PERLUKAH MCA MEMPERTAHANKAN PIHAK YANG SALAH?

>> 11 December 2012


Pada minggu lepas, saya terbaca di sebuah akhbar berbahasa cina mengenai seorang peniaga yang diugut melalui sms oleh ah long kerana gagal menjelaskan hutang. Laporan akhbar tersebut menceritakan mengenai sidang media yang dilakukan oleh beberapa wakil dan pemimpin MCA dalam usaha untuk menyelamatkan peniaga tersebut.

Disertakan dalam laporan tersebut gambar sms yang dihantar samseng yang mengugut untuk memukul dan menyerang rumah peniaga itu sekiranya gagal menjelaskan hutang.

Dari sini sememangnya nampak jelas mengenai niat murni MCA untuk menyelamatkan seorang peniaga yang ditindas ah long kerana hutang wang. Tapi dalam satu aspek yang lain, perlukah MCA mempertahankan seseorang yang sememangnya cari penyakit dengan berhutang dengan ah long?

Dari sini dapat dilihat bagaimana terlalu mudah untuk seseorang yang cuba lari dari masalah hutang iaitu dengan mengadakan sidang media bersama beberapa wakil politik dan masalah hutang akan selesai. Wang ah long dipinjam, gagal bayar, buat sidang media, hutang pun selesai.

Laporan seperti diugut ah long ini seringkali dimuat di muka hadapan akhbar berbahasa cina dengan disertakan dengan beberapa wakil MCA. Tetapi yang menghairankan tidak pernah pula dalam akhbar pro DAP menulis mengenai wakil DAP mempertahankan mangsa ah long (agaknya ah long tu orang DAP kot?).

Jadi di sini dapat dilihat bagaimana wakil MCA ini seringkali hanya digunakan sebagai perkakas untuk menyelesaikan masalah hutang ah long. Dalam pada masa yang sama juga mengapa tidak ditanya kepada mangsa-mangsa tersebut mengapa sanggup gali lubang kubur sendiri dengan meminjam ah long?

Dalam satu aspek, Malaysia mempunyai penguatkuasa undang-undang seperti PDRM untuk menyelesaikan masalah seperti ini. Jadi dimanakah fungsi PDRM jika perkara seperti ini diadukan kepada orang politik terlebih dahuluu berbanding penguatkuasa?

Lebih banyak masalah masyarakat cina yang perlu diambil perhatian oleh MCA. Saya bukan bermaksud memperlekehkan niat murni MCA tetapi ada cara yang lebih baik dari cara melakukan sidang media.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP