ACARA KURANG AJAR PAKATAN DI PEJABAT MB TIDAK KESAMPAIAN

>> 11 December 2012


Kesian kepada puak-puak keldai. Sudah puas bergolek atas jalan, kini mahu berkayuh pula. Acara berkayuh oleh keldai-keldai ini selama 3 hari tidak dapat sambutan. Jumlah pengayuh hanya beberapa kerat. Malah setiap checkpoint kayuhan hanya disambut oleh puak-puak mereka sendiri yang juga dalam jumlah yang mengecewakan.

Semalam dijadualkan akan disertakan bersama acara melakukan demo di hadapan pejabat MB Negeri Sembilan. Dikatakan dalam acara demo di hadapan pejabat MB akan dilakukan acara menjerit 7 tuntutan BERSIH yang bodoh itu. Tunggu punya tunggu, seorang pun tak nampak batang hidung.

Dengar ceritanya lepas ini hendak buat ceramah. Kalau sambutan pun masih suam-suam kuku, baik Jaringan Rakyat Tertindas @ keldai komunis gulung tikar daripada ditertawakan orang.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP