya tembelang DAP ini dipecahkan, dan sudah sampai masanya juga dalang dibelakang bantahan DAP ini didedahkan kepada umum.

Secara ringkasnya beginilah. Bantahan DAP adalah mewakili gabungan pengeluar nadir bumi di negara asal nenek moyang mereka yang berasa terancam dengan kehadiran Lynas. Kelompok inilah yang selama ini mengawal pasaran, bakal terjejas dengan teruk dengan kehadiran Lynas dan DAP menjadi ejen mereka di Malaysia untuk membantah penubuhan Lynas.

Jangan salah faham, ini bukan tentang persaingan harga. Produk nadir bumi yang bakal dikeluarkan Lynas adalah jauh lebih mahal daripada harga yang dikeluarkan negara pengeluar yang memonopoli pengeluaranya sekarang. Tapi ini tentang kualiti dan kesannya kepada alam sekitar yang lebih memihak kepada produk keluaran Lynas serta memudahkannya menembusi pasaran Eropah.

Yang kita didendangkan kononnya bantahan ini ada kaitan dengan alam sekitar dan sebagainya tu hanyalah cubaan untuk mengalihkan perhatian dari motif sebenar.

Kalau nak kira radiokatif, radiasi dan nuklear, lebih baik Fuziah Salleh yang diperalatkan DAP itu mengadakan bantahan di loji nuklear milik Nuklear Malaysia di Bangi. Kebetulan Bangi juga adalah Fuziah Salleh bermaustatin, bukan di Pahang. Itu baru betul isu nuklear, yang di Lynas ini bukan kilang nuklear pun hanya kilang kimia biasa.

Kenapa Fuziah tidak mengadakan demonstrasi disitu atau Himpunan Hijau yang digebang hebat sangat tu?

Sebab Fuziah bukan tahu apa benda, dia hanya diperalatkan parti cauvanis cina DAP, atau nampak sangatlah isu ini bukan berkenaan alam sekitar tapi mengelakkan periuk nasik nenek moyang pemimpin DAP di Tanah Besar sana terjejas olehnya. Iu belum lagi kita bercakap tentang sokongan ahli Parlimen PAS dari Hulu Langat, YB Dr. Che Rosli yang juga seorang pakar nuklear ke atas pembinaan Lynas di Malaysia.

Ini bukan ahli Parlimen BN pun tapi PAS dan beliau turut sama membantah penipuan dan pembohongan yang dilemparkan partinya sendiri serta rakan gabungan dalam Pakatan Harami, DAP mengenai Lynas ini dengan ilmu, bukan retorik.

Tuan tuan, ini belum lagi DAP jadi kerajaan atau sebahagiah dari kerajaan Malaysia, DAP sudah sanggup menjadi alat negara luar untuk mensabotaj ekonomi negara kita. Bayangkanlah kalau mereka sudah jadi sebahagian dari kerajaan besok. Isu ini sebenarnya lebih besar dan bersifat perkauman dengan DAP menjuarainya. Yang bodoh-bodoh macam Fuziah Salleh dan Khalid Samad ini hanya nampak duit dan kuasa sehingga sanggup diperalatkan DAP.

Sebab itu penulis dimaklumkan semalam, yang hebat membantah di Parlimen adalah ahli Parlimen DAP. Kenapa mengapa? Rujuklah fakta di atas.


Read more...

PENDEDAHAN MENGENAI PENGURUSAN NEGARA


PAS sering memainkan isu negara akan bankrap akibat pengurusan hutang negara yang gagal dikawal oleh kerajaan. Sentimen ini dimainkan demi mengganggu emosi rakyat bahawa kerajaan BN pada hari ini tidak telus dalam mengawal ekonomi negara.

Sebenarnya benarkah dakwaan PAS bahawa kerajaan tidak mampu mengawal masalah hutang dalam negara?

Sebenarnya ianya hanyalah sekadar satu bentuk pembohongan dari PAS untuk meraih undi. Fakta yang dimainkan hanyalah Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak 53% tetapi fakta yang disorok pula ialah Kadar Pertumbuhan Ekonomi iaitu sebanyak 7.2% dan ramalan dari agensi ekonomi antarabangsa seperti IMF menjangkakan ekonomi Malaysia akan terus berkembang pada tahun ini sebanyak 4%-5%.

Malah Pendapatan Negara Kasar juga sama sekali tidak pernah dinyatakan PAS kerana pastinya apabila angka-angka ini dikeluarkan maka pemimpin-pemimpin PAS sukar untuk cari makan dalam kempen ceramah mereka.

Pendapatan Negara pada waktu ini pada jumlah $447 bilion dan kadar hutang pula 53% dari pendapatan negara kasar. Adakah dengan ini negara mempunyai masalah untuk membayar hutang? Jawapannya pastinya tiada masalah!

Jadi secara logik dan teori, Malaysia langsung tidak mempunyai masalah dalam menguruskan hutang negara kerana hutang itu terlalu banyak bentuk yang boleh dibayar. Jadi emosi rakyat cuba dimainkan oleh PAS dengan angka-angka ini demi meraih undi.

Satu lagi ialah kadar pengurusan ekonomi Malaysia berada pada tahap yang baik iaitu hampir sama dengan negara maju. Malah kadar pengurusan hutang Malaysia amat baik sekali jika dibandingkan dengan negara membangun yang lain yang sama taraf dengan Malaysia seperti Brazil dan Arab Saudi.



Jika hendak dibandingkan dengan negara maju seperti Norway, Sweden dan Jepun, Malaysia tidaklah jauh ketinggalan seperti didakwa pemimpin-pemimpin PAS. Malah Malaysia semakin hari semakin baik dalam pengurusan hutang dan semakin mengejar negara-negara tersebut.

Jadi selama ini pemimpin-pemimpin PAS seperti Mat Sabu hanyalah gemar berbohong tanpa melihat gambaran penuh terhadap pengurusan hutang negara.

Read more...

VIDEO MENGIRA MATEMATIK DENGAN CARA MUDAH

Read more...

TAHNIAH KHALID GAGAP aka EXCO AGAMA ISLAM SELANGOR!


Nampaknya Khalid Gagap sememangnya berusaha merosakkan akidah umat Islam di Selangor. Jawapan "paling bijak" pernah keluar dari seorang pemimpin Islam apabila meletakkan masalah murtad di atas tanggungjawab keluarga sendiri.

Bukankah menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam untuk membanteras gejala murtad?!

Inikah jawapan dari seorang pemimpin yang diamanahkan untuk menjaga kebajikan umat Islam?!

Ini pula laporan yang dipetik dari Sinar Harian,

SHAH ALAM - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini berkata, kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mahu keluarga seseorang mangsa murtad itu menyelesaikan sendiri masalah terbabit menunjukkan sikap "lepas tangan" Menteri Besar Selangor itu dalam menangani isu berkenaan. 

Beliau berkata, kerajaan PKR Selangor sepatutnya serius menangani gejala itu daripada terus berleluasa dengan menambah bilangan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

"Dengan pertambahan bilangan penguat kuasa, kerajaan negeri juga boleh cadangkan menubuhkan satu unit khas untuk tangani bukan saja gejala murtad, tetapi juga zina, arak dan pelbagai isu moral lain," katanya pada sidang media selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor di sini, hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penjelasan Abdul Khalid, yang juga Exco Hal Ehwal Islam negeri ketika menjawab soalan Datuk Mohd. Shamsuddin Lias (BN-Sungai Burong) pada sidang Dun mengenai isu murtad. 

Abdul Khalid (PKR-Ijok) dalam sesi itu berkata kerajaan negeri menyerahkan kepada keluarga dan rakyat masing-masing di negeri ini untuk menangani gejala murtad.

Menteri Besar berkata, sebanyak 130 kes murtad direkodkan dari 2004 hingga 2011, dengan 16 kes daripadanya sudah diselesaikan. 

Terdahulu, ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada sidang Dun berkenaan, Hasan turut mempersoalkan sikap lepas tangan kerajaan negeri dalam perbelanjaan berlebihan melibatkan anak syarikatnya.

Beliau mendakwa perbelanjaan itu didapati berlaku melibatkan seorang individu yang menjawat jawatan tertinggi pengurusan di tiga buah anak syarikat kerajaan negeri yang menelan kos keseluruhan sebanyak RM130,000 dalam tahun yang sama. 

Hasan mendakwa individu tersebut pergi ke Shanghai, China, Chiangmai (Thailand) dan Perth (Australia) membabitkan kos kira-kira RM130,000 dalam tahun yang sama. 

"Saya hairan kenapa individu ini sering ke luar negara dan seolah-olah tiada kerja dalam negeri ini. Sebab itu, saya cadangkan kerajaan negeri hadkan bilangan untuk seseorang itu menjawat jawatan dalam anak syarikat kerajaan negeri". - Bernama

Read more...

VIDEO NALLA DEDAH DAN CABAR ANWAR: BUKTI AKAN DIDEDAHKAN DALAM MAHKAMAH!

>> 21 March 2012

Read more...

UMNO KUALA SELANGOR BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PAKATAN RAKYAT

Read more...

PM YAKIN MENANG DI NEGERI PEMBANGKANG


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mempunyai asas kukuh untuk berkata dengan yakin bahawa Barisan Nasional (BN) mampu menguasai semula negeri-negeri yang kini diperintah pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang, demikian menurut penganalisis politik. 

Mereka melihat momentum sokongan rakyat yang kian menebal kepada BN selepas Perdana Menteri melaksanakan pelan transformasi negara bukan sahaja dibuat dengan bersungguh-sungguh tetapi juga jelas memberi manfaat langsung kepada rakyat. 

Faktor itu, kata mereka, berperanan sangat penting untuk mengubah gelombang sokongan rakyat kepada kerajaan BN, apatah lagi rakyat kini berasa mempunyai hubungan yang 'dekat' dengan Perdana Menteri dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang saban minggu turun ke padang untuk meninjau dan menyelesaikan masalah di peringkat akar umbi. 

"Saya melihat sokongan rakyat kepada BN semakin pulih kerana dasar yang dilaksanakan kerajaan adalah menyeluruh dan adil kepada semua termasuk kaum-kaum minoriti," kata Prof Dr Ahmad Atory Hussain dari Universiti Sains Malaysia. - BERNAMA

Read more...

PUAK PAKATAN PASTINYA SEDANG BERGEMBIRA DITIPU ANWAR DAN MALAYSIAKINI HIDUP-HIDUP

>> 20 March 2012


Al-kisah Satu

Sila bandingkan kedua-dua tajuk berita ini dari portal Malaysiakini.

1. versi Bahasa Melayu

2. versi Bahasa Inggeris

Perhatikan kedua-dua tajuk berita ini. Nampak sama tapi sebenarnya tidak serupa. Versi Bahasa Inggeris menyatakan Anwar akan menyaman Utusan manakala versi Bahasa Melayu pula Anwar menuntut ganti rugi. Bukankah ini laporan media dua alam? Mengapa perkara seperti ini pun mahu diputarbelit? Adakah laporan berita versi dua alam ini yang dikatakan pembangkang sebagai akses media yang lebih terbuka?

Dan pastinya pencacai Anwar yang membaca versi Bahasa Inggeris bersorak gembira apabila terbaca perkataan "sue". Benarkah Anwar menyaman Nallakaruppan?


Al-kisah Dua

Isi laporan Malaysiakini dalam laporan ini tidak satu pun menyebut Anwar akan menyaman sebaliknya sekadar menuntut ganti rugi dan permohonan maaf.
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tindakan undang-undang dengan menghantar notis tuntutan sebanyak RM100 juta kepada senator Datuk S Nallakarupan kerana mendakwanya seorang biseksual dan tidak memimpin pembangkang.
Dalam laporan Malaysiakini versi Bahasa Inggeris sangat jelas kenyataan Anwar yang menyatakan "sue" dan bukannya "claim notice". Dan jelas sebenarnya Malaysiakini sedang memutarbelit pemikiran puak-puak pembangkang yang dungu dan sedang bergembira ditipu.

Komen-komen pencacai pembangkang di Malaysiakini menunjukkan sememangnya mereka percaya Anwar melakukan proses saman sedangkan perkara sebenarnya hanya notis tuntutan.

Komen seorang pencacai Anwar yang kena tipu

Apa yang berlaku sebenarnya tidaklah sehebat yang disangka pencacai pembangkang kerana mereka sentiasa menelan penipuan Malaysiakini dan Anwar Ibrahim.

Nota: selepas notis tuntutan tidak dilayan maka barulah proses saman akan dijalankan. Kenapa tidak terus saman sahaja?

Read more...

PERKASA KELANTAN BUAT NIK AZIZ TAK SENANG DUDUK



KOTA BHARU 20 Mac – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri hari ini membuat laporan polis terhadap Kerajaan Pas Kelantan berhubung dakwaan banyak tanah rizab Melayu di negeri ini terancam selepas dipajakkan kepada syarikat bukan bumiputera.

Laporan itu dibuat oleh Ketua Penerangannya, Che Mohd. Asemari Che Ali yang tiba bersama 50 ahli Perkasa yang lain di Balai Polis Kota Bharu pada pukul 9.55 pagi ini.

Che Mohd. Asemari ketika ditemui selepas membuat laporan itu berkata, beliau sebagai rakyat Kelantan dan orang Melayu amat kecewa dengan situasi yang berlaku ekoran dakwaan tanah rizab Melayu itu yang telah dipajak sehingga tempoh 99 tahun.

Selain itu, Perkasa turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini untuk menggesa siasatan dilakukan jika berlaku penyelewengan berhubung pengurusan tanah rizab di negeri ini. - Utusan Malaysia

Read more...

PARASIT YANG KETAKUTAN CUBA BERKEMPEN UNTUK MENYELAMATKAN DIRI


Himpunan Hijau akan diteruskan lagi di Shah Alam pada 14 April nanti. Persoalan yang timbul apakah kaitan antara penduduk Shah Alam dengan isu Lynas? Sepatutnya demo ini hanya perlu dilakukan di Kuantan sahaja yang sememangnya tidak mendapat sambutan beberapa minggu lepas.

Sebenarnya ini adalah satu lagi usaha Khalid Gereja untuk meraih kembali sokongan pernduduk Shah Alam yyang dilihat amat condong untuk menendangnya pada PRU 13. Jadi ini hanyalah satu usaha untuk meraih kembali sokongan yang dilihat sudah semakin kabur kerana diterjah Hasan Ali beberapa kali.

Dan amat wajar sekali penduduk Shah Alam menendang Khalid Gereja kerana pelbagai kesilapan yang dilakukannya terhadap kawasannya sendiri. Walau bagaimanapun kita lihat sahajalah aksi Khalid Gereja ini nanti yang cuba menyelamatkan diri sendiri.

Read more...

DARI DEWAN RAKYAT: FUZIAH REAKTOR YANG PERASAN DIRINYA MEWAKILI RAKYAT MALAYSIA LALU TERSEMBAM. WAKAKAKA....


Debat mengenai isu Lynas agak damat di Dewan Rakyat. Wakil kedua-dua pihak antara BN dan PR ialah peguam. Maka pastinya debat seperti ini agak sensasi. Dalam debat ini terdengar juga selitan dari Fuziah Reaktor yang menyatakan bahawa dia mewakili suara rakyat Malaysia dan menolak projek Lynas. Wakakaka...

Apa yang kelakarnya benarkah Fuziah Raektor mewakili rakyat Malaysia? Cuba bandingkan gambar Himpunan Hijau yang lepas dengan kenyataan Fuziah.


Kalau setakat dalam gambar pun ada dua tiga kerat bolehkah dikatakan ini suara rakyat Malaysia? Tambahan pula Himpunan Hijau itu hanya disertai tidak sampai 0.01% rakyat Malaysia. Jadi, Fuziah Reaktor tolong jangan perasan lebih atau syok sendiri.

MP Kota Belud pula mengeluarkan satu kenyataan bernas melalui twitter mengenai isu Lynas yang cuba diputarbelit oleh Fuziah Reaktor.


Sebenarnya orang yang paling layak untuk berdebat dengan PR ialah wakil pembangkang sendiri iaitu Dr. Che Rosli yang merupakan salah seorang panel keselamatan Lynas. Jawapan yang munasabah dan bernas sudah pun dikeluarkan oleh Dr. Che Rosli tetapi agak menghairankan apabila pembangkang tidak mahu memahami apa yang cuba disampaikan demi kesinambungan politik mereka.

Apalah kelulusan Fuziah Reaktor jika hendak dibandingkan dengan Dr Che Rosli...



Malah PAS menunjukkan sikap tawar dalam isu Lynas. Haji Hadi Awang juga menyuruh ahli PAS supaya merujuk kepada Dr. Che Rosli. Jadi dapat dilihat disini bahawa sekiranya ahli PAS itu menyokong sepenuh hati mengenai isu Lynas maka mereka tergolong dalam kumpulan Anwarinas! Bukankah begitu?

Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP