JANICE LEE TIPU WARGA EMAS

>> 10 December 2012


KAJANG, 10 Dis - Seorang warga emas hari ini mendakwa bahawa dirinya telah diperdaya oleh parti DAP sehingga mengakibatkan kerugian sebanyak RM13,500.

Tan Kim Swee, 70, seorang penganjur konsert telah mengalami kerugian tersebut setelah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee Ying Haa enggan membayar kembali wangnya setelah menerima 18 buah buku tiket untuk konsert yang dianjurkan.

"Pada bulan Februari lalu, saya telah menguruskan konsert untuk Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan di Tin Hou Temple. Saya telah memberikan 18 buah buku tiket dan diterima oleh setiausaha Janice Lee iaitu Bar Lee.

"Namun begitu, pihak beliau tidak membayar harga tiket tersebut kerana menggangapnya sebagai percuma. Konsert telah dianjurkan, namun saya masih tidak mendapat wang tiket tersebut," katanya kepada pemberita pada sidang media di Bandar Sungai Long di sini, hari ini.

Menurut Kim Swee, dia telah berulang alik ke pejabat aduan Jenice Lee beberapa kali di Taman Muda Ampang, namun tiada jalan penyelesaian yang ditemui kerana ADUN Teratai itu masih enggan membayar kepadanya.

"Sudah tujuh bulan saya minta dia jelaskan bayaran tersebut, tetapi dia enggan dan sering mengganggap bahawa tiket itu sebagai percuma," ujarnya.

Tambahnya, dia terpaksa meminjam wang kepada persatuan tersebut kerana ingin membayar harga tiket tersebut.

"Persatuan telah mengamanahkan saya untuk menjalankan tanggungjawab (menjual tiket konsert), dan saya mempercayai DAP untuk menolong, namun bukan itu yang mereka lakukan sebaliknya memperdayakan saya," katanya.

Kim Swee turut meminta Jenice Lee untuk menjelaskan bayaran sebanyak RM3,800 namun Jenice Lee masih tidak mahu menjelaskannya.

Pada sidang media tersebut, Kim Swee turut mendakwa bahawa Jenice Lee menyalahgunakan kuasanya sebagai ADUN dan mempermainkannya sebagai seorang warga emas.

"Saya telah membuat laporan terhadap kes ini di Balai Polis Pandan Indah pada September lalu, tetapi masih belum mendapat reaksi daripada pihak Jenice Lee," ujarnya. - klpos

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP