LIM GUAN ENG LARI DARI NGO DI LAPANGAN TERBANG

>> 31 December 2012


GEORGETOWN: Hasrat beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam (NGO) yang mahu 'menyambut' kepulangan Lim Guan Eng dari luar negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas petang tadi, tidak kesampaian apabila kelibat Ketua Menteri Pulau Pinang itu langsung tidak kelihatan.

Ahli Jawatankuasa Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Azmi Jaafar berkata, kesemua mereka berhimpun secara aman untuk mendesak Setiausaha Agung DAP itu meminta maaf dan mahukan beliau menarik balik agar kerajaan persekutuan agar penggunaan kalimah 'Allah' dalam kitab Bible dibenarkan sepertimana di Sabah dan Sarawak.

Azmi berkata Guan Eng dijadualkan tiba di lapangan terbang itu jam 7 petang namun sehingga jam 7.45 malam beliau masih tidak kelihatan di kawasan menunggu ketibaan dan juga laluan kenamaan (VIP).

Beliau percaya Guan Eng telah mengetahui kehadiran mereka dan bertindak melarikan diri menggunakan laluan keluar lain semata-mata tidak mahu bertembung dengan mereka. 

“Semasa pilihan raya umum sebelum ini, kami yang mengundi pembangkang sehingga DAP berjaya memerintah negeri ini.

"Kenapa sekarang dia (Guan Eng) tidak mahu berjumpa kami sebagai rakyat Pulau Pinang ? Kami yang membuatkan dia menang dan ini balasanya kepada kami,” katanya ketika ditemui media.

Guan Eng pada 24 Disember lalu, melalui perutusan sambutan Hari Krismas menggesa kerajaan persekutuan agar penggunaan kalimah 'Allah' dalam kitab Bible dibenarkan sepertimana di Sabah dan Sarawak. - antarapos

2 comments:

taipingcentral_harapan melayu December 31, 2012 at 4:43 PM  

Salam Sahabat seperjuangan..

Mohon dapat di linkkan blog saya tuan..

http://taipingcentral.blogspot.com/

Untuk posting blog Terbaru saya:

http://taipingcentral.blogspot.com/2012/12/live-hmetromy-bongkar-5-artis-malaysia.html?m=0

Semoga perjuangan Kita menambahbaikkan ukhuwah sesama kita. Semoga berjaya..

Hebat blog bro.......

Anonymous,  December 31, 2012 at 7:14 PM  

adriany..Ko je la jd PM..

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP