HASAN ALI TUBUHKAN NGO BARU

>> 31 January 2012



SHAH ALAM: Bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Ali akan menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) dinamakan 'JATI' untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu. 

"Secara peribadi orang tanya saya nak sertai UMNO atau PKR (Parti Keadilan Rakyat)...saya nak katakan, saya tidak akan sertai mana-mana parti politik, saya akan sertai NGO yang namanya JATI," katanya di sini. 

Beliau yang ditemui selepas berceramah di Seksyen 17 malam tadi,turut mengakui masih sayangkan PAS dan mahu membantu parti itu menghapuskan golongan 'parasit' yang cuba merosakkan perjuangan asal PAS.

Sejak dipecat dari PAS pada 8 Jan lalu, spekulasi tersebar luas bahawa bekas anggota exco kerajaan negeri Selangor itu akan menyertai UMNO. 

Mengulas JATI, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, NGO tersebut akan dilancarkan pada 21 Februari depan. 

Beliau turut mengajak NGO lain untuk bergabung dengan JATI bagi membentuk 'kuasa ketiga' yang diharapkan dapat mengimbangi kehadiran Barisan Nasional dan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13. 

Ditanya sama ada kuasa ketiga itu akan menyokong parti memerintah, Hasan berkata, perkara tersebut belum diputuskan. 

"Kita adalah kuasa ketiga kalau bertanding pun atas nama kuasa ketiga dan kita tak kisah sama ada kita bertanding bersama atau tidak bersama dengan mana-mana parti politik," katanya. - BERNAMA 

Read more...

TERLALU SUKARKAH UNTUK PERKASA MEMOHON MAAF?


Isu angpau putih belum ada kesudahan. Syed Hassan Syed Ali setiausaha agung PERKASA menjelaskan bahawa tujuan angpau warna putih diberikan kepada pengunjung Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran PERKASA kerana ia melambangkan bersih dan suci.

Isu ini telah mula dipolitikkan semejak semalam di mana MCA, DAP dan Gerakan telah mula bersuara menyatakan ketidakpuasan hati mereka dengan warna putih itu. Hal ini bukanlah hal politik tetapi parti politik cina melihat ini sebagai peluang keemasan untuk mereka meyebarkan dakyah.

Ini pandangan saya.

Buat masa ini PERKASA masih tidak mengeluarkan permohonan maaf secara menyeluruh dan terbuka. Saya akui saya sendiri tidak mengetahui sensitiviti masyarakat cina bahawa angpau putih hanya untuk kematian dan begitu juga PERKASA. Melalui permohonan maaf semuanya akan reda. Tidak perlu mengalih-alihkan isu untuk menjadi panjang lebar.

Terbaru PERKASA mengeluarkan kenyataan betapa mereka tidak melanggar konsep 1Malaysia dengan mengatakan warna hidup dan warna mati tidak terdapat dalam konsep tersebut. Tak perlu tambah minyak lagi dalam isu ini. Terlalu sukarkah untuk mengakui kesilapan kita? Bila kita akui bukan bermakna kita tewas sebaliknya itulah orang yang jujur.

Saya mina maaf sekiranya pandangan saya ini bertentangan dengan pandangan lain-lain. Saya cuba memberikan jalan penyelesaian yang mudah.

Read more...

ASAL BUKAN UMNO = SYAITAN?

Siapa yang tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA atau MIC. Kalau nak tolong kenapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima. (Nik Aziz Nik Mat, 24 Januari 1999). 
Sudah jelas keterbukaan Nik Aziz untuk menerima sesiapa sahaja dalam usaha meranapkan BN. Dalam pada itu dapat dilihat bagaimana ABU (Asal Bukan UMNO) yang beriya-iya berjuang disamping Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP.

Dan ABU juga dianggotai proksi PKR yang terkenal dengan kaki kelentong dan fitnah. Jadi bolehlah disimpulkan mungkin mereka inilah syaitan terbaru yang dimaksudkan Nik Aziz yang akan menolong PAS. Selama ini pun memang ramai syaitan yang telah menolong usaha PAS seperti Anwar Ibrahim yang pro Yahudi dan parti kafir harbi.

Jadi sudah jelas jalan dipilih PAS berlandaskan kuasa, bukannya agama.

Read more...

HASAN ALI: JANGAN UNDI MUSUH ISLAM @ DAP!


Dr Hasan berdoa bahawa demi Allah, demi Rasul pada malam yang hening ini marilah kita berjanji bahawa kita tidak akan sekali-kali memberi walau satu undi pun kepada DAP, kerana apa kerana DAP adalah musuh Islam.

Berita lanjut di Sungai Rapat Online.

Read more...

DUA LAPORAN ISU QAZAF PEGUAM ANWAR IBRAHIM

>> 30 January 2012


Laporan 1

PEGUAM ANWAR PULAU MAHKAMAH

KUALA LUMPUR - Peguam-peguam mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak keluar mahkamah selepas panel hakim membenarkan peguam pemohon meneruskan hujahan untuk mengetepikan notis rayuan yang difailkan oleh Ketua Pembangkang itu dalam kes qazaf.

Peguam-peguam Anwar tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Zohdi Toha yang menyatakan kebenaran tidak diperlukan kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua lagi untuk mendengar permohonan mereka mengetepikan rayuan Anwar berhubung kes qazaf.

Bagaimanapun menurut peguam Anwar, Kamar Ainiah Kamaruzzaman, pihaknya tidak dapat menerima keputusan kerana hakim sebenarnya perlu mendengar permohonan kebenaran terlebih dahulu dan memutuskannya sebelum mendengar hujah daripada peguam menteri sebelum mengetepikan rayuan tersebut.
Pada April lalu, Anwar memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah, yang telah menolak permohonan supaya pihak pendakwaan syarie memulakan prosiding pertuduhan qazaf terhadap Saiful.

Laporan 2

JAMIL KHIR MAHU PEGUAM ANWAR DIDAKWA HINA MAHKAMAH

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dan dua yang lain telah mengemukakan permohonan di Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur agar dikenakan dakwaan menghina mahkamah ke atas peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang bertindak keluar ketika prosiding berlangsung pagi tadi.

Peguam utama mereka, Roslizam Rahim berkata, tindakan peguam-peguam Anwar itu dengan jelas menunjukkan bahawa mereka telah menghina mahkamah.

Jamil dan dua yang lain memfailkan permohonan untuk mengetepikan rayuan Anwar dalam kes berkenaan qazaf. Mahkamah Rayuan dijadual untuk mendengar permohonan Jamil dan dua yang lain.

Peguam-peguam Anwar keluar mahkamah selepas panel tiga hakim memutuskan bahawa tidak relevan bagi Jamil dan dua yang lain memohon untuk mendapatkan kebenaran mengetepikan notis rayuan, lapor Star Online hari ini.

Mahkamah Tinggi Syariah telah membenarkan bantahan awal yang dibangkitkan oleh Jamil dan dua yang lain berhubung permohonan Anwar untuk mendesak mereka mengenakan tuduhan ke atas bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan berhubung isu qazaf.

*******

Nampaknya perkara kecil sudah menjadi semakin panjang. Dapat dilihat betapa peguam-peguam Anwar mahukan mahkamah dalm bentuk acuan mereka sahaja. Jika berseteru dengan mereka maka dengan segeralah mereka memulaukan perkara tersebut.

Read more...

ANWAR CUBA MEMUTAR BELIT KENYATAAN WALL STREET JOURNAL


Anwar menegaskan betapa kenyataannya di Wall Street Journal diputarbelitkan oleh media-media BN dalam menjatuhkan reputasinya.
“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.“ 
Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi. Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution. Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York - Anwar Ibrahim
Bersungguh-sungguh Anwar cuba memutar-belit kenyataan yang dikeluarkannya sendiri. Ini kata-kata yang tidak bijak dari Anwar, "Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi". Di waktu ini, Israel yang dizalimi atau Palestin yang dizalimi?

Ini isu akidah. Tidak ada kena-mengena dengan isu PBB. Apa hukumnya menyokong Yahudi laknatullah? Dan ini bukanlah putar-belit media BN sebaliknya inilah kata-kata Anwar sendiri. Sudah semakin terserlah pekung di dada bertuankan Yahudi.

Read more...

NIK ABDUH TIDAK PERCAYA ANWAR SOKONG ISRAEL


Anak Nik Aziz, Nik Abduh menyatakan bahawa dia tidak percaya dengan laporan Wall Street Journal yang menyatakan Anwar sebagai akan menjaga keselamatan negara Israel dan akan membuka pintu Malaysia kepada negara Yahudi tersebut sekiranya menjadi PM. Agak menghairankan kerana laporan tersebut bukanlah ditokok tambah sebaliknya ianya hasil temuramah wartawan Wall Street Journal dan Anwar sendiri. 

Utusan Malaysia turut melaporkan perkara yang sama. Sudah ada dikalangan pemimpin PAS sudah mengecam temuramah Anwar ini. Jadi, adakah Nik Abduh ini tergolong dalam golongan Anwarinas atau jenis hentam semberono?

Read more...

HASAN ALI GEMPUR PULAU PINANG

>> 29 January 2012


Gambar ini menceritakan Hasan ALi memberikan ceramah kepada ribuan hadirin yang hadir ke Perhimpunan Sejuta Umat peringkat Pulau Pinang. Dikhabarkan 3000 orang hadir ke ceramah tersebut. Program seperti ini seharusnya diperbanyakan untuk menyelamatkan akidah umat Islam dari gejala murtad.

Read more...

KERJASAMA PAS DAP: SATU BENTUK PENIPUAN TERANCANG


Sudah genap 13 tahun kerjasama di antara DAP dan PAS. Dalam tempoh 13 tahun ini juga dapat disaksikan bagaimana pasang surut kedua-dua parti yang amat berbeza ideologi ini. Sejarahnya bermula apabila keterbukaan Nik Aziz dan Lim Kit Siang untuk merapatkan kedua-dua parti untuk mendapat lebih majoriti untuk menjatuhkan BN.

Semasa permulaan tempoh kerjasama ini, agak ramai ahli-ahli PAS dan DAP yang melakukan protes kerana kedua-dua parti tidak sehaluan dalam berbagai perkara. Malah sebelum kerjasama ini, pemimpin-pemimpin kedua-dua parti mengecam satu sama lain secara terbuka.

Dikhabarkan ramai ahli PAS mula tawar hati dengan perjuangan PAS yang sanggup bekerjasama dengan kafir harbi. Malah ada ulama-ulama PAS menyatakan bantahan dengan kerjasama ini tetapi suara-suara mereka ditutup oleh parti. Dan kerana itu, ramai ahli PAS dikhabarkan sedia untuk lompat parti.


Akhirnya beberapa pemimpin PAS bersuara. Saya masih ingat semasa menyaksikan satu ceramah PAS di Negeri Sembilan yang mana pemimpin-pemimpin PAS menyatakan bahawa antara tujuan utama PAS membuka pintu kepada DAP kerana ingin mengajar mereka supaya lebih terbuka untuk menerima Islam.

Bukan setakat itu, malah pemimpin-pemimpin PAS menyatakan dengan jelas bahawa PAS akan mendidik mereka dengan cara yang berkesan. Maka dengan itu akan terbentuklah negara Islam. Hadirin yang hadir mula teruja dengan perjuangan PAS kembali. Malah, ahli-ahli PAS yang dikhabarkan akan belot kembali yakin dengan PAS.

Dan hari ini genap 13 tahun. Benarkah PAS sudah mendidik DAP dengan baik tantang Islam?

Jika dikaji kembali, berapa ramai ahli DAP yang sudah memeluk Islam?

Tambahan pula konsep negara Islam PAS juga sudah dicampakkan sendiri oleh PAS ke dalam tong sampah kerana keengganan DAP untuk menurut kemahuan PAS. Malah pemimpin-pemimpin PAS tidak langsung menegur perbuatan pemimpin-pemimpin DAP yang sangat kurang ajar dengan orang-orang Islam di negara ini. Berjayakah perjuangan PAS ini ataupun ianya satu lagi bentuk penipuan dari PAS kepada orang Islam?


Perjuangan PAS semakin ke arah liberal yang bertentangan dengan Islam. Malah, agama dijadikan topeng mereka untuk mendapat kuasa. Sudah hancurlah segala perjuangan asal PAS diperkotak-katikkan oleh kafir harbi. Jadi, layakkah PAS menggelar diri mereka jaguh orang Islam lagi?

Read more...

LIM KIT SIANG MENYAMPAIKAN UCAPAN RASIS?!



PENASIHAT DAP, Lim Kit Siang melakukan provokasi lagi, kali ini dalam perutusan Tahun Baru Cina. Menurut beliau, masyarakat Cina masih boleh meraih kekayaan walaupun kepimpinan Barisan Nasional (BN) gagal. Beliau juga menyeru rakyat Malaysia agar tidak menghargai nikmat kemakmuran yang dikecapi di bawah kerajaan BN.

Tindakan Kit Siang membangkitkan soal kekayaan kaum adalah berbahaya. Semua orang tahu bahawa ekonomi negara dikuasai oleh kaum Cina antaranya disebabkan percaturan penjajah yang menempatkan kaum itu di bandar-bandar, budaya niaga yang diwarisi sejak zaman lampau selain perpaduan kukuh kaum berkenaan.

Persoalannya apakah wajar ia dijadikan modal politik? Memang banyak persoalan berlegar berikutan kenyataan tersebut. Antaranya, apakah soal kekayaan hanya hak kaum Cina dan mengapa berjanji tentang penguasaan kekayaan untuk satu kaum sahaja. Bagaimana pula dengan kaum lain?

Ternyata Kit Siang tidak dapat lagi menyembunyikan agenda sebenar DAP yang membuak-buak untuk terus menghasut kaum Cina menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ia menyerlahkan hakikat sebenar bahawa DAP adalah parti paling rasis bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia.

Dalam pada itu, Awang tertanya-tanya mengapa Kit Siang, 71, masih enggan berundur daripada politik. Zaman beliau sudah berlalu. Suatu ketika dulu, beliau pernah dilabel diktator sehinggakan beberapa pemimpin DAP merajuk dan berundur angkaranya.

Lagipun Kit Siang sudah sukses dalam membina dinasti Lim ekoran perencanaan kronisme yang berjaya menempatkan anaknya, Lim Guan Eng berada di persada kuasa sebagai Setiausaha Agung. Seperti bapanya, beliau akan bergayut dengan jawatan itu untuk puluhan tahun. Anak beranak yang mencorakkan parti itu. Khabarnya dalam diam, sebahagian pemimpin Cina DAP kecewa kerana Kit Siang terlalu memihak dan melindungi Guan Eng. Awang tidak terkejut jika cucu Kit Siang juga akan diatur untuk mewarisi kepimpinan DAP selepas Guan Eng.

Tetapi yang beliau tidak akan berjaya ialah untuk memulihkan imej rasis DAP yang makin busuk. Penambahan ahli Melayu dalam parti yang dibuat sekadar untuk mengaburi mata rakyat, tidak akan mengubah apa-apa.

Realitinya, majoriti Melayu tetap menolak DAP biar apa topeng yang dipakai. Hanya segelintir Melayu sahaja yang boleh diperkuda.

Kit Siang dan Guan Eng tidak ikhlas menerima ahli Melayu dan pada masa yang sama tidak percayakan orang Melayu untuk diberi peranan penting dalam parti itu. Lihatlah nasib orang India dalam DAP, yang terpinggir dan menjadi kelas kedua.

DAP apatah lagi ketika era dinasti Lim, tidak akan berubah. Ia akan kekal menjadi parti paling rasis di dunia.


Read more...

BN AKAN BINA RUMAH MAMPU MILIK DI PULAU PINANG. DAP TIDUR KA?!

>> 28 January 2012



GEORGETOWN 28 Jan. – Kerajaan Pusat bercadang membeli beberapa bidang tanah di Pulau Pinang bagi membina perumahan mampu milik untuk golongan bumiputera di negeri ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, sebanyak tujuh bidang tanah sudah dikenal pasti setakat ini dan kerajaan sedang berbincang dengan pihak penjual bagi membeli tanah-tanah tersebut.

"Satu isu yang begitu mencabar dihadapi bumiputera, penduduk Melayu di Pulau Pinang ialah harga rumah semakin lama semakin tinggi, sehingga rumah teres tiga tingkat pun berharga lebih RM1.5 juta. Macam mana orang Melayu nak beli?

"Jadi, kita akan cuba cari mekanisme untuk melibatkan kontraktor dan pemaju tempatan. Kita tidak mahu hanya kerajaan sahaja terlibat, tetapi kerajaan akan memudahkan pada peringkat permulaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di sini, hari ini.

Nor Mohamed yang juga merupakan Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, perumahan yang akan dibina kelak mungkin menggunakan konsep Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (Pr1ma), yang mana memberi penekanan kepada projek perumahan mampu milik. – BERNAMA

*******

Nampaknya kerajaan pusat mendahului rejim Lim Guan Eng dalam membina rumah mampu milik. Sebelum ini beriya-iya Lim Guan Eng berjanji untuk membina rumah  mampu milik di Pulau Pinang tapi habuk pun tarak. Rumah mampu milik yang dibina kerajaan Pulau Pinang hanya mampu dibilang. Yang lainnya semua rumah untuk golongan atasan.


Masih ingat Kampung Buah Pala? Inilah kawasan perumahan yang menggantikan Kapung Buah Pala. Mampukah rakyat  Pulau Pinang berpendapatan sederhana dan rendah memiliki rumah seperti ini?

Read more...

SELAMAT HARI WILAYAH


Selamat Hari Wilayah kepada warga Wilayah Persekutuan. Semoga hidup dalam kesejahteraan.

Read more...

BUKTI ANWAR AKAN MEMBUKA PINTU KEPADA ISRAEL


If elected, Mr. Anwar said he would speed up the removal of racial quotas for university places and focus on helping lower-income groups regardless of race instead of solely aiding ethnic Malays. 
In the interview, Mr. Anwar also clarified his position on homosexual rights and Malaysia's sodomy laws, and also the Muslim-majority nation's relationship with Israel. 
"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians. Malaysia has consistently refrained from establishing diplomatic relations with Israel, although limited commercial ties exist between private companies in the two countries. - Wall Street Journal
Nampaknya semakin hebat Anwar mempromosikan diri di luar negara. Agak menghairankan kerana Anwar sering kali dilihat bermuka dua apabila mengeluarkan kenyataan. Dan laporan ini agak memeranjatkan kerana belum ada lagi mana-mana pemimpin Malaysia yang bersedia untuk membuka pintu kepada Israel. Astagfirulllah...

Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebut bagaimana umat Islam akhir zaman yang akan memerangi Yahudi,
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah!l Dan bunuhlah ia!", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)". - H.R. Bukhari Muslim
Bersediakah kita sebagai umat Islam untuk mengangkat Anwar sebagai pemimpin kita sedangkan dalam masa yang sama dia berdamping dengan musuh-musuh Islam? 

Read more...

LAGI AHLI PAS MAHU MASUK UMNO. MANA SLOGAN PAS GANTI UMNO?

>> 27 January 2012



SIK 27 Jan. - Rasa tertipu dengan slogan yang gagal dilaksanakan oleh Pas, dua pemimpin parti itu di Teloi Timur di sini bertindak meninggalkan Pas dan hari ini memohon menjadi ahli UMNO.

Bagi mereka perjuangan Pas kini sudah terpesong daripada matlamat asal parti itu yang diasaskan untuk menegakkan perjuangan Islam tetapi parti itu kini menjadi kuda tunggangan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Shahril Yahya, 45, bekas Ketua Penerangan, dan Roshdi Sobri, 35; bekas Setiausaha PAS Teloi Timur dan Majlis Ketua Kampung (MKK), bertindak meninggalkan perjuangan Pas bersama lebih 200 bekas ahli Pas dan penyokong parti itu yang mereka dakwa sudah terpesong.

Shahril berkata, dia kecewa dan kesal kerana Pas tidak melakukan sesuatu seperti yang mereka nyatakan dalam manifesto Pas dalam Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.

"Hingga kini Pas terutama di Kedah gagal melunaskan janji mereka kepada rakyat dan gagal sama sekali mengotakan kata-kata dan melaksanakan perjuangan Pas yang dilabelkan sebagai parti Islam,” katanya. - BERNAMA

Read more...

TIME IS RUNNING OUT. TICK TOCK TICK TOCK...


Dalam masa terdekat ini Datuk T dikhabarkan akan menayangkan video seks kedua Anwar untuk menunjukkan kepada rakyat betapa rendahnya moral bakal PM pembangkang. Dalam pada itu dikhabarkan Anwar semakin terdesak untuk menyelamatkan dirinya.

Kalau Anwar anak jantan, kenapa tak berani bersumpah laknat? Kenapa tak berani saman Datuk T?

Time is running out. Tick tock tick tock...

Read more...

DAP BELAJAR DARI PAP. ORANG MELAYU SILA SEDAR

Lee Kuan Yew yang bersongkok untuk menarik hati orang Melayu

Lihat bagaimana PAP cuba menarik hati orang Melayu semasa era pilihanraya 1960an. Lee Kuan Yew sanggup bersongkok ke sana sini mengalahkan bilal masjid. Segala janji ditabur dan kata-kata indah seperti menjaga hak ketuanan Melayu, bantuan dan lain lain lagi sebagai modal penipuan mereka.

Tapi sehingga ke hari ini janji hanya tinggal janji. Etnik Melayu Singapura disisihkan seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang. Sehinggakan untuk menunaikan solat satu perkara yang sukar untuk dilakukan.

Di waktu ini DAP juga sedang berusaha melakukan perkara yang sama. Segala janji-janji manis ditabur untuk menarik hati orang Melayu. Ada yang di antara mereka yang nampaknya lebih Islam dari orang PAS sendiri. Semuanya hanya lakonan untuk masa panjang sedangkan mereka amat membenci Islam dan sentiasa mencari jalan untuk memerangi orang Islam.


Ustazah Hannah Yeoh
Malah, DAP juga sedang giat membeli pemimpin-pemimpin Melayu untuk dijadikan boneka mereka. Tidak menghairankan kerana memang ramai pelacur politik sebegini. Semuanya kerana kuasa dan mereka sanggup menggadaikan agama dan bangsa sendiri.




Samada anda sedar atau tidak, DAP sentiasa mengutarakan konsep Malaysian Malaysia yang mana tidak ada lagi perbezaan berdasarkan kaum. Tetapi perkara ini dijuruskan kepada orang Melayu dan India sahaja sedangkan kaum Cina masih Cina. Inilah realitinya yang berlaku di Singapura.

Jadi, tunaikanlah jihad kita untuk menentang kafir harbi @ DAP ini agar lupus dari bumi Malaysia ini.

Read more...

AZMIN ALI GENTAR DENGAN HASAN ALI


Azmin Ali menunjukkan betapa gusarnya dengan serangan Hasan Ali. Terbaru, Azmin bersedia untuk menggempur Hasan Ali yang akan membuat siri jelajah yang akan mendedahkan parasit dalam PAS. Kegusaran Azmin ada asasnya kerana DUN Hasan Ali di bawah parlimen Azmin. Pasti kesannya akan dirasai Azmin secara terus pada PRU akan datang.

Dalam pada itu, satu-persatu wajah parasit didedahkan Hasan Ali. Dan perkara ini amat meresahkan Pakatan Rakyat dan PAS. PAS cuba menutup isu ini dengan mengatakan kesan pemecatan Hasan Ali pada tahap minima sedangkan apa yang dilihat berbeza sama sekali. Sudah ramai yang lompat parti dan terdapat pemimpin PAS yang sudah hilang kepercayaan pada parti seperti Ustaz Nasharudin.

Dalam pada itu, Azmin terus melemparkan tuduhan betapa Hasan Ali ialah budak suruhan UMNO. Betapa terdesaknya Pakatan Rakyat untuk menangkis serangan Hasan Ali sehingga segala taktik akan digunakan. Jadi, sekiranya dakwaan Pakatan Rakyat bahawa kesan pemecatan Hasan Ali adalah minima, mengapa perlu resah sampai sebegini rupa?

Read more...

SYIAH DAN YAHUDI ADALAH SAMA?

>> 26 January 2012


Sila tonton video ini dan menjadi pengetahuan kepada kita semua. Semoga kita dijauhkan dari golongan Syiah yang sesat sentiasa menyesatkan.


Read more...

PAS TAK USAH MIMPI TAWAN SARAWAK


Amanat Haji Hadi,

''Semua pilihan raya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Air sahaja, kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina, tetapi tempat yang pakai molek, undi Pas."

Inilah kata-kata yang dikeluarkan Haji Hadi yang sungguh mengguris hati penduduk Sarawak. Dan kini, PAS pula yang hanya bertanding 1 kerusi Parlimen di Sarawak dikhabarkan akan memecahkan tradisi BN di negeri tersebut. Yang kelakarnya, bagaimana 1 kerusi mampu mengubah negeri Sarawak?

Adakah satu kerusi sudah cukup untuk PAS memakmurkan Sarawak? Jangan jadi bodoh la wahai orang PAS. Sedangkan sekarang ini PAS menang paling banyak kerusi tapi suara paling kerdil dalam Pakatan Rakyat. Bagaimana pula jika sekadar 1 kerusi?

Tambahan pula, sehingga ke hari ini PAS langsung tidak diterima di Sarawak kerana keceluparan Haji Hadi. Sememangnya PAS ditolak kerana mengamalkan dasar perbezaa latar belakang berdasarkan amanat Haji Hadi. Jangan mimpilah PAS nak tawan Sarawak!

Read more...

HARAKAH SUDAH JADI KAKI FITNAH

Contoh laporan fitnah
Laporan Harakah hari ini sememangnya menunjukkan betapa lidah PAS itu sebagai kaki fitnah dan kaki putar belit. Laporan Harakah beberapa pemimpin BN tidak berpuas hati kerana populariti Najib lebih baik berbanding pemimpin BN yang lain sama sekali tidak benar. Malah, Harakah sama sekali tidak menyatakan nama pemimpin BN tersebut.

Para pemimpin Umno kini mula mempertikaikan tindakan presiden mereka yang berlebihan mempromosikan dirinya sedang nama baik parti dan negara terus menjunam. 
Mereka mula menyedari hal ini sejak akhir-akhir ini apabila kajian yang dibuat menunjukkan rating Datuk Seri Najib Razak terus meningkat. 
(Hanya nama Najib yang naik ratingnya...yang lain-lain merudum) 
Tetapi dalam masa yang sama rating pemimpin kerajaan yang lain, Umno, Barisan Nasional bahkan kerajaan Malaysia sendiri terus merudum. 
"Kalau macam ini berterusan, dalam pilihan raya nanti dia je lah yang menang, kami semua lingkup," kata seorang pemimpin Umno yang kini mula bosan dengan apa yang berlaku.

Isu fitnah seperti ini sememangnya kebiasaan bagi Harakah yang memang terkenal dengan kaki fitnah. Dengan kata lain, media-media Pakatan Rakyat yang lain juga sama sahaja peranannya dengan Harakah iaitu berhujah berdasarkan fitnah.

Read more...

ANWAR YANG MEROYAN JADI PM


Nampaknya Anwar tidak habis-habis dengan mimpinya menjadi PM Malaysia selepas PRU. Media pencacai Anwar iaitu Malaysia Chronicle sedang hebat berkempen untuk Anwar dengan mengatakan betapa Anwar sebagai individu yang layak untuk menjadi PM.


Tetapi keadaan ini jelas dengan kajian selidik yang dijalankan ke atas rakyat berdasarkan populariti. Najib lebih popular dari Anwar seperti yang dijalankan beberapa pihak. Malah, Isu yang diungkit di dalam artikel ini ialah NFC dan perbelanjaan cincin Rosmah yang terang-terangan ialah fitnah.

Sungguh pun begitu, bagaimana pula rakyat mahu mengetepikan sabit kes liwat Anwar dan video China Doll? Sedangkan pihak-pihak terlibat sudah pun mengakui dan memberi keterangan kepada polis manakala Anwar masih mahu mendiamkan diri dan tetap dengan penafian.

Belum terbukti lagi betapa Anwar lebih baik dari segi apa sekali pun kecuali menipu berbanding Najib. Jadi, media propoganda Anwar semestinya kehabisan modal dengan mengeluarkan artikel murahan seperti ini.

Read more...

ANWAR DITEMPELAK CHANDRA MUZAFFAR


KUALA LUMPUR 25 Jan. – Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sering memfailkan saman terhadap pihak-pihak yang mengkritiknya jelas bertentangan dengan imej demokrasi dan hak asasi manusia yang cuba diperjuangkan Ketua Pembangkang itu.

Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST), Dr. Chandra Muzaffar menegaskan, tindak tanduk Anwar itu memperlihatkan beliau tidak faham dan tidak menghormati hak bersuara pihak lain.

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menambah, hakikatnya Anwar tidak sanggup dikritik oleh pihak lain sedangkan kritikan adalah perkara biasa bagi seorang ahli politik.

‘‘Jika dia benar seorang pejuang hak asasi manusia kenapa dia menggunakan mahkamah untuk menutup mulut orang lain.

‘‘Kalau seseorang menyaman orang lain kerana orang itu mengkritik dia, bermakna dia tidak sanggup menerima kritikan dan usaha dia untuk menutup mulut orang lain ialah dengan saman,’’ katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Anwar yang hanya berani menyaman media seperti Utusan Malaysia berbanding mengambil tindakan sama terhadap beberapa bekas pemimpin PKR.

(PKR) yang menjadi antara terawal mendedahkan persoalan moral dan akhlak Anwar secara terang-terangan kepada umum.

Chandra berkata, ahli politik yang matang akan memberi jawapan atau berbahas kepada setiap kritikan yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu.

‘‘Kalau sudah dalam gelanggang politik pendedahan isu-isu moral seseorang ahli politik adalah perkara biasa, itu tidak dapat dielakkan,’’ tegasnya.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, sikap Anwar yang sering memfailkan kes saman memperlihatkan beliau sudah hilang kekuatan diri.

‘‘Ini adalah mainan Anwar, sudah kehilangan modal dan tidak ada kerja lain, ini budaya dia,’’ katanya.

Beliau menambah, Anwar juga dilihat bimbang lebih banyak isu moralnya dibongkar jika beliau mengheret bekas anggota PKR ke mahkamah dalam isu yang sama.

‘‘Barangkali kalau dia saman mereka, lebih banyak hal peribadinya yang akan didedahkan dan dibongkar dalam mahkamah,’’ katanya. - Utusan Malaysia

Read more...

PAS SELANGOR TERUS MENUNJUKKAN KEBODOHAN MEREKA

>> 25 January 2012


Pembantu Exco Hal Ehwal Agama Selangor, Dr Shafie Abu Bakar (gambar) yakin segala urusan berkaitan hal ehwal agama di Selangor akan lebih licin selepas portfolio itu dipegang sendiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. 
Menurutnya yang juga Adun PAS Bangi, dengan kelebihan yang ada pada Khalid selaku Menteri Besar, ianya akan memudahkan 'banyak benda' termasuk dalam urusan dengan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Tidak disangka PAS semakin hari semakin bebal dan benar-benar menjadi anjing suruhan PKR dan DAP. Kehilangan kerusi exco agama tidak menjadi masalah bagi PAS. Memberi amanah portfolio agama kepada boneka kafir harbi amat disenangi PAS seperti apa yang diucapkan wakil PAS di atas.

Apa sudah jadi PAS? Semakin lama semakin dayus? Memang benarlah kata-kata Hasan Ali betapa parasit PAS menjadi Pak Sanggup kepada PKR dan DAP. Selama krisis yang berlaku antara umat Islam dan kafir di Selangor, apakah peranan yang dimainkan Khalid Gagap? Dimanakah pendiriannya sebagai pemimpin Islam dalam isu murtad DUMC dan rampasan arak?

Agak mengejutkan betapa orang seperti Khalid Gagap disambut gembira oleh keldai-keldai PAS untuk memegang portfolio agama Islam di Selangor. Maka dengan ini, akan menarilah kafir harbi memijak umat Islam di Selangor. Lebai-lebai PAS pun sekadar menjaga kain sendiri dan bukannya ambil kisah dengan nasib umat Islam di Selangor. Take beer PAS!

Read more...

PAS TUDUH UMNO DALANGI KEKECOHAN JALAN KEBUN


Samseng yang dipercayai penyokong tegar Umno itu bertindak ganas dengan mensasarkan kaum India sahaja apabila dilihat hanya menyerang kaum India tanpa memperdulikan kaum Melayu dan Cina yang turut berada di dalam dewan itu. 
Akibat daripada tindakan tersebut seorang ahli Kelab Penyokong PAS, Krishnan cedera parah (gambar) apabila diserang oleh Umno dan dimasukan ke Hospital Pakar Sri Sentosa bagi menerima rawatan.
Seperti dijangka, UMNO akan dituduh mendalangi pergaduhan di Jalan Kebun, Shah Alam kelmarin. Chegu Bard ialah orang pertama yang melakukan tuduhan tersebut. Tetapi sehingga ke hari ini, tiada satu bukti pun mampu ditunjukkan oleh pembangkang mengatakan UMNO mendalangi pergaduhan tersebut.

Dan Haprakah menunjukkan betapa mereka penjilat Chegu Bard dengan turut menuduh UMNO. Jadi ini sudah menjadi satu peluang untuk UMNO negeri mengeluarkan saman kepada pencacai-pencacai pembangkang seperti yang dilakukan UMNO Pulau Pinang terhadap Lim Guan Eng.

Read more...

SELAMATKAN NEGERI SEMBILAN DARI BONEKA KAFIR HARBI


Dikhabarkan DAP bersedia untuk melantik wakil Melayu mereka menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya memenangi PRU 13. Dikhabarkan juga calon tersebut ialah Aspan Alias yang kini giat berkempen untuk menjadi MB.

Seharusnya rakyat Negeri Sembilan menolak boneka kepada kafir harbi ini. Seperti yang diketahui, Aspan Alias juga merupakan lalang dalam politik. Selama ini pun, Aspan sudah bertukar haluan parti sebanyak 3 kali dan semuanya kerana kesinambungan kuasa dalam politik.

DAP sudah terkenal dengan reputasinya sebagai parti kafir harbi yang menolak agenda umat Islam. DAP juga mendalangi 13 Mei yang menyaksikan bagaimana penghapusan etnik cuba dilakukan oleh mereka ini. Dan kini, agenda jahat ini kembali dengan lebih halus.

DAP meletakkan calon Melayu dalam usaha mengaburi mata rakyat betapa mereka sedia menerima orang Melayu dalam sisitem mereka. Tetapi itu hanyalah penipuan kerana di Pulau Pinang dapat disaksikan bagaimana orang Melayu terpaksa mengemis di tanah sendiri.

Sudah sampai masanya anak-anak Melayu negeri perpatih diberi peringatan betapa bahayanya sikap perkauman dalam DAP. Inilah masanya menyahkan terus ejen kafir harbi ini dari bumi bertuah ini.

Read more...

PAS SELANGOR BERTELAGAH DENGAN KHALID GAGAP. PADAN MUKA!

>> 24 January 2012


Kain rentang ini digantung di Selangor sebagai protes kepada Khalid Gagap yang mengambil alih portfolio agama Islam dari PAS. Tetapi nampaknya beberapa ahli jumud PAS mengecam tindakan pihak yang menggantung kain rentang tersebut. PAS sudah semakin bergolak akibat pemecatan Hasan Ali. Sekarang kesannya sudah mula timbul. Padan muka PAS!

Read more...

RAKYAT SELANGOR PROTES YB DAP


Ini kain rentang yang digantung di kawasan DAP yang selalu mengaku konon-kononnya mereka sangat hebat buat kerja. Tapi realitinya itu hanya ungkapan di mulut sahaja. Masalah sampah di Selangor gagal di banteras kerajaan Pakatan Rakyat. Dan seperti biasa akan ada mangkuk-mangkuk Pakatan Rakyat yang akan menyalahkan BN dalam isu ini. Sendiri tak reti buat kerja orang lain yang dipersalahkan.

Mana perginya exco-exco Selangor yang hebat sangat berceramah tu? Mana perginya Ronnie Liu, betina rasis dan lain-lain?

Read more...

N. SURENDRAN PEGUAM PKR YANG BEBAL


N. Surendran menyatakan pihak pendakwa kes liwat 2 menggunakan undand-undang rimba untuk memenjarakan Anwar. Kebodohan N. Surendran semakin jelas apabila dia menyatakan rayuan dibuat kerana faktor politik.

N. Surendran mungkin antara peguam-peguam yang bodoh di Malaysia. Sepatutnya sebagai peguam, dia lebih arif dengan undang-undang. Sememangnya memang hak kepada pihak pendakwa untuk membuat rayuan. Malah Anwar sendiri sedia menerima keputusan pihak pendakwa untuk membuat rayuan. Jadi, mengapa secara tiba-tiba N. Surendran pula yang huru-hara seperti beruk kena belacan?

Jika N. Surendran benar-benar hebat, mengapa tidak menawarkan diri untuk menjadi peguambela Anwar?!

Dan yang paling jelas, apa buktinya rayuan dibuat atas dasar politik? Sepanjang perbicaraan kes, Anwar telah membuat berpuluh-puluh rayuan dan Saiful baru membuat satu rayuan. Adakah satu rayuan pun tidak boleh untuk N. Surendran?

Read more...

PAS KENA BANTAI DENGAN RIDHUAN TEE

>> 23 January 2012


Pengganti Hasan Ali hanya diberikan portfolio adat istiadat Melayu, Belia dan Sukan sahaja dalam rombakan Exco di Selangor. Portfolio Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam diambil alih pemimpin tertinggi Selangor ultra kiasu. Agak terkejut juga apabila pemimpin kanan Pas yang dilantik menggantikan Hasan, tidak lagi diberikan amanah berkaitan dengan Islam, sedangkan Pas dan Islam sudah sinonim.

Menurut kata ultra kiasu tersebut, pelantikan dan rombakan Exco ini dipersetujui kepimpinan Pas. Nampaknya Pas terus tunduk kepada ultra kiasu. Sebelum ini, presiden Pas menegaskan, parti itu tidak pernah tunduk kepada kehendak atau tekanan mana-mana pihak, termasuk parti komponen Pakatan Rakyat terutamanya DAP seperti didakwa. Beliau berkata, Pakatan Rakyat sentiasa mengamalkan konsep terbuka dan segala masalah diselesaikan dengan baik. Persoalan saya, apakah benar?

Saya amat yakin perubahan ini dibuat kerana ultra kiasu amat takut jika Pas diberikan jawatan Exco yang lama, sudah tentu akan berulang peristiwa lama. Persoalan arak, rumah urut, dakyah Kristian dan perkara berkaitan Islam akan menjadi kontroversi seperti pernah dilakukan oleh Hasan. Untuk menyelamatkan keadaan, pemimpin sekular sosialis telah mengisi posisi tersebut.

Saya tidak menjadi masalah jika portfolio Islam diberikan kepada orang yang sekurang-kurang mempunyai sedikit asas Islam, misalnya bacaan dan pemahaman al-Quran serta Islamnya baik, walaupun tidaklah mencapai makam ustaz atau berlatarbelakangkan pengajian Islam. Atau carilah sekurang-kurang yang pro kepada Islam, bukan yang sekular sosialis. Saya amat hairan kenapa Pas membenarkan keadaan ini berlaku? Apakah benar dakwaan mengatakan Pas sudah menjadi semakin liberal disebabkan oleh parasit-parasit yang wujud?

Mungkin akan ada yang bertanya, Zahid Hamidi (Menteri Pertahanan) juga pernah memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), sedangkan latar belakang bukanlah pengajian Islam. Jawapannya saya, latar belakang Zahid dan Hasan amat berbeza dengan pemimpin ultra kiasu Selangor itu. Mereka berdua boleh memahami dan membaca al-Quran, menjadi imam dan menyampaikan khutbah dengan baik. Cuba bertanya kepada pemimpin ultra kiasu Selangor tersebut, adakah beliau juga sedemikian?

Lebih mengejutkan lagi, tidak ada seorang pun pimpinan Pas memuji Hasan atau mengenangkan jasa beliau semasa berada dalam Pas dan ketika menjadi Exco Selangor?

Pemuda Pas mengingatkan Hasan supaya jangan menjadi kuda tunggangan Umno. Veteran Pas mengibaratkan Hasan buah busuk yang akan gugur sendiri dan banyak lagi perkara negatif dilemparkan, hanya kerana Hasan bukan lagi orang Pas.

Nampaknya, orang Pas sahaja yang baik, orang lain tidak? Kenapa ketika Hasan berada dalam Pas, yang buruk-buruk langsung tidak disebut? Adakah ini cara Pas bertindak? Selama ini Pas selalu melabelkan Umno sebagai kotor. Hatta, mereka yang menulis dalam media arus perdana ‘pro Umno’ pun dikatakan kotor, yang bersih hanyalah pakatan ultra kiasu ini. Sebab itu, saya tertarik dengan rasional Nasharudin Mat Isa yang juga berharap tidak timbul polemik di kalangan anggota Pas yang menganggap orang yang menyatakan pendapat dalam media pro Umno ingin menjadi anggota Umno.

Di manakah akhlak kita sebagai umat Islam? Lupakah kita pada akhlak Rasulullah? Jika lupa, biar saya ingatkan! Shofwan bin Umayyah dan bapanya Umayyah, amat memusuhi Rasulullah SAW. Ketika Rasulullah memasuki Makkah dalam peristiwa Fath Makkah (Penaklukan kota Makkah), ramai orang Quraisy ketakutan dan melarikan diri. Mereka takut kalau Rasulullah akan membalas dendam atas perbuatan mereka selama ini. Shofwan melarikan diri ke Jeddah dan bercadang ke Yaman, menyeberangi lautan. Dia merasakan lebih baik mati di tengah lautan daripada mati di tangan Rasulullah.

Pada masa sama, Umayr bin Wahb berjumpa Rasulullah lalu menceritakan yang Shofwan akan bunuh diri di lautan. Rasulullah memberikan imamah (serban melilit di kepala) yang dipakainya ketika itu. Lalu, berangkatlah Umayr menuju Jeddah, menyusul Shofwan... menunjukkan serban Rasulullah kepada Shofwan...

Shofwan membatalkan niatnya melarikan diri, lalu bersama Umayr kembali ke Makkah, mendatangi Rasulullah. Tatkala tiba, Shofwan berkata, ‘Inikah orang yang telah engkau berikan jaminan keamanan?’ Rasulullah menjawab; Ya, benar’. Shofwan berkata, ‘Kalau begitu, beri aku waktu dua bulan untuk menentukan sikap (apakah masuk Islam atau tidak?)’. Rasulullah menjawab, ‘Engkau aku beri waktu empat bulan’.

Begitulah akhlak Baginda terhadap musuh-musuhnya. Rasulullah tidak menekan Shofwan untuk mengambil keputusan dengan cepat, namun memberinya waktu lebih lama dari yang diminta.

Jika begitulah lunaknya Rasulullah, wajarkah kita lakukan perkara ini kepada mereka yang sebangsa dan seagama?


Read more...

MP KAPAR MAHU SAMAN SINAR HARIAN UNTUK TUTUP KELEMAHAN?


MP Kapar, S. Manikavasagam sedang memikirkan untuk menyaman Sinar Harian kerana laporan yang tidak tepat semasa insiden ceramah Anwar di Kapar. MP Kapar ini mengatakan tiada kekecohan berlaku dan perkara yang sebenar berlaku hanyalah salah faham.

Jika tidak benar, gambar ini menerangkan apa?

Gambar dari Sinar Harian semasa kekecohan

Mengapa RELA masuk ke dewan untuk campurtangan? Sedangkan semasa program dijalankan, anggota RELA langusung tidak ada di dalam dewan. Jika tiada kekecohan, buat apa mereka masuk? Dan di dalam gambar ini dapat dilihat anggota RELA membuat 2 barisan untuk meleraikan 2 pihak. Masih tidak benarkah laporan Sinar Harian ini?

Gambar semasa program berlangsung. Tiada anggota RELA di dalam dewan
Jadi, siapa yang menipu sebenarnya? Malah, ramai saksi pada majlis tersebut. Adakah saman ini bertujuan untuk menutup kelemahan dalam PKR?

Read more...

NASRUDIN MENIPU. ULAMA' TIDAK BOLEH JADI PEMIMPIN?!


Agak mengejutkan apabila Nasrudin menempelak BN kerana tidak mengikttiraf golongan ulama' menjadi pemimpin di Haprakah.
Sebelum ini, menurutnya, rakyat negara ini telah sekian lama dimomokkan oleh Umno BN kononnya golongan ulama tidak boleh menjadi pemimpin bagi sesebuah kerajaan.

Katanya, momokan itu menjadikan golongan ulama di tanah air terasa rendah diri walaupun hakikat sebenarnya golongan ulamalah yang lebih layak menjadi pemimpin.

"Tetapi kemenangan parti-parti Islam di Mesir dan di negara-negara lain sekarang jelas menafikan pandangan negatif Umno BN itu, sebaliknya orang ramai di seluruh dunia ternyata lebih meyakini kemampuan golongan ulama menjadi pemimpin berbanding bukan golongan ulama," tegasnya.
Pertamanya, Nasrudin menunjukkan kebodohannya dalam mengeluarkan kenyataan. Tidak benar sama sekali BN tidak mengiktiraf ulama sebagai pemimpin. Sedangkan diketahui bahawa mantan PM sendiri dari golongan ulama'. Cuma perbezaannya ulama' BN bukanlah 24 jam memakai serban dan memaki hamun orang sesuka hati sebaliknya lebih lembut dan berketerampilan. Lihat sahaja peranan Ustaz Fathul Bari dan Ustaz kamal Saidin. Adakah mereka ini bukan golongan ulama'?

Dan yang keduanya, kenyataan Nasrudin seolah-olah mengatakan hanya PAS sahaja yang parti Islam sedangkan parti lain semuanya kafir belaka. Ini tidak benar sama sekali kerana BN yang dipelopori UMNO sentiasa menerapkan nilai Islam dalam pemerintahan. Kerana itu kerajaan BN membina lebih banyak masjid dari kerajaan PAS Kelantan yang hanya membina sebuah masjid selama 20 tahun memerintah. Ini adalah fakta!

Sedangkan sejak bersama Pakatan Rakyat, dapat dilihat betapa umat Islam diperkotak-katikkan oleh DAP. Adakah Nasrudin sedar betapa hukumnya bersahabat dengan kafir harbi? Jadi PAS ini parti Islam yang bagaimana? Bukankah sekadar Pak Turut DAP? Dan sedarkah Nasrudin dengan perkara ini?

Read more...

SAMPAI BILA MAT SABU MAHU MENIPU?


Jika anda pergi ke mana-mana ceramah PAS, modal ceramah yang akan diterangkan oleh Mat Sabu hanya satu sahaja iaitu "Malaysia akan bangkrup di bawah BN". Ini kerana Mat Sabu Syiah ini merujuk kepada beberapa pemimpin kerajaan yang gagal mengawal perbelanjaan sedangkan perkara tersebut masih belum dibuktikan lagi.

Sudah bertahun-tahun Mat Sabu hanya berceramah bermodalkan perkara yang sama. Ini hanyalah penipuan yang nyata.

Mat Sabu hanya berucap menggunakan ramalan yang difikirkan sendiri tanpa disokong mana-mana fakta. Tetapi fakta menyatakan sebaliknya dan akan menutup segala kelemahan yang dinyatakan Mat Sabu.

Selama lebih 50 tahun BN memerintah, pernahkah negara bangkrup? Inilah faktanya.

Perkara ini sebenarnya sudah lama dimodalkan PAS dan Mat Sabu bukanlah orang pertama yang mewar-warkannya. Pada 30 tahun lepas pun, pemimpin-pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang juga turut menyebarkan hasutan ini dengan mengatakan "Malaysia akan bangkrup di bawah Mahathir". Tetapi sampai ke hari negara tidak mengalami apa-apa dan sangat jauh dari tahap bangkrup. Siapa yang menipu?

Perkara tidak munasabah seperti ini pun boleh dijadikan modal oleh pembangkang. Inilah menunjukkan betapa terdesaknya pembangkang untuk mencari isu dan membuktikan ketelusan mereka dalam memimpin. Agak-agaknya sampai bila Mat Sabu mahu terus menipu?

Read more...

SELAMAT TAHUN BARU CINA

>> 22 January 2012


Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh warga Malaysia dan kaum cina khususnya. Semoga hidup anda lebih sejahtera pada tahun ini.

Ikhlas,
Tauke Ikan dan keluarga

Read more...

PERGADUHAN JALAN KEBUN TERCETUS KERANA HINDRAF, BUKANNYA ABU


Chegu Bard menuduh UMNO menyerang ceramah ABU dan Hindraf di Jalan Kebun, Shah Alam malam tadi. Sekumpulan anak muda menaiki motosikal mencetuskan huru-hara dengan membaling dan mengancam hadirin program tersebut. Kerana itu, Chegu Bard menyatakan kumpulan anak muda tersebut ialah kumpulan UMNO. Ini ialah fitnah semata-mata!

Anak-anak muda tersebut langsung tidak kena-mengena dengan UMNO. Ini kerana kumpulan tersebut langsung tidak menyerang mana-mana orang Melayu. Malah, mereka hanya mengancam golongan Hindraf pada program tersebut. Dengan kata lain, mereka tidak ada semangat kepartian tetapi semangat perkauman. Malah Chegu Bard sendiri mengakui bahawa serangan hanya terjadi kepada golongan Hindraf.



Anak-anak muda ini juga penduduk di sekitar kawasan tersebut. Dalam satu video di youtube, anda dapat melihat bagaimana anak-anak muda ini hanya mengancam kumpulan Hindraf supaya meninggalkan kawasan tersebut. Kumpulan ini tidak dapat menerima golongan Hindraf ini di kawasan mereka. Kerana itu, mereka ini bertindak untuk mengacau majlis tersebut.

Antara sebab lain, tentunya anak-anak muda ini ingin membalas dendam kepada golongan Hindraf yang menimbulkan kekacauan dalam negara dengan isu-isu rasis mereka. Dan apabila buku bertemu ruas, maka terjadilah perang besar. Golongan ektremis Melayu vs ekstremis India.


Dan seharusnya Chegu Bard sedar mengenai sensitiviti masyarakat setempat dalam isu ini. Seharusnya Chegu Bard yang harus dipersalahkan kerana langsung tidak menghormati penduduk kawasan setempat. Dan apabila Chegu Bard menuduh UMNO sebagai pencetus kekacauan, ternyata ianya sangat tidak berasas dan fitnah. Hai la Bard, banyak betul saham fitnah kau...

ps: dulu beriya-iya Hindraf ni borgolek-golek nak lawan polis, tapi bila kena gegar dengan gangster kampung goyang pulak...

Read more...

APABILA PENIAGA MENGAMALKAN KAPITALIS...


Di waktu perayaan di Malaysia ini, mulalah ramai pihak mengeluh. Peniaga mengeluh kerana tidak cukup barang jualan manakala pengguna mengeluh kerana harga barangan naik. Ini masalah yang talah lama dihadapi yang gagal diselesaikan mana-mana pihak. Semuanya kerana terdapat pihak-pihak tertentu yang bertuankan wang daripada kebaikan.

Sering kita melihat bagaimana harga barang makanan naik mendadak dengan pelbagai alasan diberikan oleh pihak-pihak tertentu. Alasan yang biasa diberikan peniaga atau pengeluar ialah bekalan tidak mencukupi kerana itu barang terpaksa naik. Inilah yang dinamakan dasar kapitalis.

Kita sebagai rakyat Malaysia sentiasa menolak dasar kapitalis yang sentiasa menindas golongan bawahan tetapi pada masa yang sama kita mengamalkan dasar tersebut. Sedarkah kita dengan perkara ini?

Adakah dengan mengekalkan harga yang biasa pengeluar dan peniaga akan mengalami kerugian? Jawapannya tidak sama sekali tetapi seperti dinyatakan di atas, inilah pengamal dasar kapitalis dan bertuankan wang.

Mengapa kita tidak menjaga kebajikan sesama kita walaupun dalam bentuk perniagaan? Untuk orang Islam pula, kita menjalankan perniagaan berdasarkan kepada syariat yang diturunkan oleh Allah. Apakah perkara ini juga mahu dibelakangkan? Apakah hukumnya jika kita mengambil kesempatan kepada orang yang memerlukan?

Sepatutnya kesedaran di dalam diri oleh peniaga dan pengeluar perlu ada supaya masalah ini tidak timbul. Jika kesedaran sudah ada, maka tidak perlu lagi ada harga kawalan dari kerajaan.Ubahlah sikap kita ini supaya tidak menyusahkan orang lain.

Read more...

SI KAFIR HARBI BERJANJI UNTUK MENJAGA HAK MELAYU ISLAM. JANJI ATAU PENIPUAN?!

>> 21 January 2012


Si kafir harbi tak sedar diri, Lim Kit Siang menyatakan betapa DAP akan mempertahankan hak Melayu Islam sekiranya UMNO kalah. Agak kelakar kerana kenyataan ini dikeluarkan si kafir harbi yang mendalangi 13 Mei seperti didakwa ahli Parlimen BN di Dewan Rakyat pada tahun lepas.


Tambahan pula si kafir harbi ini jugalah yang mempertikaikan betapa ibadah korban umat Islam sebagai upacara kuno menzalimi haiwan. Dan si kafir harbi ini jugalah yang menolak hudud dan menyatakan Malaysia bukan negara Islam. Si kafir harbi ini jugalah yang memperjuangkan Malaysian Malaysia yang diketahui akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu.

Memang banyak lagi tingkah kafir harbi ini yang sentiasa mencari jalan menghancurkan Melayu Islam. Dan kini, parti si kafir harbi ini iaitu DAP berkata akan mempertahankan hak orang Melayu Islam?! Memang kelakar sama sekali. Sedangkan di negeri Pulau Pinang yang diperintah DAP pun dapat kita lihat bagaimana Melayu Islam ditindas. Inikan pula memerintah Malaysia?

Kenyataan si kafir harbi ini juga secara jelas menunjukkan betapa PAS sebagai parti yang tidak berguna dalam Pakatan Rakyat. Sepatutnya PAS yang mengeluarkan kenyataan ini mempertahankan Melayu Islam, bukannya DAP! Adakah PAS sanggup meletakkan kepercayaan mereka kepada kafir harbi untuk menjaga kesejahteraan Melayu Islam? Ini samalah seperti mengamanahkan wang di tangan pencuri.

Tetapi apakan daya, PAS lebih sanggup menggadai agama sendiri demi kuasa. Segala konsep perjuangan Islam sanggup ditukar demi kesejahteraan kafir harbi sedangkan umat Islam merintih sendiri. Jadi, perjuangan UMNO ganti PAS hanyalah impian tetapi kenyataannya DAP ganti PAS!

Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP