PREMIS PERNIAGAAN MEMBEBANKAN ANGKARA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

>> 18 December 2012


Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi menipu rakyat Selangor hidup-hidup dengan manifesto PRU 2008 yang masih gagal dilaksanakan. Terbaru apabila pendedahan dibuat mengenai kenaikan cukai premis perniagaan hampir setiap tahun sejak Selangor di bawah pemerintahan rejim Khalid Gagap.

Ini bertentangan sama sekali dengan janji manfesto 2008 dimana pembangkang menjanjikan pengurangan cukai 10% untuk perniagaan komersial.

Tidak cukup dengan itu, cukai pintu turut naik sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor sedangkan manifesto menunjukkan bahawa mereka berjanji akan menurunkan cukai pintu sekiranya memegang kuasa.


Dicanang di seluruh ceramah Pakatan Rakyat bahawa Negeri Selangor kian berjaya dengan simpanan wang tunai yang tinggi. Rupanya wang tersebut didapati dengan memeras rakyat sendiri.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP