SAHABAT ANWAR DI INDONESIA SEMAKIN TERTEKAN

>> 15 December 2012


Di Sumatera sedang giat dilakukan kempen untuk pemilihan Presiden Indonesia yang baru. Calon yang pasti ialah dari Parti Amanat Nasional, Parti Golkar dan beberapa parti lain yang cuba untuk menonjolkan diri mereka di arena tertinggi pentadbiran Indonesia.

Walaupun pemilihan Presiden Indonesia hanya akan berlangsung beberapa tahun lagi, tetapi kempen telah giat dilakukan di sekitar Indonesia kerana kawasan Indonesia yang luas yang menyukarkan untuk jentera kempen meliputi keseluruhan kawasan dalam masa yang singkat.

Dalam keadaan itu, sahabat baik Anwar di Indonesia iaitu Amir Haris yang juga dari parti pembangkang yang kian rebah di Indonesia semakin tersepit dengan keadaan politik di Indonesia dan Malaysia. Pertamanya idiologi partinya yang cuba membawa idea liberal semakin ditolak di Indonesia. Keduanya, Amir Haris terdesak untuk memberi sokongan kepada Anwar kerana partinya sendiri yang terumbang-ambing.

Amir Haris dikenali kerana seringkali membawa propoganda buruk yang menyebabkan ketegangan di antara dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Ini termasuklah konon-kononnya parti Golkar dan UMNO mempunyai hubungan yang akrab semasa pemerintahan Suharto dan Dr Mahathir dalam cuba memonopoli kekayaan negara. Walhal perkara yang sebenarnya hubungan Dr Mahathir dan Suharto tidak lebih dari sekadar hubungan diplomatik antara dua kerajaan jiran.

Di waktu itu Suharti sememangnya dibenci rakyat kerana pelbagai khabar angin dan dasar pemerintahan yang agak huru-hara. Hubungan Suharto dan Dr Mahathir dijadikan senjata oleh Amir Haris sebagai bahan kempen untuk melaga-lagakan pemimpin.

Dikatakan di media Indonesia bahawa terdapat tanah-tanah di Indonesia telah dimiliki oleh kerajaan Malaysia oleh Amir Haris. Ini kerana keakraban yang baik di antara Suharto dan Dr Mahathir. Sedangkan tanah-tanah tersebut dipajak oleh kerajaan Malaysia melalui Sime Darby untuk aktiviti perladangan di Sumatera Barat.

Pelbagai lagi fitnah dilemparkan. Sungguhpun begitu, ketika Suharto digulingkan, Amir Haris masih gagal menyandang apa-apa jawatan penting kerajaan kerana dirinya tewas teruk dalam pemilihan dalam parti sendiri untuk dicalonkan ke jawatan yang lebih tinggi.

Tetapi lihatlah kesannya pada hari ini. Hubungan rakyat Malaysia dan Indonesia dingin. Isu-isu kecil seringkali dijadikan modal untuk perbalahan sesama sendiri.

Kini Amir Haris cuba meyakinkan kepada pemimpin-pemimpin Indonesia bahawa Anwar Ibrahim adalah bapa revolusi demokrasi Malaysia. Rakyat Indonesia sendiri diyakinkan konon-kononya Anwar adalah seorang tokoh yang ditunggu-tunggu untuk merapatkan kembali hubungan di antara Malaysia dan Indonesia.

Kerana itu sebahagian besar rakyat di Sumatera Tengah dan Timur sudah mula memandang tinggi Anwar. Sedangkan pada hakikatnya, Anwar adalah balaci Barat yang sedang berusaha menjahanamkan institusi pemerintahan beraja di Malaysia.

Tidak hairan apabila setiap kali kedatangan Anwar di Indonesia seringkali disambut dengan permaidani merah. Ini kerana keberkesanan media propoganda kuncu-kuncu Anwar di Indonesia. Ini ditambah lagi dengan kata-kata Anwar yang seringkali memburuk-burukkan negara dengan menyebelahi Indonesia dalam isu-isu yang remeh seperti batik, rendang, pembantu rumah dan pelbagai lagi.

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mengesan perkara itu. Kerana itu usaha untuk mendiamkan Amir Haris dilakukan sebelum hubungan Malaysia dan Indonesia bertambah keruh.

Dengan kekurangan sokongan dari luar, Anwar semakin merasai tekanan. Dana-dana dari luar semakin berkurangan. Dengan terbongkarnya kisah NGO Malaysia yang menerima dana asing juga semakin menghimpit Anwar. Sebelum negara kita diperkotak-katikkan oleh orang-orang seperti Anwar dan Amir Haris, ada baiknya kita bertindak dengan menolak pengkhianat-pengkhianat ini dari bertapak di bumi nusantara.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP