KOL. ROSELI HARUS SEDAR BAHAWA MELAYU HANYA HAMBA DALAM DAP

>> 16 December 2012


Pemilihan Majlis Tertinggi DAP menyaksikan bahawa calon-calon Melayu menduduki tangga terbawah dalam senarai pemilihan seramai 60 orang lebih. Keputusan ini memberi makna yang sangat besar dalam kepercayaan orang Cina terhadap orang Melayu dalam parti DAP.

Kol. Roseli yang dikhabarkan akan bertanding di Negeri Sembilan pada PRU akan datang atas tiket DAP turut bertanding dan menerima nasib yang sama dengan calon-calon Melayu yang lain. Kol. Roseli hanya mendapat undi di bawah 40.

Jika dikira dari segi kerja, Kol. Roseli lebih hebat dari Anthony Loke yang memang terkenal sebagai kaki tempel majlis orang. Kol. Roseli banyak berceramah ke sana sini walaupun ceramahnya tiada sambutan.

Tetapi menghairankan apabila beberapa perwakilan DAP Negeri Sembilan sendiri tidak memilih Kol. Roseli sebaliknya calon dari negeri lain. Jadi amat menghairankan mengapa wakil setempat tidak memilih calon senegeri.

Adakah ini mesej jelas menunjukkan bahawa taraf Melayu berada di tahap terendah dalam DAP? Walaupun bekerja bertungkus-lumus tetapi untuk memegang jawatan penting sudah pasti tidak akan diberi kepercayaan. 

Adakah pula wakil-wakil Melayu dalam DAP sedar bahawa mereka sedang dipergunakan oleh godfather berfahaman komunis dalam DAP untuk mecapai cita-cita negara republik mereka?

1 comments:

iban January 12, 2013 at 10:16 PM  

tuan, tolong beri banyak cerita latar belakang mengenaii
kol rosseli ini agar pembaca dapat memahami kesanggupannya masih beserta dgn dap sedangkan orang yg benar2 nebat saperti tunku aziz dah lama blah!

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP